May 30, 2011

Rolls Royce for a lookalike!

aku tertawa sakan membaca the Star hari ni! Murahnya hati HambaAllah seorang dai PJ ni;  dia memiliki Rolls Royce 111 6700cc warna perak dan dia nak memberi kereta Rolls Roycenya tu kepada seseorang yang benar2 menyerupai seorang pelakon utama dalam video XXX baru2 ni! Ishhh! tak kan tak ada orang yang menampilkan diri kut! free tu!

kisahnya kini jugak ada beberapa geng blogger yang berikrar akan berlari toyol keliling KLCC kalau betul timbulnya manusia yang benar2 menyerupai dan mengaku dia adalah pelakon video tersebut! serious lawak gilak! hahahah!!! tunggguuuuuuu....!!

May 29, 2011

kucing jelmaan

sungguh lah karut, tapi sungguh cerita ni masuk paper KOSMO Ahad! kat JayB lak tu... sedih aku... beberapa manusia telah membelasah kucing yg ditangkap kerana mempercayai kucing tersebut adalah jelmaan seorang penjenayah. senang cite, golongan manusia tu percaya ada penjenayah tu boleh bertukar menjadi seekor kucing! hmmm..agaknya diaorg tu suka sangat tengok Doremon kut.

Siannya kucing tu... tak pasal2 kena belasah tanpa sebab. apa nak jadilah dengan mereka2 ni sume ek? terlalu banyak sangat cite tahyul yg disogokkan di media masa sekarang ini sehingga rakyat mesia dah mula mendapat part dalam espose mistik masing! cite2 mistik kat TV skng ni macam tak terbendung lagi dah!

masa arwah Mohd Rahmat jadi menteri bertanggungjawab dulu, dia banned sume cite karut marut tu, tak adalah cite2 mistik tu bermaharajalela di TV atau pawagam. yg ada hanya dari word of mouth saja sekali sekala. Tapi apabila kini menteri baru beri sahaja kelonggaran, bukan saja longgar, jerlus terus! hah! apa jenama hantu dan jampi serapah yg tak masuk TV atau panggung? Semua tok bomoh famous dengan ungkapan "aku tahu asal usulmu!".

nak berhibur untuk menakutkan diri sekali sekala oklah, tapi kalau dah saban tahun trend hantu turun padang utk berlakon tak surut2, apa pekdahnya kepada kita semua?  sungguh, ada pekdah ker? kalau kunun nak memberi pengajaran kepada umum, kena dengan cite hantu ker?

May 27, 2011

orang tipu orang

membaca surat khabar pagi2 ni dah ada cite2 negatif tentang kes2 penipuan yang tidak pernah surut di malaysia ni. kes penipuan akaun bank membuat mangsa terkedu apabila wang gaji sebulannya tiba2 lesap membuatkannya terpinga2 berkira2 macamana hendak menjalani kehidupan sehingga ke hujung bulan seterusnya. bagi mereka yg mempunyai simpanan atau keluarga yang bisa membantu, tidaklah menjadai masalah sangat. tapi bagi yang gaji sebulan cukup2 untuk hidup hingga ke bulan satu lagi macamanalah pulak?

kes penipuan pencari cinta juga mengakibatkan kehilangan beribu2, malah ratusan ribu ringgit. simpanan hari tua susut kalau tak lesap dek terbuai oleh ayat2 cinta palsu. duet dah banyak hangus, cinta pulak tak kesampaian.

kes penipuan skim cepat kaya membuat orang menanggung hutang dan mengakibatkan mangsa cepat jatuh miskin. yang semakin kaya ialah si pencipta skim tersebut. parah betul lah orang2 kita ni!

ada lagi pelik, kes gores dan menang! ini adalah seperti permainan masa zaman kanak2! kini ianya menjadi permainan golongan dewasa pula dengan "damage" yang menjangkau riban2 jugaklah. cemana tu?

mengapa banyak kes penipuan sekarang ini? kerana terdapat ramainya orang yang mudah ditipu! aduan demi aduan dibuat tentang kes yang serupa oleh orang yang berlainan! yang pening kepala ialah pihak berkuasa.

kalau kita bersikap terlalu berkira2 dan sering meragui setiap perkara, kita dianggap "paranoid". kalau kita bersikap "take it easy" mudah pula jadi mangsa. baiklah kita berada "in between" dua sikap tu... apa2 pun, malang memang tidak berbau, betapa berhati2 pun kita, kalau nak terkena tu, terkena la jugak.  Semoga Allah melindungi kita sentiasa.

May 26, 2011

mau kasi naik petrol lagi?

adalah semalam aku dapat e-mail pasal satu method ni cemana tak mau kasi harga minyak naik. puncanya dari berita ura2 kerajaan nak mengkaji semula subsidi minyak kepada rakyatnya. lepas dah tersiar berita tu, mula lah sibuk propaganda dalam tv hari2 menceritakan adalah lebih baik subsidi yg kerajaan bagi kepada rakyat dialihkan kepada sesuatu pembangunan yang lebih menguntungkan untuk semua, bla, bla, bla. untung untuk semua? hhmmmmm......

so, lepas dapat e-mel pasal method tu, aku pun share ngan few friends. aku rasa buleh pakai gak lah cara tu. kami plk lepas tu berbahas berbalah di alam maya pasal pro n cons di atas tindakan tersebut jika benar2 dilakukan beramai2 rakyat malaysia. masing2 ada pendapat sendiri. aku dah set my mind what i m going to do. and that's it for me.

petang semalam dalam perjalanan pulang aku mendengar radio : tiada kenaikan harga minyak ron 95, ianya akan dikekalkan buat masa ini. hah!! "buat masa ini" sume orang tau, apa yg dimaksudkan dengan "buat masa ini"! tak perlah... selamatlah poket kita tiga empat bulan lagi kut! lepas tu, we see how. anyway, kebanyakan harga barangan kawalan di negara kita adalah yang terendah di asia ini. tak rasa sungguh bangga ker?

apa nak jadi ngan negara terchenta ku ini sekarang.... tak sokong kerajaan nanti, hidup bangsaku merana dan ditindas, tak terjamin pulak masa depan. so rasionalnya, berpada2 aje lah...

May 21, 2011

Tanah Runtuh di Bt 14 Langat

Aku dan hubby makan tengahari di Jusco Selatan, dan sambil tu g booking tiket untuk menonton Kapten Jack Sparrow for the 840 show malam tu.

Pulang rumah dengar pula berita tentang kejadian tanah runtuh menimpa rumah anak2 yatim di Batu 14 Langat. Ya Allah… sedihnya memikirkan nasib kanak2 malang tersebut. Sedih juga memikirkan kesusahan mereka2 yg terlibat yang bertungkus lumus membantu di tempat kejadian.

Qalunilillah dan Al Fatihah buat mangsa2 yang terlibat. Syurga Allah adalah tempat yang lebih baik buat mereka.Buat yang tinggal cuma mampu mendoakan bersabar dengan dugaan kehilangan yang maha berat tersebut. Pastinya Tuhan sedang memberi peringatan kepada kita semua.


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

May 18, 2011

Tun Dr Mahathir Ke IJN

Mendengar berita terkini - Che Det sakit dan dimasukkan ke IJN. Che Det Cuma dikatakan demam dan sakit dada. Semoga Che Det akan segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa. Aminn.

Saya tak habis lagi membaca buku A Doctor in the House. Mana nak cepat habis sebab baca buku Che Det selang seli ngan novel yang dibeli masa pesta buku baru2 ni. Sekali buka buku boleh baca dua tiga muka surat jer… tapi almost hari2 la ada kegiatan membaca tu. Apa pun aku berazam hendak selesai membaca buku Che Det by 11 June 2011. Ini target buat aku!

Kelakar bila sampai kisah Che Det pegi sekolah dan tulis nama dia di dinding2 bilik darjah sebab seronok sangat dapat sekolah semula selepas Jepun menyerah kalah! Boleh gak eh jadi cam tu! Hehe!!

panggilan hangit

dalam perjalanan ke tempat kerja tadi aku mendengar radio hot, dia org ni apa lagi kegemarannya kalau tak menyakat orang dengan membuat pangillan hangit! aku rasa yg aku dengar ni adalah siaran ulangan antara panggilan hangit yg best la kot! aku baru2 ni je switch ke hot fm, sebab sebelum ni aku suka dengar sinar. tapi sejak SY ni sibuk mak kawen lagi kali ke 4 ngan student ITM, aku jadi meluat pulak nak dengar Sinar lagi. itulah pasal aku beralih semula ke stesen hot.

si Faizal ni tepon sorang mamat ni yg dah menang tiket konsert double trouble wings and kata boss dia soh kawan tu menyanyikan sket lagu2 wings & search dengan penuh semangat macam wat konsert. mula2 aku dengar biasalah mamat ni macam malu2 nak nyanyi. aku ingatkan sebab dia ni mungkin type poyo kot.. suka nak g tengok konsert rock tapi dia bukan type yg melalak punya. mamat ni menyanyi humming2 la macam nyanyi untuk telinga sendiri. si Faizal ni tak puas hati, dia soh mamat ni jerit2 dengan semangat konsert tahap dewa. "Bang, saya seganlah... saya dalam train ni, sume orang dah pandang2 kat saya nie!" hahahah!! patut pun, rupanya dalam train! kesian dia! kalau aku lah memang tak sanggup bro buat benda2 cam tu!

May 14, 2011

teman balik kampung...

hujung minggu lepas aku pulang ke kampung menengok2 mak. sebab hubby ada kerja that week end, aku pun memujuk anakku2 untuk menemani aku di perjalanan. untuk memeriahkan suasana anakku2 suruh ajak capik, anak cikebal ikut sekali. nasib hubby ada masa and boleh g amek capik on his way back from work last friday.

sampai je umah, anakku2 dan cousin capik dah terus ada aktiviti malam. aku dah kasi warning supaya jangan lak payah aku nak kejut pagi esok harinya sebab nak balik ke kampung.

selepas subuh Saturday tu, aku besiap2 pack pakaian sket mana nak bawak. mujur budak2 dua org tu mudah pulak nak dikejut walau pun baru jer tido beberapa jam sebelum subuh. aku singgah kat gerai dekat umah soh mereka beli beberapa bungkus nasi lemak utk dimakan kat umah mak nanti. nasi lemak bungkus daun pisang @ 50sen sebungkus... susah dah nak cari kat KL ni, tapi kat BTHO ada! masuk dalam kereta, dua2 org budak tu bantai tido sepanjang perjalanan dari KL ke Muar. sungguh sangatlah mereka menemankan aku supaya "ada" bersama ; tak kisahlah asalkan aku tidak "keseorangan" waktu memandu tu!

sampai di muo, aku singgah tapau lontong & satay dulu dekat bandar, pas tu terus balik umah mak untuk bersarapan bersama2! hmmm.. best tol! and lepas makan budak2 dua org tu terus cari bantal..... dan bangun pada pukul 5.30 petang lepas aku bising2 kejut! haaa!! bukan main lagi depa ni kuat tak kuat tido siang sebab malam jadi burung hantu.

lepas aku sampai CT pulak dtg ngan anak2nya! dia bawak tukang urut nak berurut di rumah mak. lepas dia settle, dapatlah aku tumpang sekaki urut satu badan!

tengahari tu bekas teman sekolah ku, kak mila dan kak rosli datang borak2 kat umah. lama tak jumpa, banyak la cite2 dan kisah lama yg kami kenang dan gelakkan bersama. kak mila dah ada plan nak g karaoke ngan kawan2 dia malam tu, tak boleh lah aku nak ajak dia merambu ramba kat marina tepi tanjung pulak! so next time lah kita wat planning, katanya! (hehe!! kalau lakiku tak ikut sama balik kampung nanti, bolehlah!!)

pagi2 Ahad, lepas bersarapan aku dan rombongan pun bertolak pulang ke kota. mak bekalkan buah kuini .... puhhh! baunya semerbak!! tak per, sebab rasanya mmg sangat sedap! dan seperti biasa, dua orang budak yg tulun teman aku tu, lena pula hingga sampai ke rumah di KL!