August 1, 2012

Ramadhanku...

Syukur Alhamdulillah, hari ini telah 12 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan. Aku bersyukur kerana setakat ini dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah di bulan mulia ini. terasa amat cepat pula masa berlalu.

Ramadhan kali ini yang amat mencabar rasanya, namun aku sentiasa berdoa kepada yang ESA supaya akan segera terlepas dari kekusutan ini agar kembali mendapat ketenangan hidup yang hakiki. Selalu ingat kata Ustaz, jangan bergantung harap kepada manusia lain tetapi bergantung haraplah hanya kepada Allah swt.

Perkara yang paling kerap diberi kepada orang lain tetapi tidak digunapakai sendiri adalah nasihat! So nasihat ini adalah kepada diriku sendiri: berpada-padalah berbaik sangka dengan semua orang di sekeliling kita kerana sesungguhnya tidak tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Sesiapapun boleh berpura-pura naïf tetapi sebenarnya adalah duri di dalam daging, gunting di dalam lipatan atau pepat di luar, rencong di dalam. Ya, sesiapapun. Manusia di dalam dunia ini berbagai2lah jenisnya, yang kelihatan begitu molek di luaran kadangkala tidak mempunyai nilai dalaman seperti yang dijangkakan. Itulah lumrah kehidupan.

Dan berpada-padalah menelan pahitnya penghinaan ; jangan sampai hilang harga diri.