October 19, 2015

selamat tahun baru hijrah 1437




Syukur Alhamdulillah, kita telah pun memasuki ke tahun baru hijrah 1437. Allah masih memberi peluang kepada kita menjalani hidup seperti biasa di atas mukabumi ini. Bersyukurlah. Walau tidak semua yang kita rancangkan berjaya terlaksana, namun kita masih berpeluang untuk terus berusaha pada usia kita yang masih dilanjutkan ini.

Terkadang kita berasa kecewa kerana doa dan usaha yang kita lakukan untuk mencapai impian kita masih belum diperkenankan Allah. Adakala terbit perasaan prasangka bahawa Allah tidak pedulikan doa2 kita setelah sekian lama dan saban hari kita pohon kepadaNya. Sedarkah kita sebenarnya kita hanya fokus kepada apa yang kita tidak dapat, sedang kita tidak melihat kepada apa yang telah dikurniakan kepada kita. Rezeki yang tidak pernah putus dan masih boleh berkongsi, kediaman yang melindungi kita dari terik mentari dan dinginnya malam, dan keluarga yang selamat bersama kita.

Bila terbit keluhan dari hati mengapa Tuhan tidak memperkenan doa kita sedang kita disuruh berdoa setiap hari, cuba kita renungkan tentang saudara2 islam kita nun di bumi arab yang bergolak di sana. Saban hari hidup dalam resah dan ketakutan bila2 masa mereka akan kehilangan kediaman dan orang2 yang disayangi. Mereka diganggu musuh2 yang hobinya menyiksa masyarakat islam tidak kira usia dan jantina. Betapa pula mereka yang teraniaya dan betapa kuatnya doa2 mereka saban waktu meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Bahkan kita juga memanjatkan doa yang serupa untuk mereka.

Kita masih aman dan sejahtera di sini sedang sebahagian saudara kita kehidupan mereka masih kucar kacir di sana. Bersyukurlah kita diberi rezeki kedamaian untuk hidup dan beribadah di bumi malaysia ini. Apa yang kita dapat adalah semaksimum harapan dan doa dari mereka2 yang menderita di sana. Cuba bayangkan kita di tempat mereka,  apa doa kita?

October 6, 2015

gila tudung

tak tau lah kenapa perempuan yg berhijab ni kebanyakannya gila tudung! dan aku termasuk dalam kategori tu jugak! memang menakutkan bila nampak tudung yang cantik boleh terus pegi beli. beli dari kedai, beli on line, beli dari kawan.... 

tudung cantik? memang tudung tu hampir serupa semuanya, cantik pada aku adalah kerana warnanya yang menarik. 

hujung minggu baru2 ni aku himpun semua tudung2 yang aku ada dan separuh darinya aku hanya guna sekali dua sahaja dan ada yang tak pernah pakai langsung!

aku kategorikan tudung2 tu kepada 4 bahagian :

1. yang aku kerap pakai (cantik, selesa dan matching)
2. yang nak pakai (baru beli)
3. yang aku jarang pakai dan tak pernah pakai (sebab tak sedap pakai)
4. yang dah lusuh (terlalu kerap kena lanyak - sangat selesa)

yang aku jarang / tak pernah pakai dan yang lusuh aku ambik dan masuk semuanya dalam washing machine. semua tu aku basuh. intention aku nak let go. kuantitinya hampir 3/4 dari keseluruhan tudung milik aku! masyaAllah. aku nak hantar kat kotak derma nanti, kadang2 apa yg kita tak suka menjadi kesukaan orang lain... sebab our trash could be treasure for some .

mula dari sekarang dan aku bertekad hendak menghentikan pembelian tudung2 dan selendang baru. cukuplah apa yang ada bergantungan kat rumah tu.  

tapi tudung selendang Ariani mmg win lah... huhuhu

September 30, 2015

pembelian tak dirancang

Hari ini aku nak ke atm public bank untuk transfer some money to my maybank untuk bayar hutang2 yang telah di"favourite"kan. kawan2 office tanya mengapa aku tak guna PB sahaja supaya tak perlu transfer dari PB to MB. aku sebenarnya sudah selesa dengan Mayban2u dan semua bayaran hutang piutangku dibuat melalui MB2u. tak ada masalah pun. lagi pun senang ingat satu password jer.

Tengahari dalam pukul 1130 aku keluar ke KLCC, untuk ke ATM PB yang paling dekat dengan office, iaitu 15 minit berjalan kaki, 10 minit kalau berlari2 anak. Sampai kat sana ada abam security 2 orang sedang melakukan sesuatu kat teller tu. seorang pegang senapang seorang sedang membuka mesin tu. hmmm.... jelaslah penambahan wang ke ATM machine sedang berlangsung. 

kerana aku tidak mahu menunggu di situ dalam keadaan yang berisiko tinggi itu, aku mengambil risiko sendiri utk meninjau2 ke UNIQ  LO berhampiran. Pusing2, lihat2 and cuba2 pakaian kat situ dan end up aku ke cashier juga akhirnya. itulah namanya pembelian tidak dirancang. aku tidak lah menyalahkan diriku, yang bersalah ialah PB yang menghantar abam security pada masa dan ketika aku hendak berurusan di ATM teller itu.

September 29, 2015

sakit tekak kena ke farmasi

teringat pulak masa aku berfoya-foya karok dengan adik and one sedara kat karoake masa di Muar tempoh hari. adik aku ni tak nak lah bawak anak2 dia, terutama yg kecik sekali tu. kalau si kecik tu ada mmg tak lepas microphone dari tangan dia lah! hehe!! And nak buat rancangan pun taklah senang sangat sebab budak tu sentiasa melekat je kat mak dia! 

Tengahari tu adikku ni telefon ku dari rumahnya.
"Ngah, kita nak ke Farmasi kan petang ni? pukul berapa? sya nak kena book ni!"
"Ehh... ye lah, sya nak g watson, tapi nape lak nak kena booking?" aku keliru
"Kan RAYAAAA ni... mmg nak kena booking!" 
Semakin aku pelik! terdiam aku.
"Cepatlah cakap pukul bape, kalau tak booking karang penuh!"
Ligat kepala otakku mencerna apa yg sebenarnya yg hendak diberitau kepadaku. Kemudian baru aku teringat akan plan kami nak ke karoake! ha!ha!haha!!!
"Ohhoohoo!!! ok...pukul 3.30 kot!"
"Lembab awak ni! sya book kol 3 la eh!" 
"Hahaha!!" aku gelak jer. mesti anak dia ada sebelah!
"awak standby, pukul 3 sya smpai kita terus pegi"

Okeh! cantik pulak sebab pukul tiga tu jugak rombongan Mak Pah nak bergerak ke Giant, berangkut semua budak2! aku tak ikut dan beri alasan nak teman Siti tindik telinga dia sebab sebelah dah tambus! Boleh pulak menipu isi rumah yg lain2nya sebab tak nak tahu yg kami nak berfoya2 di karok!!

adikku sampai on time dan terus membawaku ke lokasi. Sampai2 dia terus parking depan Farmasi! hahah!! aku betul2 tergelak sebab karok Mr Mic tu selang dua tiga kedai je dari situ! hebat betul secret code mereka ni! sampai sana geng karok sorang lagi dah standby! rupanya mereka ni kalau tekak rasa gatal nak berkarok, mereka akan sound dlm watap group "tekak sakit lah, petang ni nak ke farmasi cari ubat sakit tekak!" hahaha!!! 

Not badlah cost hanya RM12 utk 3 jam, termasuk minuman dan jajan! bilik pun selesa, pilih bilik hello kitty! hanya utk ladies and no smoking! karoklah sampai lebam! haha!

September 27, 2015

Hari Raya Aidil Adha



Hari Raya Aidiladha tahun ni aku balik kampong pada pagi raya! Tak pernah lagi aku balik pagi2 raya, ini kali pertama! Aku tak mahu balik pada malam raya kerana pastinya kebanyakan orang akan berbuat begitu dan itu akan menyebabkan aku terperangkap dalam kesesakan di hiway! Lagipun petang rabu tu aku berpuasa, dan hendak berbuka puasa di rumah. Dan yang paling best sekali nak sampai rumah mak pagi raya tu dan terus boleh makan! Selalunya saban tahun aku yang akan masak utk hidangan raya, kali ini aku berpesan kepada adikku supaya dia siap2 masak utk kami makan bila sampai nanti! Hahaha!! baru dia rasa! Kami sampai rumah terus ke meja makan utk sarapan pagi raya beramai2! Dia masak soto ayam utk hari raya haji kali ini.



Acara kami sepanjang hari raya adalah makan-makan je! Petang raya aku keluar ke Bandar dengan adik untuk membeli kopi 434 yg femes tu sebab ada pesanan dari sahabat di KL, dan terus singgah minum2 di situ. Sepanjang kami duduk di situ aku tengok tak putus2 orang datang membeli kopi. Memang kaya cina tu jasa orang melayu yg tapau berbungkus2 kopi 434 tu utk dibawa pulang. Aku jangkakan mereka semua seperti aku yg membeli utk kegunaan sendiri dan membeli untuk teman2 yg memesan.



Jumaat pagi aku keluar jogging dgn anak saudaraku di tepi tanjung muar. Cuaca nyaman dan redup, memang seronok berlari2 anak di tepi tanjung pagi2 cam tu.



Pada hari Sabtu, sahabat lama yang sama2 bersekolah di sekolah menengah SAB pula membuat majlis perkahwinan anaknya dan ramai2 kawan2 sekolah dijemput hadir. Aku meminta adikku menemani aku ke majlis yg diadakan di hotel classic muar sebab aku malas nak drive and cari parking! Seronok lah dapat berjumpa teman2 sekolah di majlis tu. Kecohnya macam reunion pulak. Selalunya majlis perkahwinan seperti itu rakan2 pengantin yang bersukaria dan terlebih bergembira tapi kali ini kawan2 mak pengantin pula yang terlebih2 over! Hahahaha!! Lantak lah labu….!
borak2

suka sangat lah tu jumpa yg lama tak jumpa!

Entah apa yg kelakar sngt, smpai tak ingat!



kecoh2 kat majlis orang ! hehehe!!


Petangnya aku hendak pulang ke kota semula, hendak berehat sehari di rumah sebelum menyambung kerja seperti biasa pada hari Isnin. Kami bergerak keluar sekitar pukul empat petang. Banyak kereta di atas jalan. Semakin menghampiri kota, jerebu semakin tebal dan menyesakkan nafas! Bila keadaan kenderaan semakin banyak, kami memasuki lebuhraya lekas untuk mengelak kesesakan yang lebih teruk dan kami selamat sampai ke rumah pukul 645 ptg. Jerebu memang teruk sangat di KL!


September 22, 2015

jerebu melanda lagi



Siaran Ulangan. Jerebu melanda Malaysia lagi. Punca jerebu di negara kita adalah akibat dari asap dari kebakaran hutan di Indonesia. Setiap tahun kejadian ini akan berlaku dan tiap2 tahun kebakaran hutan akan berlaku di Indonesia dan negara kita antara negara2 di sekitar yg akan mengalami masalah jerebu ini. Menyampah dah dengar alasan yg serupa dari Indonesia ni.

Menurut dari MYSains, jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan.

Yang aku tahu jerebu membuat sesak nafas bila melihat keadaan sekeliling yang samar2, tak boleh nak berjogging dan bila menjemur baju lambat kering.