February 18, 2011

sejuk nak beku....

Adoiiii… sejuknya! macam dikurung dalam peti ais rasanya. Aircond kat office building ni centralized, so mmg tak boleh lah kita nak suka2 minta tukar tahap suhu kepada pilihan kita. yang paling tak tahan sekali ialah dalam bilik wa ni ada dipasang diffuser blower. mula2 pindah office dulu, komplen aircon tak sejuk. mamat contractor masa tu pun pasang ler additional blower tu, letak dekat2 tingkap kat belakang wa.

mula2 tu seronok lah, suhu nyaman dan selesa. tapi makin lama jadi semakin sejuk. la ni jadi masalah lak pada aku. sampai aku siap ada beli bantal air panas ala2 tungku yg digunakan untuk org dlm pantang tu. bila dah dipanaskan, aku peluklah bantal tu… sedap jer…. tapi lama2 malas lah pulak nak memanaskan bantal panas tu. dan aku bukannya duduk lekat di kerusi sepanjang hari. dok fikir2 lah cemanalah aku nak menangani masalah ini.

akhirnya aku teringat cara hubby menutup lubang tikus kat umah….dia gumpal2 kertas suratkhabar dan sumbat kat lubang tu. aku rasa boleh pakai cara tu. nasib baik kat opis ada tangga kayu dua tingkat. menggunakan tangga tu aku terus wat operasi menyumbat lubang blower tu; pengantaraannya pula ialah payung sebab tanganku masih taksampai. hahhh! memang berkesan! kuranglah sedikit udara dingin yg keluar sekarang ni. doa2lah tak kena komplen masa maintenance wat service nanti! hehe!!

February 11, 2011

jejantas baru

aku dan few office staff pergi lunch ke KLCC, kami makan tengahari di secret recipe. semasa pulang menggunakan tunnel melalui jalan dalam di convention centre tu, one of us perasaan yg jambatan baru yg menghubungkan convention centre ke jalan perak / impiana hotel telah boleh digunakan.

sedang kami memandang2 ke arah mana pintu masuk ke arah jejantas, security guard yg berada di situ tersenyum mengangguk dan membuat isyarat tangan menunjuk arah mana patut kami gunakan. beramai2 kami bergerak ke arah escalator jejantas tersebut.

wahhh! redup tu… ada aircond lagi! memanglah selesa. kami tak perlu lagi meredah panas terik untuk melintas jalanraya yg sibuk depan coway tu, dan lepas tu kena melintas satu jalanraya lagi di depan RHB untuk pulang ke office! jejantas baru tu mempunyai exit utk susur keluar ke jalan perak, di lorong pejalan kaki di sebelah bangunan pejabat kami!

cumanya jejantas tu laluannya jauh sedikit tetapi yg pasti ianya lebih selamat! lepas ni kalau bila2 nak ke KLCC masa tengahari inilah pilihannya, kulit pun boleh selamat dari sinaran hangat UV sang mentari!

February 10, 2011

masanya telah tiba

aku mendapat BBM dari officemate pukul 5.10 am membawa messaga "CEO's father has passed away at 4.00 am at PPUM". beberapa msg lain kemudian masuk dengan berita serupa.Qaluinnallillah. My CEO's father memang dah uzur dan beberapa kali keluar masuk hospital before this. One thing i really respect is that my boss never failed to be by his parent's side anytime they were sick. selalu je kami dengar kalau dia ke hospital membawa bapa atau ibunya. he's really one good son. may god bless him.

aku ke pejabat seperti biasa, dan kemudian dari menara perak aku dan teman2 pejabat ke rumah arwah di old town menaiki keretaku. Kami sampai ke destinasi sekitar pukul 11 dan persediaan untuk memandikan jenazah sedang dilakukan. ramai saudara dan sahabat handai yg dtg melawat. boss kelihatan letih dan sedih, tapi dia masih menyapa dan menyambut ketibaan para pelawat. Ramai staff dari plant2 lain juga telah datang secara berkumpulan. Pengkebumian adalah selepas zuhur.

Alfatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga dia diletakkan ke dalam golongan orang2 yg beriman.

February 4, 2011

dari muar ke btho

petang jumaat cuti hari kedua CNY, aku ternampak ada miss call dari adikku CT. waktu dicatat ialah pukul 4 ptg. masa aku perasan miss call tu ialah pukul 6 ptg. aku call dia semula.
"nape, awak nak dtg KL ke?" aku saja pancing.
"ha ahlah... tapi tadilah, ni dah petang. saya takut awak tak ada umah!" jawabnya.
"adalah, klu tak dpt cakap ngan saya nape tak kol abangngah, dia kan letak tepon dlm spender! eh, awak dtg jer lah. drive skng, kol 8 sampailah!"
"iyer ker? betol ker nie..sya tak siap apa pun ni?" tanya CT lagi
"ha ah! tak yah sibuk2 mandi ler, masuk je beg baju n susu anak awak dlm kete. sampai kang mandi sini! g tau dak Yus tu dulu!"
"ha, ya lah... tapi nti sya balik awak sponsor minyak ngan tol yek!"
hek eleh... ada2 jer cara adik aku tu nak pau aku! tak per lah, dia bukan selalu ada angin nak datang ke umah aku pun. dan aku pun tak cakap yg umah dah macam tongkang pecah sekarang sebab renovation! hik! kalau dia tau tuntu tak mau dia dtg! biarjer lah suma berkubang nanti!

dalam kol 830 mlm CT kol lagi kata dia dah sampai dan soh aku g amek dia kat stesen minyak alam damai! spt biasa, aku tau dia pakai redah jer tu... tau2 sampai lak kat area alam damai! sepanjang aku dok sini, adalah lima nam kali dia datang drive sendiri ke umah aku di btho, dan lima nam kali juga aku kena amek dia di lokasi yg berasingan! macam tu punya style pun ada kan. apa nak buat, adik aku jugak! dia cuma tak tersasar kalau datang ngan laki dia dak yus tu. rupanya si CT cuma dtg bertiga, ngan fathin dan wawa. bila aku tanya mana nana, dia kata kat umah mak! mak pun tak tau dia dtg umah aku. mmg kurang rempah ini budak. sian si nana tu, kalau dia tau kakak and adik dia sampai umah aku tentu dia ketontang bershuffle kat umah mak! budak2 nie suma mmg sangat2 look forward nak dtg umah makngah dia kat kl ni... tapi aku dan hubby tak terlayan! maklumlah dah lama tak ada anak2 ikan bilis kat umah...

February 1, 2011

what goes around comes around

malam tadi aku mendapat panggilan dari member office lama tentang perkembangan terbaru. Seorang taiko besar yang digelar “power ranger” telah belah dari company! Sungguh tidak dijangka dan amat menggemparkan! siapalah yang hendak suka2 meletak jawatan semasa sedang memegang kuasa teratas for one of the profit making big organization. Alasan yg diberikan oleh “Dato’ ( finders of the company)” yang sepatutnya telah bersara (now he got to make a come back for a while) : “Power Ranger is stepping down due to age factors and that he needs to concentrate on his family!” whoooaaaa!! yalah tu.

Actually mamat Power Ranger nilah yang mendorong ramai ex-staff company lama kami tu untuk quit dan mencari kerja di tempat lain (termasuklah aku!). dan dia juga secara halus dan terhormat telah memecat beberapa orang atasan yang tidak disukainya.

Aku masih ingat seorang teman lama pernah berkata “dia ingat dia boleh buat orang sesuka hati, one day kalau bukan dia, pasti anaknya akan mendapat balasan setimpal dengan apa yg dilakukannya! Well, its proven : what goes around comes around. I’ve been there to experience of his behavior and I think he deserved what he deserved! Apa2 pun dia dah kaya, so what happened couldn’t hit him too bad coz he can start his own business….. it’s probably only his pride that got scratched! but as times passes by that also would soon be forgotten!

selamat hari wilayah

Hari Selasa 1hb feb ialah hari Wilayah Persekutuan. Aku dan mereka2 yg seangkatan warga kota kolumpo diberi cuti umum setiap 1hb Feb. ramai yg ambil cuti esok sebab the next day nya, Khamis & Jumaat ialah cuti CNY! Tahun 2011 ni mmg bestlah sebab banyak cuti umum jatuh pada awal atau hujung minggu! kalau lah cuti boleh dihimpun dan di carry forward ke tahun berikutnya, kan best!

Aku tidak bercadang hendak ke mana2 kerana tak mahu menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yg pastinya akan berlaku setiap kali musim perayaan. tak kiralah raya apa pun. lagipun tak selesa nak tinggalkan rumah selagi renovation tu tak selesai.

oleh kerana aku seorang yg bekerja di kolumpo, aku seorang sajalah cuti dan berada di rumah kerana yg lain2 kena pergi bekerja macam biasa. Aku duduk di rumah tengok cite2 ulangan Astro yg canggih tu sambil makan limau mandarin. mood cuti dah mula terasa. seronok la pulak memikirkan ada 4 hari berturut2 yg "ko boleh buat apa ko suka!".