December 29, 2009

*Out of Office

I happily wrote this note today for notification to everyone in office!

Dear All,
Please be advised that I will be on leave effective 30th Dec 2009. I will occasionally check e-mails but have intermittent access retrieving MSB e-mail. I will be returning on 5th Jan 2010. If you need assistance before then, you may reach me at zaslina@gmail.com for my easy retrieval through mobile phone and I will revert back on urgent matters accordingly.

Happy New Year!

Best Regards
PM

December 28, 2009

*Melaka

Me & hubby pulang ke kampung last Thursday; visiting my mom and anak2 saudara. Mok Su, Pok Su and Zul tetiba muncul kat umah mak. meriahlah kejap! Spent 2 nights there and thought of making a move back home on Saturday evening ; but hubby wanted to visit a relative in ICU at Malacca's Hospital, so around 1130 we drove off from Mother's place.

Sampai Melaka dlm kol 1230... melalui hi way AMJ. Jem kat bandar Melaka tu.. MasyaAllah.. tak terkata! Actually hubby buat planning nak melawat saudara dia tu ngan his cousin Riz n Family. Janji dlm kol 1 kat sepital, tapi kol 1 baru sampai Seremban...! So kitaorg pun p lah browse cari tempat minum kat area sepital putra tu...finally dok lepak kat kedai mamak. minum teh n makan rojak n borak2 sampai kol 2.30! Member tu masih tak sampai2 lagi, so we decided to pusing2 to cuci mata.

Actually banyak tempat menarik kat area tu... puaslah jalan and posing kat sana.Banyak sangat jalan sampai retak kasut yg i pakai! kasut tu Ita belikan sebelom i blah Delcom dulu!
Laaa.. masa nak cari kedai kasut, masa tu lah tak jumpa! jalan2lah pelan2 ngan kasut yg retak menanti putus tu. nasib baik dlm kete ada selipar spare. akhirnya sampai gak kat sepital n hubby pun g amek selipar and i sembunyi2 tinggalkan kasut retak tu kat area sepital. hahaha!!

finally we all pun masuk ke wad ICU pada pukul 5 petang! sungguh meriah keadaan di wad ICU Sepital Putra tue... Selepas lawatan, we make a move out around 6pm. Riz and family nak g Yong Peng... so we parted at the lift.

Bayangkan... traffic tak ada surutnya kat bandar Melaka ni... apa punya??? kami lak drive terpusing2 mengikut signboard yg macam "tuttt". last2 skli kami blah kluar melalui klebang! and sebab last makan rojak share masa kat kedai mamak tengahari tadi... perut pun dah lapar. ingat nanti kat pantai klebang boleh lah makan best2 sket...rupenya hampeh! order datang lewat...makanannya: ishk! ishk! ishk!! nasib baik makanan yg dipesan datangnya setengah jam satu... so boleh lah evaluate...n bila mee basah yg dipesan sampai, rasanya macam mee yg direndam dalam air cili. that's it! kami bangun n bayar apa yg sampai jer... yg lain2 tu soh mreka makan sndri!

tak abis kat situ... nak balik KL lak...jem di hiway sebelum senawang! jadi hubby masuk susur senawang ikut jln dalam hala seremban n kajang. sampai umah kok 930 mlm... kuar dari melaka kol 730! 2 jam! there goes one day...!!! but looking at the bright side, me & hubby actually spent quality time together and we really enjoyed it! hehe!!

December 21, 2009

*Cincin


i lost my wedding ring few months back...! sayang tau.. i like that ring. i must have misplaced it somewhere at work place ; so careless of me.

hubby agrees to buy a new ring as replacement. last week we went to survey few "kedai emas" at Metro Kajang...and we found what we are looking for, a cute gold ring, a plaited design but with no diamonds! After we've picked the ring i thought of buying me a necklace since i saw one that i liked.

All in all the price is RM 3,400 ; hubby paid for the ring and i paid for the necklace... good deal! lepas ni i rasa nak beli rantai tangan lah!

Hmmm... ada lagi : next year nak mintak gold pendant plk form hubby! hehe! luv ya!

*cuti2 duduk rumah

3 hari lepak2 kat umah best tol...! wa memang suka dok kat umah, lepak2 depan tv, malas2 atas katil... lewat2 breakfast, pelan2 masak lunch. dini hari baru masok bilik, tido! tapi tido depan TV dulu hehe!! syok...!! dapat jugak wa masak nasi biryani johor pak ngah...best! n sempat gak buat puding jagung... tapi hari2 hujan.

si bujang no 3 tuntut nak g makan Chili's so Friday kami g lah ke KLCC...sementara tunggu Chili's buka pintu kol 11.30, kami lepak2 kat at electrical store sebelah tu.. mak datok, tengok peti ais latest design ni geramnyer....my son dah asyik kenen2 soh beli this freezer yg boleh dispense ise cube / crushed cube dari luar jer! wah! harganya jer RM 5,500!
offer price tu!! heheh!!

kalau nak beli tu boleh.... tapi mesti kena rationalise lagi, perlukah yg sampai RM5,000 reganya? apa2 pun freezer kat rumah elok lagi, dan tak ada masalah apa pun...kenapa lak nak kena ganti...? cuma sebab nak cantik and moden dan ada special features, version baru lah katakan!! hmmm... serupalah gak ngan kebanyakan lelaki di dunia ni... isteri kat rumah tu ok jer.. sume cukup.. tapi bila nampak ada peluang dihimpit pompuan "on sales" yang canggih kat luar sana tu, mulalah pasang angan2....

December 15, 2009

*Servis Kereta


i need to send my car for servicing; tapi malas betol bila memikirkan nak ke Toyot Service Centre tu.... Lela pun setuju. masa menunggu kat sana lebih kurang 2 jam. bosan. so aku dah mencongak2 nak g hantar ke kedai servis biasa yg dekat2 umah jer... cuma yg aku fikir2kan tentang kete masih dalam warranty lagi.... cemana ek? hmmm...boleh la kot!

December 11, 2009

*Azam

Lately ni aku rasa macam nak sangat2 buat keje sendiri jer...aku rasa dah penat sangat dah buat rutin pegi balik merentas jem setiap hari. Tapi masalahnya kalau tetiba aku wat tawakal dan terjun jer ke bidang perniagaan, tetiba tak menjadi...cemana nak survive nanti? sungguh aku rasa dah cukup lama aku bekerja makan gaji ni, nak juga rasa bekerja sendiri...apa yg aku nampak skng ni ialah membuka perniagaan permulaan secara kecil2an.... tapi boleh menjadi dan berhasil ker?

mengikut perkiraanku, habis jer pembelajaran anak2ku nanti bolehlah aku memikirkan tentang perkara ini secara serius... ada lebih kurang 3 tahun lagi. So bolehlah aku target untuk bekerja sehingga tahun 2012. InsyaAllah 2013 adalah lembaran baru... itulah azam ku.

Aku harus mula membuat perancangan.

December 9, 2009

*Insaf

I like December... becoz the traffic is less hectic especially in the morning. I can enjoy my morning drive to work with peace in mind. I should think that during this period, most parents will take a long leave to spend time with the children, some will be off for vacations, some will just have to finish off their annual leave. i like to work.

Anyway...semalam aku menonton prima "suara dari kubur"...kisahnya sungguh mengesan dan menginsafkan. seorang anak muda yg tinggal dengan adik perempuan dan ibubapanya yang kaya raya telah mati dibunuh kerana kerap membuat angkara dengan gadis2 yg diperdayanya. Salah seorang abang kepada gadis yg menjadi mangsa telah memukulnya sehingga mati. Di situlah kisahnya bermula. Ibu bapanya yang sangat moden dan berterusan melanggar batasan agama mula mendengar suara tangisan dan rayuan anak mereka sebaik melangkah pulang setelah jenazah selamat dikebumikan. Suara anak muda itu meminta tolong dan berjanji tidak akan melakukan dosa2 lagi. Sungguh menginsafkan, kerana dia mati ketika sedang amat bergelumang dengan dosa2. siapa yang boleh membantu sekiranya tiada amalan2 baik yang pernah dilakukannya sepanjang usia mudanya itu...? akhir cerita, ibubapanya mula sedar akan khilaf mereka dan kembali mencari jalan pulang.

Aku merenung liku2 kehidupan yang kulalui dengan penuh keinsafan.

December 6, 2009

*What is so great about you?

What is so great about you?
Someone asked me that, or rather make a statement of me.

Nothing much. I don't own myself a big bungalow, nor do i own a bimmer. I don't have hundred of thousands in my account.
And i don't speak chinese.

I might be nobody to the eyes of someone ; but i am always grateful for what i have gained in my life. Syukur Alhamdulillah.

December 3, 2009

*Hujan Pagi Khamis

6.40 pagi: alarm dah berbunyi.Hujan. Lebat lak tu.Ishhkkkk, bestnya kalo tak yah g keje ari ni. Lepas subuh aku ke dapur dan dengan bangganya mengoreng nasi untuk sarapan. Siap semua aku pun bersiap2 untuk ke office. Aku kuar umah pukul 6.50, sempat lagi dengar takzirah pagi Ustaz Wan Sohor bani Leman di radio.
Kereta bersesak2 sebaik saja memasuki highway sungai besi. rupa2nya SMART tunnel tutup disebabkan hujan yang berterusan sepanjang malam tadi. Patutlah sesak pon! Kesesakan semakin teruk apabila nak menghala ke jalan tun razak. Hampir sejam memandu kereta aku sampai di persimpangan Stonor dan terus membelok...alamak!! melaut air si depanku! sebuah BMW tersangkut dalam lautan air tu. sampai tengelam separuh tinggi kete BMW tu! Isshh! dalam gak banjir nie. aku kata kat lela soh pusing ikut depan, takkan saja nak cari pasal kut! hehe!!
Syukur jalan depan Kompleks Esso clear dan aku sampai office dengan selamat walaupun mengambil masa selama sejam suku. Hujan masih belum reda.

December 1, 2009

*Penghunjungnya

Salam December.... hari ini permulaan bulan terakhir untuk tahun 2009! cepat sungguh! finally... kerja2 yg mengejarku telah selamat diaward... Alhamdulillah! setakat ini amanlah sudah hidupku! heaaaa! Dan aman Aidil Adhaku... walaupun ada sedikit terkilan di hati sebab seorang anakku hilang entah ke mana :-(

dalam masa2 kesibukanku last week, hubby sempat pegi memunggah barang2 rumah dari kenalannya, Iranian student somewhere near taman melati. kami bayar RM500 untuk sofa set & meja TV, washing machine, set meja makan, microwave, and sliding wardrobe! wahh!! murah kan!sebabnya member tu nak pindah rumah... owner barang2 tu dah lama balik Iran,so member tu kasi let go barang2 kuarga Iran ni kat kami for that price coz dia tak nak! all in good condition!

tapi yg aku tak tak tahan ialah set meja makan tu macam set2 umah banglo.... kusinya ala2 nak bersanding gitu! For few days aku ke dapur aku rasa sungguh tertekan! sungguh! finally, hubby put the picture of the chairs in the "mudah.com" to lelong the chairs! sambutan dari pelawat laman web sungguhlah mengejutkan! very fast we manage to sell off all the six chairs! tukang bikin pelamin lah pembelinya yahh!! ahhh legaaa...! seronok lah berniaga di internet ni!