Semalam hari pertama berpuasa di bulan ramadhan. Aku cuti. Dah ada kat umah aku pun mula memikir2 apa yang hendak kubuat juadah berbuka puasa petangnya nanti.
Nasi yg kumasak untuk sahur masih ada lagi, begitu jugak dengan ayam goreng berempah… so sudahnya aku buat nasi goreng cili padi dan ayam masak merah. Lepas tu bikin air teh O dan kopi O kaw2. Anakku pula pulang dari kerja membawa nugget ayam dan suroh aku gorengkan!
Itulah menu berbuka puasa hari pertama yg kusiapkan pada pukul 7 ptg. Aku tak keluar duit langsung wehh! Sukaaa!! Sume makanan tu habis dan clear. Alhamdulillah!
August 2, 2011
July 31, 2011
Sedih la pulak... Elia n KFCM
Tajuk akhbar mingguan Metro sungguh menyedihkan hatiku. Retaknya hubungan penjaga gol Malaysia dengan tunangnya. Aku dapat merasakan betapa pilunya hati seorang wanita yang baru berikatan selama dua bulan tetapi terpaksa berakhir dengan perpisahan sebegitu. Belum hilang penat mengatur persiapan bertunang, tiba2 kekasih hati membuat keputusan berpisah.
Memang berisiko tinggi berkasih dengan public figure, lebih2 lagi bila hanya kekasih hati seorang selebriti sedang si gadis hanya perempuan biasa. Hati perempuan mana yg tidak tersentuh apabila membaca gosisp2 jejaka pujaan mulai keluar dengan gadis2 lain yg sememangnya sentiasa mencari ruang merapati jejaka yg kian popular itu. Akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan boleh berakhir dengan perpisahan.
Cubalah sekiranya dia masih seorang pemuda biasa yg kerjanya menjaga gawang gol pasukan negerinya, aku rasa tiada siapa yg akan menganggu gugat hubungan itu. Senang sungguh KFCM membuat keputusan untuk menyelamatkan dirinya dari gossip2 begitu. Selepas ini bebaslah dia keluar dengan mana2 wanita yg diingininya tanpa perlu menjaga hati sesiapa lagi. Nyatalah populariti boleh memudarkan perasaan cinta seseorang. Ramai yg ingin menjadi pasangan KFCM yg sedang meningkat popular ini, dan pastinya juga ketika dia dipuncak sekarang ini, semua saudara maranya jauh dekat teringin bermenantukannya, cerah masa depan anak dara mereka.
Sabarlah Elia, hanya itu yg mampu diucapkan. Terimalah kenyataan jodoh pertemuan itu sesungguhnya ditentukan Allah swt. Hadapilah dengan tabah akan dugaan ini, masa jua akan menyembuh derita. Tak guna kita harapkan orang yg kita sayang tetapi dia tidak lagi menyayangi kita. Terbukti sudah kasihnya amat rapuh dan tidak kukuh buat anda. Itulah hakikatnya.

happy birthday to you!
Heppi Birthday tu Mr Hubby... semoga kasih sayang kita kekal dan akan sempat menyambut setiap hari lahir sehingga tibanya hari pemergian abadi.
July 30, 2011
Pulanglah
Jumaat malam, aku dan mr hubby pulang ke kampong menjenguk mak seperti biasa. Rutin biasa kami, pergi bersarapan di kedai satay favourite di bando, dan bawak mak beli barang2 keperluannya.
Aku sempat melawat sepupuku dan terkejut melihat kedai runcit yg diusahakannya secara kecil2an selama ini untuk mencari rezeki telah ditutup dan kedainya kosong. Rupanya dia terpaksa menutup kedai kerana tidak mampu membayar pembekal setelah tidak berniaga selama 2 minggu kerana melawat dan menjaga arwah ayah mertuanya yg sakit di kampong. Bila pulang semula ke kedai, hutang2 mula tertunggak dan tidak mampu dibayar kerana tiada penjualan, akhirnya sume barang2 diambil semula oleh pembekal.
Aku berdoa kepada Allah sempena kedatangan ramadhan yg mulia ini agar Dia permudahkan urusan kak B supaya dia dapat bangkit semula deperti sedia kala.

July 29, 2011
Adussss! Harimau Malaysiaku
Semangat memang tinggi giler bila aku n mr hubby pergi ke perlawanan bola sepak mesia vs spore kat bukit jalil. Macam2 perlakuan yg dapat kami saksikan sepanjang pemanduan ke stesen LRT Tasik Selatan. Memang seronok sangat tengok sume2 muka kelakar, happy dan bersemangat dengan bendera di kereta dan diarak dengan motosikal. Sampai di stesen LRT kelihatan ramai umat kuning dan biru sedang berator menunggu tren. Kusss semangat bila tren sampai, dah sarat dengan kuning biru kat dalamnya. Kami menyelit2 jugak masok sambil gelak ketawa! Semangat tinggi sumenya beb!
Sampai di stesen bukit jalil penumpang2 tren mula bersorak2! Kelakar rasanya!! Macam dah kat dalam stadium lak rasanya. Pandangan di sekitar stadim memang melaut dengan manusia berpakaian kuning biru! Memang rasa seronok dan terharu melihat puluhan ribu rakyat menyokong “Malaysia”. Tidak ada langsung tanda2 rakyat Malaysia sebenarnya sedang menganuti pelbagai fahaman politk! Semuanya menyokong pasukan Malaysia. Sesunggunnya sukan memang boleh menyatukan rakyat!
Tempat duduk yg kami dapat memang best, tapi masalahnya mamat2 keliling ni masyallah punyalah sakan merokok! Asap rokok atas bawah kiri kanan membuatkan kepalaku jadi toing! Menyeksakan betul. Stadium tak boleh jadi tempat larangan merokok ker? Sungguh tak sihat untuk menyaksikan kegiatan yg sihat.
Singapore memang hampeh dan penuh drama yg sengaja dibikin untuk menyakitkan hati pemain dan rakyat mesia. Seolah2 pemain2 mereka tu sumenya bapok! Sket2 tergolek sana, tergolek sini. macam c%*#@^ sumenya! Apa2 pun tahniahlah kepada pemain Melaysia kerana mencuba bersungguh2, tapi nak wat cemana ternyata pasukan lawan memang telah menang.
Aku dan mr hubby berangkat pulang setelah gol penyamaan 1-1, kami nak rebut tempat menaiki tren nanti! Rupa2nya masa tu dah ramai deretan manusia yg mula berangkat pulang!! Adoiiiii!! Berasak2 juga nak masok tren! Sampai umah dlm kol 11+, hati sedih, mata pedih, kepala pusing.

July 28, 2011
Selamat Berjuang!
Alamak kesian betullah bila membaca paper pagi2 tadi, ramai yang kecewa kerana tiket perlawanan Malaysia Singapore sold out. Muka2 kecewa terpapar kerana gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan malam ni nanti. Dilaporkan lebih 5 ribu yang kehampaan tak sangka tiket habis dengan begitu cepat sekali.
Nak buat cemana… tengok kat TV ajelah.
Aku dan mr hubby lak dah berkobar2 semangat nak pergi stadium malam ni nanti. Semoga team harimau malaya akan mendapat kemenangan yang diharap2kan rata2 rakyat Malaysia.
GO! GO! Harimau jadian semua!

July 27, 2011
penangan harimau malaya
Malam semalam anakku pergi ke stadium bukit jalil membeli tiket bola sepak kelayakan piala dunia malaysia vs singapore khamis malam ni nanti. dia nak beli 26 utk diri sendiri dan geng2 lain tapi dapat 20 tiket jer! bila dia dah balik umah, aku ngan hubby lak teruja nak pegi stadium utk menyokong harimau malaya. Anakku kata oklah, esok pagi dia ke MPPJ untuk cari tiket utk kami pulak!
pagi2 tadi anakku mms ngan gambar n msg : berator panjang katanya! tapi dapat jugak! heaaa! esok mlm sama2lah kami bergasak2 ke stadium bukit jalil!
yeaaaa!!

Subscribe to:
Posts (Atom)