September 9, 2011

Raya-Raya

Masih dalam mood raya. Hari ini sudah 11 Syawal, aku dah mula berpuasa sejak awal minggu ni lagi. InsyaAllah, rasanya lebih baik puasa awal2 syawal sebab kita baru jer menjalani puasa ramadhan. Kalau tunggu lama2 nanti liat pulak nak puasa semula, itu yg jadi hutang puasa tertangguh sehingga bulan Syaban!

Apabila ada godaan untuk berbuka dan join teman2 lain yg sibuk buat piknik kat pantry, aku segera mengingatkan diri yg aku boleh makan apa2 pun nanti. Cuba fikirkan tentang rakyat2 Somalia yg kurus kering  dan berpuasa hampir sepanjang tahun kerana tak berapa ada bahan yang hendak dimakan! Betapa beruntungnya kita ini berbanding mereka. Insaf.

Raya tahun ini cukup sederhana sambutannya. Pada raya pertama selepas ke kubur Abah, terus beraya ke rumah sedara terdekat. Petang tu emak ikut CT ke rumah besannya. Aku tunggu rumah menyambut tetamu2 yg dtg beraya. 

Sebenarnya kami di umah mak lebih banyak  melayan diri sendiri dan menyakat anak2 sedara. Lepas tu tengok cite2 raya kat TV.  Tahun ni sebab tak ada anak mak selain aku yg balik kampung ngan hubby n anakku2, aku cuma buat ketupat dalam 40 biji sahaja! kami yg ada ni kerjakan dari pagi hingga malam. finally selesai semua! bagus, Alhamdulillah tak ada pembaziran.

Raya kedua lepak kat umah jer.  Moksu dan kuarga besar mereka dari Klang dtg beraya dan tido kan umah mak. Mak happy!

Raya ketiga ada perjumpaan jejak kasih dengan school mate kat Tanjung! Teman sekelas yg kujumpa semula di FB, Puzi memaksa aku dan kak M utk sama2 hadir di sesi jejak kasih tersebut. Oleh kerana kami kena hadir with no spouse, maka Hubby tunggu je kat umah. Lebih 20+ tahun tak jumpe ngan kawan2 sekolah ni, sungguh ada yg tak berapa nak kenal sebab penampilan diri dah berbeza. Tapi ada jugak yg masih tak berubah masih seperti dulu!  Tapi kedatangan tidaklah berapa memuaskan, mungkin sebab ramai yg masih sakan beraya ngan kuarga & sedara jadi tak ada masa nak melencong ke Tanjong! Makanan yg terhidang punyalah banyak! Seronok sungguh!