March 29, 2010

*tuition...oh! tuition...

during the week end me n hubby balik kg umah mak, berdua2an je. kami gerak kuar dlm kol 630 ptg Jumaat. Aku sampai umah, solat, isi baju dlm beg dan jalan. hi way jem menghala ke seremban, hairan gak, tertanya2 kenapa lak tetiba ramai org nak balik selatan ni. Laa... rupa2nya ada kemalangan di laluan menghala ke KL... dan jem kerana orang2 Mesia yg bzbody ni slow down nak tengok2 kejadian. Menyakitkan hati betul. Hubby diam je bila aku membebel sebab dia boleh lah kukatakan sekapal ngan puak2 tu. Nak wat cemana....
masa sibuk sembang2 sepanjang perjalanan tu entah cemana terlepas perhentian jejantas air keroh, sedangkan indicator minyak dah berkelip2... Adooo!! suspen tu. The only pam minyak yg ada kalau kami teruskan perjalanan melalui tangkak adalah di Sungai Mati, 45 minit perjalanan pada kelajuan 110...jauh tu, takut tak sempat sampai! So kami wat keputusan ikut susur keluar ke jasin. Laluan tu memang tak banyak kenderaan dan seram lah sket..lalu kat ladang kelapa sawit, maghrib lak tu. dalam hati aku berkata2la jugak, buatnya kete ni tiba2 terhenti kat tengah2 ladang tu, and hubby hanya leh tumpang mat motor utk g beli minyak.. takkan aku kena tunggu sorang2 dalam kete? heeiiii seram memikirkan! Syukur Alhamdulillah kami sempat sampai ke stesen Esso somewhere not so far lepas kami keluar dari hutan kelapa sawit tu.
Sampai destinasi kami dalam pukul 8.00 mlm, terus pegi mencari anak saudaraku si Nana bulat dan bawak dia balik umah mak. seronok kalau ada anak2 saudara yg buat bising2 umah mak nanti. Lepas makan di tepian Tanjung, kami pun balik umah mak. si Nana komplen "boringlah mak ngah, asyik kena pegi tusyen jer... penatlah kita..." Hmmmm aku dengar pun kesian, tapi nak wat cemana, bukan anak aku! mak dia paksa, dia ikutkan jer lah... Tuitionnya Sabtu, Ahad dan Rabu. Memang kesian, kanak2 9 tahun.. dah hilang masa luang mereka.. terpaksa bekejar2 ke sekolah, membuat kerja dan kegiatan sekolah, di tambah lagi pulak kerja2 yg diberi oleh guru tution tu....
Pastinya Sabtu malam tu adikku mengingatkan supaya aku menghantar Nana pergi tuition jam 8 malam. Aku mengiyakan ajer... kalau aku kata tak payah, nanti2 len kali susah plk dia nak lepas nana ikut aku bila2 aku pulang ke kampung!!!Tapi sebenarnya : memang malam tu aku tak hantar nana pegi tuition! hahah!!!
aku kata kat adik aku, tayar kete pancit elok2 kami kuar nak ke hantar nana ke kelas tuition! padahal kete tu pancit pagi Sabtu masa kami semua ngan mak nak ke pasar. Aku cuma ubah masa kejadian.. ditambah pula aku MMSkan gambar sekali untuk menyokong kejadian tu! real!! selamat nana!! hmmm... makngah dulu pun tak sibuk2 tuition, Alhamdulillah..elok jer keje ada jawatan ha....

March 18, 2010

*Slimming Project

ada kawan2 ku yang sedang berusaha untuk mengikis lemak dari tempat2 tertentu di body mereka. So happened that dalam list aku ada produk yang boleh membantu memecah lemak, mereka pun memesan tuk mbelinya dariku... best price yg aku beri tu!
tapi rega tu untuk kawan2 rapat jer...
aku harap usaha2 mereka akan membawa hasil. apa2 pun semuanya memerlukan ketekunan, kesabaran dan kecekalan...dan yg paling penting disiplin diri. bulan depan ada satu lagi pesanan. aku suka nak tolong kawan2, yang cantik n bergetah nanti kawan2 ku jugak! heheh!!

March 17, 2010

*Kenapa?

memula sekali aku hadapi masalah tu semasa aku bekerja di Bangsar, lebih 3 tahun yg lepas. Masalahnya ialah gerakan (denyutan?) di bawah mata yg tentu sekali tidak dapat kukawal. Ingatkan sekejap jer benda ni, tapi berlarutan plk hingga beberapa hari hingga aku rasa macam naik berang lak bila denyutan tu kian berterusan. After almost a week and i just can't stand it any more, aku g klinik. Doc terus cakap "ini adalah akibat stress..!" Ohhh...rupenya!! so, dia beri ubat for saraf, aliran darah and some vitamins. I got home, makan ubat dan sembuh. aku fikir, nasib baik g klinik!

Baru-baru nie, kejadian tu berulang kembali... tetapi kali ni lebih aggressif! lebih kerap! sekali lagi aku pergi ke klinik untuk mendapat rawatan ulangan penyakit lama tu. Doc pun memberi ubat2 yg sama sambil memberi bermacam-macam nasihat. And yang paling aku tak suka, tekanan darah ku naik semula 150/90...? Doc bagi kad soh datang semula ambil bacaan tekanan darah untuk 3 hari....lagi (dalam hati aku terus kata "tak de nyer aku nak datang lagi...." dah malas dah). Tapi kali ni masalah denyutan mata tu tak baik2 sampai skng.. Ubat dah habis, tapi masih tak hilang...

Sekarang ni aku mencuba rawatan mata menggunakan mesin plk... kadang2 berkesan, kadang2 tak.... hmmm...tak taulah apa nak jadi ngan aku nie... stress ker? i don't think aku stress keje... yang aku tahu aku memang stress & restless driving dlm KL.. pasal tu aje ker??? tapi dalam memanjat usia yg kian remaja ni, sebenarnya macam2 perkara yg bermain di kotak fikiran, yang mana ada antaranya boleh membawa kepada tekanan di minda tetapi nampaknya ia berlaku di luar kesedaranku. Itu adalah sesuatu perkara yg tidak boleh dielakkan. berfikir.

March 16, 2010

*Pagi Selasa yg Selesa

Hari ini aku keluar memulakan perjalanan dari rumah sekitar pukul 635 pagi. Alhamdulillah sepanjang perjalanan adalah selesa, walaupun banyak kereta tetapi pergerakan adalah lancar dari rumah sehingga ke pejabat. Alhamdulillah. Jam menunjukkan pukul 7.05 sebaik aku selesai parking kereta. Wahh... 25 minit jer aku dah sampai! tak stress langsung! Cuti sekolah kali ni betul2 berkesan!! hehe!!

March 2, 2010

*Syafia Humairah

Tak sampai hati membayangkan bagaimana keadaan Syafia Humaira, 3 tahun diperlakukan sehingga mengakibatkan kematiannya. Kasihannya nasib seorang kanak2 yang sepatutnya dikasihi dan dilindungi tetapi telah diperlakukan seperti sampah. Sungguh2 binatang semua orang2 yang terlibat mengakibatkan kematian adik Syafia. Aku bersyukur Allah mengambil nyawanya kerana dia pasti lebih aman disisiNya.

Sungguh meragukan ke manakan arahnya negara kita sekarang ini. Siapakah yang dapat menolong masyarakat kita yang kian hanyut dan sesat ke tengah lautan. Semua kita memerlukan bimbingan. Bimbingan itu akan datang melalui tauladan. Tapi contoh2 tauladan yang kita perhatikan sekarang ini kebanyakkannya semakin menyesatkan. Begitupun, adalah amat sukar untuk menyedarkan mereka2 yang sesat ini apabila mereka sendiri tidak rela diajak kembali ke pangkal jalan.

Aku sendiri terasa akan sukarnya meneraju keluargaku untuk sentiasa memastikan kami berada di landasan yang diredai Allah. Adakalanya kami tersasar juga. Namun aku akan sentiasa berdoa semoga Allah melindungi kami semua dari kesesatan dan akan sentiasa berpaksi kepada ajaran islam yang suci. Aminnn.