April 22, 2016

hati2 dengan promosi


saya berurusan dengan sebuah bank untuk membuat loan baru2 ini. dikejutkan dengan panggilan dari bank mengatakan mereka akan hold permohonan sya kerana nama sya berada dialam list ccris bank negara. serta merta saya teringat kepada 2 credit card yang dikeluarkan kepada saya oleh HSBC dan UOB tahun lepas. bila saya ke BNM untuk membuat semakan, ternyata telahan saya itu benar, kad kredit HSBC yg membuatkan nama sya tersenarai di ccris. lalu saya segera ke HSBC KL membuat pembatalan dan membayar RM50 fee yg dikeluarkan ke atas kad tersebut. Mujur surat perlepasan dari bank dikeluarkan pada hari yang sama kerana saya memang tidak pernah menggunakan kad tersebut. So dah settle kes ccris sya dan permohonan loan awalnya yang ditangguh tu telah pun diluluskan. Alhamdulillah.
 
bagaimana saya mendapat kad2 tersebut? ini adalah rayuan daripada pekerja2 bank yang membuat promosi di hadapan bangunan pejabat tempat sya bekerja. pada satu hari semasa sya hendak pulang, ada 2 orang anak muda ini menghampiri sya dan meminta dengan baik utk sya mengisi borang permohonan kad kredit. sya beritahu mereka sya tidak mahu kad kredit. tapi mereka merayu dan berkata "akak isi borang jer, tak apalah kak, sebab kami kena dapatkan pelanggan, tolonglah kak, kami baru je start keje kat bank ni" mereka berkata sambil menunjukkan kad yg tergantung di leher masing2. berasa simpati dan berniat ingin membantu mereka mendapat merit dari majikan, saya pun setuju menurut permintaan mereka. tapi sya masih berkata "sya tak nak lah kad kredit ni!"

kira2 dua minggu selepas itu, dua kad kredit dihantar ke rumah saya melalui pos. satu dari HSBC dan satu dari UOB. sya rasa bengang jugaklah, tapi nak buat apa lagi. setiap bulan selepas itu surat2 statement dari bank terus dihantar ke alamat sya meminta bayaran yuran RM50 yang dikenakan. sya mengambil langkah tidak menghiraukan penyata2 tersebut. dalam hati sya berkata, lantaklah, bukan aku yang mintak dan aku tak guna pun kad tu. diam tak diam dah lebih setahun rupa2nya sya ignore surat2 tersebut sehinggalah kesannya sya di ccris kan!

ini adalah pengalaman dan pengajaran. niat nak membantu orang lain, tapi diri sendiri yang mendapat akibatnya.sekarang ni kedua2 kad dari bank2 tersebut kini telah saya batalkan.