August 11, 2011

b'day lagi!

hari ni b'day anakku, cantik tarikhnya tahun ini : 11-8-11
Selamat Hari Lahir Elin!

tarikh2 lahir anak-anak bujang ku : (memang tak pernah kulupa, InsyaAllah)
1.   anakku 11/08 - tahun ni mmg tarikh cantik!
2.   anakudin 08/08 - dah dapat tarikh cantik 08/08/08
3.   anakku2(too) 12/12 - tahun depan budak ni dpt tarikh cantik!
nama2 tersebut di atas adalah nama gelaran dan bukan nama sebenar anak2 yg ku save dlm handphone ku! hihihi!




August 10, 2011

hari kad ada problem

subuh2 tadi masa aku pandu lalu dengan confidentnya kat lorong smart tag, palang tak naik dan ada msg kuar di display board "tiada smart tag". kepala hotak dia. aku dengan perasaan bengang reverse le pelan2, nasib baik kete kat belakang tak rapat sangat. baru aku kuarkan kad touch & go utk touch the scanner, ada mamat yg sudah siap sedia berdiri di sebelah tingkap kete aku tolong swipekan utk aku. rasanya mmg lorong tu ada problem sebab tu lah depa letak satu org utk standby tolong "touch&go"kan lorong smart tag. hmmm.... baru baca komplen Mazidul dalam blog dia pasal smart tag! read

sampai kat office ada masalah serupa jugak! pass kad aku pulak kasi hati panas. reader tak boleh baca deny entry utk aku masuk bangunan! Ini mesti ada konspirasi nak khianat aku. dah lah i was at that time badly need to use the lady's room. and nasib baik the security guard tolong kasi aku masuk!

My office pass card tu sebenarnya memang dah terpatah dua about a month ago, hehe! tapi sebagai seorang yang kreatif, aku telah melekatkannya menggunakan cello tape dan hasilnya ia boleh berfungsi dengan baik sehinggalah kejadian pagi tadi...

Tengahari tu my HR manager dengan baik hatinya telah membawa aku berjumpa Mr Amin, pengurus bangunan dan dengan pertolongannya dapatlah aku satu kad temporary untuk digunakan sebelum mereka usahakan for the proper replacement, to which i later have to pay RM50 for the new pass card.

itulah cite hari kad ada problem!

August 8, 2011

ramadhan ke 8 (8/8)

sudah 8 hari umat islam berpuasa di bulan ramadhan, Alhamdulillah. ramadhan kali ini aku rasa lain sikit sebab dah 7 hari aku masak untuk berbuka puasa, dan untuk bersahur. wah! aku pun respect kat aku! hehe!! sampai sekarang ni belum menjejak kaki ke bazar ramadhan lagi.

menu berbuka harian aku biasa jer, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, mee hoon goreng! tapi sampingannya mesti ada ayam goreng! wajib. smlm aku masak lauk pauk untuk berbuka sebab adikku cikebal dan kuarganya datang berbuka di rumah!

yang paling pelik sekali ialah sepanjang tahun melalui ramadhan setelah aku berkeluarga, ramadhan ke 6 lepas aku berbuka puasa seorang diri di rumah, sume umat umah ni ada urusan yg tidak dapat dielakkan. kesian aku!

hari ni 8.8.11 adalah haji jadi anakudin. happy birthday Din, selamat panjang umur dan semoga murah rezeki. murah rezki din, murah rezki mama!

August 5, 2011

doa buat jejari runcing

Front page di Harian Metro semakin mengesahkan Khairul Fahmi begitu nekad dengan keputusan yang dibuatnya. I was initially hoping that maybe dia akan memikirkan semula tentang hasratnya untuk memutuskan jalinan cintanya dengan Elia, tetapi nampaknya tiada tanda2 ke arah itu. Cuma secara rasminya belum mendapat sumber bilakah tarikh keluarga angkatnya akan menemui keluarga Elia.

Mengikuti perjalanan kisah cinta mereka di blog Elia aku pun tumpang sedih bagaimana Khairulfahmi dengan begitu mudah boleh switchoff perasaan cinta itu. semudah 1,2,3. Anyway aku tak pelik kerana pernah punya pengalaman bagaimana perasaannya bilamana terpaksa berdepan dengan cinta lelaki yang kelihatan begitu menyala2 tetapi boleh padam tiba2. He said he just fall out of love. Sob!sob!

Sangat bersimpati dengan Elia. Keputusannya untuk berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan adalah baik tetapi dengan adanya kenyataan2 yg dibuat oleh pihak2 lain semakin menambah burukan keadaan. Doaku buat Elia semoga dia tabah dan redha menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku harap teman2 baiknya akan sentiasa berada si sisi di saat2 seperti ini dan sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang. Elia, kumbang bukan seekor; buktikan anda tidak akan musnah hanya kerana seorang lelaki.


KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.