September 30, 2009

*Raya-Raya Malaysia II

Che Det membuat rumah terbuka raya pada 26hb September 2009; dan ini 1st time kami nak menghadirkan diri. Pukul 10 pagi kami bertolak dari rumah menghala ke the Mines Seri Kembangan.

Mak datuk!!! banyaknyer keter parking kat tepi2 jalan depan the Mines...dlm hati dah agak dah, mesti org2 ni nak pegi beraya umah Che Det! Alangkah betulnya! rupenya kena tinggal kete kat the Mines (kecuali VIP & jemputan khas)dan beratur untuk menaiki train dari Mines ke umah Che Det. Kami dngn penuh kesabaran pun turut masok ke dlm barisan yg panjang utk menunggu giliran menaiki train ke umah Che Det, Alaa... trainnya yg macam kita naik kat zoo tu!!

tapi dah namanya org mesia...sume boleh! Apahal kita yg mcm baik2 ni berator penuh tertib, tiba2 ada rombongan cik Kiah, Cik2 Gelap entah dari mana tiba2 muncul berlonggok je kat depan barisan org2 yg berator! kalau cam ni, sampai petang berator pon tak tentu sampai giliran kami naik train tu! Sume yg baru sampai tak yah berator, teros jer longgok kat depan dan serbu bila train sampai.. dasar sungguh! kalau mak bapak dah cam tu, cemana anak2 tak ikut bila mereka dewasa nanti??

fedup tengok perangai org2 yg tak tau peraturan, kami rasa lebih baik kami berjalan kaki je.. adalah dlm 5km jaraknya nak sampai ke umah PM tercinta tu...

biasalah open house kan... memang macam jom heboh, penoh ngan manusia! kami taklah nak makan sangat, walaupon hidangannya dari Palace of Golden Horse Hotel! amek sket2 jer and pas makan teros cari Che Det.. alamak..masa tu dia tngh layan si Najib laki bini makan la plk...! and si rosmah pulak beria2 la bercerita ngan Dr Asmah...sungguh animated sekali! Bosan menunggu, aku pun mengajak B pulang aje lah! tak kesampaian nak bersalaman ngan Che Det & Dr Asmah! Salam ngan Mukhris ajelah.. and sempat lak tu bergambar ngan Datok Jins Shamsudin! heaaa!

This time nak pulang kami tunggu train sbb kaki ku dah melecet! Teringat beberapa tahun lalu masa naik tren di taman haiwan taman tema A Famosa Melaka, ishh! apek driver masa 2 brutal habis! Mcm bawak tren F1 !

September 29, 2009

Raya-Raya Malaysia

Masih dalam mood nak citer pasal raya nie. Kami kembali ke kota pada hari raya ke 5, banyak urusan di rumah yg perlu dilakukan. Pakaian2 yang mesti didobicuci, rumah yg mesti dikemas, kuih muih yg harus dimasuk ke dalam balang, dan lauk basah yg mesti dibeli. Sampai2 di rumah, terus angkut barang2 yg dibawa dari kampung,simpan dan kemas serba sedikit...lepas tu aku ngan B terus berangkat ke Sogo! Haaa??

Alkisahnya.. hand bag prada aku dah putus talinya sebelum raya hari tu...dah pegi dah pon wat survey nak cari ganti, tapi setelah keluar masuk super market di gedung2 membeli belah masih tak jumpe yg aku suke...jadi masa raya di kampung ari tu aku guna beg lama jimmy choo yg dak berapa sihat tu. Heheh!tak mau kalah jenama grand2 gitu! Sebenarnya aku masih ada satu lagi handbag LV ori yg masih elok, tapi tak berapa syok nak guna sbb tak selesa disandang. Itu lah pasal kuheret B menjelajah Sogo utk mencari handbag baru.

Seronoknya pada masa tu org tak ramai dan best lah nak belek2 apa yg menarik di mataku. Puas jugaklah keliling area tu, last2 berkenan ngan satu beg Bonia new arrival... tapi warna putih, mesti susah nanti nak matching, and cepat lak nampak kotor. Tapi kusuroh jugak dak salesboy tu amekkan. bila dak dikuarkan semua isi perut beg tu...nampak penyek, tak cantiklah pulak. Ishhhh!! Tiba2 aku nampak satu beg Sembonia warna hitam yg cun, aku soh salesboy tu amek stok baru. Tak lama pas 2, salesboy tu datang padaku dan kata, sorry kak, yg display ini yg last one, dah tak ada stock lain! Hmmm....lepas kufikir2 3,4 saat, aku cakap oklah! Settle! Opps... sebenarnya aku ada beli satu lgi handbag... selepas kami pegi makan! heheh!!

Actually dah nak pulang dah...tapi nak ke lift ke car park kena lalu lagi kat area handbag tu... masa tulah ternampak beg polo ni... ada potongan 50% dan sungguh sesuai untuk masukkan lap top ku! tangkap satu and kejam2 mata g bayar! Selamat sudah duit raya yg B bagi pd 1st raya ari tu! Pas tu tak jadi balik lak... sebab B kata kalau dah beli sampai dua beg, dia pun nak g beli kasut dia plk! End up kami merayau2 kat Sogo sampai nak maghrib baru settle sume! B pun dapat beli selai tshirt & kasut warna metallic gold g2 (terus pakai lak tu!). sakan..!!
Sebelum pulang, kami singgah kat food court Sogo tu beli ketupat nasi (tak puas lagi mkn ari tu)& sambal kacang, lemang and rendang daging. Ketupat nasi tu rega RM 4.50 untuk 4 ketul. Tapi sampai di rumah bila ku belah ketupat tu... rupa2nya dah basi, berlendir2! hampa hati nak makan ketupat mlm tu. kurang hajar betol taukeh kiosk ketupat tu , agaknya dah berapa hari ketupat tu disimpan dan masih dijual?? Tergamak dia nak buat untung menjual makanan basi pada org ramai. Budak yg jual tu selamba jer boleh kata sume baru sampai ni Kak, elok2 lagi! Cehhh!!

September 28, 2009

Salam AidilFitri...

Selamat Hari Raya,
kepada saudara serta saudari..
Setahun hanya sekali, merayakan hari yg mulia ini
Semasa bulan Ramadhan kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma..
Hari Raya disambut dengan gembira!


Aku pulang ke kampung pada 28 Ramadhan, 2 hari sebelum Syawal; dan pada masa entry ini dibuat, telah masuk 9 Syawal! Bermakna telah selama 10 hari berturut2 aku berjauhan dengan pejabat, dan hari ini, setelah sekian lama, aku kini kembali bekerja...

Yang gembira di hari Raya pastilah anak2 saudara dan mak.. ialah, kalau selama ini umah mak tu senyap jer, menjelang syawal tiba2 jadi riuh rendah dan ceria dengan gelagat anak menantu dan cucu2 yg berkampung untuk menyambut syawal bersama!

Rutin raya selepas abah meninggal 3 tahun lepas ialah : akulah si penganyam ketupat dan tukang masaknya sekali. Tahun pertama mengambil alih tugas abah, ketupat yg kurebus keras dan tidak sedap dimakan... tapi pada tahun kedua dan ketiga ketupatku telah lembut dan sedap dimakan!! hehe!! Dan gembira juga di hati kerana ada anak terunaku bakal menjadi pelapis untuk meneruskan tradisi menganyam kelongsong ketupat! Lantas salah satu syarat yg kutetapkan untuk bujang 3 itu ialah : calon2 yang hendak dibawa pulang ke rumah suatu masa nanti mesti pandai menganyam ketupat...

dalam sibuk melayan karenah anak2 saudara dan saudara mara yg berkunjungan berhariraya, ada berita sedih yg sampai kepadaku pada hari raya ke 4. Teman sepejabatku Amer telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya di kampungnya di Perak dan meninggal dunia di tempat kejadian... sayu hati mengenangkan, baru sahaja bertukar2 ucapan maaf dan selamat pada hari terakhir sebelum aku mula bercuti..kini dia telah tiada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga anak2 yatim yg ditinggalnya akan dipelihara Allah sentiasa. AlFatihah buat Amer.

September 17, 2009

the blunder of PIZZA HUT

semalam i ada invitation berbuka puasa ngan a chinese friend kat Penang Village... kat great eastern mall. memandangkan org2 kat umah dah boring nak shopping kat pasar ramadhan so i orderkan Pizza for them to berbuka puasa. i sampai2 umah tros call the 1300 88 2525 ordering 2 large pizzas & mushroom soup & garlic bread - total amount RM55.55. ordering time 5.30 ; said to be delivered @ 6.15....ok, cantik!

6.00 pm me & B left home to meet my fren for buka puasa, the traffic was the very the horrible!!

a few mins b4 7 i called home just to find out if the pizza arrived : "NOT YET!" What?? i make calls to the 1300 number again, to be informed that the delivery is on the way! ok.. i buy that!

7.20 pm : i arrived at Penang Village, and i called home again and was shocked to hear that no delivery boy can be seen somewhere near! My God! i make call to 1300 again and was told that the restaurant was so busy but the delivery boy has already left! i was so angry but nothing much i can do. I called home to inform them to go and buy some foods for buka puasa and forget about the pizzas. Chiiissss!! so called the famous Pizza in town!

at 8.00pm i received call from home telling me it finally arrived.. i asked if they still want it and the answer is yes ; so I allow them to accept the delivery and paid the amount in FULL. ok, i want to rest the case. Suddenly I received another call from home telling me that it was delivered without the mushroom soup & garlic bread but the hand written bill stated the full amount of RM55.55. I was so fuming mad ; that's it, i m gonna black list Pizza Hut!

I dialled the 1300 number for the 4th time and was offered the branch manager's phone number for me to call and complaint! What?? they screwed up and i have to call their branch manager to make the complaint? So i told the lady on the other line; why don't you get the branch manager to call me? delivery were 90 mins late and you short delivered my order and over charged me; and now you want me to waste my credit to call again??? she said ok, she would get the manager to call me. Did the Pizza Hut branch manager call me? NO!
Well... now i know what kind of a service they provide.

September 16, 2009

selamat berbuka puasa

semalam kami telah diraikan oleh CEO dalam satu majlis berbuka puasa di Impiana Hotel. bagusnya sebab hotel tu terletak di belakang opis jer...so pukul 6:40 ptg baru kami buat rombongan Cik Kiah ke lokasi berbuka puasa di tingkat 2 hotel. Terimakasih di atas kemurahan hati Tuan CEO merangkap boss kami dan semoga dimurahkan rezeki Tuan yg bermakna murahlah rezeki kami sama...! Seronoklah juga melihat2 hidangan yg telah tersedia menunggu untuk dinikmati. Pelbagai hidangan yg tersedia - Chinese, Japanese, dan semestinya ada local Malay food ; nasi biru (nasi ulam?) dan lauk pauk yang sewaktu dengannya.

Yg i mkn smlm :
1 mangkuk sup sea food Szechwan ;
2 slices of kambing bakar (sos dia kureng),
ikan+udang+ketam bakar,
4 cucuk satay,
2 ketol cucuq udang,
1 scoop ice cream chocolate (choc paste dia sedap),
2 gelas nescafe tarik & fruits
hmmm.... ada tak agaknya worth RM 102/pax? tak kot....?!!

As usual, i will be among the 1st badge of people who would produce ourselves with the permit to leave early. that's always the case if i attend any function without my partner. bagus kan! heheh!! macam2 alasan diberi, last night is to rush home for Jemaah Solat Tarawikh (macamlah sempat sangat!)

thanks daun keladi Sir, for the treat!

September 15, 2009

berkhidmat demi keluarga

minggu ni last datang opis sebelum cuti raya sepanjang minggu depan. Terkejar2 jugalah nak cuba abiskan apa yg patut sebelum menutup pintu pejabat seminggu!! hehe!! namanya saja cuti seminggu...tapi handphone jngn sekali2 dimatikan untuk memudahkan mereka2 yg terseksa jiwa berkerja di hari raya menganggu gugat kemeriahan raya kita nanti... sabar jer lah.

jauh di sudut hati terasa juga kesedihan korang yg terpaksa berdepan dng mesin2 jentera dan pendendeng what not di pagi raya yg shayadu nanti.... bersabarlah sahabat2ku : sungguh tinggi tanggungjawabmu itu, untuk memastikan kompleks2 membeli belah dan kompleks2 kerajaan sentiasa beroperasi dengan suasana kedinginan pada bila2 masa khidmat itu diperlukan. tapi korang masih bernasib baik dibandingkan dengan mereka2 yg akan berada jauh di tengah laut nu....

apa2pun bersyukurlah kita masih mempunyai tanggungjawab kerja yang bermakna kita akan menerima pendapatan dari hasil usaha kerja kita tu! Oleh itu banyak2lah bersabar dan ingatlah kita ni bekerja untuk kesejahteraan hidup. Lagipun, korang yg pilih nak keje cam tu... Heaaaa!!

September 11, 2009

Jumaat, 21 Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat, 21 Ramadhan...malam2 ganjil di bulan mulia yg digalakkan menggandakan amal ibadah untuk mencari keredhaanNya. So pesanan kepada diriku : sendiri mau ingat lah.

Sebelum tu, kena buka puasa dulu.. semalam dah buka puasa cara mat salleh..makan burger, roti keju salut telur dadar, n kentang goreng! ishhh... petang ni nak makan ape plk ek? sah2 memang tak masak sebab tak ada lauk mentah kat rumahku. ke bazar ramadhan lagilah nampaknya.

esok haruslah ke pasar membeli sedikit lauk pauk untuk dimasak. lebih2 lagi pula saudaraku cikebal sekeluarga telah bercadang untuk berbuka puasa di rumah hujung minggu nanti.

Ehh!! tiba2 lak terbayangkan pizza!

September 10, 2009

this is.....

look what i found today! it's fun! Check it out : FreeFlashToys.com


hehehehe!!!

September 9, 2009

Cepatnya Masa Berlalu...

Hmmmm.... dah dekat dua minggu umah islam sedunia berpuasa ramadhan... cepat sungguh masa berlari! tak sedar hari demi hari berlalu..! persiapan raya pun ala kadar jer ( ? ), tak lah rasa macam nak beraya sakan. baju raya pun seadanya saja. masa budak2 remaja dulu memang seronok bila nak berhari raya ni.. tapi semangat tu semakin pudar sejajar dengan peningkatan usia. Masa org sibuk g beli baju kurung raya, wa pegi beli suar jeans Texan kat Jusco, boleh? layan jer lah.... dapat sarung duit raya, tapi isinya satu hal lain lak... anak2 buah ku semue itew akan pastikan "Makngah jangan buat2 lupe salam pagi2 raya mesti salam kaut tau"!



Kerja opis pun macam tu la jugak... masih kena pegi sana sini, tak kiralah bulan apa sekali pun! malas tu malas jugak nak drive kuar opis...tapi dah keja, nak wat cemana. yang best kalau pegi keje luar ni... boleh balik awal sket and yg best sekali boleh "tipu" jem!! hehe!! selamat sampai umah, tak ada tension2 de!!
Hari ni tak tau nak berbuka lauk apa... minggu pertama rajin menyusun menu, bila dah tengah2 ni...rasa macam dah ilang semangat la plk. mulalah meninjau2 ke pasar2 ramadhan.. silap2 ada yg berbuka ngan ayam goreng key ef c nie...

September 1, 2009

Salam Merdeka

seronok bercuti walaupun tiga hari jer..! cuti ni wa balik ke umah mak, berpuasa dan berbuka di kampong. sempat singgah ke pasar ramadhan, wah!! seronok tak hingat! macam-macam ada... best dari pasar ramadhan di umah wa di KL nu... tapi, sekali turun padang, banyak pulak belanjanya tu... puluh2 abisnya..ishkk!ishkk! syakali syakali..tak perlah...
kali ni wa tak sempat nak beli pes mee bandong yg dikirim oleh member 2, sbb tak boleh menghala ke pasar, kete sangkut! jem ngalahkan federal hiway...mayb cuti panjang, sume pakat nak puasa di kampong... tapi dah kirim ngan my sister soh beli and simpankan...
ehhh! lupa lak yg cuti panjang kali ni sbb cuti hari merdeka..! dulu2 memang rasalah semangat kemerdekaannya... tapi sekarang ni...langsong tak rasa apa. kenapa ek? sedih betol mikirkan keadaan negara kini... rakyat mesia dah tak bersatu hati.. makin terasa tiada persefahaman dan tidak sehaluan. jauh di sudut hati sentiasa berkata2, kalaulah CheDet masih larat... Salam Kemerdekaan buat CheDet..