October 19, 2009

*Kejadian di umah Mak

Hari Jumaat lepas aku telefon mak bertanya khabar. Suara mak kedengaran sedih dan dia kata ada banyak dia nak cerita pada aku kalau aku balik kampung. Atas nasihat pakar duet mak dah berjaya dihalang dari terus menjadi habuan si pencuri, mak simpan duet dlm balang bertutup yg ada di dalamnya paku, buah keras dan kacang ijau (!). Tapi skng ada benda2 lain yg mula mengamuk kat umah mak sejak dia "berubat". aku sungguh tak sedap hati dan minta balik awal dari pejabat sebab nak terus pulang ke kampung.

Aku tiba dalam pukul 630ptg dan terus ke rumah CT, ambik dia dan anak2 terus ke umah mak. Sampai2 tengok mak dah pakai telekong nak solat maghrib. Mak terus peluk CT dan menangis dan kata "anak mak yg buat mak mcm ni...!" CT terkejut dan menangis sama dan kata "kenapa Mak??" sebab dia tak tau cerita... Mak dah cite serba sikit ngan aku masa aku tepon siang tadi...

Lepas solat kami 3 beranak, sorang menantu dan 2 cucu mak duduk berkumpul dan dengar mak cite dari apa yg ditenung oleh "org pandai" yg datang ke rumah mak untuk cuba menghalau benda2 mistik yang sedang menggangu kehidupan mak & makcik. telekkan2 tu menjurus kepada salah seorang menantu mak yg juga pandai dalam hal2 mistik pembomohan ni...katanya ada barang ditinggalkan di umah mak untuk amek duet mak & makcik! entahlah aku rasa marah jugak, tapi tak tahu ditujukan kepada siapa sebenarnya, kepada org yg ditelek atau kepada gangguan2 di umah mak tu..Kami merancang esok pagi kami nak pergi ke rumah "orang pandai @ bomoh" tu, saja2 nak dengar dari mulutnya apa yg diceritakan kepada emak...

Mak cite apa yg dia dengar dan apa yg dia nampak. Mak memang nampak stress dan suram. Ialah, tak boleh tidor mlm... baru nak lelap mata dan macam2 bunyi kedengaran yg menimbulkan rasa ketakutan, tentulah kan... mak tinggal sorang2 kat umah atas tu...makcik lak tido kat dapo..bila tak cukup tido mlm, kepala jadi pening...macam gemeng je gitu... dalam kol 830 kami ajak mak kuar makan sambil amek angin segar kat tepi tanjung...sorang anak CT, Ana tak nak ikut, nak tinggl ngan Makcik sbb nak tengok TV cite katun.

Sedang menunggu pesanan, Ana tepon CT menangis2 soh kami balik sebab dia takut...CT pun angin ler sebab Ana tak mau ikut tadi. Tak lama lps tu Ana tepon aku pulak merayu2 soh balik cepat-cepat..mujurlah memang dah siap makan dan dah nak gerak pulang dah. Sampai balik Ana kata dia takut sebab tiba2 ikan betuk yg mak bela (ikan puyu) menerjah2 balang dan jadi tak keruan! Ikan tu memang akan buat riaksi cam tu klu ada sesuatu yg menganggunya. Mak kata beberapa mlm lepas, ikan tu sampai tercampak keluar dari balang!! Entahlah...? Malam tu dlm kol 10 aku dah belayar tidor, kepenatan. Mak pun sama..mlm tu dia boleh tido lena sebab dia tau ada orang ramai dikelilingnya. B dan budak2 yg lain tu aku rasa tido dlm kol 2am cam tu. Kami tak dengar apa2 pun sepanjang mlm..

Esok pagi Makcik tanya kami tak dengar apa2 ker sebab dia kata kat dapo macam2 bunyi ada..kami kata tak ada dengar apa2 pun. Lepas sarapan, kami kuar untuk ke rumah yg dituju, di Gersik. Sempatlah berendam kaki di kolam air panas sekejap. memanglah panas, rasa cam nak masak kaki2 kami!

Org yg kami jumpa tu, perempuan, muda orangnya.. awal 30an...hmmm..muda2 dah dapat ilmu perbomohan. kami pun mendengar apa2 yg diceritakannya... memang ada yg berkaitan dan ada yg memusykilkan. Aku tengok dia teringat lah kat bini abang aku tu..serupa jer cara diorg nie.. Dia ni adalah org kedua yg mak jumpa selepas the 1st one ari tu.. Yg pertama tu kata Mak ialah Ustaz,ngan anak2 muridnya. berapi2 dapo umah mak masa Ustaz dan anak2 muridnya azan dan bersolat dlm umah mak; tapi masih tak ada kesudahannya.. sebab tu mak dijumpakan plk ngan "org pandai @ bomoh" kedua ni.. lepas dah puas hati menyoal itu ini, kami pun berangkat pulang. Dah dekat kol 1 tnghari masa kami sampai di Parit Jawa...so kami pun singgah lunch kat medan selera asam pedas kat sana... tak ada apa special sangat pun..sedap lagi mak masak!

Malam tu kat umah mak, aku tido awal...tapi terbangun smula dlm kol 12.. tengok mak dah tido..B ngan laptop, bdk2 tu riuh main ntah apa2. aku pun layan tengok TV ntah cite apa2. bila dah kol 1 aku soh budak2 tu tido... B masih layan imternet, sambil kata dia sakit perot nak melabur... tetiba aku terdengar bunyi2 kat belakang dinding tempat aku baring tu..bunyi mengarit2 tak henti2... pelik aku, aku tekapkan telinga ke dinding kot2 ada dengar bunyi2 lain ker, tapi tak ada lak... and bunyi tu berterusan tak henti2... B tengok aku dan aku tanya dia dengar tak? dia anguk2.. lama2 aku pun wat tak kisah jer lah. bunyilah suka ati kau. B bangkit g toilet. Sejap pas tu aku nampak B dan dia buat isyarat tunjuk ke telinganya...pas tu dia duduk smula depan TV dan kata tak boleh melabur sebab ada bunyi2 yg menakutkan masa dia dlm toilet...aku pun dah terdiam tak kata apa.

tak lama lepas tu tiba2 umah mak macam dilanda angin ribut, bunyi seperti zink di ketuk2 macam nak tercabut! bunyi datang dari arah depan membawa ke dapur umah! lepas tu diikuti bunyi macam beberapa orang belari2 atas siling umah! Isshh!! aku kata, "Ujan!? nak ribut ni!" lepas tu suasana sepi tiba2...tak ada tanda2 angin atau ujan. Aku dan B terdiam... org2 lain semua dah tido tak sedar. lps few minutes, kejadian yg sama berulang lagi... aku kata kat B...in English! I don't think it is going to rain.. B pun paham maksud aku. Masa tu, aku terpikir dan barulah aku boleh merasa perasaan mak... memanglah takut kalau mak dengar benda2 mcm ni tengah2 malam... dan dia sorang2 diri pulak.. aku rasa teramat2 kesian kat dia. Aku ngan B pon pas tu bila rasa nak pegi toilet masok sama2.. memang aku tak sanggup kalau kena duduk sorang2 kat umah mak dlm keadaan begini. Kesiannya Mak..

Aku kena balik Ahad sebab Isnin ni dah keje.. aku tepon CT dan g tau kat dia apa yg kami alami mlm tadi dan minta tolong dia dan lakinya buat sesuatu untuk amankan umah mak. Sebelum kami balik CT kata dia akan bawak mak pegi mecari penawar di Bkt Tereh.. penat aku dengar.. bila lah nak berakhir kisah ni.. kalau betul lah menantu mak tu berniat jahat dan sungguhlah hitam hatinya, dialah bomoh pencuri tu.. tapi kenapa mak yg ditujunya? Aku sendiri tak pasti apa yg nak kupercaya atau tidak. Cuma aku doakan semoga Allah lindungi ibuku dari niat buruk dan hasad mereka2 yang dengki dan dari gangguan syaitan yg dilaknati. Amin

October 15, 2009

*Invoice

Hmmm....aku pun tak tahu cemana aku boleh terjebak dalam kemelut nak dapatkan payment dari owner nih...! tapi nampaknya aku pulak tetiba jadi orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan tu. puncanya dari attend meeting ngan owner; spt biasa last sekali bila tiba part "any other matter", plant manager tlh mengutarakan soalan tentang bila boleh settle the out standing payment yg berjuta tu.. kat sinilah tetiba2 suasana jadi hangat! dan aku tersepit antara org2 yg tengah baran tu... so untuk menenangkan suasana aku pon kata, aku akan cuba dapatkan apa2 dokumen yg korang nak tu! ialah nak claim juta2, kenalah kita mengikut jer apa jua kehendak orang yang nak membayar tu...(kehendaknya ialah dokumen2 sahaja yah!)

lepas meeting tu, aku pun berjumpa Finance Mgr aku dan kata kita kena bagi sume salinan2 bebenda yg depa nak tu! OK... FM pun soh staff dia buat. settle, tak susah pon. Esoknya aku pegi hantar dokumen2 tu kat owner nie! siap bawak invoice ngan date baru lgi, kot2 tetiba dia mintak resubmit! nasib baik, mmg betol dia mintak! so aku dah standby ada... bagi jer yg baru amek yg lama! ok, apa lagi yg ko nak?

Lepas seminggu, owner ni call lagi dan nak soh amend something kat invoice tu, aku pegi...sign & cop. harap2 pas ni tak lah call aku nak apa2 lagi. harapan tu...! aku pun dah macam lega sekejap. hmmm...ada lagi rupenya! ada pulak dokumen lain yg dia mahu...tak per, aku cuba carikan jugak! ini final katanya, ialah kami nak bayar bukan sikit ni, kenalah cukup lengkap semuanya. memang lah begitu. tapi yg aku tak paham, kenapa kena mintak sikit2! hari tu lain kehendaknya, minggu lepas ada menda lain lagi. hari ni, nak kan dokumen tambahan lagi... sume2 tu, aku yg kena masuk mengadap! macam tak kena ler... aku procurement, patutnya berurusan pasal quotation & PO jer lah... bukannya ngan invoice to owner! sabar jer lah..!! demi menjamin kerjayaku, kuturutkan jua...

semasa entry ini kutulis, aku sedang menunggu Plant Manager memberi satu lagi dokumen yg diperlukan oleh pihak owner... sabar, sabar.. tak per, kerap lah aku exercise ; wat brisk walk dari opis ke tower pegi balik. think positive lah... dapat duet tu nanti, bukan company orang lain... company tempat aku keje gak.....!! heheh!!

October 13, 2009

*Teringat

dua tiga hari ni aku teringatkan sahabat lama, Olley...Tadi ada masa sket ingat nak kol dia, tapi cari2 no teponnya dah tak ada dlm hphone! adusss... entahlah macamana boleh terdelete agaknya? ni mesti masa aku tukar2 sim card samsung masok blberry, blberry masok samsung, pas tu bila switch balik asal, ada yg kehilangan! nombor mak sedaraku yg sorang tu pon leh ilang!! nasib baik lah kak uda ada kol, boleh lah tanya no datin tu... klu tak, menjajau gak nak g cari.

cuba2 gak cari olley kat face book... tapi jumpe olley lain... aku harap minah tu pun terasa yg aku tercari2 dia, harap2 dia ada nombor aku dan akan menghubungi aku untuk bertukar2 khabar berita. banyak kisah suka duka yg kami share bersama, tapi itulah...tak tau cemana dah nak cari dah. lepas ni, aku nak catit sume nombor dalam buku...

minggu depan ni ada beberapa jemputan rumah terbuka, tapi hati berat teringatkan mak di kampong... tengoklah gerak hati nanti, ke mana endingnya aku!

October 9, 2009

*Bomoh Pencuri Bab 2

Selepas aku soh adikku CT g bawak mak wat report polis, aku pun rasa lega lah kejap. Kejap jer! Esoknya CT msg dan kata duet makcik ilang lagi...so aku tanya plk, nak hilang emendanya, kan dah licin semuanya? adikku pon story..ptg smlm ada 2 org saudara rapat datang berhari raya, dan sebelum pulang berilah makcik duet raya sorang RM20. makcik pun spt biasa simpan lah kat mana tmpt dia biasa simpan... esok pagi setelah solat subuh dia ingat nak amek duit n nak alih tempat simpan, tup2 tengok dah yelekkk! cemana tu...? aku kol CT dan soh dia pasang kunci selak kat dapo umah mak, sbb skng ni umah mak tu pakai kunci pintu dan kunci grill besar yg main cucuk jer tu...kunci pintu & kunci grill nampak sama jer. senang sngt org nak cucuk masok.

lepas tu, aku tepon mak dan tanya betol ker duet makcik ilang lagi, dan mak kata betol..tapi duet mak tak ilang. Aku kata kat mak aku dah soh CT pasang kunci selak kat pintu dapo umah mak. pas ni kena tunggu dan lihat kalu duet kena curi lagi. mak kata malam tu dia cam ada dengar bunyi2 krusi bergerak kat dapo, dia pon kata, tok bomoh tu kata momok hitam tu memang jaga kawasan dapo tu.. what the XXXX ? tak pasal2 mengarut2 nak menakutkan mak aku! aku geram betol ngan adik aku yg lelaki tu yg bodoh2 pegi panggil bomoh tu ke umah mak aku! secara logiknyalah.. kalau ada org kata umah ko berhantu sbb dia nampak ada kelibat mengerikan duduk depan pintu, sudah tentu lah perasaan takut akan timbul! lebih2 lagi bila dah mlm dan sunyi sepi lak tu...

aku nasihat kat mak pelan2. aku kata, mak...kita tak blh pecaya pd khurafat2 ni sume, menda2 halus ni memang ada, tapi dia bukan dlm bentuk jasad... dia roh aja... so mana ada kederat dia nak tolak2 kusi n geledah tempat makcik cari duet? mak kata, ada momok toyol tak? aku kata lagi, mak ada penah dengar tak jiran2 kita heboh bercerita pasal duet mereka ilang? kebetulan ramai jiran2 mak aku pun ibu2 tunggal kematian suami jugak. mak kata tak ada! haaa... kalau toyol tentu dia mengamuk satu kampong, ramai jiran2 yg banyak duet duduk keliling umah mak, tapi kenapa dia amek duet makcik jer? nape kat dapo umah mak jer? kita bukan kaya...umah kayu jer!

ini mesti keje orang mak! sebab dia tau makcik tu tak upaya, perjalanan dia dari katil ke bilik air pun ambil masa 10 minit, tu belum kira masa dlm bilik air klu makcik mandi lagi! sempat sangat dia nak buat kerja2 jahat tu. bila mak pecaya apa yg bomoh tu kata, senang hatilah sesiapa yg membuat angkara tu... sebab bila2 barang2 mak ilang lagi, dengan senang hati boleh kata.."ishhkk! ishkkk!! momok itam mencuri lagi...apa dapat kita buat...benda tak nampak..!" senang betol boleh lepas!

puaslah aku memberi nasihat dan andaian2 pada mak. iyalah...memang senang aku berkata, tapi aku kat kl..mak kat kg jauh nu...tapi aku harap mak boleh terima logik2 yg aku cakap kat dia supaya dia tak pecaya telahan2 bomoh tu. buat masa ni, aku banyak bergantung kepada CT supaya menengok2 mak dan cepat2 pasang selak kat pintu dapo umah mak tu. aku tak harap sangat adik lelaki ku yg duduk dekat belakang umah mak tu...dia bukan lekat di rumah. so buat masa ni, belumlah ada kesudahan tentang apa yg akan berlaku lagi.. aku berdoa supaya mak & makcik aku selamat dan kuat imannya. tengoklah seminggu dua ni, lepas2 raya ni aku nak balik kampung jenguk2 mak lagi.

itulah bila difikir2kan... anak2 pompuanlah jugak yg lebih mengambil berat tentang mak.. aku ni tak taulah cemana bila tua2 nanti..

October 8, 2009

*Bomoh Pencuri

adalah satu kisah yang berlaku di zaman serba moden ini. ini kisah makku di kampong. sebelom raya ari tu adik pompuan ku CT ada bercerita tentang mak & makcik kehilangan duet beratos hingget. Duet diaorg ni disimpan di celah2 lemari & bawah kain baju. betolll! lepas abah meninggal, mak tinggal kat umah berdua jer ngan makcik (adik mak). makcik ni kurang upaya sket, sebab kaki dia mcm pendek sebelah sebab kena sakit polio masa umur belasan tahun dulu dan tak mendapat rawatan yg sempurna. dari demam tarik yg tak kebah2 akhirnya badannya mengecik dan kaki dia tak boleh berjalan sempurna dan hasilnya ialah inferiority complex. so makcik mmg duduk dlm umah jer lah...

memula mak suspek salah sorang cucunya yg suka lepak n meleset2 kat umah mak yg buat kerja mencuri duet tu. so mulalah mak bagi nasihat dan meminta supaya dipulangkan mana2 belen duet yg belom belanja tu... sbb mak nampak cucu ni tetiba mewah plk membeli barang2 mainan dan makanan sedangkan kalau dilihat pada keadaan biasa memanglah kurang mampu dia nak membeli-belah cam tu.tapi cucu ni tak mengaku dan kata dia tak buat, sume barang2 yg dia dapat adalah dari abangnya...yang masih menunggu panggilan menyambung pelajaran ke mana2. paling2 bila didesak2 selalu, dia menangis dan tak datang lagi umah mak.

masa balik raya baru ni, cucu mak ni pelan2, malu2 datang semula ke umah mak..., ialah umah dia belakang umah mak jer! lagipun seronok la kan ramai2 berhimpun makan2 n tengok tv. bila disoal siasat dia tetap tidak mengaku buat kerja2 curian ni.. so kita pun close the case... ialah, selagi tak nampak tak boleh nak tuduh dia, lagi pun tak ada bukti. kita kira duet yg hilang tu dah bukan rezeki mak & makcik.sebelum balik kl ari tu, aku adalah bagi duit bulanan dan raya kat mak & bagi gak kat makcik dan pesan sungguh2 kat depa soh simpan n jaga duet2 raya pemberian org elok2.

Selang dua tiga ari aku kat umah, CT tepon lagi dan kata makcik ilang duet lagi dan kali ni, sekeping gelang emas peninggalan arwah atokmak pun kena kebas sama! naik ler darah aku dengar. tapi duet mak masih selamat. aku kata kat adik aku tu, ini bukan keje budak2 sbb budak2 tak tau appreciate barang kemas, kalau dia amek pun nak buat apa, bukan dia minat nak pakai pon. Aku rasa ini mesti keje org tua ni. So licinlah duit raya yg org2 sedekah kat makcik... dahlah dia cam tu... tegamak lak si pencuri bedebah ni sapu licin duet n gelang makcik!

Hmmmh! mak bisinglah dan tanya lagi kat cucunya tu kalau2 betul dia ada amek harta benda makcik tu dan tentulah jawapnya tidak.. So bapaknya pun kata tak per, dia panggil pawang nak tengok apa benda yg buat kacau kat umah mak!

Petang tu si pawang ni datang umah mak dan apa katanya ? kat umah mak ada hantu raya, momok itam! momok itam tu lah yg buat keje2 tu... dia ada berlegar2 kat dapo umah mak. mak aku tak takut ke pulak dengar cite2 cam tu yg kat umah dia ada hantu? tentulah dia jadi tak senang duduk! Makcik pulak mmg port dia kat dapo, so makcik lah target utama momok itam ni. aku dengar cite ni dari adik akulah... temperature aku pun naik tinggi dengar cite2 macam ni. Aku tepon mak dan cakap ngan mak jngan pecaya menda2 cam tu. mana hantu guna duet? hantu tak pakai gelang. hantu nak beli apa ngan duet tu? dia tak payah beli makanan, baju ker, rokok ke, tiket bas ke apa ke. ni mesti keje orang ni, aku kata.

aku soh CT bawak emak gi wat repot polis, so sesiapa yg buat benda2 tak elok tu dia akan rasa risaulah. kalau tak sampai bila2 pun asal mak aku hilang barang jer nanti kata nak wat cemana, momok itam yg amek... sakit betol ati aku.

bersambung....