aku tersedar sewaktu hujan tiba2 turun dengan lebatnya sekitar pukul 5 pagi. sejuknya sampai ke tulang. malam tadinya aku ngan hubby ke petaling jaya selepas maghrib dan kami pulang ke rumah dalam pukul 1130 malam. sampai umah aku terus mandi manda dan selepas solat isyak tergolek kat depan tengok cite exorcist kat tv. dalam hati berkira2 jugak kalau aku tido lewat ni susah lah nak bangkit pagi esoknya.
memang pun aku terlewat bangun. lebih2 pulak hujan lebat dan aku mesti keluar rumah sebelum 630 pagi untuk mengelak dari melekat di atas jem jalan di cheras. cepat2 aku gosok gigi, wuduk dan solat. aku tak mandi. hahah! tak kisahlah, aku bukan ada aktiviti apa pun mlm tu, lepas mandi dah tergolek tido..so kira dah mandi in advance la tu! sungguh hari ni dalam sejarah! tak pernah kubuat sepanjang hayatku,pergi keje tak mandi. ini kali pertama! hihihi!
April 20, 2011
April 18, 2011
hari minggu yg seronok!
Hujung minggu baru2 ni tak ada apa nak buat. (sebenarnya, ada banyak kerja2 rumah yg belum dibuat tapi alasan nak menjengkit kan..) boleh pulak wat plan nak g jalan2 ngan hubby test drive kete! hahah!! memula kami g ke honda show room pasal nak tengok sangat insight hybrid yg glamour tu. masa sampai lak tu ujan, tapi the sight of insight membuatkan kami sangat teruja. pulak tu mamat salesman tu ok jer, tak kerek lah kan melayan kami berjalan2 di dalam hujan menaiki insight yg cun dan comel tu. sungguhlah menarik dan lancar pemanduannya. sangat ekonomikal kalau kita sanggup bersabar dan tahan haba sket... hehe! kalu nak tau lebih lanjut kena test sendiri!
tapi ada masalah sikit tentang delivery kata mat Anthony, salesman yg melayan kami tu. delivery tak pasti bila, sebab Jepun masih belum pulih dari bencana alam yg dialami baru2 ini. "so, kalau u minat u boleh booking sekarang dan Q, mayb dalam 3,4,5,6, bulan ada stok sampai! untuk booking cuma RM1,000 saja!" Si Tony ni siap calculate kan the monthly installment kalau kami betul2 nak beli kete tu. kos tu macam boleh layan lagi lah. part yg paling membuatkan kami terkejut badak ialah part rega bateri hybrid tu! kete ni ada 2 bateri, satu bateri biasa, satu bateri hybrid. After 5 or 6 years, kena ganti bateri hybrid yg terletak kat dalam but kete tu, harga bateri tu sahaja around RM6k! hehehe!!!
The next model yg menjadi mangsa kami ialah Inspira! makk aiii!! cantik lah kete ni... bawak kete ni macam bawak kete F1 layaknya, gear kat tangan tu! klik! klik! sungguhlah amat mengujakan! dalamnya luas dan kemas. sangat mantop gitu! 2 round kami lanyak, aku satu round, hubby satu round! hehe!!! gilak ah!
Dan yang paling tak sanggup, kami pergi jugak menjenguk Pirius yg amat canggih tu..... kalau aku tak payah duduk dalam rumah, aku suka kalau dapat duduk dalam kete ni jer. sebab dah ada experience pasal bateri hybrid ni, aku pun tanya kat mamat salesman ni (yg rupanya berjiran taman ngan aku) tentang berapa pulak harga bateri hybrid ni. katanya dalam 8 ribu, US Dollar! hah?!! aduyaiiii!! heheh!! tapi... katanya so far belum pernah kena tukar lagi since the 1st production in year 1992, kat jepunlah katanya. iyelah...
gembira pulak rasanya spend weeke end kali ni, do something different! hahah!!

April 15, 2011
kenangan mengusik jiwa
Demam F1 kat Sepang dah kebah. Kuat betul semangat diaorg tu berjam2 boleh memandu berpusing2 kat trek yg sama tu. Aku ni bukanlah peminat F1, Cuma amek tau sikit2 jer. Tapi terfikir jugak bagaimana lah agaknya perasaannya kalaulah aku berpeluang memandu di litar. Alahai… kalau dapat buat tiga empat lap pun dah cukup seronok gila kut! Tapi paling tak sanggup kubayangkan dalam angananku bila memikirkan wajah2 yang terkejut dan mulut2 yang berkata2 bila melihat aku kuar dari kereta tu nanti : “Eh! Mak sape yg sesat kat race track nie!!? “ hehehe!! bikin malu itu.
Tapi sungguh memang ada satu perkara yang masih membuatkan jantungku berdebar2 setiap kali aku mengingatkannya. aku akan terasa excited sangat bila memikirkan kenangan kali pertama (dan terakhir) aku memandu go-cart di track di Sunway xtreme park 7 or 8 tahun yg lepas! Memang teramat mengujakan. Kali pertama memandu dan berjaya pula menjadi juara! Mula2 start aku rasa kekok sangat dan tak boleh kawal kete ngan baik, tapi lepas dapat feel dan boleh adjust cara memandu, pehhhhh!!! Syokkkk!! Berdesup kete katun tu! Satu lap in advance tu aku tinggalkan kawan2 lain masa bendera petak2 hitam putih dikibarkan depan muka aku!!
“hoiiiii! Zas! bawak kete macam pelesit!” masa tu aku take it as compliment dan tak rasa takut sebab bersukan, kan. However as time passed by me in real life sekarang aku banyak dah insaf dah.

April 13, 2011
i m gay i m ko?
satu ketika dulu sekitar tahun 2009 terbentang di dada2 akhbar tentang cerita berkenaan seorang lelaki lembut warga Malaysia, Melayu, Islam, berkahwin dengan warga British. pada waktu itu, kelihatan di akhbar itu mamat ni dengan control ayunya tersenyum memakai gaun pengantin di hari perkahwinannya ngan mat saleh tersebut.
nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara , kerana kasih hamba turutkan
hari ini terbaca lagi kisah pasangan ini di akhbar the Star mengatakan pasangan ini telah berpisah dan dalam proses "perceraian". mamat ini mengatakan "suaminya" tidak melayannya dengan wajar dan tidak menghiraukannya.
manusia ni sama sahaja. lelaki kawen ngan pompuan ke, apatah lagi lelaki kawen ngan lelaki, sume mesti ada masalah. ada ketika bahagia ada ketika merana. lelaki kawen ngan pompuan adalah fitrah dan amalan manusia sihat akal fikirannya. tapi bila lelaki kawen ngan lelaki ni memang nampak sangat lantang menentang hukum Allah, so bila korang ada problem nak mengadu kat sape? keluaga telah kau buang, tuhan telah kau singkirkan dari hati, kaum kerabat juga menjauhkan diri. sanggup ker biarkan diri hanyut tak menentu?
semoga mamat ni akan tersedar dari dunia khayalannya dan kembali ke alam nyata serta redha menerima kenyataan dan hakikat kejadian dirinya yg sebenar.

April 12, 2011
makan mahal
Apa agaknya anggaran anda apabila membawa 50 orang teman (ala-ala face book gathering la katakan!) pergi makan ikan patin beserta ualam-ulaman di Temerloh. Paling2 tinggi anggaran pun adalah dalam RM100 seorang kot?!! Dah kira mahal laa tu makan ala2 selera kampong jer.
dalam paper ari ni ada cite pasal mamat ni yg amat2 terkejut berok mak yeh bila bil makanan sampai, ofkoz la dia dan rakan2 makan ikan patin dan ulam-ulaman yaa : jumlahnya ialah RM 13,000! Mak aiii! Cukup kos tu klu nak wat jamuan kenduri kawen buget ekonomi 1,000 jemputan!
wa rasa lepas ni mamat ni fobia dah nak makan ikan! hehehe!!

April 4, 2011
balik kampong
since the ongoing of the dapo upgrade ari tu, dah lama gak lah tak balik jenguk mak. ialah rasa tak selamat nak tinggal umah yg tak siap. so now dah settle, ujung minggu lepas kami pun balik sekuarga, 1st batch balik jumaat malam, second batch :anakku & anakkudin sampai sabtu malam! mak happylah kami sume balik menjenguk2 dia.
panasnya cuaca di kampung. nak kuar jalan2 pulak masih memikirkan pasal anakku2 yang masih belum pulih dari cederanya, kesian nak ajak and kesian pulak nak tinggal...so kami sume duduk2 kat umah jer lah. bersibuk2 je ngan anak2 CT yg sama2 lepak kat umah mak. si wawa dah makin nakal skng ni, pandai posing bukan main! bila kami datang dia pun dok menyelit tak hiraukan mak bapak dia lagi! heheh!!
pokok durian mak pulak sedang berbunga lebat dan kami berharap agar kali ni lekatlah kat pokok dan tak bertaburan gugur ke bumi. sejarahnya, pokok2 durian mak memang berbunga lebat, tapi yg lekat menjadi buah tak seberapa! tapi kalau memang menjadi memang puaslah kami makan nanti.

April 1, 2011
jatoh moto lagi
anakku2 jatoh moto lagi. entah kali ke berapa dah lost count dah.
aku dah siap2 nak masuk tido dan teringat nak call anakku2 kenapa tak pulang lagi sedang jam sudah melepasi pukul 12 tengah malam. sedang membelek2 handphoneku, handphone hubby lak yg berbunyi. melihat kepada nama pemanggil, dia terus bertanya aku, ada miss call dari adek ke? aku menidakkan. aku dengar dia bersoal jawab serba sedikit dan lepas tu memberitahuku anakku2 accident dan he makes the call from inside an ambulance. dia dalam perjalanan ke HUKM dengan kawannya yg sama2 jatuh tu. adohhhh!! ya Allah! risaunya aku, sakitnya hatiku, menyirapnya darahku. geram sungguh rasanya.
aku dan hubby terus bergegas ke HUKM. dalam hati memang sungguh bimbang kalau2 dia mengalami kecederaan teruk, begitu juga rasa bimbangkan teman sejatuhnya itu. mengapalah budak sorang ni tak serik2 jatoh moto dan luka terseret sana sini. kali ni sampai naik ambulan pulak. hati mak mana yg tidak gundah gulana?
sampai2 kat HUKM kami ke wad kecemasan dan terus mencari2 kelibatnya. tiada. nampak pulak sekumpulan kawan2nya yg kemudiannya memberitahu kami yg anakku2 masih di dalam menerima rawatan membersih luka2 di wad kecemasan tu. tak lama kemudian baru nampak anakku2 terhenjut2 berjalan kaki ayam ke arah kami dengan tangan berikat dengan kain andoh / shoulder sling. kesian dan geram bercampur baur. mujur dia masih boleh berjalan lagi. nasib lah hubby ada selipar spare di dalam keretanya, kalau tak berkaki ayamlah lah anakku2 sampai siap sume urusan kat sepital tu.
doktor kata tulang dibawah bahunya ( clavicle, or collarbone) patah, tapi tak perlu operate kerana ia akan pulih sendiri tapi memakan masa. A broken clavicle, or collarbone, is a painful experience, but the recovery is fairly straightforward if you have a simple fracture. A simple fracture is a single break. The clavicle is most often broken during falls when you use your hands to catch yourself or when you sustain a hard blow to the outside of your shoulder that compresses the collarbone. As advised by doc, kena sentiasa pakai shoulder sling untuk mengurangkan pergerakan tangan. doktor bagi mc 19 hari, dan kena datang semula lepas tu untuk rawatan susulan.
selesai semua urusan di hospital dalam pukul 3.00 pagi dan kami sampai ke rumah dekat 3.30 pagi.ngantok betul. nasiblah kawannya pun tidak mengalami kecederaan teruk. aku harap ada kesedaran di hati anakku2 setelah kejadian kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)