June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

dalam website beautifulnara ari ni:
Apa kenangan yang anda tak dapat lupakan bersama ayah yang tercinta?

sesuatu yg paling touching dan aku tak lupa ialah bila arwah abah yg masa tu walaupun tak berapa sihat sanggup datang turun KL ngan mak untuk menghadiri majlis konvo aku di UKM Bangi pada tahun 2004. Selama 4 tahun pengajian luar kampus, aku berulang alik ke UKM saban hujung minggu demi azamku untuk mendapatkan segulung ijazah.

Abah pakai baju kot takut sejuk masa dalam dewan dan dengan bertongkat dia dan mak sama2 meniti tangga di dewan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk melihat aku menerima ijazahku pada hari itu.

selepas selesai upacara aku masih ingat abah berwajah penuh terharu memeluk bahuku dan mengucap tahniah kepadaku dan katanya masa tu "abah mintak maaf kerana tak dapat hantar awak pegi belajar, abah tak ada duit".
aku cuma menjawab "tak apa lah, Bah..."
sesungguhnya aku amat maklum akan pengorbanan abah kepada kami sekeluarga.


Kini semua itu tinggal kenangan. Abah meninggal tahun 2006 pada usia 65 tahun dan tak sempat untuk aku lebih lama membalas jasanya. Selamat Hari Bapa, Bah. Alfatihah hadiah buat Abah

and Happy Father's day to dear Hubby too.

June 15, 2011

best sangat ke pakai short tu?

nak cite jugak tentang jenis pakaian yg mula menjadi trend pompuan2 masa kini, tak kira yg kecik sampai ke makcik, makcik! sungguh tak tipu! yg membuat aku rasa nak komplen ialah kerana mereka2 yang terlibat ialah orang2 melayu yang sepatutnya beragama islam dan tau adab berpakaian.

pagi minggu baru2 ni, aku ngan hubby naik moto anakku g breakfast kat depan umah. mula2 g pusing depan McD nak beli paper. semasa hubby berhenti moto membeli paper mingguan, aku terkejut memandang satu pemandangan geli-geli : pompuan gempal pertengahan umur bertudung, memakai t shirt dan dipadankan dengan leotard nipis macam pantyhose? MasyaAllah... nampak serupa macam pakai tshirt je.... tanpa seluar! ya Allah... g makan ngan kuarga lak tu. Ishhhh!! tak ada perasaan malu ke keluar jalan2 depan public macam tu? kalau budak2 kecik, cute jugak lah. apa yg dia nak tunjukkan hah?

pas tu, masa berhenti bersarapan kat kedai gerai nasi lemak...tengok2lah orang2 yang dah mula datang nak bersarapan... haaaa... sungguh hari minggu tu hari "jom pakai short sedonia" kot?  musykil aku ngan hubby tengok: apa ke hal makin ramai org2 pompuan tua muda melayu di BTHO ni dok galak pakai suar pendek g breakfast? nyonya2 pulaknya pandai pakai track suit. Astafirullahhalazimmm....

nasihat akulah, sebab aku ni bukan pun baik sangat nak tegur orang.... tapi kalau dah tua2 dan senja tu... sendiri mau ingatlah. kalau tak nak tutup rambut, janganlah pegi bukak kain pulak. yg anak2 muda remaja pulak seperti mencabar org2 keliling, pakai seluar pendek ketat ala2 spender jer! kalau dah kena rogol, pandai pulak menangis2 buat laporan polis. dah kalu mak share pakaian tak cukup kain ngan anak, siapa kau, org luar yg nak menegur??

Ya Allah Ya Tuhanku, Dikau berilah petunjuk Mu kepada kami agar kami sentiasa berada pada jalanMu yg Kau redhai ; peliharalah diriku dan keluarga serta keturunanku dari mereka2 yg menzalimi dirinya sendiri.

June 14, 2011

apa jenama punya jiran ni..

ini ada kejadian panas hati di subuh hari. seperti biasa, pepagi kol 630 bila aku dah ready nak kuar umah g keje, hubby akan buka pintu dan buka date depan. aku masa tu sibuk pegi melawat dan say bye-bye kat setiap anak2 ku yg masih pengsan2 alam.

bila aku kuar ke porch, hubby kata ada org block kete u, hon sket!

aku tengok kat luar ada, whhh!wahhh!! cantek je kete dia parking melintang kat belakang kete aku. apa jadahnya nak parking depan umah aku? parking belakang kete aku? apa masalah mamat ni? kenapa sampai masok kawasan umah orang, tak best ke nak parking depan gate umah sendiri? mamat ni baru je pindah umah sebelah ni. dulu ustaz ngan anak2 dia duduk situ. tapi bila umah yg mereka beli dah siap, mereka pun pindah. mamat ni lak jenis kemas2 umah waktu malam. dua tiga hari lepas dia pindah masuk, pun waktu malam! and waktu malam jugak dia datang himpit parking kat depan gate umah menghadang kete aku. mana sekolah dia pegi ni? panas betul hati aku.

tak pasal2 pagi2 subuh yg hening aku aku terpaksa menekan hon kete berkali2 nak kejut dia. kurang ajar betul tau. pasal dia jiran2 yg lain pun terkejut sama, apa hal aku tekan hon pepagi buta tu!

esok kalu dia buat lagi, aku nak tusuk paku dulu kat dua dua tayar belakang kete dia sebelom aku tekan hon.

Tolonglah Beramb dari Tanah Airku!

laporan Utusan Malaysia hari ini :
11 pelajar Nigeria ditahan tipu wanita Perancis

KUALA LUMPUR 13 Jun - Kelicikan 11 pelajar warga Nigeria menggunakan ayat-ayat cinta bukan sahaja memperdaya seorang wanita warga Perancis untuk bercinta di alam siber selama enam tahun, malah turut mendorong mangsa datang ke negara ini.
Awal bulan lalu, mangsa berusia 52 tahun datang menjejaki 'kekasih sibernya', seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di negara ini sejak enam tahun lalu kerana kononnya dia mengalami kemalangan dan memerlukan pembedahan segera.
Mangsa dihubungi oleh dua suspek dikenali sebagai Dr. Jerry dan Dr. Abby yang memaklumkan teman lelakinya itu perlu menjalani pembedahan dengan kos sebanyak 200,000 Euro (RM872,147).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mangsa yang percaya dengan 'cerita' itu telah memasukkan wang pendahuluan 1,000 Euro (RM4,357) sebelum ke negara ini untuk melawat 'teman lelakinya'.
"Hasrat mangsa untuk melihat keadaan teman lelakinya itu bagaimanapun ditolak malah diugut supaya menjelaskan baki 'wang pembedahan' sebelum teman lelakinya itu dibebaskan dari hospital.
"Mangsa yang dinasihatkan pihak kedutaannya telah membuat laporan polis sehingga membolehkan kesemua suspek diberkas pada 6 Jun dan 7 Jun lalu hasil siasatan dan perangkap yang dipasang.
"Hasil siasatan mendapati teman lelaki mangsa tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata sejak enam tahun lalu," katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Chin Wah berkata, kesemua suspek menggunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini dan dipercayai wanita tersebut bukan mangsa pertama yang ditipu.
Katanya, perancangan rapi dibuat dengan modus operandi menggunakan laman sosial Internet untuk menjalin persahabatan sebelum memupuk kepercayaan dan keyakinan mangsa.
"Sindiket warga Nigeria tersebut menyasarkan mangsa yang mempunyai kewangan kukuh dan terdesak untuk mendapat pasangan hidup.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 21 Jun ini mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan kesalahan Akta Imigresen," katanya lagi.




Harap2 pihak2 berkenaan tolonglah mengambil tindakan tegas ke atas pendatang2 penipu ini. Nyahkan mereka dari sini dan deny entry forever to them! janganlah kerana nak kan populariti di peta dunia ni Malaysia mendapat nama busuk pula. Dah terlampau banyak kes seperti ini, masih lagi kita membuka seluas-luas pintu kepada mereka?? kami rakyat biasa ni yg terpaksa menahan hati melihat kerenah mereka berkeliaran ke sana sini. bosan sungguh!

June 3, 2011

iklan di mana2

semasa aku ke KLCC dari office melalui susur jalan dekat Impiana Hotel yg sedang dlm construction tu, aku ternampak ada tulisan yg diconteng di kotak TNB ; aku amati apa yg ditulis tu : Mencari Bakal Isteri! Heh heh! macam ni pun ada yer! iklankan diri sendiri dan keperluan mencari teman hidup!

Aku rasa mamat yg menulis ni seorang nerd yg sanggup mengambil risiko ditipu oleh "bakal isteri" yg mungkin hendak mempermain2kannya, dan juga teman2 sekontrak yg akan mengejek dan memperlekeh perbuatannya itu. atau mungkin juga dia sebenarnya seorang kasanova yg cuba mengambil kesempatan? bersangka baik ajelah, dan semoga mamat ini akan bertemu jodoh yg dicarinya di bumi malaya ini...

June 2, 2011

gemerlapan iCity

malam Selasa yg lepas aku sedang leka memonton CSI kat AXN bila ada iklan iCity muncul di TV. aku tanya kat hubby pukul berapa agaknya iCity ni tutup kedai, hubby check internet told me that the closing time is 3am. masa tu dah pukul 11 mlm. aku tanya hubby, jom pegi nak? jom!

pukul 1130 mlm kami keluar menghala ke iCity, Shah Alam. Wah, bestnya jalan clear all the way sampai destinasi! senang je nak cari sebab sign board dia ada dari Federal Hiway lagi. lagipun dari jauh dah nampak lampu kat pokok yg berwarna warni, so memang takkan sesatlah! kami sampai ke destinasi pukul 12 tngh mlm. nak masuk parking kena bayar RM10.00... dah tengah2 malam pun tak ada diskaun lagi. sama ke macam parking kete kat opis aku.

crowd tu adalah, tapi as expected memang tak ramai since tomorrow is a working days for most of people. i terkecuali sebab i coti! sungguhlah meriah lampu2 yang berwarna warni di sana. adalah bilik salji untuk mereka2 yg berminat merasai kesejukan ala2 musim dingin gitu, with some entry fees. Tapi aku tidak berminat nak masuk pun, pegi tengok2 jer. bilik aku di pejabat pun dah macam winter sepanjang musim. banyaklah jaket2 tebal tersusun disediakan untuk pengunjung, tertanya2 gak bila ler agaknya depa ni g hantar dobi sume pakaian2 tebal tu?

lain2 yg aku nampak adalah lampu2 yg dipasang di atas pokok2 sekitar,  ada gajah dan lembu yang bercahaya, ada zirafah dan burung yang turut dilampukan! selain dari tu tak adalah apa2 yang sangat2 menarik hati. berpeluhlah juga berjalan2 keliling taman cahaya tu! ok lah.. at least, I've been to the iCity!

May 30, 2011

Rolls Royce for a lookalike!

aku tertawa sakan membaca the Star hari ni! Murahnya hati HambaAllah seorang dai PJ ni;  dia memiliki Rolls Royce 111 6700cc warna perak dan dia nak memberi kereta Rolls Roycenya tu kepada seseorang yang benar2 menyerupai seorang pelakon utama dalam video XXX baru2 ni! Ishhh! tak kan tak ada orang yang menampilkan diri kut! free tu!

kisahnya kini jugak ada beberapa geng blogger yang berikrar akan berlari toyol keliling KLCC kalau betul timbulnya manusia yang benar2 menyerupai dan mengaku dia adalah pelakon video tersebut! serious lawak gilak! hahahah!!! tunggguuuuuuu....!!