May 31, 2012

To Regret or Rejoice

Perkahwinan

Cuti sekolah kembali lagi, dan selalunya ianya akan berhubung kait dengan majlis perkahwinan kerana musim cutilah ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Kemuncak sesebuah kehidupan adalah apabila pasangan mendirikan rumahtangga. Selepas itu bermulalah sebuah penghidupan di alam baru. Permulaan alam perkahwinan memanglah yang terindah. Semua orang mendambakan kehidupan yang kekal aman bahagia sepanjang hayat. 

Dalam dunia perkahwinan apa2 yang bakal berlaku di tahun2 mendatang adalah di luar kawalan kita. Lautan amat luas dan dalam, dan amat sukar diduga. Dugaan dan cabaran datang silih berganti. Hanya perasaan kasih dan sayang yang sejati boleh mengatasi segala halangan dan rintangan. Kasih dan sayang adalah perisai utama dalam kehidupan sesebuah ikatan keluarga. Kerana manusia tidak akan menyakiti orang2 yg dikasihinya dan bersyukurlah kepada mereka yang dapat nikmat kekal berkasih sayang sehingga ke akhir hayat.  

Namun ada perasaan kasih dan sayang yang terlupus dan pudar seiring masa. Perhatian kepada pasangan mula beralih kepada perkara2 lain. Tumpuan mula lebih kepada diri sendiri. Pertemuan dengan wajah2 baru dalam kerjaya mula membuka ruang di minda untuk mencari pasangan baru yang sealiran. Lama kelamaan rumah mula menjadi sebagai tempat persinggahan sementara.  pengorbanan susah senang masa lalu telah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Yang di hadapan mata adalah mencari2 peluang penghidupan baru yang diharapkan bakal membawa kejayaan dan kebahagian hakiki. Begitulah putaran kehidupan.

Untuk diriku aku berdoa semoga Allah menemukanku dengan kasih sayang sejati.


May 30, 2012

WWW1


The Star melaporkan Kerabat Diraja Johor menang dalam bidaan untuk mendapatkan no plat WWW1, the amount paid for registration said to be RM520,000. So be it, dia orang keturunan RAJA, Johor tu negeri dia! Ni apahal pulak ada orang kebiasaan tapi berpangkat pembangkang dari Perak yang sakit hati dan buat isu dengan kemenangan bidaan tersebut. Mamat tu kata lebih baik duit tu digunakan untuk membantu rakyat miskin…. Ceh!Ceh!Cehhh!! sangatlah ada motif membuat statement begitu sebab nak fofular la tu. Piiirahhhh! Jaga dan baiki kawasan awak sendiri sudahlah, tak yah sibuk2 nak melangkah longkang ke seberang selatan nak check & tinjau2 tanah orang! Eiiii... malu la sket!

Kalau aku kaya raya, aku akan menjalani kehidupan selayaknya sebagai orang kaya.  Dan kalau aku anak raja, aku akan menjalani kehidupan selayaknya sebagai seorang anak raja! Tak begitu ker?

May 22, 2012

Lenggang Kangkung

Nak tergelak membaca berita muka depan “Star” dua hari lepas mengenai nama2 pelik di dalam senarai semakan daftar pemilih. Kebanyakan tuan2 punya nama2 tersebut adalah dari pendalaman Sabah dan Sarawak.
 

Ada nama yang tidak patut diberikan kepada anak  seperti : “Atas Jalan” dan “Tepi Jalan”. Mungkin saja nama itu menandakan peristiwa kelahiran bayi-bayi tersebut. Sekiranya anak2 ini membesar dan berkeluarga pula di kampong masing2 tidak menjadi hal. Tetapi sekiranya ada pula yang berwawasan dan ingin kelainan dalam hidup dan berusaha pula untuk keluar dari kepompong…. Alahai, teruklah menjadi bahan lawak akibat nama-nama pelik tersebut! Tapi rasanya itu generasi2 awal yang  terdahulu, nama2 anak2 mereka sekarang ni hebat2 belaka!

Lenggang anak Kangkung, heaaaaa…. Lucu bagi kita tetapi bagi mereka, biasa jer.

May 21, 2012

adoyaiii.... terlalu lama kutingalkan!

adoyaiii.... terlalu lama kutingalkan!

kes malas pun ado, kes tanguh2 pun menyumbang gak... akhrnya dok bersawang. ada banyak kejadian ingin kucoret di sini tetapi banyak yang sudah "gone with the wind..."