June 30, 2010

*Puisi Masih Mendamaikan Jiwaku

Aku pernah menyimpan keratan puisi ini dari sebuah akhbar suatu ketika dulu dan aku masih mendapati ianya sungguh nostalgic, hingga kini...

Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa

Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
Bagaimana kutidur di dadamu
Dan kau cuba mengeringkan airmata
Tapi aku tidak dapat bersuara
Apabila setiap kata-kataku
Telah menjadi sebuah dosa

Bila kau bertanya sesuatu
Paling mudah menjawab ”tidak tahu”
Kerana berkata benar
Telah menjadi sebuah dosa

Dan apalagi yang tinggal
Selain mulut yang bisu
Bila suaraku
Telah menjadi merbahaya
Dan kata-kata
Telah menjadi sebuah dosa

Zurinah Hassan 1977
http://zurinahhassan.blogspot.com


ini yang baru kubaca dan aku suka pula pada bait-bait puitisnya...yang amat dekat dengan kehidupan ini. Jiwang kan! Heaaa!

Yang Pasti

Kau mungkin bukan lelaki terbaik
Tapi buat perempuan sepertiku
Mungkin tidak ada yang lebih
Darimu

Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
Tapi dalam keadaan begini
Aku tidak meminta yang lebih baik

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku juga tidak menyoal perasaanmu
Kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
Orang menjadi semakin ragu
Terlalu berbicara dan banyak menganalisa
Orang jadi semakin tidak tahu

Atau mungkin kurang pasti
Tentang apa yang telah kukatakan
Tapi yang pasti
Kita tidak perlu terlalu pasti

Zurinah Hassan 2008
http://zurinahhassan.blogspot.com

June 29, 2010

*tak makan saman?

"ZAS, boy saya tak boleh renew road tax kete awak sebab sangkut saman! awak kena settle 2 saman ni dulu sebab dah kena black list" lapor agen insuran aku dari Affin Bank di hujung talian. terkedu aku. ini adalah kali pertama sejak tahun 2004 aku tertimpa masalah sangkut road tax sebab saman.

beberapa hari selepas mendapat berita yang tidak berapa enak tu, aku ke balai polis kajang dengan anakkuDin untuk melihat senarai saman yang diberitakan itu. Yeaaahhh!! pegawai pompuan yang printkan senarai saman tu dengan wajah cuak memandangku dan berkata "banyakknya kak?!" sambil menghulurkan 2 helai printout kepadaku.

ada 26 saman semuanya. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini.

*Rumah Hantu

Akhbar Berita Harian pagi ini ada kisah "hantu" mengambil kesempatan di atas pengunjung wanita di rumah hantu di Kuantan. Kisah di akhbar itu membuatkan aku teringat semasa aku terpaksa memasuki istana hantu "the Van Helsing Castle" semasa di Universal Studios. Aku memanglah seorang yang amat penakut dan tidak sama sekali rela untuk ditakut2kan. Masalahnya, semasa itu, aku tidak mempunyai pilihan selain terpaksa masuk ke alam seram itu.

Kisah ini tak silap aku berlaku di tahun 2006. aku masih berkerja di TSSB waktu itu; dan kena escort customer dari PGB ke Dallas untuk witness engine teardown. Selesai tugasan di Dallas, kami ke office di San Diego, California sebelum mamat 2 orang tu, Zul & Khairul membuat keputusan untuk melawat Universal Studios. Kami menyewa kereta untuk perjalanan ke sana dan itulah juga kali pertama aku mencuba pemanduan sebelah kiri dengan agak kekoknya. Aku dan Khairul bergilir2 memandu sepanjang perjalanan ke Universal Studios tu. Kami bergerak subuh2 sapei so kami sampai agak awal pagi, dan Q tak berapa panjang semasa hendak membeli tiket.

Persekitaraan di dalam Universal Studios memanglah hi-tech, sungguh menakjubkan, sungguh berwarna warni dan amat canggih sekali. Sungguhlah aku merasa bertuah kerana dapat bercuti sambil bekerja, pergi pula membuat lawatan ke tempat yang sungguh unik sebegitu. Macam-macam ada: namun masa sehari kunjungan tidak mencukupi untuk kami membuat lawatan ke setiap lokasi.

Pada ketika itu, filem Van Helsing telah pun di tayangkan di panggung, tetapi aku tidaklah pergi menontonnya kerana tidak begitu meminati cerita2 dracula ni. Istana hantu Van Helsing di Universal Studios ini adalah cetusan dari filem tersebut. Pemandangan di luar castle itu sahaja sudah cukup menyeramkan ; aku tak berdaya membantah tetapi hanya mengikut sahaja mamat 2 orang ni melangkah masuk ke istana hantu tu. Tidak banyak yang aku mampu lihat kerana aku yang berjalan di belakang Zul lebih banyak memeluk bag pack dia dari memandang kiri kanan! Seolah-olah si buta yang berpaut kepada pelampung keselamatan adanya.














MasyaAllah, sungguhlah seram keadaan di dalam istana itu, sudahlah gelap, penuh dengan lorong2 sempit dengan dracula tiba2 muncul dari mana2 sudut, dan mummia hidup yang bergerak2 dan mengerang2. Terpaksa pula melalui jambatan kayu yg macam nak roboh...di bawahnya pula sungai yang mengalir deras. sungguh mengerikan.

Jikalau tidak memikirkan aku berada di tempat orang yang sangat asing, tentu aku akan menunggu mereka di pintu masuk istana sahaja. Itulah pengalaman si penakut di istana hantu yang membuatkan aku tersenyum apabila terkenangkan!

June 24, 2010

*Meaningless Goals

I came across this short inspirational story and it makes me smile on the logic!

A farmer had a dog who used to sit by the roadside waiting for vehicles to come around. As soon as one came he would run down the road, barking and trying to overtake it.
One day a neighbor asked the farmer "Do you think your dog is ever going to catch a car?" The farmer replied, "That is not what bothers me. What bothers me is what he would do if he ever caught one."
Many people in life behave like that dog who is pursuing meaningless goals.
from: great-motivational-stories.blogspot.


Cita-citaku dalam kehidupan banyak yang belum tercapai. masih jauh dari khayalan yang ada dalam mimpi2ku. Namum, aku bersyukur kerana Allah masih memberiku peluang melalui kehidupan yang lebih baik dari mereka2 yang kurang bernasib baik.

June 21, 2010

*Hidangan Pagi Ahad

Hari Ahad datang lagi, dan pergi semula. ianya adalah siaran ulangan yang tidak akan behenti selagi dunia belum kiamat. Bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih bernafas pada hari Ahad lepas.

Pada petang Sabtu aku membuat perancangan untuk memasak laksa johor kegemaranku untuk di makan pada hari minggu. Jadi petang itu aku dan B ke kedai membeli barang2 yang perlu untuk merealisasikan rancanganku itu. 8.45 pagi Ahad aku memulakan urusanku di dapur. Laksa Johor siap untuk di makan pada pukul 10.30 pagi. Tercapai hajatku membuat laksa untuk hidangan keluarga di hari minggu itu.

Membaca akhbar mingguan adalah rutin kami sekeluarga. Ada berita yang memualkan tentang betapa kegiatan pelacuran di Malaysia ini semakin berleluasa dan seakan tidak mampu dibendung kerajaan. Bayangkanlah betapa murahnya nilai untuk melanggan pelacur : serendah RM20.00, dengan tidak perlu bersusah payah mencari, mereka yang akan membuat tawaran khidmat murahan mereka secara terbuka! Tolonglah Negaraku... mengapa terlalu longgar pintu masuk yang meluluskan kemasukan pelacur2 dari luar yang memegang status pelancung. Yang dikejar2 ialah pelancung, yang sama ramai memasuki Malaysia ialah pelacur. Bagaimana moral tidak menjadi semakin parah di kalangan masyarakat kita apabila yang tidak bermoral diberi peluang menjaja perniagaan mereka di sini? Serbuan demi serbuan, tangkapan demi tangkapan telah dibuat, tapi seperti tidak ada surutnya. Entahlah...

Biarlah aku menikmati laksaku bersama keluarga. Biarlah pak2 menteri yang membawa masuk pelacur2 itu mencari penyelesaian kepada masalah itu. Terdesak sangatkah kita hingga menjemput tidak kira siapapun untuk datang melancung ke negara ini? Aku cukup bimbang akan balasan Tuhan yang tidak diduga bila datangnya kepada umat manusia yang mungkar dan kufur nikmatNya. Subhanallah...

June 18, 2010

*Last Day of Cuti Sekolah

Hari ini aku keluar dari rumah sekitar pukul 6.45 pagi. agak terlewat dari kebiasaan. tetapi seperti di duga, jalanraya tidak sesibuk mana, dan aku sampai di pejabat pada 7.15 : cuma setengah jam pemanduan. seronok. cuti sekolah memang menyumbangkan kelegaan di jalanraya. hari ini ialah hari terakhir cuti, dan hari isnin minggu hadapan, pastinya keadaan akan kembali pulih seperti biasa.

Tetapi agak sedih kerana selalu pada cuti2 sekolah begini, kisah kemalangan yang melibatkan keluarga yang bercuti kerap dilaporkan. beberapa hari lepas 6 sekeluarga melayu maut di lebuhraya kuantan-segamat, surat khabar hari ini pula menyiarkan berita 5 sekeluarga cina maut di lebuhraya yang sama. Sebelum itu tersiar kisah 3 beradik maut apabila kereta mereka melanggar besi pengadang di plaza tol: si abang yang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah sesudah mengambil adiknya yang pulang untuk bercuti semester. Ayah dan Ibu kehilangan beberapa orang anak sekali gus; anak2 menjadi yatim piatu apabila penjaga mereka terbunuh; suami / isteri kehilangan pasangan hidup. sedih sungguh.

Doaku setiap pagi semasa memulakan perjalanan ku : Ya Allah, selamatkanlah aku, anak2ku dan suamiku di sepanjang perjalanan kami mencari rezeki dan ilmu. Lindungilah kami, kenderaan kami, dan orang2 di sekitar kami dari sebarang kecelakaan sewaktu di jalanraya. Aminnn.

June 16, 2010

*Alahai Gula...

Nampaknya kesukaran mencari gula masih berterusan dan telah mula berjangkit ke tempat tinggalku di BTHO! haha!! dulu aku ingatkan kejadian pelik tersebut berlaku di kampung ibuku sahaja... kini nampaknya telah menjadi masalah negara!

Beberapa tahun yang lepas, telah terjadi juga masalah kekurangan gula, dan juga beberapa masalah seumpama.tentang kekurangan gula di Mesia, Menteri berkata " kurangkan penggunaan gula di dalam makanan, lebih baik untuk kesihatan.." Dan apabila harga barangan meningkat akibat kenaikan harga petrol, nasihat menteri " marilah kita ubah cara hidup...!" bila harga ayam melambung ke langit, kita disuruh makan ikan. macam tu ek....amboi senangnya... agaknya menjadi orang politik ni memang senang. cuma fikir bagaimana nak menghasilkan tag line yang bagus2 untuk diikuti oleh rakyat! tapi ingat, nasihat2 itu hanyalah untuk rakyat sahaja... sebab nasihat ialah sesuatu untuk diberi kepada orang lain tetapi tidak perlu untuk si pemberi nasihat. apa2 jua kenaikan yg berlaku di mesia, tag line ni adalah paling popular dan skema "harga dot.dot.dot kita adalah yang terendah si rantau asian (kalau tak di dunia)" haaa...ape kita nak kata lagi? hehe!! layannnnn......

aku ni cuma rakyat marhaen, luas dapur rumah menteri2 mesia mungkin sama besar dengan keseluruhan rumahku. pendapatanku sebulan aku mungkin sama dengan allowance anak2 menteri. hmmm....bestnya jadi menteri

June 15, 2010

*June Yang Mahal

Cukai Jalan dan Insuran Lela akan tamat tempuh hujung bulan ini. Aku telah pun membuat urusan dengan bank untuk memperbaharui insurans. Tadi aku ke Affin Bank berdekatan KLCC untuk membayar sejumlah wang untuk pihak insurans memperbaharui cukai jalan.

Perbelanjaanku di bulan ini sungguh meriah. permulaannya permintaan dari Anakku2 untuk membeli "baju kot" umtuk kursus perhotelahnya. Beratuslah juga harganya. Di awal bulan aku telah memperuntukkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran motor, juga untuk Anakku2. Lelaku pula sudah tiba masa untuk servis dan diganti tayar selepas tiga tahun hayatnya. Dan sekarang ini, peruntukan memperbaharui cukai jalan.

Aku sentiasa berdoa semoga tiba suatu hari nanti, wang tidak akan menjadi masalah di dalam kehidupanku. Jika tidak kaya, cukuplah mempunyai ketenangan dengan sejumlah simpanan yang sentiasa cukup untuk menampung apa2 jua keperluan kami sekeluarga dan ibuku.

June 14, 2010

*Hari Minggu Yg Biasa

Hari Minggu adalah hari yg best sebab boleh releks2 dan baca gossip di akhbar mingguan. Kami jarang sekali membeli paper pada hari2 biasa (baca di internet jer), tapi pada hari minggu biasanya akan ada 4 surat khabar di rumah. Semalam sambil2 baca surat khabar sambil tengok "jalan2 cari makan" and tunggu tengok "melodi" kat TV. Heaaa....Layannn.... sambil makan roti ngan sardin.

Dalam paper mingguan semalam aku melihat gambar Che Det and Dr Asmah bergambar di suatu majlis perkahwinan yg dihadiri mereka. Nampak cool jer. Seingat aku, kemuncak zaman kegemilangan Malaysia ialah semasa pemerintahan Che Det, majoriti rakyat happy jer masa tu! and i was then so proud to be Malaysian. Semangat kenegaraan begitu tinggi pada ketika itu. Tapi selepas Che Det melepaskan jawatannya, keadaan tidak lagi seperti sebelumnya. aku kini semakin menjadi bosan melihat kerenah org2 politik yg semakin menjengkilkan, baik pemerintah maupun pembangkang. How i wish there'll be someone like Che Det with the great vision to lead Malaysia like he did di zaman kegemilangan Malaysia Boleh suatu ketika dulu...

Aku masih ingat kenangan yang paling best, masa aku dapat bersalam ngan Che Det di pasar ramadhan di kampong baru banyak tahun yg lalu semasa di zaman pemerintahannya. Sungguh aku tergamam apabila tiba2 aku berdepan one to one ngan Che Det! Aku tak dapat membuka mulutku untuk berkata walau sepatah perkataan pun. Tapi nasib baik aku berjaya menggerakkan tanganku untuk bersalaman dengan Che Det yg tersenyum memandangku ketika itu. sukaa sangattt...Hmmmmm... nostalgia la pulak. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kesihatan yg baik buat Che Det dan Dr Asmah.

June 11, 2010

*dapat Teddy Bear!

Petang semalam aku pegi Exhibition on Instrumentation, Control & Automation (ICA) kat KLCC Convention Centre. Biasalah pegi exhibition ni saja2 pusing tengok2 produk dan vendor2 yg kenal, atau yg baru nak kenal sambil kutip2 katalog & souvenir. Yang biasa2 akan dapat di exhibition2 cam ni adalah paper bag or cloth bag yg diberi untuk menampung katalog2 yg diambil dari setiap booth yg dilawati... pen & gula2 adalah perkara biasa yg boleh kita dapat percuma.

Tapi kali ni, aku dah malas nak amek katalog sebab sume tu boleh didapati dari internet. aku tak nak lagi membazir tenaga membawa beg penuh ngan katalog ke hulu hilir! last year masa pegi OGA, rasa mcm nak patah tangan berbondong2 mengangkut katalog, masa tu aku pegi ngan Ros & RD. nak jalan pun dah tak larat, berat! bila dikenang kembali, jadi lucu pulak! actually bukan buat apa pun ngan katalog2 tu! menimbun kat opis! sebab tu skng aku dah tak nak ulangi lagi, serik! so aku jalan2 sambil lawat2 booth jer...

ada satu booth ni lain sket! aku tengok ramai dok keliling satu kotak plastik yg penuh ngan teddy bear! wah, rupenya ada org tengah cuba memancing teddy bear! comel gak! aku pun sibuk2 sama dan melihat bagaimana cara utk dapatkan teddy bear tu... alamak, tak senang jugak rupanya. beberapa org mencuba tapi tak berjaya! macam kat fun fare la plk! tapi caranya mudah, tak pakai duit pun, cuma bagi name card kat amoi yg duduk sebelah box tu, dan dia akan bagi token. masukkan token yg mcm syiling 20 sen tu ke dlm slot. ada 2 button yg perlu digunakan. satu utk gerakkan tangan besi dlm kotak tu supaya berada di tempat yg strategik untuk mencengkam teddy bear. selepas puas hati ngan location tangan besi tu, kita kena push button yg satu lagi pulak utk menurunkannya. tangan besi tu pun turun dan cuba mencengkam bahagian teddy bear yg kita dah aim tu.... ramai yg cuba aim kepala teddy bear, tetapi tak lekat! hehe!!

lepas melihat kegigihan beberapa org pemancing2 teddy bear tu, aku teruja pulak untuk mencuba! so aku hulurkan name card kat amoi tu dan dia memberi sekeping token kepadaku. aku pun adjust tangan besi dlam kotak plastik tu supaya berada di atas kaki teddy bear tu....cuba tangkap kaki la plk kan!

puas belek2 lokasi tangan besi tu dari beberapa sudut, aku pun tekan butang "catch!" and woillawoiii!! cantik jer tangan besi tu lekat kat kaki dan mengangkut teddy bear tu dan letakkan ke lubang dispenser! yea!yeaa!!! aku dapat teddy bear!! cayalah kat aku!!

June 9, 2010

*Grand Entrance

Pagi2 tadi aku ke Plant KLCC. Ada interview. A quick one. Start kol 9, 10 minutes before 10 am aku dah berjalan keluar dari plant. aku berfikir2 dlm hati nak singgah Watson sekejap on the way back to office. Seperti biasa kalau dari plant nak masuk Suria aku akan short cut melalui Isetan. Tapi tadi, sesampai depan pintu masuk Isetan, guard kat situ angkat jari tunjuk tanda "peace". memula aku tak paham, rupenya dia soh tunggu lagi 2 minit baru nak buka pintu! hehe!!

Lepas 2 minit, guard dengan senyum manis membuka pintu dan mempersilakan aku masuk. Aku, dan temanku Nita sebenarnya, pun membuat grand entrance!

Wahh...!! tokojut den! sume staff kat dalam Isetan tu berdiri tercegat macam tentera dalam perbarisan sambil menganggukkan kepada dan tersenyum mengucapkan selamat datang, dan selamat pagi... terus aku terasa macam wakil rakyat baru yg sedang melawat2 kawasan.. cuma tak ada yg serbu nak bersalaman aje! semua staff were very polite terangguk2 style org jepun! diiringi pula dengan muzik "kemenangan"! alaa, muzik yg selalu kita dengar di majlis anugerah masa artis nak g amek award kat podium tu!!

rupenya...selama2 ini tak pernah tau ada upacara sebegitu setiap pukul 10 pagi! hari ini untunglah aku menjadi customer yg pertama masuk Isetan pada waktu dan hari bekerja!! heheh!! malu pun ada rasanya, maklumkah tak pernah diberi penghormatan begitu rupe di mana2 pun jua sebelum ni...sungguh terharu rasanya hati ini.

bila habis jer bunyi muzik pengiring tu, sume staf2 yg senyum2 tadi hilang dan pergi ke station memasing! menarik sungguh! bila lagilah aku akan dapat peluang cam ni!

June 7, 2010

*the URGENT requirement

My one and only assistant just got back to work after a long holiday. What a relief...For almost one a half week aku lekat di mejaku melayani all the incoming requisition from end-users.Nasib baik aku mempunyai alasan kukuh to only look at the urgent issues as priority : i have to cover for Ms N, please send me the critical requirement only.Yang paling pelik aku jumpa purchase requisition yg distamp urgent ialah untuk membeli barang2 keperluan pantry: Kopi, teh, susu, susu....! What the &@#+? macamana boleh jadi “urgent” tu?? Diaorang tu main belasah jer sampai kontang semua stok and suddenly realised “alamak! Sume daah abissss...? haiyoooo! Amat silap lah kalau aku nak layan permintaan penting tu!

Last year i penah came across the “urgent” request to purchase bendera Malaysia tiga empat hari sebelum 31hb Ogos.... memang sakit hati, tapi nak tak nak kena layan lah gak... sebab ini dah jadi masalah negara, kalau tak nanti ada yg bendera lusuh dan koyak terkibar2 depan plant... nama aku gak yg bakal busuk nanti...

Nasib baik my request to the CEO to get another assistant has been approved and the HR is currently looking into getting the suitable candidates to join my department. Was told the interview session will be held somewhere before end of the week.

I got this phone call around 5pm “ZAS, i need to drink my coffee, we need it asap! the PRF was sent to HQ last week!"

Yeah! rite.... Ms N will process it accordingly.