January 31, 2012

Letopan Terlampau Bungapi

Meletop-letop bunyi mercun bungapi berlarutan sepanjang tengah malam tadi. Punyalah terseksa jiwa dan telinga. Aku tak paham lah, penguatkuasa punyalah sibuk membuat sekatan dan rampasan ke atas mercun2 dan bungapi yg diseludup masuk ke negara ini. Tetapi kemeriahan dengan letupan dan ledakan bungapi saban tahun sepanjang sambutan tahun baru cina seolah2 tiada sebarang kesukaran untuk mendapatkan bahan yang menjadi larangan tersebut. Bukan calang2 jenis bungapi yang dibakar, serupa dengan sambutan malam tahun baru. Bunyi yang sebegitu kuat seolah2 ada pesta menembak gagak dan bersahut2an pula.

Tak ada langsung rasa bersalah atau perasaan takut puak2 ini apabila membakar bahan terlarang itu. Ialah tiada sebarang tindakan pun akan dilakukan terhadap mereka. Lebih2 lagi apabila tempat kejadian ialah di kawasan perumahan elit lengkap berpengawal di pintu masuk. Alaaa.... setahun sekali maa. Malaysia Boleh!

January 30, 2012

Sky Walk Way Bridge dah siap!

Pagi ini aku keluar rumah 620 pagi, awal sket sebab aku nak ke KLCC tower nak pegi bank amek duet nak buat bayar hutang piutang. Sampai kat parking around 7am. Gelap lagi. Oppss! Aku teringat kena pasang cermin sisi panjang yg hubby belikan petang semalam. Previous nyer cermin yg wa cilok dari kete hubby dah patah and jatuh. Dekat sebulan lah asyik hint2 kat dia bagitau cermin panjang Lela dah rosak. Semalam masa jejalan kat JJ dia belikanlah. Dah lah earlier cilok dari kete dia, bila rosak demand soh dia ganti pulak! Hahaha!!! Seronok! Siap. Now dah boleh kerling area keliling belakang dgn lebih menyeluruh semasa memandu nanti.

Aku keluar terus ke KLCC tower and do all the transaction ; amek duet from PB and masukkan ke MB. Laluan bawah yg baru dari Convention Centre ke tower dah siap. Best la sket jalan, tak lagi lalu celah2 kete kat car park tu. Masa pulang aku decided nak guna jejantas atas yang menghubungkan Convention Centre ke Impiana hotel tu. Wah.. ada banyak pokok2 bunga yg diletakkan di laluan tu. Aku rasa ini tentu ada kena mengena dengan hari wilayah persekutuan yang akan jatuh pada 1hb Februari ni nanti. Cantiklah, ada bunga2 warna kuning, purple, putih di sepanjang jalan. Ceria lah rasanya. Nak snap gambar malu pulak sebab ada orang2 lain yg kat sekitar.  

Tiba2 aku perasaan laluan baru telah siap dan boleh digunakan! Aku dah boleh terus jalan dan turun betul2 depan opis! Ini sudah bagus! Lepas ni kalau nak ke KLCC atau ke Pavilion dah boleh guna jejantas laluan baru ni dan tak kisah ler hujan ke panas ker, no hal lah! Puak2 yg tak ada keje tu tak payahlah cari pasal regarding whatever the cost is to get the sky walkway bridge done, warga kota ni suka sangat dengan kemudahan yg disediakan oleh gomen tu. Bahagia rasanya!

January 28, 2012

Lama tak Update!

Ini adalah entry pertamaku di tahun 2012! Tak ada alasan sebenarnya, Cuma tidak menulis. Nasib baik aku masih ingat password! hehe!
Cepat benar masa berlalu, sekarang sudah menghampiri bulan ke dua di tahun baru. Macam2 perkara sebenarnya telah berlaku sepanjang bulan pertama ni, tapi itulah… tak ada semangat nak menulis.  Antara kejadian ialah kebakaran di plant. itu tak bestlah kan. tapi yang paling best bila aku menghadiri kuliah pendek ustaz hanafi malik di PJ2! Seronok mendengar celoteh dan nasihatnya. Banyak yang boleh digunapakai sebagai panduan hidup.

Bulan Januari ni pun ramai yang menanti2 cuti panjang sempena tahun baru cina, dan sekolah kerajaan (kecuali sekolah agama) pun cuti seminggu.Aku tidak membuat apa2 rancangan semasa cuti TBC kerana pastinya keadaan akan sesak di sini sana. Jadi kami hanya duduk rumah layan TV, pergi menonton dan membuat lawatan ke pasaraya, dan zoo! Hmmm. 

Berjalan2 di Zoo Negara amat meletihkan kakiku yang tak berapa kuat ni. Nak naik tren tak larat nak beratur menunggu giliran. Memang semasa aku dan hubby pergi hari tu, crowd sangat ramai. Tak sangka pulak ramai yang membuat kunjungan ke sana! Entahlah, aku rasa kesian pulak melihat haiwan2 yang diletakkan di sana tu… macam tak gembira jer. Iyelah kan… mana ada umat yang gembira jika hidupnya terkurung dalam kawasan yang terhad dan menjadi tontonan pula. Bertahun2 dia melihat penjuru yang sama dan membuat kegiatan yang sama. Nak kata apa eh? dah takdir hidup mereka yg cam tu....

Sepanjang cuti TBC & sekolah tutup ni, anak sedaraku Syafiq ada kat umah, melekat kat depan computer jer kejenya. Esok dah nak balik sebab lusa dah sekolah semula.

December 30, 2011

tertunda

Setiap 30hb Dec aku akan apply cuti, dan buat sekian kalinya pada tahun ini juga aku telah membuat permohonan cuti pada tarikh tersebut. Sepatutnya kami bercuti kerana itu adalah our wedding anniversary.
Tetapi oleh kerana istimewanya kali ini si dia tu ada kerja, aku telah membatalkan cuti itu, dan ke office lah seperti biasa. nak buat apa pulak aku bercuti sorang2 kot? rancangan terpaksa ditunda ke tahun hadapan, mungkin. huuhuu....

 Hepi Anniversary Dear, with love

December 29, 2011

Tentang Dhia

Malam ni adalah malam penamat cerita Tentang Dhia di TV3. Siri terakhir ini sedih sangat hingga berjaya meraih air mataku. Dan yang paling romantis sekali ialah apabila Zikir dan Dhia kekal bersama hingga ke akhir hayat mereka.
Tetapi yang paling tak puas hati sekali ialah apabila tiada dikisahkan tentang balasan setimpal yang patut diterima oleh perempuan2 jahat dalam cerita ini. Mungkin pengarah hendak kita berfikir sendiri, tapi tak syiok lah.. hendak jugak tengok dengan mata kepala sendiri. Atau mungkin jugak perempuan2 jahat yang berhati busuk tu telah mendapat hidayah dan kesedaran sebagaimana Melly! Aminnnnn. Hmmmmm.

Aku tersangkut dengan Tentang Dhia ini bukanlah dari permulaan siri ini dimainkan di TV. aku cuma terperangkap semasa secara tidak sengaja tertengok drama ini semasa babak Zikir membawa ibunya ke rumah Dhia untuk merisik, dan ketika itu juga bertembung dengan rombongan meminang Dhia dari keluarga Azmi, bekas suami si Melly. Azmi adalah bekas tunang Dhia sebelum dia dipaksa berkahwin dengan Melly! Lepas menceraikan Melly dia terus nak pinang Dhia semula! hahaha! dan sejak itulah aku jadi pengikut cerita ini hingga ke akhirnya.

December 26, 2011

tiada rahsia antara kita?

Sometimes i was always in the impression that once a couple were an item there should not be any secret at all between them. But i guess i was wrong. After those years of sharing in everything, finally they stop sharing certain activities and start hiding this and that. Let it be regarding work or latest updates regarding new friend, old friend or old flame.

I came across this in mariage.about.com : Being honest with each other doesn't mean you must share every single thought, dream, fear, or fantasy with your spouse. Honesty may be a double-edge sword in your marriage. Knowing what to share and what not to share is an important communication skill for couples to learn and use in their marriage.  If you are keeping a secret because you don't want to face a responsibility in your marriage, this can create problems. Withholding facts or information your spouse needs to know in decision making is harmful manipulation.

Other secrets that can hurt your marriage are ones concerning job problems, not revealing an illness, seeing family and friends secretly, lying about how you spend money, and having an affair. Honesty and trust are vital to the success of a marriage. It's a thin line between what secrets are acceptable and which ones will haunt an individual and hurt a marriage.

December 21, 2011

Lelaki kawin Lelaki

kisah seorang mamat Ariff Alfian Rosli pelajar biayaan Petronas yang tak habis belajar, yang hilangkan diri dan kemudian dilapurkan telah berkahwin sesama jenis heboh di perkatakan seminggu dua ni. terlalu banyak yang diperkatakan oleh masyarakat tentang amalan songsang ini. aku sungguh kasihan memikirkan tentang apa yang ditanggung oleh ibu bapa mamat ni.

aku membaca blog kak jee @ fauziah samad (dapurkakjee) berkenaan mamat mesia ni yang kahwini satu mamat Dublin, ada dia link berita sensasi tu dari Irish Times. tapi kepada paper tu tak pulak mamat mesia tu berani nak mentioned yang dia membiarkan keluarganya di Mesia menanggung hutangnya dengan petronas ? macam bagus jer mamat nie kan.  dan dia juga mengatakan masih seorang islam dan tidak menukar kepercayaannya. 

Dalam statement yg dibuatnya : "Saya lahir sebagai seorang muslim, kini masih seorang muslim & akan mati sebagai seorang muslim. Tidak akan ada apa yang akan merubah kepercayaan saya”

apa yang dia percaya sebenarnya?? Cehhh!! Ptuuiiii!