November 15, 2011

Cuti dan Hujan

saya bercuti hari ini, En Hubby pun samalah pulak bercuti dan bekerja dari rumah, katanya. kedua2 anakku2 dan anakkudin juga ada di rumah sebab seorang tak ada kelas, dan seorang lagi off day. Cuaca nampak redup sahaja sedari pagi.

Tengahari hubby said that he needs to go to office to get something and ask me to go along so we can have lunch together after that. Elok2 dah settle semua, hujan pulak turun dengan lebatnya. Dalam hujan lebat tu jugak kami plan nak ke kedai batu batan untuk mencari “batu biji kacang” untuk hiasan tiang gate rumah yang sekarang sedang dalam proses menganti gate lama dengan yg baru.

On the way ke kedai batu batan tu, nampak pulak ada stall durian baru buka. Dalam hujan lebat tu kami telah singgah membeli 6 biji durian. Lama sungguh tertangguh nak makan durian ni, semenjak raya puasa dulu lagi!  Semerbaknya bau durian di dalam kete.

By the time we reached at the kedai batu batan tu, masih hujan tapi dah tidak selebat tadi. Cantik2 semua yang dipamerkan. puas belek2 dan membuat beberapa pilihan, Mat Bangla yang assist kami tu memberi beberapa gengaman batu biji kacang yang cute2 tu sebagai sample untuk dibawa pulang. Sampai di rumah kami menunjuk sample kepada contractor dan dia bersetuju boleh membuat paste batu batan tu untuk beberapa area yang kami cadangkan. Anggaran dalan 60 kilo batu batan biji kacang diperlukan. Seronoknya! Tak sabar nak tunggu bila end result nanti.

Pas tu dok dalam umah makan durian. Bestnya!

Malam sekitar pukul 10 baru anakku pulang. keretaku dah service dan dah siap polish! hujan masih rintik2 di luar rumah.

November 14, 2011

Apa Nak Jadi...

Aku ni suka juga merayau2 membaca blog2 berkaitan politik untuk mengetahui perkembangan semasa. Dan yang pasti setiap kali masuk ke dalam daerah itu, darahku mesti naik! tak tahulah mengapa politik menjadi begitu menjengkelkan sekali sekarang ini. kalau tak membaca taklah tahu, bila membaca dan mendapat tahu tentang bermacam2 kerenah dan perbuatan politikus2 ini memang boleh sangat menyumbang kepada high blood pressure.

pada pandangan aku, semua orang patut setidak2nya mengambil tahu perkembangan semasa. walaupun mungkin ada yang berkata mereka adalah golongan di atas pagar, jadi:  suko demo la oghe politik nu nak buak gapo pong.  tetapi walau kita duduk bertenggek di atas pagar setidak2nya mata kita masih nampak apa yang sebenarnya sedang terjadi.  Golongan yang ini biasanya minda mereka lebih tertumpu hanya kepada kehidupan seharian masing2;  tapi boleh ke kita buat bodoh aje sekiranya melihat ada kegiatan huru hara sedang berlaku di keliling kita. Lama-lama pagar tempat bertenggek tu boleh roboh dan semua tergolek ke bawah. Apa nak buat dah pada masa itu? Bukan kah mencegah lebih baik dari membina tembok tempat bertenggek yang baru. Less messy.

Sedar atau separa sedar kita sebenarnya tahu apa yang kita harapkan. kita patut arif menimbang yang mana membawa kebaikan dan yang mana mendatangkan keburukan. Jika bangsa kita ini tidak kuat dan tidak bersatu seperti dahulu, sangat bimbang tanah melayu ini akan dijajah kembali dan akan hilang kedaulatannya dalam ertikata sebenar. dan penjajah itu bukan semestinya berupa kuasa dari luar. fikirlah kebarangkalian tentang penjajahan yang sedang berlaku dari dalaman tanpa kita sedari.

Sebab itu adanya peribahasa melayu, musang berbulu ayam. Ayam duduk dalam reban yang berpagar, tapi harapkan pagar, pagar tolong musang makan ayam. Kata pagar, sebab ayam yang makan padi!  Hahahaha!! Entah lah Labu…..
.

November 11, 2011

angkara gagak

aku telah mengisi borang permohonan cuti pada Isnin depan. rancangannya untuk annakku membawa keretaku untuk service and to polish the body. tetapi nampaknya kena postpone sebab bila buka e-mail pagi tadi, ada notis tentang mesyuarat yang harus kuhadiri pada tarikh tersebut.

baru setengah tahun beli keretaku dah calar balar dek angkara burung gagak ketika aku parking kereta di Plant. sampai ada yang menegur keretaku dah macam kereta guru disiplin, calar sana sini. yang peliknya burung2 gagak tu boleh lak dok berumah tangga kat kawasan parking berbumbung. pada mulanya aku hairan dari mana datangnya najis burung yang bertepek2 di keretaku sedangkan aku tak pernah pula parking kereta di bawah pokok.

pada satu hari semasa aku menuju ke kereta selepas habis kerja, aku nampak burung2 gagak sedang bertenggek di keretaku sambil memakan sesuatu. wah!wah! wah! cantik tempat makan ko eh! terus trigger difikiranku, so this is the culprit yang mengotorkan keretaku selama ini. bukan setakat kotor, kuku2nya yang tajam tu telah merosakkan cat kereta. sejak itu kalau ke Plant, aku tak park kereta di parking berbumbung tu lagi, biarlah keretaku berada di kawasan lapang yang panas. but since damage has been done, i will need to get my car polished to clear off the scratches made by those crows.

burung2 gagak memang selayaknya ditembak.

11.11.11

ramai orang sukakan yang cantik. adalah kebiasaan semua perkara2 yang cantik akan menjadi perhatian. seperti hari ini, tarikh 11.11.11 dikatakan cantik dan ramai pula manusia seluruh dunia ingin melakukan sesuatu pada tarikh ini. ramai juga pasangan memilih untuk bertunang / bernikah / melahirkan anak pada hari ini. Ya, baguskan zaman serba moden ni, nak beranak pun boleh pilih tarikh lahir anak (bagi yg caesarean lah kan). 

Oh ya, tarikh ini ini juga bagus untuk yang dah bercouple2 teman tapi mesra tu nak declare cintan cintun mereka; so next year on 11.11 bolehlah nanti celebrate setahun dalam percintaan. kalau sampai lah....!

As stated in Wikipedia, November 11 is the 315th day of the year (316th in leap years) in the Gregorian calendar. There are 50 days remaining until the end of the year.  As of for me, 11.11.11 is just another day; and there are 17 days before the payday! hahaha!!

November 10, 2011

Harapan yang diimpikan

Pekerjaan pertamaku dengan sijil kelulusan SPM 2nd grade adalah sebagai Diagrammatic Artist di sebuah syarikat penerbitan, bermula di akhir tahun 1980an di Petaling Jaya. Suatu ketika sewaktu masa rehat, aku dan teman2 memasuki sebuah bilik yang baru siap diubahsuai untuk Production Manager. Aku duduk di kerusi empuk di meja besar tersebut. Sambil duduk dan memusing2kan kerusi aku berkata di dalam hati, bagusnya kalau aku mendapat pekerjaan berjawatan dan duduk di kerusi besar di bilik sendiri seperti ini.  Itu adalah impianku ketika itu.

Duapuluh tahun kemudian aku akhirnya berjaya merealisasikan impianku itu. Perjalanan yang sebegitu lama untuk mencapai apa yang pernah kuangankan suatu ketika dahulu. Itu adalah takdirku. Lambat atau cepat bergantung kepada usaha sendiri dan keredhaan Allah. Walaupun sepanjang perjalanan itu penuh dengan cabaran dan ranjau aku bersyukur kerana semua itu dapat kutempuhi dengan tabah.

Kehidupan ini tidaklah seperti yang kita jangka. Harapan yang kita sandarkan melalui impian tidak mestinya semua akan menjadi kenyataan. Untuk yang bernasib baik, bersyukurlah sekiranya mendapat apa yang dicari dan dicita2kan selama ini. Sekiranya kita tidak berjaya mengapai apa yang kita cita2kan, usahlah merasakan diri  tidak bernasib baik, berfikirklah semula bahawa sekiranya kita susah, masih ada orang yang keadaannya lebih sukar dari kita. Redhalah dengan apa yang kita ada, mungkin sesungguhnya itulah yang lebih baik buat kita, kerana tidak semestinya apa yang kita mahukan itu adalah baik untuk kita. Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui.  Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah.

Banyak lagi impianku yang samada tidak tercapai , belum tercapai , atau hancur berkecai.  Apa2pun dalam usiaku kini aku ingin menutup buku tentang segala impianku yang tak kesampaian itu.  Cuma satu lagi hasratku  yang kekal dan amat besar yang ingin kulaksanakan :  mengerjakan ibadah haji di Mekah.

November 9, 2011

Keinsafan

Kebelakangan ini aku kerap memikirkan tentang berapa lama lagi aku akan hidup di muka bumi Allah ini. Kadang2 terfikir juga bagaimana sekiranya aku mati hari ini atau esok. Pastinya amalanku belum cukup untuk membuat aku terselamat di akhirat kelak. Takutnya memikirkan. InsyaAllah aku sedang mencuba sebaik mungkin untuk menjadi makhluk Tuhan yang baik.

Aku berkawan baik dengan seorang teman yang boleh dikatakan alim orangnya. Apabila aku berkesempatan bersolat sekali sekala bersamanya, aku selalu perhatikan dia akan membuat solat sunat setiap kali selesai solat fardu. Bila aku bertanya dia menjawab banyak fadilatnya mengerjakan solat sunat, lagipun bukannya panjang pun cuma dua rakaat sahaja.  Pengamatanku membuatkan aku ingin mengikuti apa yang dilakukan temanku itu. Bukan setiap kali selepas solat fardu , tapi aku berjaya jugalah melakukannya sekali  atau dua kali sehari. Syukur Alhamdulillah. Aku berdoa semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepadaku ke arah jalan yang diredhaiNya.

Benarlah bahawasanya dengan siapa kita berkawan akan membawa pengaruh ke dalam hidup kita. Dan apa yang kita cari itulah yang kita dapat. Suatu ketika dahulu, apabila aku menghadapi kemelut dalam kehidupan, aku merapatkan diri dan menjadi lebih pasrah dengan Tuhanku. Sewaktu itu hidupku menjadi lebih tenang dan bahagia. Tetapi ketika aku mencari dan mendapat pula teman2 yang salah, aku tidak lagi hadir apabila mengerjakan suruhanNya seperti terdahulu; aku hanya menjadi seperti robot yang cuma menjalankan rutin hariannya. Merenung kembali saat itu terasa betapa rugi dan bodohnya aku kerana boleh hanyut sebegitu.

Kini aku berdoa semoga Tuhan tidak memalingkan hatiku setelah dia memberi petunjuk dan peluang kepadaku. Sesungguhnya aku ini dari golongan orang yang menganiya diriku sendiri. Semoga Tuhan memberi kekuatan hati dan iman kepadaku.

November 8, 2011

Kisah-Kisah Kerja

Sudah agak lama aku tidak menulis di blog ni…  ada-ada saja alasan yang boleh disenaraikan, kesibukan kerja adalah alasan yang yang paling mudah! Tetapi yang sebenarnya bila terlalu lama ditinggalkan akan kehilangan rentak dan keinginan untuk menulis. Hari ini aku himpunkan semula semangat untuk mengemaskini blog ku ini.

Sebenarnya selepas Aidil Fitri dan sepanjang Oktober hingga kini ada banyak isu-isu kerja yang memerlukan aku kerap kali terpaksa berulang alik menghadiri mesyuarat di Plant. Alhamdulillah perkembangan sekarang adalah positive dan ada kemajuan ke arah penyelesaian. Cara2 seseorang menangani keadaan ketika berlaku sesuatu krisis ternyata menyerlahkan sikap sebenar seseorang itu. Padaku cara2 untuk menghadapi sesuatu krisis ialah untuk bersama-sama berusaha mengatasi dan mencari jalan penyelesaian disamping perlu bersabar, bukan dengan cara menunding jari dan berburuk sangka terhadap sesama sendiri.

Human relationship atau hubungan kemanusiaan adalah sangat penting dan setiap orang ingin dilayan dengan cara yang terhormat. Ianya akan banyak membantu kumpulan untuk bekerjasama dan menghargai satu sama lain. Keadaan ini akan menimbulkan rasa hormat dan kepercayaan kepada kepimpinan seseorang ketua. Seorang ketua harus sama-sama menyelesaikan masalah dah bukannya mencari apa kesalahan yang dilakukan seseorang individu.

Aku sentiasa teringat akan cara kerja yang diamalkan oleh bekas ketua jabatan di tempat kerja lama ku yang sangat aku hormati. Dia akan selalu menolong kami mencari penyelesaian dan bukan dengan menambah-kusutkan keadaan dengan meletakkan kesalahan kepada pekerja seliaannya.

Aku ada membaca artikel  “Human Relation Skills” ni di website (telah kuterjemahkan ke BM) :
  • Sekiranya digunakan sebaiknya, skill ini akan dapat membentuk ketua2 yang berwawasan dan dihormati
  • Akan dapat menyatukan kumpulan dan setiap ahli akan memberikan kerjasama yang baik
  • Bersama memberi idea dan tindakbalas yang baik dalam mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 
  • Dapat merapatkan hubungan dan menjana ruang interaksi yang positif