October 19, 2015

selamat tahun baru hijrah 1437




Syukur Alhamdulillah, kita telah pun memasuki ke tahun baru hijrah 1437. Allah masih memberi peluang kepada kita menjalani hidup seperti biasa di atas mukabumi ini. Bersyukurlah. Walau tidak semua yang kita rancangkan berjaya terlaksana, namun kita masih berpeluang untuk terus berusaha pada usia kita yang masih dilanjutkan ini.

Terkadang kita berasa kecewa kerana doa dan usaha yang kita lakukan untuk mencapai impian kita masih belum diperkenankan Allah. Adakala terbit perasaan prasangka bahawa Allah tidak pedulikan doa2 kita setelah sekian lama dan saban hari kita pohon kepadaNya. Sedarkah kita sebenarnya kita hanya fokus kepada apa yang kita tidak dapat, sedang kita tidak melihat kepada apa yang telah dikurniakan kepada kita. Rezeki yang tidak pernah putus dan masih boleh berkongsi, kediaman yang melindungi kita dari terik mentari dan dinginnya malam, dan keluarga yang selamat bersama kita.

Bila terbit keluhan dari hati mengapa Tuhan tidak memperkenan doa kita sedang kita disuruh berdoa setiap hari, cuba kita renungkan tentang saudara2 islam kita nun di bumi arab yang bergolak di sana. Saban hari hidup dalam resah dan ketakutan bila2 masa mereka akan kehilangan kediaman dan orang2 yang disayangi. Mereka diganggu musuh2 yang hobinya menyiksa masyarakat islam tidak kira usia dan jantina. Betapa pula mereka yang teraniaya dan betapa kuatnya doa2 mereka saban waktu meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Bahkan kita juga memanjatkan doa yang serupa untuk mereka.

Kita masih aman dan sejahtera di sini sedang sebahagian saudara kita kehidupan mereka masih kucar kacir di sana. Bersyukurlah kita diberi rezeki kedamaian untuk hidup dan beribadah di bumi malaysia ini. Apa yang kita dapat adalah semaksimum harapan dan doa dari mereka2 yang menderita di sana. Cuba bayangkan kita di tempat mereka,  apa doa kita?

October 6, 2015

gila tudung

tak tau lah kenapa perempuan yg berhijab ni kebanyakannya gila tudung! dan aku termasuk dalam kategori tu jugak! memang menakutkan bila nampak tudung yang cantik boleh terus pegi beli. beli dari kedai, beli on line, beli dari kawan.... 

tudung cantik? memang tudung tu hampir serupa semuanya, cantik pada aku adalah kerana warnanya yang menarik. 

hujung minggu baru2 ni aku himpun semua tudung2 yang aku ada dan separuh darinya aku hanya guna sekali dua sahaja dan ada yang tak pernah pakai langsung!

aku kategorikan tudung2 tu kepada 4 bahagian :

1. yang aku kerap pakai (cantik, selesa dan matching)
2. yang nak pakai (baru beli)
3. yang aku jarang pakai dan tak pernah pakai (sebab tak sedap pakai)
4. yang dah lusuh (terlalu kerap kena lanyak - sangat selesa)

yang aku jarang / tak pernah pakai dan yang lusuh aku ambik dan masuk semuanya dalam washing machine. semua tu aku basuh. intention aku nak let go. kuantitinya hampir 3/4 dari keseluruhan tudung milik aku! masyaAllah. aku nak hantar kat kotak derma nanti, kadang2 apa yg kita tak suka menjadi kesukaan orang lain... sebab our trash could be treasure for some .

mula dari sekarang dan aku bertekad hendak menghentikan pembelian tudung2 dan selendang baru. cukuplah apa yang ada bergantungan kat rumah tu.  

tapi tudung selendang Ariani mmg win lah... huhuhu