December 31, 2010

*Lumut

Kami bergerak menghala ke Lumut hari Khamis 30hb. The next day, Friday is a declared public holiday due to our victory against Indon for piala Suzuki AFF last night. Bravo Malaysia! Kami kuar dari KL kira2 pukul 10.00 pagi. Cuaca sungguhlah nyaman dan redup! nyaris tak hujan!

On the way kami sempat singgah sebentar di Kelly's Castle yg terbengkalai tu. Tak adalah apa sangat yg nak dilihat cuma alang2 dah lalu kat situ kan... berpeluh jugaklah mendaki sampai tingkat atas bangunan lusuh tu. laluan tangganya sungguh merbahaya, menirus ke atas. orang2 yang besar dan gemuk toksahlah cuba untuk mendaki, nanti tersepit tak lepas kat tangga tu. aku pun tak pasti mengapa motif rekaannya begitu rupa. apa2pun pemmandangan dari atas bangunan itu memang sangat menarik, saujana mata memandang!


Sampai ke destinasi kami di Lumut dalam pukul 4.30 petang. Masuk ke lobby Orient Star segera meningatkan aku kepada Awana Kijal! Bilik hotelnya so similar to Awana! cuma di Orient Star ada cute balcony menghadap swimpool & pantai, boleh dok relex2 amek angin segar sambil minum2 kopi gitu!
Lepas letak beg kami kuar berjalan2 di pekan sekitar kawasan jeti. Nampak happening lah! Banyak kedai2 cenderahati, kedai2 pakaian dan yg menjual kudap2an hasil laut! menariklah jugak untuk kami yg baru pertama kali sampai di bandar tu. dulu2 masa aku ke pangkor, bila sampai terus ke jeti, tak ada masa nak melilau2 di sekitar pekan. Berbual2 ngan makcik yg menjual pakaian di bazar di jeti, kami diberitahu bahawa semalam hujan telah turun dengan amat lebat. Syukurlah ketika kami berada di situ, cuaca telah menyebelahi kami. Makanannya pun sedap! hubby makan mee udang dan aku pula mee hailam. Sejam kami berjalan2 dan membeli apa yg menarik, kami pun pulang ke hotel dan berhasrat untuk terjun ke swim pool!

Sejuknyaaaaa air di swim pool! Pastinya itu disebabkan oleh cuaca redup sepanjang hari. Pengunjung pula tak ramai, syok lah! Lepas puas berenang2 ke hulu ke hilir di swim pool kami keluar dan ingin pula berjalan2 di tepi pantai. Suasana pantai petang tu sungguh kelam dan suram. kami dapat melihat beberapa buah bot dan ferri berulang alik ke pulau2 berdekatan. Kami pulang ke hotel apabila mendengar azan maghrib.

Lepas maghrib, we decided to walked to the one kedai nasi kandar yg kami nampak masa kat pekan tadi. Tak sampai sepuluh minit berjalan kaki dah tiba dah! lauknya nampak menyelerakan! tapi bila aku nampak ayam tandori aku terus pesan garlic nan dan ayam tandori. Sedappppp!! hubby makan nasi. Lepas makan kami tak larat nak jalan2 sekitar pekan lagi, terus balik ke hotel.

Next trip we plan to go to the Pulau and then put another night kat pekan! mesti best cam tu! sampai2 terus naik ferri, balik dari pulau check in pulak kat hotel di pekan lumut! Wahhh!!!

Kami pulang ke KL Jumaat noon dan akan menunggu detik 12 mlm menyambut ketibaan tahun 2011 di BTHO Cheras!

December 29, 2010

*Bolasepak Piala Suzuki

Hari ni aku half day ; esok aku cuti sampai tahun 2011. Malam ni ada perlawanan penting. penentuan juara melalui perlawanan ulangan bolasepak Malaysia bertemu Indonesia di stadium Gelora Bung Karno di Indon. Sesungguhnya amat benci dengan perangai melampau penonton Indon yang tiada semangat kesukanan.

Sungguhlah gembira kerana pasukan negara telah memenangi Piala Suzuki mengatasi Indonesia dengan agreggat 4-2. Syabas team negara, terutama KFCM kerana telah menjadi benteng yang kuat menyekat serangan Indon. Kalau tak kerana kecekapannya menjaga gawang, belum tentu kita dapat membawa piala tu pulang ke tanah air!

Puas hati! Sangat seronok sekali!

December 28, 2010

*langgar divider

Sedih sungguh perkara yang berlaku di hujung 2010 nie! tayar kereta pecah langgar divider! kena ganti sebelah tayar walaupun baru jer tukar tayar baru few months back. rim tayar depan penyek. memula the guy kat kedai tayar tu kata boleh cari, tapi tup2 dia kata kat aku soh tukar ngan sport rim jer... dia pun tunjuklah beberapa set sport rim kat aku. hmmm...alang2 nak tukar rim yg kemek tu, aku pun setujulah dia tukarkan ngan sport rim for the whole set of tyres.

bila dah siap nampak cantik lah pulak! hehe!

Macamana aku boleh langgar divider tu adalah satu kes cara pemanduan aku. aku mengaku bersalah dan amat menyesal. bersyukur kerana Allah memberi amaran awal kepadaku.

December 23, 2010

*M&S vs Local

Aku dah janji ngan Ros nak g year end lunch, and kali ni dia belanja! hehe! aku kuar awal sebab nak g bank dulu. sepatutnya Zani join sekali tetapi dia tidak dapat meloloskan diri dari opisnya yang banyak CCTV tu! tahun lepas masa year end lunch ada aku, Ros, Zani dan "akak angkat Zani"! hehe!! so nampaknya tahun ni hanya aku dan Ros jer lah!

Masa makan aku cite ngan Ros pasal satu blouse yg aku tengok kat Mark&Spenser last week dan aku sungguh berkenan. tapi tak beli lagi masa tu sebab tengok harga blouse tu macam rega selai baju kurung yg kubeli masa raya! so kena fikir2 dulu! dan sebab satu lagi aku tak jumpa fitting room! hehe!! Ros ajak aku ke sana lepas lunch. sampai kat M&S aku tunjuk lah blouse yg aku berkenan tu! Ros pulak tunjuk satu blouse lain yg cantik jugak. aku pun amek both dan cari fitting room. ada punn.....!! wah! dua2 aku suka! cemana ni... lepas congak2 aku bawak both to the counter and settle the payment!

Tapi kan... harga 2 blouse M&S tu, with good material quality and beautiful cutting tak sampai pun harga sehelai blouse made in Malaysia seperti yg diiklankan di TV menyuruh rakyat malaysia membeli barangan buatan tempatan yang harganya dekat2 350 hengget! I think i have got me a better deal here!

Maksudnya lebih kurang gini.. at this situation if i relate to that ad, i rather pay less RM for 2 imported branded blouses, rather than spend more RM for only 1 local made and expensive blouse!! Haha!! i have nothing against buying & using local, infact most of my attire were local made, but the point here is that one advertisement is sooooo deceiving! local item should be reasonable in price so it is affordable by most rakyat! not trying to compete with imported item and sell it at higher price! Apa2 pun, pada pandangan akulah, realitinya local made item is meant for the rakyat sebab menteri2 dan kuarga mereka tak pakai kot baju2 malaysian made ni kecualilah baju melayu, kurung, kebaya...yg sepasang riban2 reganya!

December 17, 2010

*tak best....

Thanks God It’s Friday! Aku rasa hampir semua orang yg bekeja yg aku kenal sangat suka pada hari Jumaat! hehe!! Aku ada meeting after Friday Prayer kat KLCC, and right after that I straight away went to visit my son kat Pantai Cheras.

Dia dah makan ; breakfast roti jer, and lunch tak best katanya! mmg tak sedap pun! sebab makanan yg ku tapau dari cafeteria sepital, ish! ish! ish! sungguh tak menyelerakan dan mahal! nasi separoh ngan ayam and sayur cost me RM7.80! cekik darah tak tu namanya? Anakku desak suruh aku jumpa Doc and soh release dia that very day! eh! macamana aku buat? ku tanya lah jugak ngan misi kat luar tu boleh ke discharge that day. tak boleh kak, katanya. Doc nak observe for another day. So I told my son, that he got to stay there for another night and I believe he would be discharged the next day.

True enough, lebih kurang kol 1130 mlm tu Annakku msg kata nurse dah soh dia sign surat for discharge the next day. My plan esok pagi aku nak bawak nasi lemak ke sepital bagi dia makan sebab mesti tak kenyang makan roti jer for breakfast!

December 16, 2010

*Masuk Sepital la plk!

Khamis 10 Muharam aku berniat untuk berpuasa. bangun pagi subuh tu, aku declare cuti for me. Hubby and Anakudin keje. Anakku ada appointment with the specialist at Pantai Cheras Medical Centre. Anakku2 masih di hostel. So, aku tinggal sorang2 kat umah, nak sambung tido, puasalah katakan. Disebabkn malam sebelumnya hujan dan membawa ke subuh, so cuaca pagi tu sangat sejuk dan nyaman. Keadaan di luar pun mendung jer, tak adalah matahari pagi di langit.

aku dikejutkan dari my sleeping beauty oleh sms Anakku. dia msg kata dah berjam2 dia duduk kat sepital sebab doc soh tunggu sampai dapat result blood test. kesian pulak kat mamat tu… aku msg balik soh dia sabar jer… lgi pun apa lah yg boleh aku katakan selain dari soh bersabar. takkan aku nak soh dia belah dari sepital cam tu ajer! aku tengok jam masa tu dah pukul 12+. MasyaAllah… punyalah lama aku bantai tido! Aku bangkit, kemas2 bilik dan mandi manda. kluar dari bilik mandi ada msg dari anakku2 mengatakan doc nak tahan dia kat wad. blood test result looks like ada infection. dia soh aku datang sepital!

lepas zohor aku keluar. Stop kat McD pack bubur dan beger and off to cari jalan ke sepital. roughly aku tau Pantai Cheras Medical Centre tu kat mana, tapi tidaklah secara specific on the exact location. Hujan renyai2 lak tengahari tu. Nasib baiklah Allah permudahkan jalanku, dan dapatlah aku mencari sepital tu. Dia ada kat wad menunggu, dah kena masuk air la plk. they put him there while waiting for a room availability to place him! dah tau bilik penuh tak yahlah tahan dulu! tunggulah bila ada vacancy barulah panggil, ye tak! bukannya dia dah terpeleot pun! segar2 bugar jer g sepital naik moto pagi tadi. Kesian dia lapar sbb tak makan dari pagi, tak sangka pulak sampai setengah hari kena tunggu kat sepital tu! Nasib baik aku dah pack makanan utk dia. Lepas dah dapat bilik, sharing with another patient, aku temankan dia sampai kol 4.30ptg. Aku pulang sebelom kol 5 sebab tak mau tersangkut dlm jem kat Cheras tu. Sesungguhnya boring kena dok kat sepital.

Aku datang semula malam tu with hubby and bawa barang2 keperluan Anakku. Aku tanya dia dah makan ke belum, dia kata misi cakap doc tak bagi makan, minum milo je! suspen plk! apa hal, takkan ada operation kot? Hubby g kaunter luar dan tanya kenapa Anakku tak boleh makan, the nurse said it’s Doc instruction but they will check and revert. tak lama pas tu nurse tu datang semula dan apologise dan kata they made a mistake! Instruction tu for another patient and not for my son! boleh macam tu ker? The nurse apologized lagi said that they can’t provide food as the cafĂ© kat sepital dah tutup and they do not have any food for Anakku that night! yerlah, masa tu dah kol 9.00, all patient had their dinner at 6.00 pm! Kat area luar sepital tu tak ada kedai makanan halal! Nasib baik aku ada bawa some biscuits, and bread and Nescafe panas dari rumah! kalau tak mau kebuluran anakku nak nunggu breakfast esok pagi!

Apa2 pun we was told that Anakku tak ada kes serious. It’s only for observation due to his blood test result earlier that day and to the fact that dia demam on off for almost three weeks before this. Stress, kata Doc! Other than that there’s nothing to worry about. Lega. dia tu ada minor thalassemia jer tapi selalu tak sihat coz he works too hard dan juga seorang pemain bola tegar! Kesian Anakku kena tido kat sepital mlm tu.

Kami balik dari sepital mlm tu dlm kol 10.00! Laparnya sebab aku hanya berbuka beberapa biji buah kurma jer sebelum bergegas ke sepital semula tadi.

December 13, 2010

*Cerita dari Mekah

Temanku Sal baru pulang dari mengerjakan haji di tanah suci. ini kali ke dua dia menunaikan rukun islam ke 5 tersebut. Hari pertama dia masuk bekerja kami berbual bertanya khabar di telefon dan sempat juga dia bercerita serba sedikit pengalaman semasa berada di Mekah.

Pengalamannya kali ini agak berbeza dugaannya. antara yg diceritakan adalah sewaktu di muzalifah dan di mina. selesai mengutip batu di muzalifah, mereka sepatutnya ke mina untuk melontar, tetapi bas pula tidak sampai untuk mengambil mereka sehingga terpaksa bermalam di sana, di bawah langit beralaskan tanah dan berbantalkan beg sandang yg dibawa. Cuaca di Mina pula tersangat panas dan katanya aircond dalam khemah pula macam tak berapa hidup, jadi keadaan amat merimaskan sehingga ada dari jemaah wanita yg membuka aurat mereka kerana tidak tahan dengan bahang kepanasan. dalam khemah ada 100 orang dan setiap orang mendapat ruang yang cukup2 untuk berbaring sahaja. macam ruang tanah kubur, kata Sal! bercerita pula tentang sindiran seorang wanita kepadanya apabila dia beratur ketika hendak menggunakan tandas. wanita itu merasa Sal tidak sepatutnya menggunakan tandas di situ kerana menyangka Sal dari muasassah dan bukan dari kumpulannya. Sal kata dia diam ajalah kerana tidak mahu menimbulkan sebarang pertelingkahan dan merosakan ibadahnya. ternyata cabaran kesabaran amatlah tinggi sekali. bukan senang hendak mendpat syurga.

Aku merenung jauh ke dalam diri apabila mendengar secebis cerita dari tanah suci ini. Mengenangkan diri aku yang amat kurang tahap kesabarannya... bagaimanakah nanti akan kuhadapi dugaan yang pelbagai sekiranya suatu hari nanti aku menjejakkan kaki ke sana. Aku sedar diri yg amat kurang toleransi apabila berada di tengah2 orang ramai. cukuplah contoh ketika berada di pasar malam, aku amat rimas apabila terpaksa berada di belakang orang2 yg berhenti,look see, look see. aku boleh saja menerjah di depan mereka sambil mendengus dan segera berlalu pergi. buruk laku betul... bayangkanlah apabila berada di dalam himpunan seramai2 umat di depan kaabah nanti?

Ya Allah... harus aku segera belajar dari sekarang untuk menjalani rutin hidup dengan penuh kesabaran. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini.

December 11, 2010

*Bertemu Teman Lama lagi...

Saturday noon aku ke KLCC. ada perjumpaan ngan teman2 dari company D di zaman 90an dulu! adalah dalam 17 tahun lamanya tak jumpa selepas mereka berhenti kerja! Credit to FB...kami janji nak jumpa kol 2.30ptg. aku sampai awal dalam pukul 2.15 ptg, adalah masa untuk aku buat kegiatan lain dulu.

mula2 aku ke pejabat pos meninjau2 kalau ada Q kat counter nak bayar saman. line clear. so aku pun membuat membuat urusan membayar saman kereta aku dengan diskaun 50%. aku rasa bodoh jer buang2 duit bayar saman ni. sama jer macam rasa bodoh2 jer kalau drive 80km kat highway.

teman2ku tu tak dapat sampai pukul 230, so aku pun leisurely wat window shopping. lepas kuar isetan, aku ke mark & spencer lak ; alamak, sudah tangkap cintan ngan satu blouse yg menarik sangat pada pandangan mata aku. sedang berkira2 nak try ke tak, member ku dah tepon, diaorg dah sampai! so, for the blouse, KIV dulu yah!

seronoknya mengimbau cite2 lama disamping mendengar kisah2 terbaru masing2! Masa aku masuk kerja kat D dulu, kawanku Fadz dah ada, dia bahagian akaun. Nora pun dah ada, dia jadi secretary kepada bossku ketika tu. Tapi mereka yang kuar dulu. aku got stuck there for almost 17 years, imagine that! Diaorg 2 orng ni memang glamour ! kalau berpakaian tu, mestilah bukan ala-ala sempoi gitu. always smart dan cantik setiap hari. Nora pulak sentiasa menjaga make up nya yg vogue tu! masa tu mereka dua tu single lagi. Aku pulak dah ada 2 org anak. zaman tu memang best. boss sporting. a retired major in army, at that time. kami enjoy jer keje ketika tu.

things changed bila the owner, the BIG boss amek kawan cum sedara dia masuk company dan jadi second man, after him. dengarnya mamat ni, dulu keje ngan oil & gas company, tak de jawatan besar pun. jadinya bila masok company ni, dan dapat jawatan tinggi terus jadi gila kuasa, ala2 power rangers lah gitu. macam2 benda nak diubahnya. dia kata kami2 sume kat situ were overpaid! wahh!! sume pun dengar sakit hatilah. lepas tu lah ramai staff mula cari kerja kat tempat lain. Mejar pun tak lama lepas tu left the company. Nora and Fadz pun left jugak after that.

Kerana menyampah sangat dengan Power Ranger ni, with his so much interference dalam my work scope, I almost left the company too. I applied, and successfully got another job somewhere near home and with a better pay. Masalahnya hatiku berbelah bagi kerana aku suka sangat dengan kerja aku kat D tu. I like what I did, and I feel good doing it. I like the people I am dealing with and the nature of the work that never bored me. Entah macamana adalah manager2 yg nampak my capability and later had their word with the power ranger tu to keep me and not to accept my resignation letter. so, they sweet talked me and finally I decided to stay (and got stuck!).

apa2 pun aku bersyukur kerana selama di sanalah aku telah berpeluang ke USA sebanyak 2 kali, dan juga berjaya mendapat diploma dan ijazah as a part time student! dan dengan ijazah itulah aku berjaya mendapat pekerjaanku sekarang! see, there’s always a reason for things that happened!

berbalik kepada Fadz and Nora ni… mereka pun sekarang berjaya dalam kerjaya masing2. Fadz got married to the auditor yg selalu datang wat audit kat D dulu! and now she worked with one Datuk who owns a range of free duty shops at the Airport with many privileges to her and the staff, good salary, generous bonuses and overseas treat during the year end! rezeki dia! Nora pulak got married to a high rank officer in the army. She had travel the world with the husband and currently in the bakery business. I feel happy for them.

Punyalah banyak cerita, selepas kami minum kat satu kopitiam ni, tak perasan plk apa namanya, kami pergi ke food court lak nak sambung gebang! sebabnya mat salleh yg mundar mandir kat kedai tu macam nak suruh kami belah cepat jer! busan betul! tak nak aku pegi kedai tu lagi pas ni. kat food court tu, amanlah kami duduk bergebang sampai pukul 7 lebih! tapi sebab semua ada anak2 burung, kenalah ingat2 nak kembali ke sarang! We parted and hope to meet again soon sebelum Nora terbang lagi ikut arah lokasi abang askarnya tu.

December 10, 2010

*tengok wayang

hujung2 tahun ni tiba2 jer ada banyak cite pilem yg menarik hatiku untuk ke panggung. lebih2 lagi panggung TGV JJ dekat je ngan umah. selepas Harry Potter hari tu aku menonton Nangkung, and last week aku tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Cite2 seram lucu ni bestlah pegi tengok, buat gelak2 dan release tension. Johan raja lawak memang kelakarlah! Masa tengok HKLBR, aku booking tiket through phone for 9.20 show; mmg tak tau ler cemana kedudukan seat masa tu. Hubby siap balik cepat nak g collect tiket tu, tapi mak aiii…. cepatnya seat penuh! dah booking pun dapat seat 3 row dari depan. dahlah sakit hati malam tu, tambah ngan sakit tengkuk pulak! sungguhlah tak berapa dapat nak enjoy tengok hantu kak limah.

lesson learnt : lepas ni tak nak lah aku book through phone lagi. baik g panggung and pilih seat sendiri, kalau tak ada seat belakang tak yah tengok hari tu.

and now dah ada plan nak g tengok cite seram “damping malam” end of this month! and next change : tourist ! see how lah kan! hehe!!

December 7, 2010

*Port Dickson getaway..


Seperti yang dirancangkan, kami sekeluarga bertolak ke Lukut, PD pada pagi Ahad. Janji dengan Cikebal tunggu di R&R, PD kol 10.oo pagi. Kami sampai dulu dan tunggu Cikebal kat sana. ALL the food stalls tutup! pelik betul...or mayb memang tak penah buka pun, kami tak tahu. tapi... ada pulak pejabat pusat penerangan pelancungan kat situ. pada pandanganku, kalau stalls kat R&R tak dibuka pada hari Ahad... maknanya tidak ada profit lah berniaga kat situ. and kalau hari minggu musim cuti sekolah mereka tak berniaga, hari apa yg mereka berniaga dan boleh mendapat untung? hmmmm....

tapi nasib baik kami dah bersedia dengan makanan dan minuman : nasi lemak daun pisang yang sedap telah kami order dari gerai kat BTHO. sedang kami makan, cikebal pun sampai dan kami sume breakfast sama2. donut pun ada kami beli masa singgah di petronas tepi hiway tadi. aku tepon CT untuk bertanya lokasi dia n famili, n mak. rupanya baru nak gerak! padahal dialah yg kata akan tunggu kami di PD beach kol 10.00 pagi, nak main air laut dulu.... ni, kol 10.00 masih kat umah dia lagi.. apa cite...?! lepas makan kami pun memulakan convoy ke destinasi kami, Sri Bulan resort, Lukut PD. Hubby nak cuba papa go dia, so kami pun mulakan perjalanan dan cikebal menurut di belakang.

Punyalah si papa go ni bawak kami keluar masuk melalui kebun kelapa sawit sime plantation yg tidak pernah kami lalui sebelum ni. memanglah jalan tu clear dan tak banyak kenderaan tapi banyak haiwan peliharaan terutama lembu yg suka2 melintas jalan raya! tapi rasanya jauh jugaklah kami pusing2 kat situ. finally dalam pukul 12.00 tnghari baru kami sampai ke Sri Bulan! kalau ikutkan timing, dah patut sampai ke Johor dah!! siapalah originator yg set GPS di PD ni yg soh ikut jalan sejauh2 alam cam tu...!

sampai kat sana orang punyalah ramai, tapi nasib baiklah kami dapat parking dekat depan lift hotel! kalau tak teruk gak nak menapak n nak mengangkut barang2 naik ke apartment. tapi sebab kitaorg sampai awal dan guest tak check out lagi, kami pun ke pantai dan mencacak dua rumah setinggan kat situ. bestnya... angin laut punya lah kuat! siap2 pasang umah sementara, makan lagi! cikebal keluarkan roti dan sardin yg dibawanya dari rumah. anakku2 dan anak2 cikebal terus membuat operasi mereka meninjau2 kawasan sekeliling. aku n hubby lepak2 dalam khemah kami n cikebal n noor dok dlm khemah mereka.

CT sampai dekat kol 2.00 ptg! terus lepak n makan2 ngan kami. mak bawak nasi n sambal udang. ada telur goreng. seronoklah sepupu2 kecil semua bila dah berjumpa sesama mereka! Kami check in pukul 3.00 dan terus angkut barang2 yang patut ke apartment. Masa tu orang dah ramai check out, so keadaan dah kembali tenang kat situ! Apartment 3 bilik di tingkat 4, luas dan menghadap pantai dan swim pool! siap punggah barang sume budak2 terus turun ke kolam! hubby nak relek2 jap kat bilik, dan kami turun kol 5.00 ptg. masa tu kolam penuh dengan suku sakat kami ajelah! seronok!

December 1, 2010

*Kolagen

lately ini kalau ke farmasi aku nampak banyak sangat produk kolagen jenama itu ini in the market. buatan dalam dan luar negeri, dengan various price range. zaman fauziah ahmad daud dulu, produk ala2 kolagen jenama imedeen sangatlah terkenal. pada masa tu hanya orang2 kaya jer yg boleh beli produk tu. tapi, sekarang ni macam-macam adaaa..... dan paling takut yg fake pun melambak!

Aku mula2 terasa nak cuba kolagen setelah membaca promosi dari blog mazidul... lagipun kita ni stimate nyer species... so 29.90 sekotak utk stok seminggu tu serasilah ngan wallet kalau nak wat percubaan kan. dan yang paling penting aku boleh layan "periasanya", and kalau rasanya "yekkkk" taklah rasa membazir sangat. so aku pun cubalah membeli itu kolagen on line... hmmm! alhamdulillah boleh telan, dan aku rasa adalah manfaat seperti yang dinyatakan dalam iklan tu. so sukalah, dan nak terus consume. Aku telah mendapat bekalan dengan harga yang lebih compatible dengan belian online untuk stok sebulan.

Hubby pun tak nak kalah, dia pun layan gak kolagen ni, tapi dia beli yg mahal sket dari jenama aku! hahaha!!

November 29, 2010

*Maha Jem

Hujung minggu adalah hari yg sesuai untuk berjalan2 menghilangkan stress kerja. Plan kali ini adalah hendak ke Serdang melawat pameran agro pertanian "MAHA". Rancangan asal hendak pergi pada petang sabtu terpaksa dibatalkan kerana hujan telah turun dengan lebatnya pada waktu kami bersedia untuk bergerak. end up kami duduk depan TV aje lah...

The next day selepas sarapan nasi lemak sotong yang popular kat gerai opposite Klinik Kesihatan di Langat, kami pun terus menghala ke UPM, nampak punyalah banyak kereta sedang sangkut menghala ke tapak pameran yang menggunakan laluan sama ke UPM. dengan cekal hati pada masa itu, kami pun join the Q. mengesot2 di dalam barisan. hangat hati dengan pemandu2 yang kureng ajar yg dengan selamba rocknya memotong kenderaan2 yang sibuk beratur tu. Pemanduan adalah macam perarakan siput ba.

Kami cuba menghiburkan hati dengan mendengar radio, tetapi juruhebah2 radio semua siaran masa tu macam "tutt" dan menjadikan kami meluat dan bertambah sakit hati. Selepas satu jam dan kami masih berada di kawasan UPM, kami bercadang membatalkan hasrat kami dan berpatah balik ke pangkal jalan. tak apalah tak pergi MAHA tu... daripada risiko kebarangkalian kami bertengkar di sepanjang baki perjalanan akibat stress dan kemungkinan membawa sehingga ke destinasi kami nanti, maka baiklah kami mengundur diri secara terhormat.

So kami pulang dengan berlapang dada. sampai rumah, baca paper mingguan lagi baik dari membuang masa, tenaga dan minyak kereta yg merangkak2 dalam kesesakan yang melampau2!

November 28, 2010

*Bertemu Teman Lama

Aku ni memang tak berapa pandai bersosial , dari zaman sekolah dulu hinggalah sekarang. sebab itulah lingkungan teman2 baikku tu tidak berapa besar, adalah beberapa orang je. to me friends are just friends and they come and go.

semasa di sekolah menengah di antara beberapa teman rapat, aku boleh click ngan seorang classmate ni yg aku panggil JAH. aku dengan Jah menjadi so called best friend. Selalu jugaklah kami berdua bersama2 dalam kegiatan2 harian daripada form 1 hingga form 3. Masuk form 4 aku dah berpisah aliran dengan dia tetapi kami masih juga berkawan baik. tapi, itulah...kami berpisah selepas masing2 tamat persekolahan dan meneruskan perjalanan kehidupan masing2. kali terakhir aku mendengar tentang dia ialah apabila dia dapat melanjutkan perlajaran ke PUO. Selepas itu kami terus terputus hubungan. Adalah kadang kala aku terkenang2 dan tercari2 gak kat mana lah minah ni duduk skng... tak pernah pula terserempak semasa balik kampung.

Selepas sekian lama, kami akhirnya dapat berhubungan semula melalui FB. Bagus jugaklah ada FB nie... Rupanya Jah telah pindah ke KL sejak tiga tahun yang lepas. Empat orang dah anakknya kini. Selepas lebih 20 tahun terpisah kami akhirnya membuat temujanji untuk berjumpa semula!

Seronok rasanya bila dapat bertemu semula dan kami masing2 ada kehidupan sendiri yang penuh warna warni. Jah berniaga sendiri sekarang dan gembira dengan bidang barunya itu. diharapkan selepas ini kami akan selalu dapat berhubung dan mengeratkan silaturahim yang terputus lama dahulu. aku pun dah lama pasang angan2 hendak memulakan bisnes sendiri. harap2 persahabatan kami dapat memberi dorongan kepada diriku sendiri untuk memulakan sesuatu yang lebih serius ke arah itu.

November 23, 2010

*Hujan2 di Office

Ya Allah, sungguhlah sejuk beku teramat di opis ku hari ni. terketar2 aku dok depan computer. lubang aircond tu betol2 atas kepalaku, dah lost count berapa kali aku buat lawatan ke bilik kecik. kali ni ujan lebat paling lama aku penah tengok kat luar tingkap nu..dari pukul 2.00 petang and boleh maintain steady sampai kol 4.30! aku takut kalau2 air naik di atas jalanraya dek curahan hujan yang sungguh consistent tu.

Punyalah sejuk hingga beberapa kesilapan bodoh ku lakukan semasa membuat list Tender Committee yg baru je aku submit tadi. (yaa, I can blame it on the crazy cold temperature - itulah nasib baik aku ni dilahirkan oleh mak aku kat mesia, bukan di Negara empat musim)
Ada sorang umat ni sudah reply to my TC list dengan message nya : nama saya ialah : khairuddin bin din. sekian, khairuddin bin din.
bila aku semak semula, yg kutulis ialah : khairuddin din bin. mintak maaf. sekejap kemudian ada satu lagi e-mail masuk. message: tolong semak post en hussin abu, betul ke dia sales engineer? saya pasti tak ada sales engineer dlm department ni. MasyaAllah… dia Senior Engineer, cemana aku boleh jadikan dia sales engineer? apologize lagi.

ahhhh… bodoh2 jer kesilapan yg berlaku ni. menjejaskan kredebiliti aku jer! ceh!! heheh!!!

ku lihat ke luar jendela… hujan dan semakin reda. Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah by the time aku kuar opis dah tak perlu membawa payung lagi. Dan semoga aku boleh pulang dan sampai ke rumah dengan selamatnya. Aminnn.

November 21, 2010

*Walk of the day...."

Hari Sabtu, semasa membaca paper Metro, ternampak iklan “walking day” tajaan nestle pada 21hb Nov di Taman Tasik TT. Wah, rasa macam menarik gak nie! so sudah buat rancangan hendak pergi menyertai itu walk the very early Sunday morning!



Pagi2 Ahad, bila alarm sudah bunyi… berat pulak nak bangun. tangguh2 sekejap sampai akhirnya tengok2 dah kol 7.30! kunun2 nak gerak 6.30 dari umah. hampehh! subuh pun hanyut. tapi kita pegi jugaklah, pegi tengok2 tempat! hehe! tengoklah depa sume tengah bersih2kan tempat tu! sempatlah pulak pas tu pusing2 kat tasik TT, nampak nyaman tetapi sebenarnya cuaca amat panas, silau bijik mata.

Dari TT kami ke kampung baru, lunch kat satu kedai masakan kelantan kat sana. best n murah. dalam perjalanan pulang hubby ajak tengok wayang cite harry porter and the deathly hallows pt 1. so kami pun terus ke TGV Jusco kat umah nak tengok show pukul bape yg available. 2 earlier show dah full house, so kami book show kl 3.10 ptg. Lepas beli tiket, kami balik umah dulu. Dekat pukul 3 kami pun kuar umah. siap sempat tapau samosa ayam lagi kat gerai depan umah. nasib baik sampai2 jer terus dapat parking. lepas beli air kat Watson (sbb kat TGV air mahal 2x ganda) kami dngn makanan & minuman yg diseludup terus masuk panggung!

Dah besar sume pelakon2 harry potter. cite kali ni macam slow sket, tapi still aku ok jer. Cuma hubby ler kejap2 hilang di alam lain. kenalah 2,3 kali siku manja ngan aku. Setakat ni sume cite harry potter aku tak pernah miss. bukanlah die hard fan sangat, tapi cite2 karut marut harry potter jer yg aku boleh layan. tak tau nape! dlm siri kali ni aku suka sangat kat beg pouch Hermione yg comel tu, kecik jer, yet dalam tu macam2 boleh sumbat. toksah kata baju dan seluar untuk 3 orang, khemah pun boleh masuk! nama pun magic kan. aku cakap ngan hubby aku nak sangatlah kalau boleh dapat beg cam tu. dia kata nanti dia akan search dalam e-bay! macam lah ada kan ??



selepas show kami pun terus pulang ke rumah. Since perut pun dah kenyang makan samosa ayam sorang 3 bijik masa dalam panggong, kami setuju malam nanti kami makan Maggie kari jer. Set!

November 17, 2010

*Selamat Aidil Adha

Hari Raya Haji kali ini jatuh pada hari Rabu, dan buat kali pertama dalam hidup aku, aku telah berhari raya di kuala lumpur.
maksudnya : tidak balik kampung.
perasaan : biasa ajer!

pagi2 subuh masa aku bangkit, telah terdengar takbir raya berkumandang dari surau berdekatan. selepas solat subuh aku mula ke dapur dan mengeluarkan bahan2 untuk dimasak dari freezer. raya haji ni, kami makan laksa johor ngan ayam goreng! siap masak dalam pukul 10.00 pagi. lepas siap sume tu barulah mandi dan makan-makan. jiran2ku pun kulihat ramai yang tidak pulang ke kampung.

tengahari aku n hubby kuar ke Mines. beli papa go. on the way back kunun2 nak singgah mengeteh kat kedai mamak! rupanya2 mamak pun cuti raya haji! kagum aku! ada satu kedai je yg bukak ; Aliff Bistro, tapi keadaannya sungguh tak terurus sebab orang ramai dan pekerjanya kurang. cuti agaknya. so kami pun melupakan hasrat singgah minum di situ. terus pulang ke rumah

Petang hari cikebal singgah umah makan laksa; wife and anak2 dia dah balik ke pahang. rupanya malam raya cikebal ada buat delivery ke johor dan mlm smlm dia tido umah mak! so pagi2 tadi, dia sempat beraya dan makan lontong kat umah mak!

kini baru ku tau keadaan beraya di KL... hampir sume kedai tutup kecuali sumaket, mcdonal and KFC....

November 15, 2010

*Keputusan UPSR

Result dah kuar, peratusan keputusan semakin meningkat baik. Tahniah diucapkan kepada adik2 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Semoga terus berjaya di masa2 mendatang. Kepada yang mendapat keputusan yg kurang memuaskan, teruskan dan tingkatkan usaha, perjalanan masih jauh dan peluang terbuka luas untuk membuat perubahan.

Tahun ini Terengganu masih kekal sebagai negeri terbaik sepuluh tahun berturut2! itu memang aku tak heran langsung! tapi yang aku heran kenapa semakin ramai yang pandai budak2 kat mesia ni semakin ramai jugak yang jadi tak senonoh apabila dewasa. masyaAllah... macam2 kes salah laku yang dihidangkan di paper saban hari melibatkan remaja2 kita. masalah sosial seolah2 tak dapat dibendung olah masyarakat kini. sungguh menakutkan.

satu cara yang aku nampak yang boleh membendung gejala sosial ini ialah kembali kepada asas agama, dan amalannya sekali. memang senang untuk dituturkan tapi kelihatan begitu sukar untuk dilaksanakan.

November 7, 2010

*Lawatan ke Melaka (2)

CT sampai ngan wirawati2 berani mati di tepi swim pool. hehe!! Berangkutlah budak2 tu sume naik ke level 7. bilik aku level 10. Masa kami sampai kat swim pool,ada tiga empat orang jer kat situ. so traffic air sangat lancarlah ketika tu, bestlah. Then aku nampak Ros & Familinya! kami memang tau plan ke Melaka dan duduk di hotel yg sama tapi barulah sempat jumpa kat c2! sibuk ngan aktiviti memasing! Dok dlm swim pool tak lama sangat sbb sangatlah sejuknya. mungkin faktor cuaca yg mendung dan keberadaan swim pool di tahap ketinggian 7 tingkat menyebabkan kedinginan yang agak melampau. Ceh!

Sebelum maghrib, CT n Family nak bergerak pulang, sebelum tu kami pergi makan dulu di satu gerai di tepi highway Semabok(?). Selesai dinner, kami pun menghala ke haluan masing2. janji akan jumpa semula esok hari di rumah mak.

Mula2 tadi kami ada rancangan hendak naik beca berhias dari hotel ke Jonker's Street. tapi bila memikirkan kami dah dlm perjalanan tak payahlah pulang ke hotel, terus shj kami menghala ke Jonker's Street tu. Aku rasa itulah kali pertama dan terakhir aku akan ke sana. Cukuplah sekali. Sesak nafas aku. tak ada apa pun yang menarik. kami spt terasa berada di tempat yang salah. bukan di malaysia. terasa macam pelancung di tanah besar China pula! aku tak tahu apa yg seramai2 manusia2 tu buat berasak2 kat sana.

Rasa amat lega sebaik dapat mengeluarkan diri dari kawasan tu. sungguhlah melaka ali rustam maju.

Kami berjalan keluar melalui celah2 bangunan lama yang antik dan unik kat sekitar kawasan tu. keadaan ketika itu amat sunyi dan gelap; jadi lajulah kami melangkah mencari arah parking tempat kami meletak kereta. tak ada orang lalu lalang! yang kami nampak di hadapan kami ada seorang lelaki yg berjalan menggunakan tompang kaki (tongkat); dan kemudian ada seorang nyonya entah dari mana timbul di belakang kami. tetiba kami ternampak ada satu bangunan bertulisan jawi diapit oleh tokong Cina. aku berhenti dan membaca tulisan tersebut. Makam Hang Kasturi! terkejut dibuatnya. aku dan hubby pun meninjau2 kawasan makam yang kelihatan amat suram di kegelapan malam sambil membacakan Al Fatihah utk Hang Kasturi. Nyonya yang tadi tu pun boleh berhenti sama di sebelah kami, dan melihat apa yg kami buat! mungkin dia ingat kami nampak sesuatu yg dia tak nampak! hehe!! Kami baca Fatihah jer Nyaa.

Apa2 pun walau bangunan di bandar Melaka tu antik2 belaka, tetapi ianya telah di makeup dan dihiaskan dengan baik sehingga kelihatan menarik dan hebat!

Kami sampai di hotel kepenatan dan terus tidur selepas berkemas2 apa yg patut. esoknya selepas bersarapan di hotel, kami terus mencari jalan pulang ke kampung.

November 6, 2010

*Lawatan ke Melaka

Jumaat, cuti Deepavali. hari ni, kami nak balik kampong tapi singgah di Melaka dahulu. perancangan kami untuk singgah di melaka dlm perjalanan pulang ke kampung ni memang dah dibuat beberapa minggu lepas.

awal2 pagi aku dan hubby memulakan perjalanan kami ke Melaka. Perjalanan yg kami sangka lancar rupanya tidak lah begitu lancar. biasalah bila ada cuti yang agak panjang sket, ramailah yang mengambil peluang merehatkan diri. mula2 sekali, jalan yang terkemut2 tiba2 sangkut tak bergerak2. dan seperti yang dijangkakan, memanglah ada kemalangan yang berlaku. rakyat malaysia memang terkenal seantero dunia sebagai rakyat yang perihatin dan mesra accident, jadilah pula jem kereta yg melekat2. ramai pemandu yang memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat2 dan membuat spekulasi masing2 tentang kemalangan yang berlaku tu. sungguh menyakitkan hati.

apabila kete dah mula dapat agak melancar dalam pemanduan, tetiba sangkut semula. aiikkk... takkan ada accident lagi. tak lama kemudian kelihatan seorang lelaki yang hanya berseluar tidak berbaju dan tidak berkasut berjalan di tengah2 lebuhraya di dalam cuaca yang panas terik ketika tu. nampaknya seperti mat bangla atau dari India. dan sebagai rakyat malaysia, aku dan hubby perlu membuat spekulasi. Kesian lah ngan mat tu, mungkin dia tertekan dengan hidup, sudahlah merantau tapi tidak mendapat pekerjaan seperti yang diharapkan. keluarga ditingalkan menaruh harapan kepadanya tetapi kelihatan dia sendiri seolah2 tiada harapan. sekiranya dia masuk secara haram, apabila dicekup nanti, tak berguna satu sen pun. cubalah bayangkan sekiranya kita berada di tempat dia. Ohhhh... tak sanggup aku memikrkan. Bersyukurlah aku dilahirkan di tanah melayu ini.

sampai di Melaka dah pukul 12.00 tengahari. daftar masuk ke Hotel dan berehat2 sebentar. Selepas solat Zuhur kami memulakan missi kami, iaitu berjalan2 di sekitar bandar melaka ali rustam maju. mula2 kami ke mahkota parade, saja2 lah nak tengok2 apa yang ada kat sana. sama ajelah macam gedung membeli belah kat KL nu. hari tu ada pertunjukkan tarian india oleh gadis2 dan pemuda2 tionghua kerana teman2 india mereka sedang beraya. pandai lah mereka menari dengan sari dan punjabi suit yang sungguh berwarna warni!

kami tak beli apa2 pun. cuma makan aiskerim berjenama yg 2 skop berharga RM20...hehhh!! makan tu makan gak, tapi merunggut la jugak! harganya boleh dapat empat kotak aiskerim walls dan boleh simpan sampai dua bulan dam peti ais.

Sedap2 tengah melepak atas kerusi urut Gintel, tiba2 CT tepon kata dia dah kat Melaka, nak lepak2 kat swim pool kat hotel! aku ngan hubby pun bergeraklah pulang ke hotel nak menyambut tetamu2 kami itew.

October 27, 2010

*Mencari Jodoh....Kucing









aku ada seekor kucing betina. namanya Chomel. semenjak dua menjak ni dia menjadi “merenyam” sangat. gatal la tu. aku biasa dengar kucing jantan mengiau2 miang mengurat kucing betina. tapi tak pernah dengar kucing betina yang gatal memanggil2 kucing jantan. itulah yg dibuat oleh si chomel yg baru berusia 6 bulan.

naik darah aku dibuatnya. ada satu ketika aku standby dengan bekas spray air di tangan. setiap kali dia mengiau gatal, aku akan sembur air ke mukanya. mencicit dia lari dari aku. tapi sekejap aja. tak lama kemudian dia akan ulangi semula mengiau2 gatal. tuhan aja tahu betapa siksanya telinga aku. kegatalannya tu sungguh menaikkan darah aku hingga menimbulkan rasa benci pada haiwan tu. aku pernah rasa hendak menghalaunya keluar dari rumah: "hoi!! berambus la ko! nyah dari sini!!", tapi masih tak tergamak lagi. masih ada sekelumit kesabaran di hatiku. selama2 aku membela kucing2 jantan kat umah, tak ada seekor pun yang berperangai hangit seperti kucing betina sekor tu. malu aku pada jiran2 berdekatan kerana membela kucing bohsia kat umah. itu nasib baik aku tak pernah lepaskan dia keluar dari rumah, kalau terlepas sah2 akan bunting bawah umur. kucing2 jantan kat luar tu memang asyik mengendeng si chomel tu. itulah sebab dia perasan dan jadi terus miang semacam.

baru2 ni aku ada menceritakan kepada jiranku tentang si chomel yg miang tu. dia kata tak sangka pulak bunyi yg didengar tu dari umah aku. disangkanya ada kucing jantan yang sedang naik minyak di luar sana! memangla tak siapa sangka kucing betina boleh membuat bunyi2an macam tu. nampaknya itulah yg berlaku sekarang.

aku ada berkata kepada jiranku tu aku nak carikan sekor kucing jantan yg "ada kelas" sket utk dibuat pasangan si chomel. aku nak kawinkan dia sebelum dihantar ke vet untuk di“chrett”kan! Hmmm... bukan setakat orang jer yg memilih2 mencari menantu sebagai pasangan anak mereka. aku ni nak carik pasangan kucing pun tak nak sebarangan kucing walau banyak yg bersepah2 kat luar tu. sadis gak kan.....
aku harap my neighbour tu will pass the word around.

October 22, 2010

*Petikan Berita Harian 22.10.10

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen swasta TV3 dikenakan kompaun maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penyiaran iklan Aidilfitri 'Sinari Lebaran' yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata keputusan itu dibuat selepas SKMM menyiasat aduan orang ramai mengenai iklan itu mengikut Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) di Dewan Rakyat.
Menjawab soalan tambahan Zulkifli mengenai ketiadaan tindakan pendakwaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee yang menghasilkan klip video kontroversi dan berbaur perkauman, Salang berkata kementerian itu sudah mengambil tindakan sewajarnya.

“SKMM tiada kuasa untuk membawa ke mahkamah dan hanya boleh memberi siasatan kepada Peguam Negara. Itu terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan. Tetapi tidak boleh dikatakan kementerian tidak mengambil tindakan terhadapnya,” kata beliau.
Waah! kalau macam tu, sakanlah mamat tu. lepas ni boleh buat macam2 video lagi. nasib baik betul anak cina ni. untung mak bapak dia. buatlah apa2 pun namawee.... orang takut kat kau.

October 21, 2010

*buat planning lagi

deepavali early next month ; ada 3 hari off day, Friday, Saturday & Sunday. mulanya ada rasa hendak ke penang. diskus diskus tak jadi plk. takut jem teruk. pas tu, fikir2 g Trengganu lah kot. So it sits there for a while. tiba2 hubby ada plan lain lak on the raya haji week end in Nov. Maknanya tak boleh balik kampong!. Alamak, i dah plan nak balik umah mak pada ujung minggu raya aji tu, sebab tak balik on the Aidil Adha day itself, yg falls tengah2 minggu! so tukar rancangan lagi, instead of Terengganu, meh la kita g yg hala2 umah mak.. cuti sehari lepak2 kat Melaka, then balik umah Mak. so i taklah rasa guilty sangat tak balik aidil adha nanti.

and dalam sibuk2 ngan keje sempat gak wat booking hotel kat melaka. looks like itulah plan terbaru yg dibuat untuk relex sket. itu kalau betul2 boleh relex la... i've experienced how bad the traffic jam kat Melaka tu can be, especially during the week end. nasib baik jer masih ada vacancy, kalau tak idok jer menjadi rancangan yg diangan2kan itu.

see how lah nanti. another week 2 weeks to go.

October 19, 2010

*aku bukan pilihan

aku biasa sampai awal di pejabat. so pagi2 aku akan selalu layan siaran sinar di radio sambil membuat list apa yg patut aku buat for the day. topik sinar ari ni : aku bukan pilihan.

adalah seorang kakak ni menalipon bercerita kepada SY & Krill (KE tak ada) ; dia dan suami dah berkahwin hampir 20 tahun. selepas anak2 dah besar, dia dan suami akan ke mana2 berdua2 sahaja. dia rasa happy lah masa tu. tapi semenjak dua menjak ni, suami mula ada akaun FB. belakang dia sudah asyik berFB manjang. lepas tu sibuk lak join reunion dengan teman2 lama dia. yang kakak ni tak puas hati sangat ialah suami dia tak pernah sekali pun mengajak dia pergi berjumpa teman2 lama dia dalam apa2 majlis reunion dia. teman2 lama yg pergi join reunion tu bangga membawa pasangan masing2, tetapi kata kakak tu dia terasa sangat sebab suami dia sebaliknya pula lebih suka pergi secara solo.....
ala kak, you are not alone.... memang ada sesetengah lelaki yg perangai cam tu. i know one! hik...

dalam akhbar Star hari ni dlm column "Dewan Rakyat" ada menyatakan tentang 2 org guru di Kulai dan di Sungai Petani telah ditukarkan ke education department kerana dikatakan telah membuat kenyataan perkauman semasa perhimpunan. yang paling menyakitkan hati sekali ialah statement ini dari seorang menteri "the Government was also investigating whether it can take action against controversial rapper namawee for his racially-tinged songs and video" ?????
apa nie!!??? define justice please.

October 18, 2010

*tak sanggup membayangkan

membaca tajuk utama akhbar mingguan semalam sungguh menyayat hati. tiga beranak terkorban apabila kereta dipandu bapa mangsa terlibat dengan kemalangan maut di jalan kuala kangsar - lenggong. gambaran keadaan anak yang mengelupur sejurus sebelum meninggal dunia membuat aku tak sangup untuk meneruskan pembacaan. tak tergambarkan kesedihan orang2 yg menyayangi apabila terbayang bagaimana tahap kesakitan yang dialami anak tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir. semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh2 mereka yang terkorban di dalam tragedi tersebut.

kelihatan seperti kejadian kemalangan maut semakin menjadi2 sekarang ni. pesanan kepada keluarga dan diri sendiri : sentiasalah peka dan lebih berhati2 ketika memandu. malang tidak berbau.

perkasa - terasa ingin memperkasakan diri dalam masa yang terdekat ini.... ingin melihat bangsaku bersatu hati dengan semangat jati diri mempertahankan maruah dari dijajahi semula.

October 15, 2010

*akhirnya...

malam smlm hubby ajak aku ke sumaket sebab dia nak beli handphone baru. sementara dia g nego kat deretan kedai kat sumaket tu, aku pun silau2 keliling tengok2 baju2 di butik kat situ. tetiba hubby dtg ngan senyum simpul dan mengajak aku ke satu kedai ni. dah jumpa lah apa yg dia cari tu. aku pun mengekori dia ke kedai yg tak jauh dari situ. tiba2 aku rasa aku macam berjalan atas sesuatu yang cair dan membuat aku meluncur kedepan dan hilang imbangan badan. lepas tu apa lagi, gedebuk aku jatuh atas kedua lututku. macam org merangkak atas lantai lah gitu!

Adoiii… sakitlah rasanya. dahlah kedua2 kakiku masih belum sembuh betul lagi. terkejut taukeh kedai tepon tu sebab aku jatuh betul2 depan kedai dia. aku pun pandang ke arah apa yg membuat aku jatuh tu, rupanya lantai tu ada air tumpah! sebab air tu tak berwarna itu pasal tak nampak, dahlah lantai tu memang sentiasa berkilat disental pekerja bangla kat situ, tak perasaan la ada air kat situ.hubby tolong aku bangun dan dia soh aku beli slipar baru sebab selipar aku tak anti slip. mentang2 dia pakai croc. dia kata dia pun tak perasan ada air kat situ sampailah bila aku jatuh baru dia nampak ada air tumpah atas lantai tu!

sekarang kedua2 lututku pulak sakit. balik umah aku makan ubat tahan sakit. nanti timbullah kesan lebam kat lutut ku tu.

aku macam tak percaya kepada kejadian2 yg berturut2 hari berlaku kepada aku :
hari selasa aku hampir jatuh dan cedera kaki kanan;
hari rabu juga aku hampir jatuh dan cedera kaki kiri.
finally hari khamis aku berjaya dijatuhkan!

October 13, 2010

*terpelecok!

haha!! aku pun pelik cemana perkara ni boleh berlaku kat aku. Hari Selasa petang aku ke KLCC Plant, ada meeting ngan owner. lepas parking kete aku pun berjalan kaki menuju ke opis yg cuma kira2 dlm 30 meter jer dari car park tu. walaupun kukira telah berhati2 mengatur langkah, tapi entah macamana kaki kananku tiba2 boleh terpeleot di celah2 batu pavement yang tak rata tu.. nasib jer aku tak rebah! kalau tak mesti terluka kaki & tangan yg menahan. aku teruskan juga berjalan tapi control macho lah kan, tahan kan aje sakit tu. nasib baik tak ramai org lalu lalang kat situ.

Sampai umah petang tu, buku lali ku dah membengkak! adoiiii... aku amek minyak gamat serbaguna dan hubby tolong urut kakiku pelan2. sakitnya bila tersentuh tempat bengkak tu! Malam tu aku mintak ankle support dari anakku, nasib baiklah dia ni football craze, so all type of support bandage dia ada. aku pun pakailah benda alah tu kat kaki sepanjang malam sampai ke pagi. Alhamdulillah, bangun pagi bengkak dah ilang dan tak berapa sakit lagi. still aku pakai jugak masa ke opis.

Today i have to go to the same place for another meeting. And i manage to sampai kat opis tu dengan selamat... Hubby siap msg tanya about my kaki dan aku dengan leganya membalas sms dia mengatakan kaki aku is getting better and i was extra careful bila lalu tempat kejadian semalam tu.

Lepas meeting, dengan berhati2 aku melangkah menghala ke car park. while i was walking, aku terdengar macam nama aku dipanggil. so aku pun menoleh ke belakang, tapi rupa2nya diaorg sedang bercakap sesama sendiri depan pintu opis. And opss! bila aku kembali pusing ke depan, gedebuk! aku terlanggar lagi batu pavement tu. Adoiiii!! kali ni kaki yang sebelah lagi pulak! Ya Allah!! apa kena ni?

sampai umah aku terus amek another ankle support anakku and put it on my other kaki. now i m wearing ankle support on both feet. malam tu aku cite ngan hubby apa yg terjadi. i then told hubby that tempat tu sebenarnya memang keras... berhantu. dia kata aku mengarut.

hmmmmhhhh....

October 8, 2010

*terbeli la pulak...


mlm tadi hubby ajak ke jusco mahkota, nak makan sandwich kat subway. sampai kat sana cam biasa jalan2 pusing2 kedai dulu. nampak kedai jam ni, saja2lah masuk kunun nak look see look see. aku nampak ada satu jam DKNY ni sangat unik talinya, yet simple and sweet. sudah suruh itu salesman angkat keluar dari display cabinet dan terus pakaikan kat tangan wa. fullamak! sungguhlah comel dan cute sekali!

cemana ni, sudah jatuh cintan instant tu gak. harganya kurang sikit RM400. dalam hati aku berkira2, apa salahnya belanja untuk diri sendiri sekali sekala...bukan mahal sangat pun. selalu aku melebih memikirkan keperluan utk keluarga sahaja. biarlah sekali sekala ini aku memikirkan untuk pamper diriku pulak. hehe! baik punyer alasan! jadikk! hubby lak offer bagi RM100 bila dia tengok aku benar2 nak jam comel tu! bertambahlah jadik! hehe, so today i have a new wrist watch!

October 7, 2010

*Macam tu pun ada...!

Kisahnya petang Sabtu lepas aku ke pasar malam Jalan TAR lagi. Aku nak cari hand bag main2 wat ganti sementara "hand bag jalan dekat2" aku yang dah uzur terkopek2 kulitnya. Nampaknya sebab raya masih belum habis, keadaan di pasar malam tu tidaklah sibuk sangat. aku agak ramai org yang masih beraya ke rumah handai taulan lagi, sebab tu keadaan tidak semeriah biasa kali ini. tapi best jugak nak jalan2, tidaklah asyik sangkut2 jer!

tak ada hand bag yg menarik hatiku di pasar Malam Jln TAR… tapi aku tangkap sepasang kasut yang cantik! Harga keseluruhan on the road RM40 sahaja! hehe!! dan yang best tu hand bag bonia pun dapat jugak, tapi setelah kami tukar haluan ke Sogo, dekat jer ngan TAR tu! Hubby layan jer. Dari nak beli hand bag yg main2 jadiknya beli yg betul2 punya! heaaa!

Aku pun melaram ngan kasut baru ke pejabat that very Friday. dalam masa aku berjalan pulang dari office ke parking lot di Convention Centre, tiba2 ada seorang hamba Allah ni (perempuan ler) menegur aku…..
”You! Cantiknya Kasuttt!! kat mana you beli?!”
boleh ye, jadi cam tu? hehe!! aku yang terpinga2 cuba mengingat eh’ kat mana yer aku beli kasut ni?! haa!!
“kat Jalan TAR! Pasar Malam last Saturday! Haaa! esok you boleh pegi!”
“Alaaa… I dah lebih 10 tahun tak pegi Jln TAR. Selalu I g kat, Vincci KLCC, BB (etc etc)! tapi kasut you cantik!
“Murah jer nie….!”
“Itu lah…. tapi I dah lama tak ke Jln TAR lah…”

Heaaa… aku senyum jer dan meneruskan perjalananku! Gelihatilah jugak memikirkan!

October 6, 2010

*tak sihat ler

petang semalam, pulang dari office aku dah mula rasa tak sedap badan. ketika aku sampai umah, hubby pun baru pulang. aku terus ajak dia pegi dinner. makan nasi lemak bungkus kat kedai. tapau nasi goreng untuk bujang 2 org yg kat umah nanti. sampai umah lepas solat maghrib, aku telan actifast dan tarik selimut, zzzzzZZZzzzzz.

sedar2 pukul 3 pagi. sume kegiatan dah tak ada, cuma TV yg masih terpasang. aku bangkit solat ishak dan layan cite yg so happened on air lak masa tu "mentua vs menantu" sampai habis. kepalaku masih pening, hidung berair, urat kakiku terasa sakit dan bisa2 sendi di seluruh badan. sambil2 tu sempat aku mencongak2 apa keje yg urgent yg ada kat atas meja kat opis yg kena aku buat esok ni... teringat invoice RM1 mil yg aku kena process utk progress claim, tapi person in charge dah bagi tau aku dia tak ada kat opis esok.. jadi, kalau aku MC sehari tak apalah. anyway kalau aku g opis dan tak boleh buat keje pun tak ada hasil jugak.

Pagi2 tadi aku dah ke klinik ngan hubby. Dr Jamilah kata aku dah kena jangkitan virus. dia bagi ubat dan MC for today. rest at home. no air cond. balik klinik kami g makan dulu so nanti kat umah aku boleh terus landing jer. now aku dah kat umah lepak sorang2 atas sofa. Kepala sakit, tapi sambil baring masih boleh jawab phone calls, baca and jawab e-mail on work matters. and baca blog and gossip artis. Heaaaa.

Sedang aku check e-mel, tiba2 "honnk! honkk!!" alamak, Cikebal rupanya! dia dari muar nak kirim durian mak kat aku! bestnya...tapi org kata tak leh makan durian ngan ubat. cemana ek... hmmm, tapi skng ni nak hayun parang kopek itu durian pun tak berapa larat lagi. cium bau jer la dulu...

October 5, 2010

*apa cerita

kerja memang tak abis... so redha aja lah. selagi hidup dan masih perlu bekerja untuk mencari rezeki, apa lagi pilihan yang ada. lately ni aku banyak berada di KLIA Plant, perjalanan selama 2 jam pergi balik... lebih kurang serupa masa yg kuambil untuk balik kampung. kalau 4 kali seminggu aku ke KLIA, lebih kurang dua kali aku ulang alik ke umah mak... ishkk...ishkkk. tapi aku cuma balik kampung sebulan sekali jer....

aku ada tepon mak ahad lepas bertanya khabar dan mak kata durian kat kebun belakang dah mula gugur. and durian kat kebun moksu dah melarah, tapi kesiann... dikutip percuma pulak oleh orang yg berjiran dengan kebun moksu tu. moksu nun jauh di kelang! hehe!! mak tak larat nak pegi jenguk kebun moksu hari2! kira sedekah aja lah kot... nak marah pun tak guna...
harap2 sempat aku merasa durian kat kebun mak bila aku balik kampung ujung bulan nie nanti

syawal hampir sampai ke penghujungnya, aku baru sempat berpuasa selama sehari sahaja. tahun lalu aku dapat melunaskan seminggu hutang puasa dalam bulan syawal. bangga jugaklah dengan semangat yang kental tu. tapi sedihlah pulak tahun ini aku menjadi lalai...

September 10, 2010

*Selamat Hari Raya

Hari ini aku tak puasa sebab hari ini Hari Raya! seperti biasa selepas subuh dah mula ke dapur memasak lauk2 utk dimakan bersama keluarga di pagi raya. tahun ni rasa meriah sebab cikebal sekuarga ada bersama, bertambah ramailah umat kat umah mak kali ni. yang dah bertahun lama tak masuk buku ialah kusai... masalah dialah tu. tapi, kesian gak kat dia...

aku masak sambal kacang berdaging utk dimakan ngan ketupat dan kuah lemak lodeh. CT masak rendang daging. Noor cikebal masak kari ayam. bergotong royong semua! Ketupatku amat menjadi dan aku gembira!

Kami makan beramai2 dan acara bersalam-salaman dan bergambar adalah rutin biasa pada pagi raya pertama. Sedih sebab dah 4 kali raya tanpa abah. Kalau abah ada memang lebih meriah. AlFatihah untuk abah. Apa2 pun seperti saban tahun di hari raya yang paling gembira ialah anak2 buah yang mula mengutip sampul2 berisi zakat raya untuk mereka. Senyum sampai telinga semuanya.

Hujan pula turun dari pagi lagi. berhenti sekejap dan sambung semula. Pulaknya hari Jumaat, sempat beraya sekejap sebelah pagi, berhenti sekejap lepas solat Jumaat dan petangnya pula pergi ke rumah kuarga suami CT di Pagoh. Sungguhlah sesak keadaan di jalanraya semasa kami memandu pulang dari pagoh... adoiiiii...!

Malam2 raya begini cerita best belaka kat TV... layannnn...!

September 3, 2010

*Duit Raya Woiii!

Kerajaan dan umumkan pemberian RM500 kepada penjawat awam. Syukurlah, ada juga additional cash ditangan untuk melengkapkan mana yang kurang. bagi sesetengah orang, apalah sangat RM500 tu, harga makanan yang dibayar untuk sekali menjamu selera berbuka puasa di hotel bersama keluarga malah lebih dari itu. namum bagi sesetengah yang lain pula, duit sebanyak itu adalah rahmat, cukup untuk membeli pakaian raya baru lima anak dan emaknya sekali.

Bersyukurlah aku kerana selama ini rezeki Allah cukup untuk melengkapkan keperluan keluargaku dan juga mak di kampung. Umpama mengukur baju dibadan sendiri, pandai2lah kita menilai kemampuan diri dalam membuat persediaan menyambut Syawal.

Aku terdengar berita di radio pagi tadi : Felcra mengumumkan pemberian dividen awal berjumlah RM107 juta kepada 80,350 pesertanya pada bulan ini sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Wahh! banyak tu! aku mengambil calculator dan membuat pengiraan : RM107,000,000.00 / 80,350 = RM1,331 seorang! meriah raya woiii!!

August 29, 2010

*Pasca Kemerdekaan @ 1Malaysia

Antara perkara yang membuatkan hatiku panas : kerajaan terlalu berlembut hati dan bertoleransi kepada bangsa2 lain terhadap sikap "biadap & kurang ajar" mereka, tetapi amat bertegas sekali sekiranya pelaku itu adalah bangsa melayu. sedih. kisah tanah melayu masa kini. kaduk sudah naik junjung

APABILA SUSU DIBALAS TUBA
KU SEMAN KU HUSSAIN - Mingguan Malaysia 29August2010

"TAHNIAH" diucapkan di atas sikap berlembut kerajaan memaafkan seorang pelajar yang biadab menghasilkan video Negarakuku tiga tahun lalu. Video Negarakuku bukan saja memuatkan lagu Negaraku dalam rentak rap malah menyelitkan cercaan dan maki hamun kepada kerajaan.
Walaupun banyak pihak kecuali MCA meminta kerajaan mengambil tindakan yang tegas kerana perbuatan itu seolah-olah memijak kedaulatan negara, tetapi akhirnya pelajar yang menuntut di Taiwan itu pulang dengan gembira tanpa sebarang tindakan.
Wee Meng Chee atau Namewee melakukan perbuatan itu ketika menuntut dalam jurusan komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan menyiarkan footage video yang menyentuh sensitiviti agama Islam itu dalam YouTube. Seluruh dunia melihat sikap buruk rakyat Malaysia terhadap negaranya. Kerana kita terlalu baik hati dan mahu "mengambil hati" kesalahan sebesar itu kita padamkan hanya sepatah kata "maaf" daripada pelajar berkenaan.
Walaupun tiga tahun berlalu tetapi orang Melayu dan umat Islam masih terasa pedihnya. Kerana toleran yang melampaui kerajaan, Namewee sekali lagi buat hal apabila menyiarkan video terbaru di YouTube memuatkan kenyataan berbaur perkauman, mencerca seorang guru besar yang dituduh perkauman seterusnya Kementerian Pelajaran.
Semalam, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashin Shirlin mendesak tindakan tegas dikenakan ke atas Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap sangat biadab serta boleh mencetuskan sengketa kaum.
Nah, diberi susu, dibalasnya tuba. Adakah kita semua terpaksa menghirup "tuba" sekali lagi kerana mahu "menjaga hati" pihak tertentu? Kita sedang menunggu tindakan yang tegas seperti yang dikenakan ke atas bekas pelajar Aswara yang memberi komen dalam facebook berbaur ugutan mengenai kes membakar gereja tidak lama dulu. Pelajar itu ditangkap dan didakwa. Baguslah tegas begitu.
Kerajaan juga mengambil tindakan tegas kepada sekumpulan remaja Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang di Batu Buruk Terengganu tahun 2008. Itu pun bagus juga. Mempersenda dan menghina negara besar kesalahannya tidak kira Melayu, Cina atau sesiapa. Tetapi gelagat sekumpulan remaja Melayu itu hanya diketahui oleh sekitar kawasan Batu Buruk saja. Mereka tidak menyiarkan peristiwa membakar Jalur Gemilang di YouTube untuk memberitahu seluruh dunia.
Kerana itu Namewee sangat bernasib baik apabila perbuatannya yang mencemarkan nama negara di seluruh dunia boleh pulang ke tanah air dengan senyum gembira. Sekalipun kesalahannya lebih besar daripada bekas pelajar Melayu Aswara dan sekumpulan remaja Melayu di Batu Buruk, dia terlepas daripada sebarang tindakan. Malah pernah memohon bantuan kewangan daripada Finas untuk menerbitkan filem. Bagaimanapun status permohonan itu belum diputuskan lagi setakat ini.
Sensitiviti
Apabila Namewee mengulangi kecenderungan mengecam negara dan menyentuh sensitiviti perkauman, tindakan yang tegas mesti diambil sebelum orang luar melihat "pihak berkuasa" kita sebagai tidak berkuasa. Siasatan mesti dijalankan dan kali ini tolong jangan ada penglibatan parti politik seperti kesnya yang lalu.
Sebenarnya pihak yang banyak memainkan peranan hingga Namewee boleh senyum gembira pulang ke tanah air selepas mencaci negara adalah MCA. Inilah akibatnya kalau isu-isu yang melibatkan hal-hal yang mencemar kenegaraan diselesaikan menerusi penglibatan politik bukan undang-undang.
Kali ini apa pula agaknya yang akan dilakukan oleh MCA? Kalau dulu Chua Soi Lek yang ketika itu Menteri Kesihatan menganggap Namewee sebagai "budak jahil" yang tidak mempunyai niat mempersendakan lagu Negaraku dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Kali ini apa pula komen MCA? Parti DAP pun kelihatan sangat bersimpati dengan Namewee ketika perbahasan di Parlimen ketika isu itu hangat diperkatakan.
Tetapi ironinya "budak-budak Batu Buruk" yang dikenakan tindakan tidak ada pula campur tangan parti-parti Melayu seperti UMNO atau Pas. Sebenarnya parti hanya menguruskan hal-hal politik saja, apabila tiba soal yang mencemarkan negara, semua parti mesti melupakan soal kaum masing-masing. Semua kaum dan semua parti di bawah satu bendera dan menghuni tanah air yang sama.
Selepas menghasilkan video Negarakuku, Namewee menghasilkan CD yang antaranya memuatkan lagu Negarakuku dan Kawanku dalam bahasa Mandarin. Lagu Kawanku antara antara liriknya akan menyinggung perasaan orang Melayu.
Dalam kerapuhan hubungan kaum di negara ini, anasir-anasir yang boleh menyumbang kepada ketegangan perlu dibanteras tanpa mengira kaum. Dalam kes terbaru ini ternyata menyalahgunakan kemudahan teknologi apabila mencerca individu dan negara sendiri di Internet. Namewee boleh mengkritik dan orang Melayu sangat terbuka kepada kritikan. Tetapi Namewee juga kena membezakan antara kritikan dengan cercaan yang boleh mengguris hati orang Melayu.
Sebenarnya Namewee bebas untuk mempunyai pendirian apa saja tentang insiden guru besar Melayu yang dituduh perkauman di sebuah sekolah di Johor. Dia boleh mengkritik sekalipun guru besar berkenaan sudah menjelaskan ada berlaku salah faham yang kemudian dijadikan modal politik parti tentu.
Seperti kata Rosnah, perbuatan Namewee kali ini biadab maka pihak yang merasa masih "ada kuasa" perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati benar. Kalau sudah tidak punyai kuasa, sama-samalah kita menyokong kerja "bakti" Namewee ini dan tidak usahlah berulang kali memberi "amaran keras". Kena lakukan jangan cakap saja.

August 27, 2010

*Kerja, Puasa, Keluarga

Bulan Ramadhan tahun ini kurasakan amat pantas berlalu sebab Ramadhan kali ini paling banyak meeting di site! letih dan kering tekak. tapi yg syoknya bila meeting kat plant selalu boleh escape jem di tengah2 kota masa nak balik dan kadang kala pulang awal sket dari biasa! cam at KLCC smlm, abis kol 4, takkan aku nak masuk opis balik, so masok kete, cari jalan pulang aje lah! jalan masih clear lagi! minggu ni saja, cuma sehari aku di office, selebihnya 3 hari di KLIA dan 1 hari di KLCC. Perjalanan dari KLIA ke rumah mengambil masa 45 min, jauh tapi traffic clear. Masa yg sama aku ambil untuk sampai ke rumah dari office aku di KL, jarak yg sederhana tapi perlu 45 min utk meredah jem! tapi kalau dari plant di Putrajaya yg paling best, dekat, tak jem, n tol free!

aku jarang sangat masak di bulan Ramadhan ni, tapi memang di hari2 biasa pun jarang memasak! haha! tapi kalau sekali sekala masak tu best la gak! jiran aku yg rajin ni dah beberapa kali memberi juadah yg dia masak untuk kami berbuka puasa. aku balas jugaklah, tapi ngan juadah dari bazar ramadhan! ada sekali aku beli sekotak pizza untuk dia!

minggu ni aku cuti sampai sampai hari merdeka, sabtu sampai selasa. tak g mana pun. lepak kat umah atau shopping kompleks jer kot. baju raya pun tak beli lagi. biskut raya baru beli tempeyek je... tu pun nak bawak ke rumah mak. duet raya dah pesan ngan adikku CT soh tukarkan. anak2 CT dah pesan nak soh aku belikan baju raya... hmm! baju anak2 pun tak kubeli lagi.

anakku2(3) nak mintak beli baju sendiri jer! apa sangatlah anak bujangku tu nak beli, semestinya t shirt & jeans jer... actually baju melayu mereka tak layan sangat, sebab baju tahun lepas masih elok lagi. pakai hanya sekejap di pagi raya, lepas solat tak nyempat2 salin baju t & suar jin. Anakkudin(2) baru jer keje, dan dia mintak nak beli suar slack jer, lepas pakai raya leh pakai g keje. kali ini aku layanlah, pas ni kena lah dia beli ngan gaji sndiri! Anakku(1) dah siap dengan persediaannya sendiri dan dah beri aku duet belanja raya siap! Hari tu aku terjumpa kiosk demas batik kat JJ and aku belikan dia selai kain samping baru. heppi la dia!

Hubby now sibuk ngan keje dia. tapi masih nak tanya aku nak beli baju raya warna apa sebab dia nak sedondon di pagi raya. hehe!!

August 26, 2010

*Mangkuk hadiah


Anakku(1) memberiku sekotak mangkuk ceramicware set, free gift dari petronas syntium, cantikkkk! sungguh sesuai untuk letak biskut raya dan kek! comel jer, and ada tutup plastik kedap udara. aku kata kat dia aku suka dah nak satu set lagi! so sekarang aku dah ada 6 biji mangkuk ceramicware tu.aku dah pesan kat anakku(1) nak beli 1 lagi syntium for hubby bila nak service kete dia sebelum balik raya nanti. seronoknya aku! nanti aku akan dapat 9 ceramicware! meriahlah raya ku! hehe!

August 18, 2010

*Aku Perlu Bantuan...

sesungguhnya aku rasa aku memerlukan bantuan dalam pengawalan diri ketika memandu. kadang2 aku rasa aku ni adalah orang lain ketika memandu kenderaan, lebih2 lagi ketika aku seorang diri. aku tidak boleh mengawal hati dan perasaan supaya redha dan sabar dengan kerenah orang2 di sekitar. kalau orang lain yang memandu dan aku menjadi penumpang, aku pula akan menjadi resah jika dia itu adalah pemandu yang teramat sabar. aku akan labelkan dia seorang yang lembab. Kerapkali ketika berkenderaan aku akan beristigfar dan berzikir untuk menenangkan perasaanku, tapi tidak berkesan. aku amat mudah teruja ketika berdepan dengan situasi yang menghangatkan hatiku.

ya Allah! bantulah aku mengawal diri. tolonglah aku. Selamatkanlah aku. Setiap hari aku bersujud syukur kerana Allah membawaku selamat sampai ke rumah.

Option of Solution sementara aku :
bekerja di sekitar rumah supaya aku tidak perlu keluar mengharungi kesesakan pergi dan pulang dari pejabat - tak stress.
bekerja di supermarket dekat rumah, masuk kerja pukul 10.00 - tak jem
berniaga nasi lemak depan rumah - tak yah drive
balik dan bekerja di kampong - tak stress & tak jem
berhenti bekerja terus - tak de income

masalah aku jika tidak bekerja:
hutang rumah
hutang kereta
hutang kredit kad
anak masih belajar
bantuan kepada mak

mudah2an :
aku jadi kaya sangat – boleh hire driver

August 16, 2010

*Ramadhanku

Hari ini adalah hari ke 6 umat islam berpuasa di bulan Ramadhan. Sesungguhnya masa itu akan tetap berlalu tanpa menoleh kiri atau kanan. Aku masih belum sempat memanfaatkan kebaikan2 dan merebut fadhilat di bulan mulia ini. Alangkah ruginya. Kadang kala tertanya2 di hati, keinginan dan hasrat untuk mempertingkatkan ibadah itu ada, akan tetapi apabila sampai ketikanya, perlaksanaannya amat dhaif sekali!

Ya Allah, apalah nak jadi dengan aku yang masih gagal merebut peluang keemasan ketika masih berada di depan mata... kuatkanlah hati dan imanku Ya Allah untuk lebih melakukan ibadah kepadaMu di bulan Ramadhan yg mulia ini.

August 11, 2010

*Internal Workshop Training di PJ2

Hari Isnin dan Selasa exactly sebelum ramadhan, aku ada attend workshop training , internally done kat PJ Plant. The trainer have the same name as mine and she looks like a good lady to me. The training "Training Needs Anaylsis" adalah untuk menganalisa staff2 yang perlu menghadiri kursus berdasarkan maklumat2 yang dikumpul oleh HOD dan ianya adalah untuk memastikan setiap staff menghadiri kursus yang benar2 diperlukannya supaya mendapat manfaat dan tidaklah akan menjadi suatu pembaziran pula nanti. Terdapat juga topik2 yg berkaitan Stress Management dibincangkan semasa bengkel tu. Ada ujian behavioral profiling system dijalankan dan aku dalam kategori High S iaitu kategori "Stable & Steady" dan High C "Compliant & Correct".

the 2nd and last day (Tuesday) semasa tea break entah macamana Puan Z ni telah memberitau tentang dia pernah dimasukkan ke hospital akibat stress. Selepas keluar hospital, dia telah "meminang" seorang wanita sebagi isteri baru untuk suaminya! hah?

"saya redha " itulah katanya. dan dia kata benda2 yang baik adalah untuk dikongsi bersama. maksudnya dia rela berkongsi suaminya yang baik tu dengan wanita lain... apa lagi yang boleh aku katakan, memang dia ditakdirkan menjalani kehidupan begitu. Cuma katanya lagi dia kehilangan teman2 rapat apabila mereka mula menjauhkan diri setelah dia dengan senang hati menerima madunya sebagai sebahagian dari keluarganya! teman2 bimbang keadaan itu mempengaruhi suami mereka pula....

setiap manusia berbeza dan tidak sama. Puan Z adalah seorang yang tabah dan tinggi kesabarannya. jika aku, could i be in her shoes? entahlah. as of now, i know who i am, things i want and what i am looking for in my life.

August 9, 2010

*Durian

Pau Durian dan Kek Durian! Pau Durian ni aku makan during lunch ngan klia plant owner di Mandarin Hotel... ... tapi something new lah kan. isi durian dan cream durian dibungkus cantik2 dalam kulit popia lembut, n rasanya cam durianlah! cuma aku kureng suka sket sebab senang cita aku lebih suka makan durian dari pau durian ni!


kek durian plk diperkenalkan olah member satu opis ni. Cik Adik ni bawak satu bekas kek durian yg dibuat oleh ibunya dan mengoffer kawan2 di pejabat. Pada mulanya aku cuma nak rasa sikit jer, tapi sebab sangatlah sesuai dengan deria seleraku, aku telah memakan berkeping2 kek durian tersebut. best sangat! lepas tu siap aku order sebiji kek durian untuk makan di rumah. keknya lembut, lemak2 dan manis2 buah gitu! memang syiokkk!

August 6, 2010

*Kenduri Umah Mak

Jumaat lepas aku balik kampung, kenduri di rumah mak, hari ni dah Jumaat semula.... cepat betul masa berlalu! Mak seronok sangat bila dapat berkumpul anak beranak, bukan selalu dapat peluang nak berkumpul reramai walau pun cuma dua malam. Suka tengok kerenah anak2 saudara yang happy2 dan manja2! Paling suka meleseh ialah Nana & Syafiq!
Kenduri berjalan lancar seperti biasa. CT tempah nasi hujan panas dan lauk ayam masak merah ngan kuah dalca dan acar nenas. aku beli buah2an : langsat dan mata kucing.

Kak M tak dapat datang sebab umah sedara dia pun wat kenduri pada mlm sama... tapi dapat jumpa Miah class mate masa skolah menengah dulu, dia datang petang bersama anak daranya.

Minggu depan umat Islam akan mula berpuasa ramadhan selama sebulan dan selepas tu, rayalah kite! InsyaAllah raya tahun ni semua akan balik ke rumah mak, dapatlah riuh kat umah mak lama2 sket.







August 4, 2010

*What's With Me ?

I was on heading to Suria during lunch time, nak pergi makan ngan Ros. aku gunakan jalan dalam, through the tunnel that link the KL Convention Centre to Suria / KLCC. Tak ramai orang pun ketika itu. Di tengah jalan tu aku berselisih dengan seorang mamat india ni, siap dengan turbannya. Bila aku angkat muka dan terpandang kepadanya, dia boleh tiba2 berkata
“My! why with you, you look so depressed, look at your face!?”
aku terpegun sekejap!
“Look like your heart were broken into pieces”.
This stranger! Aku pun terus senyum kat mamat ni, aku kata kat dia
“No! No! it’s not that, I had so much things in my mind and I am in a hurry to meet a friend!”
Ok, otherwise you will look like princess! I am Rammalan” katanya.
Dan aku pun kata “Hi! Ok, I got to go!” dan aku pun pun cepat2 jalan! tergelak dalam hati! Dan lepas tu aku make sure muka aku kelihatan ”relex”. hahah!!

Actually this is the 2nd time I was approached in such a way. The first time masa aku kerja kat bangsar utama and this stranger approach aku dan terus tanya soalan2 cepu mas yang kemudian dia menjawab sendiri! Haha!! Kelakar kan! Dan apa yg dia tanya dan kemudian apa yg dia jawab untuk aku tu, betul!
aku pun pernah ditegur rakan sepejabat kerana kelihatan terlalu serious sewaktu membuat sesuatu sehingga berkerut dahi. Hubby pun menegur benda yg sama especially ketika aku memandu.

Sebenarnya sewaktu aku dalam perjalanan hendak berjumpa ros tu, aku sedang memikirkan tentang kad bank aku yang direject beberapa kali oleh beberapa kiosk masa aku nak ambil duit on the way ke pejabat. Aku dok fikir kenapa, kenapa, kenapa!! Hehe!! itu pun boleh jadi masalah buat aku…hmmmmm? Lepas aku ke public bank dan membuat aduan, masalah tu dah settle! PB blok kad aku sebab sebelum tu aku ada membuat pengeluaran lebih dari RM1k 3 hari berturut2 dan menurut rekod mereka, aku tidak menjawab panggilan untuk pegesahan bahawa aku yg membuat pengeluaran tu. Since mereka bimbang ada penyalahgunaan, mereka blok kad aku…. Itulah pasal dia… pada aku ada baiknya dan ada juga tak baiknya! Buatnya masa kejadian aku nak amek duet tu pada hari Sabtu?? Kering aku nak tunggu Isnin nak pegi wat report ke bank!

July 30, 2010

*Kenduri Rumah Mak

esok 31 July mak buat kenduri di kampung. Mak biasanya akan buat kenduri arwah sebelum menyambut bulan Ramadhan. Aku sekeluarga akan balik kampung malam ni. Semalam petang balik dari pejabat aku dah terus ke workshop dan tukar 2 tayar belakang kereta. Bulan lepas aku dah tukar tayar depan. Rasa best sikit nak travel sebab sekarang keempat2 tayar dah baru, kecuali tayar spare. dan hmmmm....road tax masih belum kutampal dicermin kereta.

Dah order kuih dari Linda lama dulu utk bawak balik ke rumah mak, dia kata InsyaAllah sebelum maghrib boleh siap kukus! harap2 highway pun tak jem dan perjalanan akan lancar.

petang tadi aku ke pejabat owner di plant KLCC to discuss about work, dan to collect some P&C documents. Masa nak balik, ujan renyai2. mamat yg meeting ngan aku ni tolong aku carry kotak document ke kereta. Kete tak leh bukak pulak, sensor tak hidup! cuba2 tak jadi! adoiii..!! member tu suggest aku g tukar bateri kat Wisma Sentral depan office dia. nasib baik menjadi lepas tukar bateri! bayangkan kalau aku dalam perjalanan ke kampung dan berhenti di mana2 R&R memalam nanti, and bila nak balik tak leh buka pintu kete! ishhhk! ishhhkk! ishkkkkk!!
nasib baik betul, syukur kepada Allah!

July 29, 2010

*RX Lite

Dalam sibuk2 bekerja, sempat juga aku curi-curi masa dengan produk RX Lite ni. Seronok jugak buat part time business RX Lite ni! Disamping menjadi mengguna aku turut menjadi pengedar terutama kepada kawan2 dan jiran setaman! rasanya memang koko asli yang enak, dan mudah pula dibancuh! sedap...!! sebagai kaum hawa, biasalah pasti akan mencuba apa jua produk terbaru terutamanya berkenaan pelangsingan. tapi ada juga kaum adam yang membeli produk ini dariku. dan bila finally berjaya, tentu akan menjadi word of mouth! tapi tentulah kena cuba dulu, kalau tak cuba tak tahu!


thanx kak ezza!

*Cuci the Musical 2

i got two tickets to watch the Cuci the Musical 2 at Panggung Sari, Istana Negara! the ticket is complimentary from my CEO, so kena pergilah kan. Hehe... pada mula2nya sebelum keluar dari rumah around 745 malam semalam, aku dan hubby was thinking that maybe we will stay around for a while and then cabutlah halfway. sebabnya : kami memang tak minat cite2 musical ni, cakap2, nyanyi; cakap2, nyanyi; cakap2, nyanyi lagi....!

But, it was real fun, that we sticked to our seat throughout the show from 8.30 pm till 12.00 midnight. Tak terasa masa yang berlalu. Suka sangat tengok gabungan Afdlin, Awie, Nabil & Hans! memang mereka sangat hebat bersama. Kami ketawakan lawak mereka dan menangis atas kesedihan mereka! sungguh tak sangka aku boleh menangis tengok teater! Memang berkesan cerita mereka dan ada pengajaran tentang keakraban ikatan kekeluargaan.

Memanglah kisahnya tak lari seperti apa yang kita lihat dalam filem Cuci dulu, tapi apabila diangkat ke pentas, kelucuannya menjadi2 , dan lebih seronok apabila dapat melihat pelakon2 yang sungguhlah "real" berdiri di depan kita! Afdlin, Awie, Nabil & Hans memang giler!
Nabil so cute!

July 24, 2010

*Durian Kampong, Durian KL

Jumaat, selepas solat kami ber4 bertolak menaiki kereta ke Tronoh. Perjalanan amat membosankan. Perasaanku amatlah terseksa dan sungguh "hadooooo". Berbanyak2 sabar ajelah. Hampir 4 jam kemudian baru kami sampai ke destinasi. Tersemat di dalam hatiku, ini adalah car pool trip yang tak akan kuulangi lagi, ever.

Kedatangan ku ke Plant di Tronoh adalah atas menghormati undangan tuan plant dan juga to support the organization's activities. Selama ini telah banyak kegiatan2 syarikat yg tidak kusertai, jadi di kesempatan ini diharap aku dilihat sebagai salah seorang staff yang mengambil berat dan tidak akan dilabel sebagai "anti-sosial". Hmmmmmmhhh!

Makanan yg dihidangkan adalah selera kampung siap dengan ulam2an yang segar dan berkhasiat. Best sangat! Ditambah pula dengan buah2an kampung, manggis, langsat dan durian. Ada durian kampung dan ada durian "king" yang diimport dari KL.

Musang King telah didatangkan khas dari KL untuk dikongsi bersama2 dengan warga kerja di Tronoh. Pada mulanya expectation ku adalah amat tinggi bila dikatakan Musang King ini teramatlah lazat tiada tandingan! Sejujurnya, setelah mencuba, pada pandanganku durian kampong dari Perak yang kumakan adalah lebih lemak dan lazat berbanding dengan Musang King. Tak taulah apa istimewanya durian musang tu.. ianya sama rasa seperti durian tembaga, nama durian tersebut kalau di kampungku.Mungkin bagi orang2 bandar, lain pula pandangan mereka.

Satu perkara yang memang sungguh istimewa adalah kerana harganya : 20 biji musang king harga yang dibayar ialah RM2,000. tak kaya tokeh cina yg menjual dutian tu? orang2 kaya di bandar pasti lah akan mengaitkankan harga dengan rasa.

Kami bertolak pulang ke KL pada pukul 10 mlm dan aku sampai di rumah pada pukul 115 pagi, terus mandi, solat dan tidur. Sendi2 badanku terasa sakit2 dan amat tidak selesa hingga menganggu tidurku.

July 22, 2010

*keputusannya...?

semalam aku di plant KLCC sepanjang hari. meeting. semasa break lepas lunch lepak2 kejap ngan miss sal sambil tengok2 katalog avon, sudah lah terjebak pulak aku membuat pesanan membeli beberapa barangan dalaman...perempuan. hehe!

berbalik kepada kerja, aku rasa kena extendlah nampaknya tarikh tutup tender kali ni sebab semua contractor merayu lanjutan. Paling2 pun extension sehingga hari Isnin depan. Dalam pada itu, hatiku kini berbelah bahagi pula sama ada hendak hadir atau tidak ke majlis yang diadakan di UTP Jumaat nanti (esok). Mulanya aku telah mengatakan tidak dapat hadir kerana "will be on standby to accept tender submission", tapi oleh sebab dah tukar tarikhnya, macam kena pegi la pulak...

esok aku buat keputusan

July 16, 2010

*tuntutan kerja

lama tak update blog... kesuntukan masa mengejar dead line menyiapkan dokumen Tender. Banyak masaku minggu ni di habiskan di Plant KLIA. Perjalanan tidak sesak, tetapi jauh... dan banyak pula penggunaan minyak kereta, dan tol. terasa letihnya memandu pada jarak yang jauh begitu.

Kak Ezza RX Lite memberitahuku bahawa dia telah melekatkan namaku sebagai ejen di BTHO, dan semalam aku telah berjaya mendapat seorang pelanggan pertama yang membeli RX Lite, package percubaan dariku. Baik juga jika aku boleh menjadi agen yang lebih aktif lagi!

July 7, 2010

*Sahabat Lama

Baru2 ni aku post gambar2 lama sewktu zaman persekolahan di Face Book. Tertanya2 di mana teman2 ini berada sekarang. Sungguh terharu apabila gambar2 antik tersebut membawa kepada beberapa pertemuan semula dengan sahabat2 lama. meriah rasanya apabila ramai yg berkomunikasi bertanya khabar berita dan memberitahu perkembangan beberapa sahabat2 lama. Berita yang paling menyedihkan ialah tentang 2 sahabat yang dikhabarkan telah pun meninggal dunia, Che Chu dan Norita.

Harapanku selepas ini kami akan dapat membuat pertemuan semula dengan kawan-kawan sekolah tu. Mesti banyak cerita yang boleh kami kongsi nanti!

June 30, 2010

*Puisi Masih Mendamaikan Jiwaku

Aku pernah menyimpan keratan puisi ini dari sebuah akhbar suatu ketika dulu dan aku masih mendapati ianya sungguh nostalgic, hingga kini...

Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa

Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
Bagaimana kutidur di dadamu
Dan kau cuba mengeringkan airmata
Tapi aku tidak dapat bersuara
Apabila setiap kata-kataku
Telah menjadi sebuah dosa

Bila kau bertanya sesuatu
Paling mudah menjawab ”tidak tahu”
Kerana berkata benar
Telah menjadi sebuah dosa

Dan apalagi yang tinggal
Selain mulut yang bisu
Bila suaraku
Telah menjadi merbahaya
Dan kata-kata
Telah menjadi sebuah dosa

Zurinah Hassan 1977
http://zurinahhassan.blogspot.com


ini yang baru kubaca dan aku suka pula pada bait-bait puitisnya...yang amat dekat dengan kehidupan ini. Jiwang kan! Heaaa!

Yang Pasti

Kau mungkin bukan lelaki terbaik
Tapi buat perempuan sepertiku
Mungkin tidak ada yang lebih
Darimu

Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
Tapi dalam keadaan begini
Aku tidak meminta yang lebih baik

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku juga tidak menyoal perasaanmu
Kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
Orang menjadi semakin ragu
Terlalu berbicara dan banyak menganalisa
Orang jadi semakin tidak tahu

Atau mungkin kurang pasti
Tentang apa yang telah kukatakan
Tapi yang pasti
Kita tidak perlu terlalu pasti

Zurinah Hassan 2008
http://zurinahhassan.blogspot.com

June 29, 2010

*tak makan saman?

"ZAS, boy saya tak boleh renew road tax kete awak sebab sangkut saman! awak kena settle 2 saman ni dulu sebab dah kena black list" lapor agen insuran aku dari Affin Bank di hujung talian. terkedu aku. ini adalah kali pertama sejak tahun 2004 aku tertimpa masalah sangkut road tax sebab saman.

beberapa hari selepas mendapat berita yang tidak berapa enak tu, aku ke balai polis kajang dengan anakkuDin untuk melihat senarai saman yang diberitakan itu. Yeaaahhh!! pegawai pompuan yang printkan senarai saman tu dengan wajah cuak memandangku dan berkata "banyakknya kak?!" sambil menghulurkan 2 helai printout kepadaku.

ada 26 saman semuanya. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini.

*Rumah Hantu

Akhbar Berita Harian pagi ini ada kisah "hantu" mengambil kesempatan di atas pengunjung wanita di rumah hantu di Kuantan. Kisah di akhbar itu membuatkan aku teringat semasa aku terpaksa memasuki istana hantu "the Van Helsing Castle" semasa di Universal Studios. Aku memanglah seorang yang amat penakut dan tidak sama sekali rela untuk ditakut2kan. Masalahnya, semasa itu, aku tidak mempunyai pilihan selain terpaksa masuk ke alam seram itu.

Kisah ini tak silap aku berlaku di tahun 2006. aku masih berkerja di TSSB waktu itu; dan kena escort customer dari PGB ke Dallas untuk witness engine teardown. Selesai tugasan di Dallas, kami ke office di San Diego, California sebelum mamat 2 orang tu, Zul & Khairul membuat keputusan untuk melawat Universal Studios. Kami menyewa kereta untuk perjalanan ke sana dan itulah juga kali pertama aku mencuba pemanduan sebelah kiri dengan agak kekoknya. Aku dan Khairul bergilir2 memandu sepanjang perjalanan ke Universal Studios tu. Kami bergerak subuh2 sapei so kami sampai agak awal pagi, dan Q tak berapa panjang semasa hendak membeli tiket.

Persekitaraan di dalam Universal Studios memanglah hi-tech, sungguh menakjubkan, sungguh berwarna warni dan amat canggih sekali. Sungguhlah aku merasa bertuah kerana dapat bercuti sambil bekerja, pergi pula membuat lawatan ke tempat yang sungguh unik sebegitu. Macam-macam ada: namun masa sehari kunjungan tidak mencukupi untuk kami membuat lawatan ke setiap lokasi.

Pada ketika itu, filem Van Helsing telah pun di tayangkan di panggung, tetapi aku tidaklah pergi menontonnya kerana tidak begitu meminati cerita2 dracula ni. Istana hantu Van Helsing di Universal Studios ini adalah cetusan dari filem tersebut. Pemandangan di luar castle itu sahaja sudah cukup menyeramkan ; aku tak berdaya membantah tetapi hanya mengikut sahaja mamat 2 orang ni melangkah masuk ke istana hantu tu. Tidak banyak yang aku mampu lihat kerana aku yang berjalan di belakang Zul lebih banyak memeluk bag pack dia dari memandang kiri kanan! Seolah-olah si buta yang berpaut kepada pelampung keselamatan adanya.














MasyaAllah, sungguhlah seram keadaan di dalam istana itu, sudahlah gelap, penuh dengan lorong2 sempit dengan dracula tiba2 muncul dari mana2 sudut, dan mummia hidup yang bergerak2 dan mengerang2. Terpaksa pula melalui jambatan kayu yg macam nak roboh...di bawahnya pula sungai yang mengalir deras. sungguh mengerikan.

Jikalau tidak memikirkan aku berada di tempat orang yang sangat asing, tentu aku akan menunggu mereka di pintu masuk istana sahaja. Itulah pengalaman si penakut di istana hantu yang membuatkan aku tersenyum apabila terkenangkan!