February 24, 2010

*Dah Abis Cuti?

bila lama tak update rasa macam kehilangan rentak nak menulis! sebenarnya bila lama bercuti CNY ari tu, mood pun masih belum bangkit dari zon relex...ujung minggu ni cuti lagi sempena menyambut Maulidur Rasul. masa tu aku plan nak balik kampung. pas tu dah tak ada lagi dah cuti2 free hinggalah end May 28,Friday, hari wesak. jalan pon telah kembali sesak seperti biasa. cuti2 umum yg jatuh pada hari Sabtu tidak dikira kerana kami tidak mendapat cuti ganti seperti sesetengah organisasi.

Ishhh.. boring ler...

February 10, 2010

*sambungan - klinik rumahku?

sepagian kami berada di pusat rawatan KPJ Kajang, hubby kena jalani few test. turun naik turun naik lah kami ikut lokasi yg diarahkan. Lepas siap buat apa yg dimahukan doc, kami pun pergi semula ke tingkat 1 untuk berjumpanya semula untuk rawatan selanjutnya. Perut masa tu punyalah lapar... ialah, kol 730 pagi dah kuar terpa klinik and then straight ke KPJ Kajang. Bagusnya bila perut kosong, doc senang terus boleh buat scanning & scoping on the very same day, kalau tak mungkin kena buat appointment for the next day.

Dalam kol 1215 pm, hubby pun disorong masuk ke bilik yg bertanda "operation theatre". Ishh... tak best tol. sampai dlm bilik tu ada this one nurse (import from India! ni sebab hubby yg tanya samada dia Malaysian Indian or Indian citizen) siap sedia menunggu dan membuat persiapan sementara menunggu doc sampai. Aku tanya dia berapa lama procedure scoping nie dan dia memberitahu jika semua ok, 10 minit je siap. So aku kata ok lah... Sebelum keluar nurse yg menolak katil hubby dari wad ke bilik operation tu menunjukkan satu gelung tiub kat hubby dan berkata "inilah tiub utk buat scoping nanti..." ya Allah... seramnya aku bila fikirkan benda tu nak di masukkan ke dalam perut melalui mulut... Hubby kata "kecik jer..." Kecik dia kata!!
nak sedapkan hati dia la tu. Nurse kata hubby akan diberi ubat bius tahan sakit tapi akan sedar disepanjang procedure tu nanti. Doc sampai kol 1230, so aku estimate before 1pm we will be out of here. Aku dok pegang je kaki hubby, kesian lak kat dia.

Doc inject GA kat belakang tangan hubby dan pas tu ada nurse yg masukkan satu corong ke dalam mulutnya. seriau aku tengok. aku tak pasti masa tu hubby sedar atau tak, tapi aku kesian sangat bila tengok tube tu ditolak masuk ke dalam mulutnya dan doc kata kat dia "swallow! swallow!!" ya Allah siksanya...! dalam sanggup tak sanggup, terpaksa aku melihat keseluruhan proses tu. tanganku tak lepas2 dari memegang kakinya kerana bahagian tu sahaja yg boleh kesentuh yg tidak menganggu tugas2 doc & 2 misi dlm bilik tu. Aku rasa misi yg sorang lagi tu Malaysian Indian.

Doc ni pulak masa mengodek2 tu sibuk betol lak bercerita dengan misi2 tu pasal kegiatan dia ujung minggu tu, siap sembang sambil tengok muka minah2 ni lagi. pegi lunch kat umah one datok lah. wat birthday party anak dialah. pasal belon lah, pasal sweet lah. Cite pasal jiran dia sorang je Malay, others are all Chinese! aku tengok hubby cam terkial2 dengan tube yg dicucuk-cucuk ke dalam perutnya. Ya Allah.....aku rasa nak jeritkan aje kat doc tu suroh dia concentrate dan buat keja cepat2 and pull that tube out from my husband's stomach. tersiksa betul aku tengok. lepas tu kalau ko nak duduk citer kisah nenek moyang lantak korang lah! Woiiiii!!!!! sakit betul hati aku!

Finally kol 1pm baru dia tarik kuar tube tu ( aku tolong tarik cepat2 - dlm anganku ) dan hubby terbatok2 dan banyak lendir kuar dari mulutnya. aku mampu tengok jer. lepas sume tiga eko org tu kuar dari bilik, aku tepuk2 muka hubby, tanya dia " B,ok tak ?" dia buka mata blurr jer, "dah sudah ker?" pas tu dia kejam mata semula.

Bila katil hubby ditolak masuk semula ke dalam wad, aku gerak2 badan dia lagi. "dah sampai wad ker?"... aku rasa hubby memang tak sedar langsung di sepanjang procedure scoping tadi. nasib baiklah dia knock off betul tadi!.

February 9, 2010

*klinik rumahku?

Menginjak 2010 ni, rasanya kesihatanku mula menunjukkan usianya... hmmm, baru masuk Februari dah 4 hari aku MC... memulanya aku sakit kepala yg berlarutan membuatkan doc syor aku ada high blood pressure. Apapun tekanan darah ku telah kembali normal (130/85), namum dari blood test result, aku disyakki talesmia plk... kurang iron dan kurang gula dalam darah.... dan meurut doc, kurang gula dalam darah juga boleh mengakibatkan "sakit buah pinggang" kerana buah pinggang menjadi terlalu relex dalam beroperasi! itu macam pun ada.. so aku kena minum manis2 lebih2 sikit?

Itu aku... minggu ni hubby lak kena serangan sakit perut yg teruk. hari Ahad dia tak berapa lalu makan sebab perutnya "rasa tak sedap". petang tu kami kuar berjumpa RD/hubby & a friend kat puchong n we had dinner dan kami pulang dlm kol 11 mlm. tengah mlm tu hubby komplen sakit perutnya menjadi2, aku bagi dia makan ubat sakit perot & pain killer. tapi tak jalan. then aku bangun dan buatkan susu panas for him. tido pun on off sebab hubby tak leh tido. dekat2 subuh dia vomit out semua apa yg dimakan masa dinner earlier, and sakit perutnya menjadi2. So lepas subuh kami pun pegi klinik. Doc Salmi yg wat check up soh kami pegi ke hospital; dia buat surat reference ke KPJ kajang and ask us to go immediately.

pendek cite, kami sampai ke KPJ Kajang dan g jumpe Dr S Kumar yg dngn segera assign hubby to do the blood test, scan and later scope. isshhh.. aku teringat pasal cemana fsr ni buat boroscope engine... cam tu ker...??

February 4, 2010

*Langkah Pertama

Perniagaan Ice-blended kami telah selamat dilancarkan selepas solat Jumaat 29hb Januari 2010. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Anakku2 telah pun meletakkan jawatan sebagai pekerja KFC dan kini menjawat jawatan baru sebagai peniaga kecil, dan kami sebagai mangernyer! hehe!! Kami menjalankan perniagaan franchise dengan VZam Ice Coffee : semuanya peralatan dan bahan2 serta juice membuat ice-blended dibekalkan oleh VZam. Alhamdulillah, pelanggan2 kecil terutamanya mula mengelilingi kios abang ice-blended yg cute tu. Syukur... semoga ini menjadi tapak permulaan kami di dalam dunia perniagaan. Kiosk dibuka seawal pukul 2 petang sehingga pukul 11.30 malam. Sekarang anakku2 telah menjadi pakar pembuat ice-blended!

Next step, kami ada satu lagi projek baru, juga franchise, untuk memulakan perniagaan makanan kesihatan @ jamu2 yang menjadi impianku... heaaaa!!
Semoga Allah mmudahkan jalan dan usaha kami. Aminnn.