June 20, 2012

Apa kena ngan aku nih?!

pejam celik pejam celik dah mendekat penghujung bulan June, meaning dah setengah tahun 2012 ni rupenya.  sedar umur semakin meningkat, hutang rumah dan kete tak habis2... cemana lah nak grow old gracefully nie....? rumah tu tak boleh nak kata apalah, tapi berhutang dengan bank pasal kete tu sendiri yg cari pasal mengada2 nak tukar kete every 4 years.. which i can live without and just settle down with the toyot yg tak bermasaalah tu. tapi sebenarnya nafsu tu tak mengira usia sebenonya. hmmmmhhhhhh....  berfikir dahulu pendapatan ke poket sendiri, berfikir kemudian dah terlepas pendapatan ke bank.
 

i can consider myself a thrifty person all those years and can content my spending habit, tapi kenapa tahun 2012 ni saya jadi cengini? mid life crisis ker? tiba2 saya saya jadi sangat takut dengan diri saya sendiri!  baru2 ni saya macam terpukau (kunun..) apabila menukar spek mata berharga RM1,200, apa pekdahnya pun saya tak tahu... i can see clearly too with the RM600 spectacle but i choose to sejahterakan tokeh kedai spek tu and beri untung lebih kepada dia. (sebelum tu saya dah membeli Peti Ais baru yg beso and yg lebih tinggi dari saya, and ganti TV beso the previous month.. apa kena dengan saya nie??? and oh ya, saya juga beli gelang emas, ganti gelang lama!! ishkkk!! ishhhkkk!!). 

That's it. bila saya tersedar diri saya segera pindahkan credit card dari purse saya ke dalam drawer kat umah sahaja. tak perlu ikut saya ke mana2 lagi. saya juga jadi risau melihat balance saving account saya yang merosot macam empangan air di musim kemarau. Saya harus pastikan kesedaran ini akan terus berkekalan dan berdoa supaya Allah lindungi hati saya supaya hidup lebih bersyukur dan bersederhana sahaja. i just have to full fill the needs, not the wants. ikut rasa binasa diri. 
Ini adalah Ingatan kepada diriku sendiri.

June 6, 2012

Kejadian di awal pagi..

Kebiasaan aku akan sampai office sekitar pukul 715 pagi, kadang2 lebih awal, kekadang lewat sket. Dan selalunya masa tu memang aku seorang ajalah yg ada kat tingkat 11 tu. Keadaan masih sunyi dan sepi. Sampai2 di office, perkara pertama yg kulakukan ialah on my laptop. Lepas tu I will switch on to  http://www.tvquran.com/Alafasi.htm dan akan berkumandanglah ayat suci alQuran dalam bilikku. Kadang2 dalam keadaan yg sunyi dan sepi macam2 bunyi yg kita fikir kita dengar, jadi lebih baiklah mendengar alunan surah2 alQuran.  Lepas tu aku pergi pantry buat minuman sebagai ulaman semasa membaca paper.

Tiba2 aku terasa hendak ke toilet pulak, ada short call jer. Toilet kitaorg located outside the office and sharing basis bukan utk bebudak kat office aku jer, dan lokasinya di hujung bangunan berdekatan dengan utilities room n apa2 room lagi lah for maintenance used. Adalah kena jalan belok2 dalam 30 meter cam tu. (Kalau ada perasaan for long call pagi2 cam tu, aku akan bawak tepon dan akan bukak lagu semasa duduk2 dlm toilet, itu supaya aku akan mendengar lagu dan bukan bunyi2 lain. kat opis aku ni masa baru2 pindah awal tahun sudah ada ustaz dah buat proses pembersihan dampai ke toilet sebab ada kes2 mistik yg diadukan oleh penghuni.) Sampai kat ladies room tu biasalah aku on the light switch, dan proceed to answer nature’s call. Lepas cuci2 tangan dan belek2 tudung aku pun berjalan keluar dari toilet. ketika melalui corridor hendak hala balik ke office aku, I need to pass by this satu pintu rintangan api. Tiba2 “tup!” bunyi switch lampu tertutup dan serta merta aku berada dalam keadaan gelap gelita!! Ya Allah, terkejutnya aku! Yg aku nampak masa tu hanyalah jaluran cahaya malap di bawah pintu! Secara sepontan aku terus berlari menuju ke pintu dan sempat juga berdoa janganlah pintu tu tak boleh bukak pulak!! Adoyaiiii! mujur tak terpelecok sebab aku pecut dengan kasut tinggi lagi!

Tak pernah terjadi kepadaku kejadian sebegini sebelum tu…. Agaknya lepas ni aku kena selalu bawak handphone yg boleh merangkap sebagi torch light utk menemani aku. Seram siottt!

June 4, 2012

Pam Tayar

Awal pagi tadi on the way to work i stopped by at Shell station sebab nak isi angin tayar.  It’s still very early and dark at around 630 am.  
Bukanlah kali pertama aku mengisi angin tayar kete, but this is the 1st time nak isi angin tayar baru low profile 1618” yg dihadiahkan anakku! and every time out of habit I will take a peek at the info printed at the inside ledge of the driver’s door . Biasalah, aku nampak 220. Bila aku tengok kat pressure gauge tu, reading paling rendah stated at the reading pane tu ialah 24, eh kenapa plk ek?  Aku still proceed, tekan button to 22, but then buat 23lah… Kemudian aku pun heret and push the hose ke tayar… hmmm… aku tengok pressure reading, dari 36, turun..turun…turun.. sampai 23! Bila bunyi teng!teng!teng!! aku berhenti, sampai sudahlah empat2 tayar aku kurangkan anginnya! Hahahaha!! Bodo betul , tapi masa tu tak sedar diri lagi! Still dalam hati tu berkata2 jugak… kenapa semua tayar ni kena buang angin ha? 
Bila selesai dan balik ke seat kete, aku check sekali lagi ; actually 220 / 34PSI ! Aku, dengan perasaan bengang dengan kebodohan sendiri mengulangi balik ritual mengisi angin tayar setelah menekan button kepada tekanan sebenar! Hehehe!! Nasib baik gelap lagi masa tu, tak adalah orang yg dok tengok aku buat siaran ulangan! Mujur tak ada orang yg queue kat belakang kete aku nak isi angin gak! Hehehehe!! Aku sungguh tak faham mengapa aku boleh melakukan perkara sedemikian rupa? Aku sudah miliki kereta sendiri sejak tahun 2003… apa yg difikirkan oleh makcik ni agaknya?