January 27, 2010

*Bajingan

Pagi semalam tak lama lepas aku sampai office aku terima panggilan telefon dari hubby, katanya ada satu mamat ni dah masuk kat laman umah dan amek spare sport rim moto anakku ngan selamba rock jer. Masa tu anakku2 dan hubby masih berada di dalam rumah. Cisshhhhh!! kureng ajar tol. Aku kata kat hubby nak wat police report sebab kejadian tu.
Lepas maghrib aku & hubby & anakku2 pun pegi ke balai polis suadamai dan buat laporan kecurian di situ. Actually bukan lah nak dapatkan semula barang yang dicuri tu, tapi lebih kepada precaution sebab biar ada record terdapat kejadian petty theft kat area kediaman kami tu. Polis wanita bernama Lina, menaip laporan kami tu, lepas tu dia menyuruh kami pergi memanjangkan laporan tu ke IPD Kajang. "pergi sekarang!" katanya, "jumpa Sarjan Isa". Alamak... kena pegi Kajang la plk...
Sampai balai polis kajang kami diberitahu Sarjan Isa baru sahaja keluar membuat suatu siasatan. So kami terpaksalah menunggu dalam balai tu. Setengah jam menunggu aku jadi mengantuk. Hubby soh aku g tido dlm kete. Aku mengantuk tak hingat sungguhlah nyenyaknya tertido dekat setengah jam ngan amannya dlm kete kat tepi jalan yg gelap tu. hehe!!
Dalam mamai2 aku dengar hubby kata "Sarjan Isa nak datang umah lihat lokasi kejadian" . Sampai umah aku masuk bilik tukar baju, bagi duet kat anakku2 soh beli makan dan aku terus beradu. Aku tak tau apa kejadian lepas tu... kenapa aku mengantuk sampai begitu sekali? Sebab petang tu aku kayoh beskal lebih kurang 45 minit non stop. Itulah punca keletihan yg teramat.
Well..., laporan dah dibuat, keterangan telah diambil dan lokasi kejadian telah dikenalpasti. kami kena lebih berhati2 kerana kejadian curi ini tidak akan dapat dikekang sepenuhnya. Kami harus lebih beringat2 dan memastikan gate rumah sentiasa berkunci.

January 26, 2010

*Melayu

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

*I like this

ARKIB Utusan: 09/12/2009
Cuit: Alkisah India di India dan India di Malaysia

Oleh Zaini Hassan
(yang berada di kota raya Hyderabad, India dari 29 November-4 Disember menghadiri Forum Editor-Editor Sedunia)

BERADA di kota raya tua India, Hyderabad selama seminggu minggu lalu amat memberi kesedaran kepada diri ini. Setiap inci persegi tanah di kota-kotanya dihuni oleh ratusan insan. Setiap kilometer persegi dihuni oleh ratusan ribu insan dan setiap bandar raya di negara keramat itu dihuni oleh jutaan manusia. Dan India ialah tanah bagi 1.2 bilion umat manusia. Angkanya bertambah setiap saat.

Berada di India bererti kita berada dalam satu realiti kemanusiaan yang sebenar. India ialah tanah bagi manusia ramai. Jurang hidupnya adalah antara langit dan bumi. Yang papa terlalu papa, yang kaya terlalu kaya. Yang kaya, tidak pandang ke bawah, yang bawah tetap di bawah.

Kasta, darjat atau keturunan masih diamalkan secara tebal di seluruh India. Ia semacam satu agama. Kasta atas tidak boleh bersatu kasta rendah.

Jalan rayanya haru-biru. Suasananya hiruk-pikuk. Bas, lori, kereta, basikal, teksi roda tiga, kereta lembu, kuda bersimpang siur. Bunyi hon adalah wajib. Pegang sahaja stereng, bunyi hon dulu. Di belakang bas dan lori tertulis `tolong hon’. Tiada siapa marah jika dia dihon. Hon ialah nyawa.

Semasa dalam perjalanan menghadiri makan malam perpisahan di Istana Chowmohalla (dibina pada 1780 oleh Nawab Nizam Ali Khan, Asaf Jah II),

pemandu bas yang membawa kami tiba-tiba turun lari meninggalkan bas yang dibawanya. Hilang dalam lautan manusia dan kenderaan. Kami terpinga-pinga. Dua lelaki preman masing-masing memegang submesingan jenis sterling yang mengawal keselamatan kami dalam bas berkata ``jangan bimbang’’. Pemandu tadi sebenarnya turun untuk meleraikan kenderaan-kenderaan yang sudah berpintal di atas jalan raya. Dia bertindak menjadi polis trafik.

Sambil dia menyelesaikan kekusutan itu, saya melihat di seberang sana seorang penumpang turun dari teksi roda tiga yang dinaikinya menolak kenderaan itu yang mati di atas jalan raya. Tiada rasa marah pun di muka penumpang itu yang menolong menolak teksinya yang rosak.

Tiada siapa peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Polis trafik pun menjalankan apa yang terdaya, tanpa memperlihatkan sedikit pun kekerutan di dahinya. Trafik lalu lintas tetap berjalan lancar, walaupun dalam suasana kekecohan.

Sebelah malam, di tepi-tepi jalan insan-insan tidur merata-rata. Ada yang telah nyenyak membungkus tubuh dengan kain selimut daripada kedinginan kota itu. Yang belum tidur, duduk mencangkung sambil memandang ke satu tujuan yang tidak diketahui.

Hampir dua jam bergelut kami tiba di istana bereka bentuk masjid itu. Di sepanjang dinding tembok istana tertulis tulisan dalam bahasa Inggeris ``Ini tempat suci jangan kencing’’. Kencing berdiri sambil si anunya memancut ke dinding adalah pemandangan umum yang biasa. Mungkin kerana terlalu ramai manusia, tandas bukan lagi pilihan. Awas, setiap pagi berhati-hati berjalan di kaki-kaki lima kerana terlalu banyak jerangkap samar dari isi perut manusia berlonggok di sana-sini. Suasana serupa juga juga khabarnya boleh dilihat di bandar raya lain termasuk di Mumbai.

Sampainya di istana itu, kami dibawa masuk ke dalamnya. Satu suasana antara langit dengan bumi. Kawasan istana lama itu diwarnai dengan lampu-lampu berwarni yang menyenangkan perasaan. Bagaikan berada dalam kisah Hikayat 1001. Tarian-tarian Bollywood dari era 50-an hingga kini dipersembahkan kepada kami. Selesai persembahan kami dijamu dengan juadah Hyderabad tersohor di dunia, nasi beriyani.

Kami makan beriyani kambing dan ayam, tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Ia terlalu sedap tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana restoran Malaysia, waima Hameediah di Campbell Street, Pulau Pinang mahupun Mahbob di Bangsar.

Di luar tembok sana, suasananya adalah terlalu kontras. India yang penuh warna-warni. India yang penuh dengan drama. Di dada-dada akhbarnya konflik di mana-mana. Di Parlimennya pun haru-biru seperti di atas jalan rayanya juga. Televisyen memaparkan bagaimana seorang speaker dewannya tidak diendahkan oleh ahli-ahli Parlimen yang memboikot sesi soal-jawab. Akhbar Deccan Chronicle dalam karikatur muka satunya (macam Senyum Kambing) keesokan harinya mencuit: Mengapa mereka tidak mahu buat sesi soal-jawab dalam kantin saja, kan di situ tempatnya ahli Parlimen selalu melepak?

India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi mewakili DAP dan PKR.

Kerana mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran. Salah seorangnya ialah N. Kulasegaran yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Perak. Beliau lantang mempersoalkan hak-hak orang Melayu.

Katanya, beliau tidak faham mengapa setelah bertahun lamanya masih ada kelompok manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum lain.

Kita tidak pasti apakah beliau ikhlas dengan kenyataannya itu. Dia tahukah apa yang dia cakap? Tapi yang pasti kenyataannya itu cukup sensitif dan akan membuat kumpulan lain marah. Tapi seperti biasa orang Melayu marahnya tidak lama. Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India, walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan Keling (DKK), tapi darah Melayu yang lembut banyak menguasai mereka.

Jika di India, mungkin kita akan sentiasa dikawal oleh pengawal bermesingan. Kulasegaran perlu mengambil cuti. Pergilah melawat ke India, dan hayatilah erti kehidupan di sana, hayatilah erti kasta dan darjat, miskin dan kaya, seperti yang saya alami minggu lalu.

Seburuk-buruk Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita.


it applies to the other races too..

Tanah Melayu adalah tanah pusaka nenek moyangku, tak usahlah sesiapa pertikaikan kedaulatannya, dan jika orang Melayu tidak bersatu hati pasti buruk padahnya di suatu ketika nanti...pastinya bila kita tersedar ketika itu, semuanya sudah terlewat.
Aku selalu ingat dengan penuh kebimbangan akan kata2 Tun Dr Mahathir "Melayu Mudah Lupa"

January 25, 2010

*Putrajaya

Al Fatihah kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor yg mangkat pada Jumaat 22hb Januari 2010.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Sepanjang hari Sabtu sempena pemakaman Almarhum, mendengar radio terasa aman kerana tiada iklan yg menyakitkan hati dan tiada celoteh2 DJ yang menyemakkan kepala. Hanya siaran lagu-lagu evergreen dan berita.

Hari Sabtu itu juga, aku dan hubby menghadiri Konvo Twintech University di PICC; Anakkudin mengambil scroll diplomanya dalam multimedia. kami berada di sana dari pukul 2 ptg sehingga hampir jam 7 malam.Acaranya terutama ucapan yg meleret2 dan persembahan2 yg tidak berkaitan memakan masa yang panjang dan membuatkan jadual aturcara tidak bertepatan dengan apa yang ditulis di dalam buku aturcara. Akibatnya badan jadi letih dan hati menjadi panas.Apa2 pun tahniah buat Anakkudin yg telah menamatkan pengajiannya.

PICC Putrajaya amat canggih dan moden, malangnya aku tak rasa ianya diutilize seperti sepatutnya. Persidangan Asean tahun lepas masih di adakan di KL Convention Centre di tengah2 kesibukan dan kesesakan pusat bandar.
Mengapa tidak di Putrajaya? Sungguh aku tak paham, semua itu menyumbang kepada kesesakan KL yang sedia padat. Rakyat marhaen ini terpaksa berdepan dengan tambahan kenderaan2 dan bas-bas pengangkutan perwakilan di tengah2 KL ni, apa lagi bila penguatkuasa dengan sirennya menahan kenderaan sana sini untuk memberi laluan mudah kepada mereka2 yg berkenaan. Ishhkkkk, penat dan bosan bila memikirkan. Apa guna ada kemudahan yang tip top tapi lebih dibiarkan sebagai hiasan dari digunakan.

January 22, 2010

*Mari Buat Bisnes!

Aku dan kuarga sedang membuat satu perancangan baik punyer! Kami merancang nak membuka kiosk ice blended in this very near future. Kami dah buat survey and rata2 reganya dlm lingkungan RM3k. Packagenya lengkap ngan barang2 keperluan untuk memulakan perniagaan, siap ngan stall, blender, iceblended powder 8 perisa, payung, bunting & bekas2 air dsb. Aku dah tanya kat lokasi depan kedai makan ni, InsyaAllah kami boleh letak kiosk tu kat situ. Dekat jer ngan umah . Siapa yg nak jaga : Anakku2 (dan hubby bila dia free). Anakku2 telah segera bertekad untuk menghantar surat perletakan jawatan kepada majikannya KFC! Kena bagi notis seminggu katanya. Hehe!! Dia ada masa sehingga bulan March sebelum membuat rancangan tentang hala tujunya setelah mendapat result SPM nanti.

Kami dah buat appointment ngan boss ice blended kat Ampang nak pegi melihat2 produk petang Sabtu ni dan akan terus membuat tempahan sekiranya berkenan! Seronok gak memikirkan bila akan ada bisnes kecik nie! This is the 1st step to entrepreneurship. Mesti bermula dengan satu langkah!

January 21, 2010

*MC

2 hari aku MC, hari Isnin dan Rabu.
Hari Isnin aku tak pegi keje sebab sakit kepala cam diketuk2 dari belakang, sungguh tak selesa.Bila aku g klinik, doc kata tekanan darah aku tinggi… 150/100 ; dia tanya "keje stress ker?" aku kata stress biasa2 jer…

Dia kata the sakit kepala maybe buat my blood pressure naik, atau the blood pressure naik menyebabkan aku sakit kepala. Dia soh aku datang lagi esok dan lusa sebab nak monitor my blood pressure.

Hari Selasa aku keje, kepala masih gak gemeng lagi ditambah lak dengan allergic gatal2 dah mula menyerang semula. lagilah sakit kepalaku. aku makan ubat allergic yang memang sentiasa ada stok, tapi kali ni dah lambat sungguh keberkesanannya. kakiku naik gatal2 sehingga bengkak! Keja banyak lak tu...sibuk nak tergaru2 lagi, mana nak jawab tepon, nak check po, check inv, baca ITB...

Kol 5 aku belah. Nak kena g klinik buat susulan check up blood pressure. Sambil driving aku berkata2 dalam hati, mesti tekanan darahku tak turun bila aku sampai di klinik nanti, sebab memandu dalam jem sesungguhnya adalah salah satu punca yang pasti menyebabkan aku stress. Betol pon... masih 150/100. Doc kata, "kalau esok tekanan darah awak tak turun, almost comfirm awak ada high blood pressure and i have to start giving you medication". Terasa sangat dah tua, macam-macam penyakit ada…..
"esok awak datang pagi, check pressure and amek darah to check kolesterol. don't eat anything after 10.00 pm and before you datang klinik"

Malam tu, aku g makan mee goreng mamak kat kedai mamak ngan hubby n tapau for orang2 umah. balik umah aku makan 2 biji ubat actifast & extend. kol 10 aku knock-offkan diri. Kalau dah tido macam baby mesti esok ok nyer...

Kol 8.30 pagi aku pegi klinik, tengok org ramai...9.30 pagi baru turn aku sampai! Doc wat blood pressere check lagi, this time ada kurang sket 140/90 "at boarder", katanya. Lepas tu kena amek darah and kena kincing. Haiyoooo... satu minit sebelum aku dipanggil masuk tadi, aku baru jer bertenggek kat toilet!

The result will be made known in 3 days time. Then doc will determine whether or not i should be on medication. pesanannya, kurangkan makanan masin (favourite aku kicap), kurangkan makan daging... nasib baik aku mmg tak berapa makan daging pun. esok lusa tau lah tu....

January 19, 2010

*Aktiviti Hujung Minggu


Hari Sabtu, hanya tinggal aku n hubby berdua kat rumah. Jomlah kita g jalan-jalan. Lepas zohor kami berkereta untuk bersiar-siar... halanya ke empangan semenyih (sg lalang) kerana... pemandangannya sungguh menarik dan nyaman sekali. tak ramai orang menyibuk kat sana, itu yg paling best sekali. Perjalanan agak tidak begitu menyeronokkan kerana kena melalui beberapa "nirvana", tapi hasilnya berbaloi.
kami berhenti dan turun di suatu lokasi yg agak tersembunyi, ada beberapa mat kaki pancing sedang bertafakur menunggu mangsa. sungguh sunyi dan damai... yang kedengaran adalah desiran air menghempas tebing empangan berpasir. kalau tidak kerana kertas2 surat khabar lama, plastik2 dan bekas makanan yg disepahkan pemancing, tentu tempat itu lebih cantik. Apa2 pon aku lebih suka tiada ramai orang tahu supaya kenyamanan dan ketenangan terpelihara. Lebih2 lagi orang filem... kalau tak harus semua lokasi termenung menggenang nasib diri akan dibuat lokasi tersebut.
mujur hanya kaki2 pancing yang tahu, dah sahih mereka tidak perlukan suasana hiruk pikuk di situ!

puas menikmati alam sekitar yang menghijau dan mendamaikan, kami pun beredar dari situ dan berjanji akan datang semula.
sepanjang perjalanan pulang kami ternampak beberapa gerai menjual durian, dan aku berkata kat hubby "meh kita beli durian!" so kami pun singgah di salah sebuah gerai di tepi jalan dan membeli 4 biji durian. cukuplah tu.

ok, lokasi berikutnya ialah kolam air panas semenyih! actually kami tak plan pun nak pegi sana, tapi tempatnya pun di tepi jalan so elok2 jerlah kami berhenti dan menyelam kaki kat sana.panassss woiiii!! maklumlah waktu petang. kalau pagi, panasnya lembut sikit! ramai jugak orang, tapi kami masih ada tempat nak menyelit merendam kaki! berpeluh2lah kami duduk kat situ selama lebih kurang setengah jam. tempat ni memang sentiasa dikunjungi orang ramai, walaupun tak berapa selesa,tapi memikirkan kebaikan yang boleh didapati dari sauna asli tu, mak tak kisah! agaknya kalau setiap minggu pegi rendam kaki kat sanun, mesti kulit betis jadi mulus dan kaki boleh jadi kurus! hehe!!

after that we balik makan durian!! yea!yea!!

January 13, 2010

*Makna Hadiah

Memang sukar untuk mencari hadiah buat seseorang yang mampu memiliki apa jua yang dihajatinya. Ini adalah kerana wang ringgit bukan halangan.

Itulah hakikatnya buat Datuk Siti Nurhaliza. Kenyataan yang diberi kepada pemberita tentang hadiah hari lahir yang diterimanya amat ringkas dan manis.

Mengenai hadiah hari jadi, Siti berkata beliau menerima sebuah beg tangan jenama Luois Vuitton daripada suami.

“Hadiah ini cuma untuk menggembirakan hati, perkara lebih penting ialah kasih sayang daripada suami tercinta,” katanya.


Itu cite Siti orang kaya... ini cite ZAS org biasa! Spek ku dah siap, petang semalam adik sales assistant tu sudah call and soh datang amek spek akak! heaaa, teruja lah sangat so pegilah ke kedai spek tu yg hanya 5 minit berkereta dan 10 minit mencari tempat letak kereta. Hasilnya......hehe!! posing lagi....!!

January 12, 2010

*Kehidupan dan Rezeki

Ahad baru2 ni aku pegi kedai spek sebab nak buat sun glass baru. the only shade yg aku ada dah punah akibat dibiarkan di dalam kete all the time. and that is the second time sun glass aku end up with the same fate.. actually i guess i never learnt enough! heheh!! iyelah bila simpan dalam kete,spek tu panas sejuk panas sejuk sampai mengembang dan lastly cermin tu pun tercabut kuar! ingat2 aku sempat pakai dalam setahun lebih jer.. so this time aku akan simpan dalam hand bag so it will last longer. InsyaAllah!
Aku ada berkenan ngan satu fesyen ala2 mak datin ni,cuma reganya agak kurang memberangsangkan wallet aku... tapi the sales assistant tu bukan main lagi promote set bonia tu kat aku... last2 being pompuan, aku pun terpedaya dan terus setuju jer lah... peksa mata and she said will give me a call once ready. tak sabar plk mak nak tunggu spek tu siap! hehe!!

on the way back tu aku singgah kedai kat umah beli roti. masa di kedai aku nampak ada sorang lelaki ni sedang cuba menjual something to hubby yg menunggu dlm kete. i can see that hubby said no. bila aku sampai lak, mamat ni berpaling kat aku dan menunjukkan kopok yg dibawanya dan meminta aku membelinya.. aku cuma senyum dan menggeleng kepala. dia hanya melihat aku masuk ke dalam kereta. aku dapat melihat mukanya yg kelihatan sedih sambil memegang dua bungkus keropok di tangan kanan dan tanggan kiri mengendong beberapa bungkus lagi dalam satu plastik yg agak besar. sambil memandu kete hubby kata "dia tu merayu2 tadi soh beli keropok dia!" sayu pulak hati aku mendengarnya. aku kata "kot2 dia memang susah sangat tak B? meh lah kita g beli plak!" tapi hubby lain kali klu kita jumpa dia kita beli... lagi pun kami dah nak sampai umah. aku masih teringat2 bayangan kesedihannya, dan merasa kesal mengapa aku tak membeli at least sebungkus keropok dari org tu...

Kisah penjual keropok tu mengingatkan aku kepada kejadian yg diceritakan arwah abah masa dulu-dulu. Masa tu aku masih bersekolah menengah dan abah masih mengajar. Abah bercerita dengan Mak tentang seorang penarik beca sewaktu abah behenti membeli barang di kedai runcit yang dipanggil "kedai bongkok". Masa tu abah kata ada seorang tua ni, bawak beca. dia masok kedai dan terus minta beli beras 50 sen. Cina kedai tu tak banyak soal dan terus bungkus dan bagi kat orang tua tu. Lepas tu dia pun pegi. Abah kata dia tergamam tengok kejadian tu. Cina tu kata kat abah, orang tu memang biasa beli barang sikit2 kat kedai dia. Kesiannya. Abah kata kat mak, dia rasa terkejut sampai tak terfikir masa tu nak hulurkan sikit sedekah kat orang tu. Lepas oraang tu dah pergi baru dia rasa menyesal tak sudah... sedihkan. tak dapat aku bayangkan apa yg dimakan oleh keluarga penarik beca tu...

Aku amat bersyukur kepada Allah kerana telah memberi rezeki kepada kami sekeluarga. Ya Allah, lapangkan rezekiku supaya aku akan menjadi seorang umat yang lebih perihatin akan kesusahan saudara2 Islamku yg lain. Aminnn.

January 11, 2010

*Apa Yang Istimewanya?

Satu hujung minggu semasa aku ke kedai Pak Aji di Suadamai, ternampak ada sekumpulan orang ramai berkerumun di sebuah gerai di seberang jalan. Musykil lah jugak di dalam hati ku ini... apa yg menyebabkan ramai sangat orang di gerai tu, macam ada artis la plk. Gerai2 di kiri kanan tu biasa2 jer, tak der pulak orang minat sangat. Settle urusan jual beli di kedai Pak Aji, aku n hubby pun pakat nak pergi meninjau jap... rupa2nya orang jual apam balik dan putu bambu. So this is it, meh kita cuba try! i am the lucky one, dapat beli the last apam yg tinggal sekeping (yg dah terlebih masak, no choice : take it or leave it) and the last pack of putu bambu! business is real good for them! all sold out you!! Jom kita balik umah n rasa!
Isshhhhkkk... pelik sungguh! apa lah yg special agaknya... biasa jer apam balik tu, sedap lagi yg dibeli di pasar malam rabu di CP... and the putu bambu tu... tak berapa matang and benyek! how to eat? melekat antara satu sama lain - itu sebab dibungkus masa panas2 dan still basah.... ishk! ishkk! ishkk!!! tak delah aku nak pegi beli lagi kat situ.

January 7, 2010

*Kalau dah jodoh...

Kebelakangan ini banyak didedahkan di akhbar kisah artis2 terkenal berjodoh dengan orang2 kaya dan berharta. Harta membuatkan usia dan paras rupa tidak langsung menjadi ukuran.

"Sebenarnya saya tidak kisah berkahwin dengan lelaki biasa yang mempunyai pendapatan sederhana, asalkan orang itu memahami dan boleh menerima saya seadanya. Cuma sudah tertulis dua kali jodoh saya dengan orang kaya" kata seorang artis malaya, Miss Hudson!

"semua orang perlu bercakap dengan minda yang terbuka apabila berbicara mengenai jodoh. Ada juga orang kaya berkahwin dengan wanita biasa. Semua ini ketentuan Allah dan itu dinamakan jodoh." kata Zizie isteri muda Bung Mokhtar.

"Siapa tidak mahu lelaki kaya. Itu adalah jaminan untuk masa depan diri dan anak-anak." itu kata emak Zizie pula.

Dalam majlis pertunangan yang di’hadiri hampir 200 orang dalam penthouse (bukan kondominium ya!) berharga RM4 juta, Umie Aida turut mengakui yang bakal suaminya seorang yang pemalu.‘Mungkin ramai pihak menyangka dapat bertemu dengan Abang hari ini. Tapi bagi pihaknya saya minta maaf kerana dia tidak biasa. Lagipun dia seorang yang pemalu. Saya yakin dia akan tercungap-cungap bila dikerumuni wartawan” Umie Aida mengenai Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Hehe!!

Senang cakap lah... perempuan mana yang tak hendak kahwin dengan lelaki kaya! agak2nya kalau berada di tempat mereka pun kita akan memberi pendapat yang serupa aje! heheh!!

apapun, bagiku kaya dan bahagia adalah dua perkara yg berbeza. Alhamdulillah so far aku bahagia, walaupun tak kaya. tak ada la kot artis2 malaya yg nak himpit lakiku tu... hmmmm... tapi, aku ingin selalu mengingatkan diriku. air yg tenang jangan disangka tak ada buaya.

January 6, 2010

*Azam Lagi??

Ini perkara biasa yang kita dengar setiap kali menjelang tahun baru. Azam baru. Since sume orang ada buat azam baru, aku pun ada lah jugak! hehe!! Azam baruku adalah siaran ulangan azam tahun2 sudah yang belom berjaya. Ianya ialah hendak menjadi seorang pemandu yang cool dan berhemah ; mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan akan tabah walaupun terpaksa berdepan dengan cara pemanduan yang bangang tahap gaban. Definasiku adalah menjurus kepada kereta yg suka terhegeh2 dok depan aku. Orang2 inilah sebenarnya yang mendorong aku menjadi seperti seorang pemandu motosikal. Aku tahu ini adalah teramat2 sukar tapi ia boleh dilakukan dengan latihan...

beberapa tahun lalu aku pernah berjumpa dgn atok sedaraku di kampong (skg dah arwah : alFatihah), seorang bekas imam untuk meminta air penawar untk ku

"Tok Ngah, sya nak mintak air pelembut hati sebab sya ni takut cara sya bawak kete".

"iyelah...memang takut bawak kete kat kolumpo tu, banyak sangat kete.."

Lain plk penerimaan Tok Ngah. aku rasa masa tu Tok Ngah buatkan aku penawar supaya jadi lebih berani... hmmm....itulah pasal....

January 4, 2010

*Cuti Panjang

30th December 2009

Our wedding anniversary! rule out the trip to Malacca and we went to Genting instead! tapi ada escort; anakku2 and cousin pun ikut skali. Memula plan nak pegi jalan2 ke Bukit Tinggi, tetiba masa dlm perjalanan anakku2 berkata yg dia tak pernah naik Genting, kesiannnn la plk! hubby pun tak kisah, lalu kete pun bertukar haluan! sampai di kaki bukit, kami park kete kat skypark untuk naik cable car ke puncak. masa kami kat stesen tu singgahlah kat kedai yg menjual jajan: sotong, jeruk kering & gula2. Sungguh2 rombongan kami membuat testing merasa sampai kenyang sebelum membeli. apa yg kami beli agaknya sama banyak ngan apa yg kami sental masa wat testing tu!haha!!! puas hati sangat!! ramai betul org yg nak naik ke genting! keadaan cuaca sungguh yaman dan bersih. pemandangan dari cable car amat menyegarkan, saujana hijau mata memandang, terasa amat dingin sekali udara yg menyentuh tubuh. to think about it berbaloi jugak kami berubah arah nie! puaslah berjalan2 menikmati udara segar genting dan berposing2 maut gitu..

1st January 2010

Happy New Year! Sesudah subuh kami ke Damansara, hantar si zul balik umah! hari ni mereka ada sukan aneka flat, acara start pukul 830 pagi! balik ke KL rancangnya nak terus bersarapan di Kampung Baru.... makan lontong daun pisang yg unik! tapi bila sampai KL, lalu kat area tasik perdana, nampak sign board "Tugu Negara"; kata kat hubby, jom pegi tugu! jom...!! so, 1st January 2010, kami membuat lawatan pagi ke Tugu Negara, the 1st time for anakku2 yg mukanya sungguh seposen sebab mengantuk and also for hubby after 40+ years of living. hehehehe!!
hari ini juga anakku2 akan start keje kat KFC, nak cari duet poket!

...dan tugu peringatan negara
bagai tersenyum dalam diam bergembira
memberi sokongan cinta
agar bersinar sentiasa...



4th January 2010

Hari ini para pelajar memulakan persekolahan masing2 dan aku masih bercuti... best tau! memang ramai ibu bapa yang mengambil cuti di hari pertama persekolahan untuk menyelesaikan urusan anak2 masing2... aku lepak2 jer di rumah.
jiranku yg turut bercuti semasa bersembang2 denganku di tepi pagar mengatakan akan ke Darussyifa Bangi selepas menghantar anaknya ke sekolah tengahari nanti. kakinya sakit dan lengoh, tak sembuh2 walau dah berkali2 berjumpa doktor. Ehh! nak ikut boleh? "Boleh, jomlah! pukul 2 lepas zohor nanti kita pegi!". bestnya, aku tak pernah pegi dan nak tau sangat kat mana lokasi darussyifa tu...
pukul 2.30 ptg jiranku siap dan memanggilku untuk memulakan perjalanan dan akhirnya sampai juga aku ke darussyifa. rupa2nya dekat jer dengan tempat aku lepak2 masa belajar kat UKM dulu. masa kami sampai ada beberapa orang sedang menunggu giliran dan ada yg sedang menjalani rawatan... perawat ada 2 ; seorang ustaz dan seorang ustazah. ada ketika aku berasa sedang menonton cerita "Mistik" di TV! sungguhlah mistik semasa salah seorang pesakit tu tersebut diubati.. memang tak tercapai akalku...