January 2, 2019

makan sampai tido


Tahun baru. Cerita baru.

ari ini ai ada stok count di klia plant ( ladang air 😊 )
Setiap hujung tahun kena buat stock count di site office, tapi atas sebab jadual hujung tahun yg padat, kali ni buat awal tahun pulak.

Selesai tugasan, spt biasa ai akan bawa mereka2 yg terlibat untuk menjamu selera yg tmpt best sikit (yeaa…setahun sekali jer). Kali ini kami nak cari makan di Mitsui jer. Sampai kat sana kami memilih utk lepak di restoran “P”. masa tu tak berapa ada orang, jadi kami pun masuk dan memilih tempat duduk yg strategic untuk menjamu selera sambil melihat orang lalu lalang. Kami berempat, dan masing2 membuat pesanan makanan yg diingini. Bila mana2 makanan sampai dahulu kami akan sama2 berkongsi. Kesemua makanan teman2 telah sampai kecuali pesanan ai! Tapi sebab memikirkan mungkin pesanan itu mengambil masa untuk dimasak, kami terus je makan apa yg ada di atas meja bersama2, sampai dah rasa kenyang.  kemudian datanglah seorang pelayan ni dan bertanya kami adakah semua pesanan telah dihantar? Ai menjawab “order sya tak sampai lagi” dia melihat kepada printout kedai dan bandingkan dgn kertas pesanan yg kami semua tulis semasa membuat pesanan dan dia mengakui bahawa mereka tertinggal satu dish. Ai cakap kat dia kalau lama nak buat tak payahlah sebab dah kenyang, tapi kawan2 ai ni suruh juga ai order sesuatu yang lebih cepat siap kerana mereka kata kesian ai tak dapat main dish yg ai pesan tadi. So ai order Salad “chef’s selection”, dan member pun janji nanti makan sama2. Bila salad tu sampai kami bertiga je makan hingga selesai, yg seorang lagi tu tak mahu sebab dah kenyang sangat katanya.

Kisahnya jadi selepas kami balik office.

Pukul 3 kami sampai office, ai fikir nak terus balik dan solat zohor di rumah sahaja. Lepas pack barang ai pun drive keluar dari plant dan anggaran masa sejam untuk sampai rumah sebab masa tu bukan peak time. Sekejap je ai masuk kete dan keluar dari gate dah rasa mengantuk giler. Teruk sangat mengantuk sampai kena ketuk2 kepala supaya tak terlalai! Bila berhenti di traffic light simpang 4 dengkil tu ( ini traffic light 6 minit) ai pastikan ai tak terlelap sebab kalau terpejam mata takut hanyut tak sedar dan menyusahkan org lain pula. Alhamdulillah setelah berlawan dengan mata ai selamat sampai rumah, tepat pukul 4 spt yg dianggarkan. Sampai rumah and terus nak solat zuhur… masa berdiri solat tu terhoyong hayang dah rasa nak rebah, punyalah mengantuk! Dalam hati berkata2 kenapa sampai jadi mcm ni. Selesai solat ai message teman2 yg makan bersama2 tadi dan niat bergurau berkata ai rasa makanan ai tadi ada ganja sebab ai jadi lalok macam orang makan sebotol ubat batuk. Rupanya dua orang lagi yg sama2 menghabiskan salad tadi juga mengalami kesan yang serupa! Cuma seorang yang tidak menjamah last order tu tidak alami masalah spt kami. Jadi kami sepakat salad tu yang membuatkan kami semua lalok!

Petang tu lepas je solat asar ai tido pensan sampai azan maghrib.

Ok, kami sepakat lain kali tak akan pergi ke restoran tersebut lagi.

January 1, 2019

tahun baru, sekali lagi



Selamat tinggal 2018 dengan segala kenangan.

Kini memasuki tahun baru 2019.

Terlalu pantas masa yang berlari hingga tak sedar diri sudah semakin jauh meninggalkan usia muda. Ya Allah terlalu banyak dosa2 yg terkumpul berbanding amalan2 baik, sedang usia yang tinggal berbaki sudah semakin menyusut.

Ya Tuhan pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangMu dan jangan kau biarkan aku terleka dengan kemunafikan dunia ini dan janganlah biarkan nafsuku menguasai akalku.

Dikaulah yang Maha Pengampun Ya Rabb.