January 31, 2012

Letopan Terlampau Bungapi

Meletop-letop bunyi mercun bungapi berlarutan sepanjang tengah malam tadi. Punyalah terseksa jiwa dan telinga. Aku tak paham lah, penguatkuasa punyalah sibuk membuat sekatan dan rampasan ke atas mercun2 dan bungapi yg diseludup masuk ke negara ini. Tetapi kemeriahan dengan letupan dan ledakan bungapi saban tahun sepanjang sambutan tahun baru cina seolah2 tiada sebarang kesukaran untuk mendapatkan bahan yang menjadi larangan tersebut. Bukan calang2 jenis bungapi yang dibakar, serupa dengan sambutan malam tahun baru. Bunyi yang sebegitu kuat seolah2 ada pesta menembak gagak dan bersahut2an pula.

Tak ada langsung rasa bersalah atau perasaan takut puak2 ini apabila membakar bahan terlarang itu. Ialah tiada sebarang tindakan pun akan dilakukan terhadap mereka. Lebih2 lagi apabila tempat kejadian ialah di kawasan perumahan elit lengkap berpengawal di pintu masuk. Alaaa.... setahun sekali maa. Malaysia Boleh!

January 30, 2012

Sky Walk Way Bridge dah siap!

Pagi ini aku keluar rumah 620 pagi, awal sket sebab aku nak ke KLCC tower nak pegi bank amek duet nak buat bayar hutang piutang. Sampai kat parking around 7am. Gelap lagi. Oppss! Aku teringat kena pasang cermin sisi panjang yg hubby belikan petang semalam. Previous nyer cermin yg wa cilok dari kete hubby dah patah and jatuh. Dekat sebulan lah asyik hint2 kat dia bagitau cermin panjang Lela dah rosak. Semalam masa jejalan kat JJ dia belikanlah. Dah lah earlier cilok dari kete dia, bila rosak demand soh dia ganti pulak! Hahaha!!! Seronok! Siap. Now dah boleh kerling area keliling belakang dgn lebih menyeluruh semasa memandu nanti.

Aku keluar terus ke KLCC tower and do all the transaction ; amek duet from PB and masukkan ke MB. Laluan bawah yg baru dari Convention Centre ke tower dah siap. Best la sket jalan, tak lagi lalu celah2 kete kat car park tu. Masa pulang aku decided nak guna jejantas atas yang menghubungkan Convention Centre ke Impiana hotel tu. Wah.. ada banyak pokok2 bunga yg diletakkan di laluan tu. Aku rasa ini tentu ada kena mengena dengan hari wilayah persekutuan yang akan jatuh pada 1hb Februari ni nanti. Cantiklah, ada bunga2 warna kuning, purple, putih di sepanjang jalan. Ceria lah rasanya. Nak snap gambar malu pulak sebab ada orang2 lain yg kat sekitar.  

Tiba2 aku perasaan laluan baru telah siap dan boleh digunakan! Aku dah boleh terus jalan dan turun betul2 depan opis! Ini sudah bagus! Lepas ni kalau nak ke KLCC atau ke Pavilion dah boleh guna jejantas laluan baru ni dan tak kisah ler hujan ke panas ker, no hal lah! Puak2 yg tak ada keje tu tak payahlah cari pasal regarding whatever the cost is to get the sky walkway bridge done, warga kota ni suka sangat dengan kemudahan yg disediakan oleh gomen tu. Bahagia rasanya!

January 28, 2012

Lama tak Update!

Ini adalah entry pertamaku di tahun 2012! Tak ada alasan sebenarnya, Cuma tidak menulis. Nasib baik aku masih ingat password! hehe!
Cepat benar masa berlalu, sekarang sudah menghampiri bulan ke dua di tahun baru. Macam2 perkara sebenarnya telah berlaku sepanjang bulan pertama ni, tapi itulah… tak ada semangat nak menulis.  Antara kejadian ialah kebakaran di plant. itu tak bestlah kan. tapi yang paling best bila aku menghadiri kuliah pendek ustaz hanafi malik di PJ2! Seronok mendengar celoteh dan nasihatnya. Banyak yang boleh digunapakai sebagai panduan hidup.

Bulan Januari ni pun ramai yang menanti2 cuti panjang sempena tahun baru cina, dan sekolah kerajaan (kecuali sekolah agama) pun cuti seminggu.Aku tidak membuat apa2 rancangan semasa cuti TBC kerana pastinya keadaan akan sesak di sini sana. Jadi kami hanya duduk rumah layan TV, pergi menonton dan membuat lawatan ke pasaraya, dan zoo! Hmmm. 

Berjalan2 di Zoo Negara amat meletihkan kakiku yang tak berapa kuat ni. Nak naik tren tak larat nak beratur menunggu giliran. Memang semasa aku dan hubby pergi hari tu, crowd sangat ramai. Tak sangka pulak ramai yang membuat kunjungan ke sana! Entahlah, aku rasa kesian pulak melihat haiwan2 yang diletakkan di sana tu… macam tak gembira jer. Iyelah kan… mana ada umat yang gembira jika hidupnya terkurung dalam kawasan yang terhad dan menjadi tontonan pula. Bertahun2 dia melihat penjuru yang sama dan membuat kegiatan yang sama. Nak kata apa eh? dah takdir hidup mereka yg cam tu....

Sepanjang cuti TBC & sekolah tutup ni, anak sedaraku Syafiq ada kat umah, melekat kat depan computer jer kejenya. Esok dah nak balik sebab lusa dah sekolah semula.