July 31, 2011

Sedih la pulak... Elia n KFCM

Tajuk akhbar mingguan Metro sungguh menyedihkan hatiku. Retaknya hubungan penjaga gol Malaysia dengan tunangnya. Aku dapat merasakan betapa pilunya hati seorang wanita yang baru berikatan selama dua bulan tetapi terpaksa berakhir dengan perpisahan sebegitu. Belum hilang penat mengatur persiapan bertunang, tiba2 kekasih hati membuat keputusan berpisah.

Memang berisiko tinggi berkasih dengan public figure, lebih2 lagi bila hanya kekasih hati seorang selebriti sedang si gadis hanya perempuan biasa. Hati perempuan mana yg tidak tersentuh apabila membaca gosisp2 jejaka pujaan mulai keluar dengan gadis2 lain yg sememangnya sentiasa mencari ruang merapati jejaka yg kian popular itu. Akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan boleh berakhir dengan perpisahan.

Cubalah sekiranya dia masih seorang pemuda biasa yg kerjanya menjaga gawang gol pasukan negerinya, aku rasa tiada siapa yg akan menganggu gugat hubungan itu. Senang sungguh KFCM membuat keputusan untuk menyelamatkan dirinya dari gossip2 begitu. Selepas ini bebaslah dia keluar dengan mana2 wanita yg diingininya tanpa perlu menjaga hati sesiapa lagi. Nyatalah populariti boleh memudarkan perasaan cinta seseorang. Ramai yg ingin menjadi pasangan KFCM yg sedang meningkat popular ini, dan pastinya juga ketika dia dipuncak sekarang ini, semua saudara maranya jauh dekat teringin bermenantukannya, cerah masa depan anak dara mereka.

Sabarlah Elia, hanya itu yg mampu diucapkan. Terimalah kenyataan jodoh pertemuan itu sesungguhnya ditentukan Allah swt. Hadapilah dengan tabah akan dugaan ini, masa jua akan menyembuh derita. Tak guna kita harapkan orang yg kita sayang tetapi dia tidak lagi menyayangi kita. Terbukti sudah kasihnya amat rapuh dan tidak kukuh buat anda. Itulah hakikatnya.

happy birthday to you!

Heppi Birthday tu Mr Hubby... semoga kasih sayang kita kekal dan akan sempat menyambut setiap hari lahir sehingga tibanya hari pemergian abadi.

July 30, 2011

Pulanglah

Jumaat malam, aku dan mr hubby pulang ke kampong menjenguk mak seperti biasa. Rutin biasa kami, pergi bersarapan di kedai satay favourite di bando, dan bawak mak beli barang2 keperluannya.

Aku sempat melawat sepupuku dan terkejut melihat kedai runcit yg diusahakannya secara kecil2an selama ini untuk mencari rezeki telah ditutup dan kedainya kosong. Rupanya dia terpaksa menutup kedai kerana tidak mampu membayar pembekal setelah tidak berniaga selama 2 minggu kerana melawat dan menjaga arwah ayah mertuanya yg sakit di kampong. Bila pulang semula ke kedai, hutang2 mula tertunggak dan tidak mampu dibayar kerana tiada penjualan, akhirnya sume barang2 diambil semula oleh pembekal.

Aku berdoa kepada Allah sempena kedatangan ramadhan yg mulia ini agar Dia permudahkan urusan kak B supaya dia dapat bangkit semula deperti sedia kala.

July 29, 2011

Adussss! Harimau Malaysiaku

Semangat memang tinggi giler bila aku n mr hubby pergi ke perlawanan bola sepak mesia vs spore kat bukit jalil. Macam2 perlakuan yg dapat kami saksikan sepanjang pemanduan ke stesen LRT Tasik Selatan. Memang seronok sangat tengok sume2 muka kelakar, happy dan bersemangat dengan bendera di kereta dan diarak dengan motosikal. Sampai di stesen LRT kelihatan ramai umat kuning dan biru sedang berator menunggu tren. Kusss semangat bila tren sampai, dah sarat dengan kuning biru kat dalamnya. Kami menyelit2 jugak masok sambil gelak ketawa! Semangat tinggi sumenya beb!

Sampai di stesen bukit jalil penumpang2 tren mula bersorak2! Kelakar rasanya!! Macam dah kat dalam stadium lak rasanya. Pandangan di sekitar stadim memang melaut dengan manusia berpakaian kuning biru! Memang rasa seronok dan terharu melihat puluhan ribu rakyat menyokong “Malaysia”. Tidak ada langsung tanda2 rakyat Malaysia sebenarnya sedang menganuti pelbagai fahaman politk! Semuanya menyokong pasukan Malaysia. Sesunggunnya sukan memang boleh menyatukan rakyat!

Tempat duduk yg kami dapat memang best, tapi masalahnya mamat2 keliling ni masyallah punyalah sakan merokok! Asap rokok atas bawah kiri kanan membuatkan kepalaku jadi toing! Menyeksakan betul. Stadium tak boleh jadi tempat larangan merokok ker? Sungguh tak sihat untuk menyaksikan kegiatan yg sihat.

Singapore memang hampeh dan penuh drama yg sengaja dibikin untuk menyakitkan hati pemain dan rakyat mesia. Seolah2 pemain2 mereka tu sumenya bapok! Sket2 tergolek sana, tergolek sini. macam c%*#@^ sumenya! Apa2 pun tahniahlah kepada pemain Melaysia kerana mencuba bersungguh2, tapi nak wat cemana ternyata pasukan lawan memang telah menang.

Aku dan mr hubby berangkat pulang setelah gol penyamaan 1-1, kami nak rebut tempat menaiki tren nanti! Rupa2nya masa tu dah ramai deretan manusia yg mula berangkat pulang!! Adoiiiii!! Berasak2 juga nak masok tren! Sampai umah dlm kol 11+, hati sedih, mata pedih, kepala pusing.



July 28, 2011

Selamat Berjuang!

Alamak kesian betullah bila membaca paper pagi2 tadi, ramai yang kecewa kerana tiket perlawanan Malaysia Singapore sold out. Muka2 kecewa terpapar kerana gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan malam ni nanti. Dilaporkan lebih 5 ribu yang kehampaan tak sangka tiket habis dengan begitu cepat sekali.

Nak buat cemana… tengok kat TV ajelah.

Aku dan mr hubby lak dah berkobar2 semangat nak pergi stadium malam ni nanti. Semoga team harimau malaya akan mendapat kemenangan yang diharap2kan rata2 rakyat Malaysia.

GO! GO! Harimau jadian semua!

July 27, 2011

penangan harimau malaya

Malam semalam anakku pergi ke stadium bukit jalil membeli tiket bola sepak kelayakan piala dunia malaysia vs singapore khamis malam ni nanti. dia nak beli 26 utk diri sendiri dan geng2 lain tapi dapat 20 tiket jer! bila dia dah balik umah, aku ngan hubby lak teruja nak pegi stadium utk menyokong harimau malaya. Anakku kata oklah, esok pagi dia ke MPPJ untuk cari tiket utk kami pulak!
pagi2 tadi anakku mms ngan gambar n msg : berator panjang katanya! tapi dapat jugak! heaaa! esok mlm sama2lah kami bergasak2 ke stadium bukit jalil!

yeaaaa!!

July 26, 2011

ikan jeruk selera ramadhan

aku teringat ada satu resepi simple yg diberi oleh seorang teman yg membuat resepi ini ketika dia berada di mana entah… Sudan kot.
Tapi memang best - selera je makan nasi! Sangat sesuai nak buat lalu makan masa sahur nanti!

Aku nak letak resepi ni kat sini supaya nanti2 bila aku lupa cara2nya aku boleh cari kat blog aku ni ! hehe!!

Mula-mula sekali :
- Masak nasi
Lepas tu buat ini :
- ikan jeruk, dipotong kecil2
- bawang merah & bawang putih dimayang
- halia dihiris halus
- cili padi
- limau nipis diperah

Campurkan kesemua item2 di atas di dalam mangkuk kecik dan perahkan air limau nipis.
Kemudian masukkan mangkuk tersebut kedalam periuk nasi apabila airnya hampir kering. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga nasi masak.

Keluarkan mangkuk ikan jeruk dan senduk nasi, hidangkan dengan lauk2 lain….dan makan!

July 25, 2011

Rukun Islam

5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Menunaikan haji di Mekah jika mampu.

Dari laman web rasmi penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia ; tarikh mencerap anak bulan ramadhan bagi penetapan awal puasa bagi tahun 2011 ialah pada 31hb Julai 2011.

Maknanya besar kemungkinan kita akan mula berpuasa pada Hari Isnin 1hb Ogos 2011.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)

Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan yang sentiasa dinanti2 oleh umat islam seluruh dunia. Sama2lah kita menjalani ibadah puasa dengan pahala berganda dan membersihkan bukan sahaja perut kita, tetapi hati kita.

Di bulan ini adalah masa yg tepat sekiranya kita sering terlupa selama ini untuk sama2 menginsafi akan bagaimana rasanya menjadi insan2 malang yg sering kelaparan sepanjang tahun. Jika kita hanya menahan nafsu kita dan berlapar siang hari di bulan ramadhan, masih ada mereka2 yg berlapar siang dan malam akibat kefakiran atau bencana berpanjangan. Pastinya mereka2 ini akan mengalir air mata sekiranya melihat apa yg kita makan semasa berbuka puasa dan apa yg kita akan buang menjelang siang harinya nanti. Barangkali apa yg kita bazirkan itu adalah 100 kali lebih baik dari apa yg dapat mereka masukkan ke dalam mulut mereka. Aku insaf.

Ingatan ini adalah buat diriku supaya aku tidak akan terlupa. InsyaAllah aku berazam akan berkongsi rezeki.

July 24, 2011

astro beyong

Dalam aku marah2 kat Astro sebab naikkan yuran, aku boleh pulak bersetuju untuk menerima tawaran mereka apabila ada wakil astro menelefon dan menawarkan package beyong with free installation! Dasar betol…

esok mr installer akan datang pasang beyong dan ambil the old decoder.

The term is : I could not terminate the beyong package ni within 1 year duration upon acceptance. Kalau wa tetiba ubah fikiran, depa akan amek semula decoder beyong dan tak pula akan memulangkan the normal astro decoder yg depa nak amek esok ni… so maksudnya, kalau wa breach the contract, wa kena daftar semula sebagai pelanggan baru…. start fresh

July 21, 2011

dah beli baju raya?

Dah beli baju raya! Cewahhh! Ini namanya planning in advance!
Aku ajak hubby pegi teman cari baju raya ; malas nak bersesak2 kalau nak pegi beli masa dekat2 nak raya nanti. Lagipun kalau pegi jalan2 sebelum Ramadhan, lepas2 settle tu boleh g ngeteh kat mamak, which what we exactly did!

Aku biasa g beli baju raya kat Metro Kajang, ada satu kedai ni yg sesuai ngan citarasa aku. So ke situlah yg kami tuju hujung minggu tu. Belek punya belek aku sudah berkenan dengan baju kurung warna merah plain ngan kain berbunga2 dan satu lagi merah gak ngan corak abstrak. Hubby pun kata nice! So itulah baju kurung untuk raya nanti… senang jerk kan!
Tapi kira settle wat masa ni lah… kalau between now hingga nak raya nanti, kot2 ada terpergi jalan2 kat shopping kompleks dan ada pulak lagi yg berkenan, boleh jadi bertambah jugak koleksiku! Hehhe! Tapi baju kurung ni will never be out dated, boleh pakai sampai tua gitu. Apa ada hal…

Anak2ku sume biasanya sekarang ni akan cari baju raya mereka sendiri lah… paling2 yg mereka akan beli ialah suar jeans & t-shirt & kemeja. Biasalah, citarasa mereka kini ditentukan oleh mereka sendiri. Baju melayu tak belilah kut sebab alasan baju tahun2 lepas masih baru dan jarang guna. Memangpun… Cuma anakkudin aja yg kerap menyarung baju melayunya, anakku dan anakku2 tak pernah aku lihat berbaju melayu kecuali di pagi raya. En Hubby adalah dua tiga kali pakai dalam setahun bila pergi kenduri. Hmmmmmm…..Mayb aku akan belikan sepasang baju melayu untuk anakkudin untuk raya akan datang ni nanti.

July 20, 2011

mari belajar membuat coklat

Sabtu lepas aku telah mendaftar ke kelas membuat coklat cikgu Azimah. yuran kursus RM150.00 termasuk bahan2 dan bekalan, serta makan minum. sepatutnya ada 2 peserta termasuk aku, tapi yg seorang lagi tu tak hadir, so aku sorang jer yg belajar membuat coklat dari cikgu Azimah hari tu.

aku pun tak tahu macamana tiba2 jer aku rasa nak g belajar membuat coklat! hehe!! tapi memang best lah bila dah tahu teknik2 membuat homemade coklat ni.... my findings, actually bukanlah sebenar2nya "membuat coklat", kita sebenarnya "membentuk coklat" mengikut kreativiti memasing. tapi for those yg minat benda2 mengubah dari "plain" to "fantastic looking" memang boleh layan lah... dan i really like it. cuma kos dlm hobi ini agak tinggi dan harus berhati2 dengan pulangan dalam bentuk penambahan kilo kepada berat badan! coklat yg digunakan bukanlah coklat masakan yg biasa tu, tapi coklat berjenama terkenal yg agak mahal harganya. tapi andai kata kita boleh menjadikan hobi ini sebagai satu sumber pendapatan, ianya memanglah sangat bagus.

sekarang ni aku ada lah jugak berkira2 hendak mempromosi coklat2 gubahanku supaya aku boleh terus berkarya dan menjana pendapatan yg sekurang2nya pulang modal membeli bahan2 yg diperlukan.





July 11, 2011

Lega... dah bersih??

telah berlalu saat2 tension countdown ke bersih (kononnya lah)! tahniah kepada rakyat malaysia yg cintakan keamanan. setinggi2 tahniah kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menjalankan tugas masing2 untuk membenteras kekecohan dan bertolenrasi tinggi menangani sikap kejengkilan para2 demonstrator.

didoakan semoga Anuwar cepat sembuh dari segala apa jua kecederaan luaran dan dalaman agar dapat bertandang ke mahkamah seperti yg dijadualkan.

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

July 7, 2011

Yuran Astro Naik Lagi

Dalam heboh2 rakyat Malaysia berhujah sana sini tentang demonstrasi haram anjuran pembangkang, Astro pula mengatur langkah mencetak surat2 kepada para pelanggan memberitahu tentang kenaikan yuran bulanan mereka. Membuka sampul surat yang disangka bil bulanan rupanya adalah notis pemberitahuan tentang harga langganan baru berkuat kuasa serta merta. wahhh!

Baru2 ni ada dengar cite ura2 Astro hendak menaikkan harga yuran bulanan mereka telah mendapat perhatian hingga didebatkan di parlimen. bersungguh2 pak menteri kata stesen TV berbayar tu tak boleh sewenang2nya menaikan yuran mereka. tapi, apa kesudahannya? konon bincang2 dan bangkang2, tapi NAIK jugak...alamak, depa ni sume lip service jer... nak menunjukkan kerajaan ada mengambil kisah akan hal2 yg melibatkan kenaikan kos yg perlu dibebankan kepada rakyat. tapi..... nampaknya macam gimik jer. buat sakit hati jer. siapa yg lebih berkuasa ?

Harga pakej bulanan semasa anda : RM 105.95
Harga pajek bulanan baru anda : RM 112.95

*semua harga pakej tertera tidak termasuk cukai perkhidmatan 6%.

bagus Astro nie, siapa boleh nak sekat dia? paling2 mereka2 akan berkata, tak nak bayar tak payah langgan... nampak sangat kita ni macam mentimun.