May 18, 2010

*hello, hai! bye-bye!!

last week... kat opis ada auditor datang visit, buat apa lagi, buat auditlah! punyalah banyak songeh, tak larat aku nak layan, boleh naik my blood pressure ni! sorry to say lah kan...tapi agaknya siapalah yg suka melayan auditor ni? on the 2nd day, pagi2 lagi aku mula buat planning nak kuar awal for lunch. Diam2 aku contact sorang kawan lama, ros yg sama2 satu ketika dulu keje kat x-company... tanya dia free tak nak layan aku g lunch, nasib dia kata okeh! Legaaa...

Kol 12 aku cabut kuar, kami janji lunch kat Burger King. sampai2 member dah siap sedia menunggu. ros soh aku g book meja sebab pastinya kalau kami dua2 Q, by the time dapat makanan takut tak ada tempat duduk plk. so aku pun pegi mencari lokasi yg sesuai utk kami bergebang sambil makan nanti.
Dlm aku dok tunggu ros ni, ada sorang mamat ni mundar-mandir depan meja tempat aku duduk sambil sembang2 di handphone dia. Sudah tu, dia tiba2 tegur aku dan tanya, ada BK lain ke kat area sini? aku jawab tak ada, inilah saja tempatnya. pas dia kata, saya tengah tunggu kawan saya, dia soh tunggu kat BK, saya takut salah lokasi. aku jawab tak lah, tak ada BK lain lagi kat sini. pas tu dia mula wat sessi suai kenal ngan aku! haha!
"U sorang jer ker?"
"tak, sya tunggu kawan tu..dia tengah order burger"
"lelaki perempuan?"
"perempuan"
"ohh...saya duduk kejap boleh?"
"hmm...ok!"
"saya Z, doc kat HKL, baru jer pindah dari GH Ipoh".
"ok, hai!"
"u keje kat mana?"
"dekat2 sini jer!"
"duduk mana?"
"Cheras"
"Husband?"
"Cheras la jugak!" haha nak tergelak aku!
"saya dah lama keje, dkt 15 tahun..bila dpt offer baik kat HKL, saya terima jerlah!"
"lama tu..."
"lama, saya pun dah 46 tahun, u berapa umur?"
"adalah dekat2 40!"
haiyoooo!! ini orang biar betul....mau tumpang tunggu jer,teros nak get personal? Sampai gaji dia kat GH Ipoh pun nak cite ngan aku?? nasib baik jap tu si ros ni sampai, terus duduk... and nasib baik jugak, kawan dia pun tak lama pas tu sampai dan si mamat ni minta diri and sebelom blah, siap bersalam and bagi no tepon dia lagi! hadoiiii....!!

balik ke opis dlm kol 2, aku siap2 nak solat zuhur dlu..biasalah solat dlm bilik aku jer. aku turunkan blind n nak amek telekong bila tiba2 si minah auditor ni ketuk2 pintu, "are u going out?" dan bila aku jawab tak dia terus kuarkan buku catatan dan dan kata "i need to clarify few more things!" "ok!" aku berdiri jer kat pintu, tak invite dia masuk pun! benda2 yg dia tanya tu, benda yg sama yg aku explain the day before! mana tak angin aku! aku lebih rela buat clarification later in paper rather have to explain to her on the whole scope again & again. selepas beberapa minit, dia pun kata "ok, thank you, i might be seeing u again later today!"
dlm hati aku berkata, ohh!! nasib baik aku ada meeting kol 330 kat KLCC ptg nanti... byee auditor!

May 17, 2010

Selamat Hari Ibu / Guru

16 may 2010 - Hari Guru. Yang paling aku ingat ialah Ms Anne Lau, guru yg mengajarku mata pelajaran Seni semasa di SMSAB. Yang paling kuingat,pandangannya tentang seni itu adalah: "Satu Kenikmatan Rasa Indah". Heaaa....
Tak tau kenapa tapi dia adalah my favourite teacher. Ms Anne Lau adalah seorang penganut kristian, tetapi ada satu pesanannya yg amat berkesan di hatiku "you know, we can say our prayer at any time. God will listen." Tetiba baru aku terrealised that she's right. Pada zaman2 naive dulu, selalu terfikir kalau nak berdoa hanyalah lepas solat sahaja. Tapi lepas tu, dan sehingga sekarang, aku sentiasa berdoa kepada Allah, pada bila2 masa jua. Aku tak tahu di mana Ms Anne Lau sekarang... cuma doaku dia berada di dalam kesejahteraan selalu. Selamat Hari Guru buat guru2 semua.

Semasa hari ibu yg lalu, anakku diam2 telah
meninggalkan bungkusan hadiah
ni di dalam kereta! Bila sampai
kat parking office dan dan masa nak ambil hand bag baru
terperasan ada satu beg kecil di kerusi penumpang! hehe!! Thanks Sayang!

May 3, 2010

*Gula Tak Ada...

Hujung minggu aku berada di kampung, pulang melawat mak, adik, mak n anak2 sedara.kali ni pulak,ramai yg ikut kami pulang, so meriah dan riuhlah rumah mak. Yang paling best sekali, dapat pulak makan durian dari pokok kat depan rumah yg "baru je belajar gugur", kata mak! pehh! sedap giler !!

Sabtu tu, kami menurut kehendak kanak2 yg ramai untuk pergi bermain air di water world BP... so berduyun2lah kami ke sana. Mak siapkan nasi lemak n aku buat sambal udang n goreng ayam. Semua2 ni nak kena seludup masuk ke WW... maklumlah makanan kat sana dah lah costly... tak sedap lap tu... hehe!! alaaa... apa2 pun memang puas lah makan makanan yg disediakan sendiri n savinglah. Puas hatilah bebudak tu semua dapat bermain dan bermandi manda kat sana.

Balik di rumah mak, aku kuar bawak mak berbelanja barang2 keperluannya di kedai yg biasa kami kunjungi. Mak dapat cari semua barang2 yg diperlukannya, kecuali gula pasir. "Gula tak ada" kata perempuan pembantu kedai tu. "Haa?? tak ada?" tanyaku semula. Dia hanya menggelengkan kepala. Lepas siap membayar harga barang2 mak, aku cakap kat mak, gula bukan tak ada, tapi mereka tak nak jual. sebabnya senang jer... nak sorok lah tu... lepas tu senang sket nak jual ngan rega yg lebih tinggi.

sebelum bergerak pulang ke KL pagi hari minggu, aku berpesan ngan adikku CT, "tolong carikan gula untuk mak, kedai depan Ismail School tu tak jual, dah habis!" jawab CT... "kalau awak nak tau, kat sini semua kedai dah abis stok gula!" Boleh ke jadi cam tu? Cehh!! bosan betul ngan kerenah peniaga nie.