September 18, 2015

majlis beramah mesra


16hb September ialah hari Malaysia. Satu negara bercuti, jatuhnya pada hari Rabu. Aku hanya bercadang hendak melepak-lepak di rumah.
Sebenarnya pada tarikh tersebut rakan2 sekolah mengadakan perjumpaan menjejak kasih di Marina Bay, Bandar Maharani. Aku telah menyatakan tidak dapat menghadirkan diri kerana memikirkan perjalanan yg agak jauh dan oleh kerana hari Khamis pula adalah hari bekerja.

Tiba2 secara kebetulan pula kumpulan wanita2 taman menjemput kami2 hadir ke majlis makan2 sambil bersuai kenal. Hhhmmm… aku memanglah kadang2 tu macam kera sumbang sebab tak bersemangat sosial dengan jiran keliling kelalang. Kerapkali memang akan mengelak dari menghadiri perjumpaan keraian yang jiran2 se taman anjurkan.  Entahlah kenapa tapi aku memang tak berapa suka! Sungguh teruknya perangai, dah tua2 pun tak suka campur orang!  Masalah aku sekarang ialah rumah itu hanya selang dua buah rumah dari rumahku. Apa alasanku untuk tidak hadir. Tentu2 kereta aku ada dalam porch dan itu tandanya aku tak ke mana2. Untuk keluar cuci mata ke Big Aeon hanya kerana tidak mahu hadir adalah sangat mengarut dan aku malas nak start engine kete pun hari tu. Dengan tidak begitu teruja, aku aturkan juga langkah ke majlis beramah mesra jiran2ku itu. Nak dijadikan cerita, mereka ini pula hendak mencari ketua sebagai memudahkan urusan2 kenduri kendara, kematian, bantuan kemanusian dan sewaktu dengannya. So terjadilah pernamaan dan undian dan penolakan dan paksaan untuk jawatan2 yang diperlukan.

Aku pulang maghrib tu sebagai naib presiden. Hampehhh! 


September 15, 2015

struggling



semakin meningkat usia selalu terfikir berapa lama lagi aku akan berada di bumi Allah ini. Dalam usia begini cerita2 kematian rakan2 seangkatan sudah seringkali diumumkan di FB. Perkara pertama yang aku fikirkan tentang anak2ku, bagaimanakah mereka apabila ku tiada lagi nanti. Kemudian yang penting sekali, risau memikirkan tentang jauhnya ketinggalan amalan yang sepatutnya kuhimpunkan sejak dulu lagi. Aku amat takut sekiranya amalan2 yg kulakukan hari2 dilupus pula oleh dosa2 yang juga kulakukan sehari2... so, macamana nak dihimpun pahala amal ibadat tu?  apakah pahalaku hari ini  dimakan oleh dosa2 hari ini, jadinya equal to zero?  itu perumpamaan dari perkiraanku sendiri. Semoga masih ada lebihan perbuatan baikku yang memberat timbangan dari kelakuan burukku. 

Ya Allah tolonglah aku meningkatkan ketaatanku terhadapMu ya Allah. Wahai Tuhan yg maha pengasih, tetaplah hatiku dan keluargaku pada agamaMu dan semoga kami sentiasa berada pada jalanMu yang benar. Aminn

September 14, 2015

jumpa kawan lama



Jumaat lepas, aku dan 2 sahabat lama semasa bekerja di delcom (deleum) di bangsar utama berjanji untuk berjumpa. Rohana dan Zanita kawan sekerja sejak tahun 90an. Yang masih kekal di bangsar hingga kini ialah Zanita; aku dan Rohana telah berhijrah ke tempat lain. Itulah takdirnya.
Janji berjumpa sekitar pukul 12 tengahari di klcc, tetapi Zanita kelewatan oleh kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Cik Limah harus ke brickfield atas satu urusan yang penting dan Zanita harus mengambil alih tugas baby sitting anak2nya. Pukul 2.30 baru Zanita timbul dan kami pun bersama2 ke Pavillion untuk makan tengahari sebagaimana janji kami tempohari.
Seronok berjumpa dan makan2 sambil mengimbau kisah2 lama semasa kami bekerja bersama2 dahulu. Berharap dapat berjumpa kembali dengan masa yang lebih santai dan tidak tergesa2. ini adalah kali kedua kami berjumpa pada tahun 2015 ini. Aku dan Rohana tidak mempunyai masalah sebagaimana Zanita… jadi di pertemuan akan datang, Zanita yang harus menentukan waktu yang sesuai dan kami berusaha untuk fit in…. sebab kami tiada bayang2 ghaib sepertimana Zanita.

perjumpaan August 2015

perjumpaan September 2015






September 7, 2015

bertahun sudah berlalu



Weiii!!
Lama sungguh tidak ke bendang, tinggi tumput dari lalang, lama sudah tidak kupandang, semakin hari semakin hilang!

Hahaha!!




February 10, 2014

Sirih Junjung

Alhamdulillah...
masa terus berlalu pantas dan tiada ia menoleh ke belakang. kehidupan berjalan menurut ketentuanNya dan kini jodoh anakku telah sampai, dan hari bahagianya menjelang tiba pada 15hb Februari 2014. terlalu banyak kenangan bersamanya sedari kecil hinggalah dewasa, tidak pernah aku berpisah lama dengannya; namun kini sejurus setelah berumahtangga dia akan menjadi suami kepada suri pilihannya dan berubah pula cara tanggungjawabnya. itulah kelangsungan kehidupan yang berputar di atas paksinya berlaku setiap kali kepada kebanyakan manusia. 

aku kini sedang dalam keadaan menguruskan apa yang patut untuk persediaan kenduri perkahwinan anak sulungku. kesemua kad2 undangan telah pun diedar dan hanya menunggu kedatangan tarikh pertama kali aku mengadakan majlis sebesar ini! jemputan hanya sekitar 700 orang ; namun inilah majlis seumpamanya yg pernah kuanjurkan. besarlah bagiku!