March 31, 2011

Corporate Lesson

A crow was sitting on a tree, doing nothing all day.
A small rabbit saw the crow and asked him, "Can i also sit and do nothing all day long?"
The crow looked down an answered, "Sure, why not."
So the rabbit sat on the ground under the tree below the crow and rested. All of a sudden, a fox appeared, jumped on the rabbit and ate it!
Moral of the story :
To be sitting and doing nothing you must be sitting very, very high up!

itulah dia... kalau kita datang ofice nak buat apa kita suka make sure kita ni tokeh besar! so kalau setengah hari pun kita dok minum kopi sambil tengok astro kat office, siapa ada berani nak tegor kita? ini pejabat aku punya, suke ati aku lah nak buat apa!

tapi aku pernah dengar dari seorang kawan (atau bekas kawan?) yg memang dah sampai top level ni; dia kata "it's true when they said it's very lonley up there!" iyalah, siapa yg kuat semangat suka2 datang sergah bilik MD nak gurau2. "Hello Boss! busy ker?!". silap2 siapa yg mereng buat cam tu dapat show cause letter tak pasal2!

tapi tak berani nak katalah sebab aku tak kenal ramai orang atasan nie. but it's very normal thats the staff will be a bit reserve, and very careful with what they say when they were around the boss. berbeza apabila bersama saing2 kita, kecek ikut ser! hehe!!

March 30, 2011

Hujan Pagi

Aku tersedar awal dinihari tadi dan terdengar bunyi desiran hujan di luar. aku tengok jam, kol 4.30 pagi. Alamak, hujan ni kalau membawa ke subuh sure jalan sesak nie. aku bertekad dlm hati nak kuar awal suku jam supaya tak tersangkut dalam jem kete. then aku pass out semula hingga the 1st alarm berbunyi pukul 5.30... tu belum utk bangun lagi, itu hanyalah amaran aje!
beeepppp!beeeepppp!beeeppppp!! kau ada 15 minit lagi nak tido.
aku tarik selimut nak sambong tido sket lagi. hujan ni memang syok kalau tak yah bangkit pagi.

5.45 : beeepppp! beeeeppppp!beeeeppppp!! kau ada 15 minit lagi kalau masih nak tido.
aku pasang telinga dan cuba dengar kalau ada bunyi ujan lagi...  ehhh? dah senyap ni, ujan dah reda! sambunglah sket lagi tido!

6.00 : beeepppp! beeeeppppp!beeeeppppp!! kau bangun sekarang! sekarang jugak!!
aku pun bangkit bersamaan laungan azan subuh. aku menjengah ke luar tingkap, rupanya masih ujan lagi! kalut aku masuk bilik air.

6.25 : aku kuar umah dan mulakan pemanduan dengan berdoa semoga Tuhan selamatkan aku, anak2ku dan suamiku dalam perjalanan kami mencari rezki dan ilmu.

Syukur Alhamdulillah walaupun aku dapat kuar awal sikit jer dari biasa, jalanraya masih belum sesak seperti yg aku jangkakan. hujan sepanjang perjalanan dari rumah hingga ke pejabat. sampai kat parking aku tersedar yg aku terlupa bawak balik payung dari opis. Aiseh! dah ada dua kaki payung tinggal kat opis, selalu jer lupa nak bawak balik. nasib baik dalam kete ada payung lagi. so hari ni aku ada tiga kaki payung dlm opis aku. have to make sure kena bawak balik sekaki petang nanti, kalau tak sekiranya hujan lagi esok harus aku kena tunggu dlm kete sampai ujan teduh.

March 29, 2011

Ketagihan Facebook?

Aku mendengar berita pagi tadi : Sindrom Kemurungan Facebook! Alamak, apa tu?

kisahnya remaja sekarang khabarnya lebih bimbang jika tidak menghupdate FB dari jika tidak membuat kerja sekolah! aku rasa bukan remaja shj yg mendapat sindrom ni, malah sama ramai dengan mereka2 yg tak berapa remaja pun! Adakah ini masalah baru yang memerlukan bantuan? Syukurlah aku tidak termasuk di dalam golongan itu. hehe!!

Aku sempat pulak search mengenai sindrom ini dan this is part of the findings:
Facebook Addiction Disorder (FAD) is a term introduced by US phychologists for those who are addicted to facebook and their life is really effected by their uncontrolled activities on Facebook.

Lynlee Howard-Payne, a psychology lecturer at the University of the Witwatersrand, said: “Addictive use of the Internet is a new phenomenon which many practitioners are unaware of and, subsequently, unprepared to treat. Use of Facebook is often a legitimate way of social networking, so abstinence may not be seen as a practical intervention thus it is recommended that there be moderation and controlled use.”


According to US psychologists the number of patients suffering from FAD are increasing. Not only in US but also millions of worldwide users may also be at risk as they search for long-lost friends and relatives, share photo albums and stay abreast of gossip.

Universities, schools and companies are forced to limit accessibility to Facebook because some people seem to be unable to perform other tasks if they have access to this online social network.

While Facebook is often a great way of maintaining both social and professional relationships, it seems to take on a destructive force with certain personalities.”

Ada perkara2 yg membawa faedah jika dilakukan dengan cara yang betul dan berpada2, namun boleh pula membawa padah jika menjadi keterlaluan dalam melaksanakannya. Oleh itu lebih baik bersederhanalah di dalam kebanyakan perkara. Renung2kan lah!



March 28, 2011

moving on

AnnakkuDin resigned from his previous job at Seri Kembangan’s automotive dealer to join another company in Damansara.

When he first told me about attending the interview at  the IT Company in Damansara, 1st thing i said to him was that "it's too far away from home..." he still went for the interview anyway. he came back and told me he got the job and i knew immediately he will gradually be away from me. it’s too risky for him to travel with his motorbike daily from Cheras to Damansara. it's not advisable to do so. i realise i will have to let go. he's not a little boy anymore. the pay is better there and what more important is it’s his live and i have to support him on his decision. 

The boss from the automotive company tried to persuade him to stay and will reviw his salary, but he still wanted to go to do what he likes most – anything have to do with computers!

Well, all the best to you, son.

March 26, 2011

umah dah siap

contractor dah bungkus sume barang2 mereka dan payment pun dah settle. syukur Alhamdulillah.

tapi, adalah sikit2 kami nak buat touch-up sendiri dan sikit kerja mengecat yg perlu dilakukan. fikir2 kalau buat ramai2 ngan budak2 best gak, so kami telahpun membuat permohonan kepada penjaga mereka utk meminjam tenaga2 remaja yg sedang membangun untuk mengecat dinding luar dan gate.

finally siaplah jugak apabila gabungan 4 remaja jejaka dan 2 suami isteri bekerja bersama-sama. bak kata wonder pet tu : "apa yg penting : kerjasama..! apa yg penting, kerjasama..!"

timekasihlah anak2 dan anak2 sedaraku kerana telah rela membantu! actually kalau kami buat berdua pun boleh siap gak, tapi sebenarnya perasaan lebih seronok dan meriah bila melakukannya beramai2. bising jugaklah mulut ni bila nak mengerah tenaga mereka2 sume tu! sebab mereka ni pun mula2 memang semangat, tapi sekejap lepas tu dah mula hilang arah! pantang lepa mula lah nak membuat rancangan bujang mereka sendiri. Iyelah... bukan selalu mereka dapat peluang berhimpun bersama2 camtu! apa2 lah... janji dah siap cat gate dan dinding umah!

March 25, 2011

a doc in the house

after maghrib, hubby and i went to the mines to look for some gadget for his new PDA toy. punyalah ramai umat kat the mines malam tu tak tau la pasal apa. nasib baik jer dapat parking belakang crv selepas aku menolak sedikit barrier yg diletak di situ utk memberi ruang kete hubby menyelit. sungguh kalau kami masuk ke dalam parking lot tak tahu berapa round harus kami buat sebelum dapat parking.

kami pusing2 kedai dan booth kat sana mencari2 kalau2 ada benda yg dicari yg bersesuaian dengan mata dan poket mr hubby. selepas puas berhenti sana sini dan membuat pertanyaan2 dan soal siasat di kedai2 yg terpilih, namun tidak ada jua yg berkenan di hati. kami pun beralih arah dan mencari tempat untuk menjamu selera pula. dalam perjalanan untuk mencari tempat makan kami melalui kedai buku dan segera ternampak buku che det dipamer di luar.

"beli nak Dear?"
"Jom!"

seronoknya! now i am so excited about having the approval to have the 1st turn to read the book : the doctor is in my house now!

bantal mee

Menarik hari ni! sebuah kilang membuat mee telah diarah memberhentikan sementara operasi mereka untuk melakukan kerja2 membersihkan premis mereka yang didapati tidak hygienic! sebabnya : pekerja2 di kilang tersebut telah didapati menggunakan bungkusan mee sebagai bantal tidur mereka!

Alamak!! aku dan kuarga amat meminati mee sebagai makanan gantian kepada nasi. sangat suka. tak lalu lah nak makan mee mamak pas ni, makan mee mama jer lah kat umah!

Kenapa lah boleh jadi macam tu? kiranya, bangun tidur esok harinya, pekerja terus masukkan mee yg jadi bantal malam tu ke atas lori untuk diedarkan kepada pengguna! malam nanti amek bungkusan mee yg lain sebagai bantal. begitulah gamaknya rutin malaman mereka! heheh!! pratikal dan ekonomikal betul. Why lah the taukeh tak sediakan proper bantal kepada pekerja2 gajian mereka? tak payahlah beli bantal yg tahap ala2 hotel gitu, RM8 pun dah boleh dapat sebijik. takkan jatuh bangkrap beli bantal 10 bijik tu! Ishhh!entah2 pulak tilam mereka tu gandum yg bakal diuli menjadi adunan membuat mee tu! heeee!!

one thing about media ni, bila things like this happened mereka mmg tak akan memberitahu apa jenama barangan tersebut. memanglah ada akta bagi melindungi kepentingan pemilik perniagaan, tetapi kita pengguna tertanya2 yg mana satukah jenama yg perlu kita elakkan. jika tidak diberitahu, pengguna mungkin masih terbeli barangan tercemar yg telah pun diedar ke pasaran dan peniaga masih mendapat membuat jualannya. siapa yg untung dan siapa yg sakit?

March 24, 2011

suami kawin lain? hahaha!!!

Ishhhh!! lamanya saya tak menjengok blog saya... hari ni lak tiba2 ada angin semula nak hupdate! heaaa! tapi cuma nak komenlah ulasan dari seorang artis jelita tentang suaminya yg dikatakan akan berkawin lagi. Dengan berani dia kata berita itu lucu dan tidak benar! mana ada lucu kalau suami kita kawin lagi? lucu ker? dengar khabar angin pun dah cuak! and lagi dia kata kalau benarlah berita itu (laki kawin lain) sudah pasti dia adalah orang pertama yang akan tahu!! hahahahaaa!! laki kita akan bagitau kat kite ker kalau dia kawin lain?  "Ayang... i ada something nak bagitau you. you are the 1st to know, you know! esok i nak nikah lagi..!"  Boleh? Hadooiiiiiii!! itu terjadi dalam pilem madu tiga jer, si Jamil ni pun cuma berani bagi tau kat bapak mertuanya, "bapak, saya dah bernikah lagi satu!"

kawan saya dah kawin 2 tahun dengan suami seseorang dan sampai sekarang seseorang itu tidak mengetahui akan keadaan dirinya sebenarnya berhoney-honey....hmmmmmm!

mStar Online : PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.
"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.

"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.

Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi.