July 17, 2017

Misteri Tak Terungkai

Assalamualaikom,
Sudah terlalu lama tidak menulis. Ada sesuatu yang ingin aku catatkan hari ini. Satu kejadian yang berlaku kepada keluargaku; aku dan anak2ku.

Jumaat 14hb July berlalu seperti biasa. Biasalah ada juga kejadian2 di office yang menganggu fikiran tetapi seolahnya tiada apa yang dapat dilakukan. Siang itu aku menerima message dari Solehin anakku#1. Dia bertanyakan jika aku ingin pergi ke Kuantan melawat anak Din, anakku#2 = anak saudaranya @ cucuku pada hari Sabtu. (Isteri anakku#2 bersalin anak sulung seminggu sebelum raya; bayinya tidak cukup bulan ketika dilahirkan). Aku segera bersetuju. Anakku#1 berkata petang nanti selepas kerja dia akan datang akan bermalam di rumah btho, dan selepas Subuh Sabtu kami boleh memulakan perjalanan ke Kuantan.

Dalam fikiranku ketika itu membayangkan hanya aku dan anakku#1 yang akan berdua ke Kuantan. Anakku#2 biasanya akan terus pulang ke kampung isterinya sehabis kerja pada petang Jumaat. Anakku#3 Ariff tidak mahu mengikut kami kerana letih disebabkan kerjanya pada Jumaat itu bermula pukul 3 pagi dan dia menjangka akan terlalu letih untuk berjalan jauh. Sebenarnya aku merancang untuk ke Kuantan selepas Syawal kerana aku tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sebabkan jalan akan sesak di bulan perayaan. Tapi bila anakku#1 menawarkan diri untuk membawaku pergi aku menerima dengan senang hati.

Petang pun tiba dan hati pun seolah berasa girang kerana hendak pergi melawat menantu dan cucu di Kuantan pada keesokkan hari.

Aku sampai di rumah seperti biasa dan selepas solat asar, bermalas2 depan tv sementara menunggu waktu maghrib. Bila aku dengar bunyi motor memasuki porch aku menyangka anakku#1 telah sampai. Tetapi yang pulang adalah anakku#2. Aku pelik dan bertanya mengapa dia pulang sebab dia memberitahuku awal pgi tadi dia akan terus ke Kuantan sehabis waktu kerja; dia memberitahuku dia membawa laptop pulang dan harus menyimpan dulu di rumah. Dia berkata akan bergerak keluar awal sekitar pukul 4 pagi sabtu. Aku mengiakan sahaja tapi mencadangkan dia boleh saja pergi ke kuantan dengan kami (aku & anakku#1), tetapi dia berkata dia tidak mahu pulang ke KL nantinya dengan menaiki bas. (Kerana kami akan pulang hari yg sama sedangkan dia akan bermalam di sana).

Malam itu. Aku menunggu2 anakku#1 yang masih tidak sempai sehingga jam 9 malam. bila aku message melalui telefon dia hanya berkata dia baru hendak pulang ke rumah dan akan datang ke rumah btho nanti. Ok. Anakku#3 juga masih belum pulang, tetapi dia telah memberitahuku dia pulang lewat nanti kerana hendak beraya dengan teman2nya. Hanya aku dan anakku#2 di rumah waktu itu. Tidak lama kemudian anakku#2 merungut berkenaan laptopnya yang bermasalah sedang dia membuat kerjanya. Katanya dia perlu baiki laptop berkenaan kerana ada kerja yang perlu disiapkan sebelum pagi Isnin nanti. Dan sewaktu makan dia juga memberitahu tentang letihnya dia yang terpaksa berulang ke kuantan saban minggu melihat isteri dan anaknya. Hujung minggunya adalah perjalanan KL-Kuantan-KL. Dan kami berbincang2 tentang perlunya isterinya mendapatkan kerja di KL supaya mereka dapat tinggal bersama.Aku menyuruhnya tidur awal sekiranya dia betul2 hendak bertolak pukul 4 pagi esok menaiki motor.

Anakku#1 menelefon sekitar pukul 11.30 dan mengatakan dia sedang lepak dengan geng bikers di Ampangan dan akan lewat sampai, memesan supaya aku tidak menunggunya kerana dia ada membawa kunci rumah. Aku pun masuk tidur dan tersedar lebih kurang pukul 1+. Aku keluar bilik dan melihat anakku#3 sedang menonton TV sambil berbaring di sofa. Apabila melihat anakku#1 tiada aku bertanya anakku#3 “di mana abang?”. Dia kata tak ada. Aku segara tahu yang anakku#1 belum sampai lagi. Waktu itu kedengan hujan di luar rumah. Aku menyuruh anakku#3 agar membuka mangga gate depan supaya bila anakku#1 sampai nanti dia tak akan berlama2 dalam hujan untuk membuka gate yang berkunci. Anakku#3 segera melakukan apa yg kusuruh dan aku kembali tidur di bilik.

Dan kejadian yang menakutkan berlaku tak lama kemudian.

-to be continued - 

No comments: