Tahun baru. Cerita baru.
ari ini ai ada stok count di klia plant ( ladang
air 😊 )
Setiap hujung tahun kena buat stock count di site
office, tapi atas sebab jadual hujung tahun yg padat, kali ni buat awal tahun
pulak.
Selesai tugasan, spt biasa ai akan bawa mereka2 yg
terlibat untuk menjamu selera yg tmpt best sikit (yeaa…setahun sekali jer). Kali
ini kami nak cari makan di Mitsui jer. Sampai kat sana kami memilih utk lepak di
restoran “P”. masa tu tak berapa ada orang, jadi kami pun masuk dan memilih tempat
duduk yg strategic untuk menjamu selera sambil melihat orang lalu lalang. Kami berempat,
dan masing2 membuat pesanan makanan yg diingini. Bila mana2 makanan sampai
dahulu kami akan sama2 berkongsi. Kesemua makanan teman2 telah sampai kecuali
pesanan ai! Tapi sebab memikirkan mungkin pesanan itu mengambil masa untuk dimasak,
kami terus je makan apa yg ada di atas meja bersama2, sampai dah rasa kenyang. kemudian datanglah seorang pelayan ni dan
bertanya kami adakah semua pesanan telah dihantar? Ai menjawab “order sya tak sampai
lagi” dia melihat kepada printout kedai dan bandingkan dgn kertas pesanan yg
kami semua tulis semasa membuat pesanan dan dia mengakui bahawa mereka
tertinggal satu dish. Ai cakap kat dia kalau lama nak buat tak payahlah sebab
dah kenyang, tapi kawan2 ai ni suruh juga ai order sesuatu yang lebih cepat
siap kerana mereka kata kesian ai tak dapat main dish yg ai pesan tadi. So ai
order Salad “chef’s selection”, dan member pun janji nanti makan sama2. Bila salad
tu sampai kami bertiga je makan hingga selesai, yg seorang lagi tu tak mahu sebab dah
kenyang sangat katanya.
Kisahnya jadi selepas kami balik office.
Pukul 3 kami sampai office, ai fikir nak terus balik dan solat zohor
di rumah sahaja. Lepas pack barang ai pun drive keluar dari plant dan anggaran
masa sejam untuk sampai rumah sebab masa tu bukan peak time. Sekejap je ai
masuk kete dan keluar dari gate dah rasa mengantuk giler. Teruk sangat mengantuk
sampai kena ketuk2 kepala supaya tak terlalai! Bila berhenti di traffic light
simpang 4 dengkil tu ( ini traffic light 6 minit) ai pastikan ai tak terlelap
sebab kalau terpejam mata takut hanyut tak sedar dan menyusahkan org lain pula.
Alhamdulillah setelah berlawan dengan mata ai selamat sampai rumah, tepat pukul
4 spt yg dianggarkan. Sampai rumah and terus nak solat zuhur… masa berdiri solat tu terhoyong hayang dah
rasa nak rebah, punyalah mengantuk! Dalam hati berkata2 kenapa sampai jadi mcm
ni. Selesai solat ai message teman2 yg makan bersama2 tadi dan niat bergurau
berkata ai rasa makanan ai tadi ada ganja sebab ai jadi lalok macam orang makan sebotol ubat batuk. Rupanya dua orang lagi yg sama2 menghabiskan salad tadi juga
mengalami kesan yang serupa! Cuma seorang yang tidak menjamah last order tu
tidak alami masalah spt kami. Jadi kami sepakat salad tu yang membuatkan kami
semua lalok!
Petang tu lepas je solat asar ai tido pensan sampai
azan maghrib.
Ok, kami sepakat lain kali tak akan pergi ke
restoran tersebut lagi.