February 5, 2016

Weird People



Make new friends from the FB. sometimes people pm for a chat which I am ok if I am at my leisure time. we can be like old long lost friends, kidding each other and talk nonsense. just for fun! 
 
But I know this person who would just msg like :
Fren: Hai.. buat apa?
Me :  lepak2 tngk tv :-)
Fren: ok

Senyap. That’s it… ??????

Next day
Fren: dah mkn?
Me : baru lepas. How abt you?
Fren : Lom

Senyap.

And kadang2 petang pulak
Fren : dah balik ke?
Me : lom, you still working too?
Fren : Yup

Senyap.

Oiiii… sakit hati dibuatnya! Hey.. what’s the point of doing that? Awat hang ni? Kita ni kunun2 mcm orang baik. klu tak jawab msg nanti dikata sombong. Tak nak sakitkan hati orang, tapi aku yg sakit hati sbb bukan aku yg msg ko! Tak boleh lah nak kawan ngan orang mcm ni.  Lepas ni aku akan dah buat rancangan nak reply msg dia yg pendek tu selepas satu jam dia hantar! dia boleh je fikir “ada aku kisah?”. aku pun sama jugak, ada aku kisah?! Hahahaha!! Tpi aku dah rasa happy!

February 3, 2016

tepian tanjung



anda berada si salah sebuah bandar terbersih di Malaysia. bersama2lah kita menjaganya. Bandar Maharani. suka sangat bergambar di sini! tempat ini dahulu adalah tempat yang selalu dikunjungi bersama arwah abah. di sini kami adik beradik riang bermain2 digigi air dan membaling2 ikan belodok yang berlari terlompat2 di atas selut. senyum. nostalgia.

yang kelihatan menahan panahan cahaya matahari itu adalah aku, dan dua cucu arwah abah yang bersepupu.

February 2, 2016

February 2016

2016. ketika itu, bila aku leka dan berhenti sebentar dari mencoret catatanku di sini namun bertekad akan menyambung menulis fikiranku beberapa hari lagi. hari ini sewaktu bila ingin kembali, kusedari kiranya telah hampir suku tahun kelekaan itu berlalu! sungguh pantasnya masa beredar dan mengheret usiaku bersama.

limapuluhan... bersyukurku ya Allah kerana rahmatMu yang sering bersamaku hingga ke saat ini. walau ada ketika aku berasa bodoh dan kalah kerana merajuk denganMu. kerana ada waktu2 aku lupa diri hanya sebagai hamba kepadaMu ya Rabb... Astafirullahalazim.