April 30, 2010

*Selamat Hari Pekerja

Esok, Sabtu 1 May 2010 ialah Hari Pekerja Sedunia. Kalau di tempat kerja lama, setiap cuti umum yg jatuh pada hari Sabtu akan diganti dengan hari Jumaat. Maknanya, kawan2 aku di company Datok K tu sumenya masih berselimut lagi masa ni... ciss!!cemburunyer!! Tapi biasalah, lain tempat lain polisinya! Tapi..kebanyakannya memang akan dapat cuti..huuhuu...

I am late than my usual time today sebab i kuar lambat dari umah and sampai2 kat parking hujan pulak... so i lazy2 dok dengar radio ngan lela sampai kol 745. Then pegi bank amek duet nak bayar bank along tu, and pegi beli sarapan. Sampai2 kat office the HR Mgr dah ada (biasanya i am the first one to arrive) and dia kata "Semalam Boss dah bagi green light, hari ni boleh balik half day!"

Yahooooooo!!!! Selamat hari Pekerja!

April 28, 2010

*Getaway Plan

Belek2 calender ternampak ada Cuti Hari Wesak hujung bulan Mei ni, falls on Friday. Hmm.. menarik jugak tu kalau dapat pergi berjalan2. Then i thought, it would be nice to drive down leisurely to Cherating... I called RD and told her about the plan for a holiday in Cherating end May 2010; and she’s happy and willing to check around for the suitable resort accommodation near Cherating. I remember the last visit we stayed at the very nice Tanjung Inn and maybe we can stay there again, but unfortunately the place already fully-booked for that long week-end. Sedih.

RD then checked the Cherating Bay Resort and lucky me, there’s still rooms available. So i quickly called and made the booking for 2 nights stay. Later in the afternoon i submitted my leave application form...

Holiday in Cherating, something to look forward to....!!

April 27, 2010

*I like..!!

Published: Ahad April 25, 2010 MYT 10:27:00 PM
Kenapa Tidak Boleh Jadi Seorang Yang Budiman!
Oleh ROZAID A. RAHMAN

KINI semuanya telah terjawab. MIC berjaya mengembalikan maruahnya di Hulu Selangor dengan kemenangan P. Kamalanathan dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada pilihan raya 2008 yang dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu.
Kemenangan itu juga dengan jelas sekali menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah membuat pilihan yang tepat dengan mempertaruhkan nyawa mereka di tangan seorang muka baru yang masih belum tercalar balar dalam mana-mana pertarungan politik.

Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang sepanjang kempen pilihan raya kecil ini diselubungi dengan pelbagai persoalan dan isu peribadi khabarnya siang-siang lagi telah memberi indikasi yang seandainya beliau tewas, ia adalah kerana pada pandangan beliau, pilihan raya kecil ini berlangsung atas landasan yang tidak adil. Zaid berkata, beliau mendapat sokongan padu daripada masyarakat Hulu Selangor,tetapi mempertikaikan sama ada mereka (para pengundi) telah diberi peluang untuk mengundi.
"Kita yakin kita akan mendapat sokongan daripada rakyat tetapi soalannya ialah sama ada mereka dapat menyatakan sokongan mereka menerusi undi atau tidak. Ini kerana lokasi mereka telah berubah.Inilah masalah yang kita sedang hadapi walaupun semua kaum sama ada Melayu, Cina atau India menyokong kita," kata Zaid kepada pemberita ketika berhenti makan tengah hari pada hari mengundi.

Dan dalam nada yang sinis Zaid menambah kata, adalah penting untuk menjadi realistik.
Realitinya, ayat Zaid yang terakhir itulah - "realistik" - yang merupakan hakikat sebenar. PKR dan barisan pembangkang telah dapat menghidu kekalahan mereka menjelang tengah hari mengundi. Ini adalah satu realiti yang pahit untuk ditelan.

Tetapi masalah dengan barisan pembangkang ialah mereka mempunyai satu penyakit - iaitu penyakit suka mencari alasan apabila terasa hendak tewas atau apabila tewas.
Alasan yang paling popular ialah pertama, berlaku penipuan dan kedua ialah pilihan raya yang berlangsung tidak adil. Ironiknya pula, apabila menang, kesemua alasan ini tidak langsung timbul malah tak kedengaran mereka berkata berlakunya ketidakadilan dan juga penipuan dalam pilihan raya.Ini ternyata benar apabila Pakatan Rakyat menyapu bersih lima negeri dan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kedudukan Barisan di Dewan Rakyat. Pada masa itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba menjadi adil seadil-adilnya.Tidak pula kedengaran SPR tidak adil dan adanya berlaku penipuan dalam proses berkempen dan mengundi. Lucu bukan!Tidak bolehkah mereka ini belajar menjadi gentleman sikit. Tidak bolehkah apabila kalah belajar menerima kekalahan itu dengan dada yang lapang dan niat sangka yang baik.

Kenapa dalam lima lagi pilihan raya kecil yang terdahulu yang dimenangi oleh mereka, isu seperti ini tidak langsung berbangkit? Sebaliknya diraikan dengan penuh kegembiraan dan senang hati.Adalah amat malang sekali apabila seorang lelaki budiman seperti Zaid apabila terasa tidak boleh makan cekak, siang-siang lagi cuba memberi indikasi yang pilihan raya kecil ini tidak akan menjadi pilihan raya yang adil.

Jadi tolonglah, kalau dah terasa hendak kalah atau apabila dah kalah, terimalah ia dengan baik. Tak perlu diciptakan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan kekalahan itu. Jadilah seorang gentleman iaitu seorang yang budiman!


ada mata pandang.... ada otak fikir....

April 26, 2010

*Sabun Tahan Ngantuk...

Letely ni, aku kerapkali terbaca iklan di suratkhabar tentang "sabun tahan mengantuk" ni. habis tu, kalau dah asyik terbaca ikan yg berulang2 nie... mulalah terdetik di minda untuk mencubanya. Bukan apa.. kadang2 tu, adakalanya timbul jugak perasaan ingin tahu betul ker mujarab sabun ni menghalang dari rasa mengantuk.

Kalau di office, bila kita rasa macam nak lalok jer... ubatnya senang sangat, buat secawan nescafe panas! that will do the trick!

Malam semalam, aku ke kedai membeli roti, hubby pula ke kedai stationery di sebelah kedai runcit tu and it so happened that adalah sabun tahan mengantuk ni dijual di kedai stationery tu! so, kami pun dengan perasaan ingin mencuba telah membeli seketul sabun tu... kecik jer, macam sabun free kat hotel tu. reganya RM10.00.
Cara pakainya : sapukan sabun di muka dan di tangan dan biarkan selama 2 minit dan basuh.

Pagi tadi aku pun nak cubalah..Isshhhhh... sabun tu warnanya hitam macam arang, so buih2nya pun hitam lah.... kansel nak guna di muka! hehe!! takutla gak nanti mukaku pelan2 menjadi lebam pulak! so aku cuma gosokkan di kedua2 tangan jer... tengoklah kalau2 ada kejadian mengantuk hari ni! hehehe!!

April 22, 2010

*TAHNIAH! Anda Menang!!

"TAHNIAH" No SIMcard anda Menang PROMOSI (RM 10,000.00) dr "POWER ROOT". No Seri F2E 547C. Sila Call Office. 012 814 6244 ISK.....

Wahhhh!!! kalau betol aku menang tentulah dah terlompat-lompat gumbira! Tapi.. tak semestinya semua orang boleh terpedaya dengan skim2 penipuan cam ni.... macamana no SIM card aku boleh diketahui mamat nie? Msg tu dihantar ke no private aku yg hanya diketahui oleh anak2& hubby shj...and yg paling pelik sekali, aku tak pernah pun isi borang power root nie... tetiba jer boleh menang. tak pelik ker?

hmmm.... macam2 cara penipuan org yg nak cepat kaya sekarang nie. kalau nak kaya tu berusahalah bersungguh dengan kudrat, ilmu yg baik dan akal fikiran. janganlah asyik nak senang atas usaha menipu titik peluh orang.... walaupun memang tak dinafikan, masih ramai yang terpercaya akan penipuan sebegini. malang sekali.

April 13, 2010

*Pembuat Kunci

Somewhere kat area umah kami tu ada satu “parked van” penjual / pembuat kunci yg beroperasi 24 jam sehari. Sewaktu terdesak, kami pernah juga mendapat khidmatnya and we have to pay for the price sebab dia beroperasi macam 711.. around the clock.
Satu hari tu, kami passed by the van on our way to Giant Connaught and tengok Van tu tutop pulak, maknanya tak ada urusniaga yg berlaku di stu pada waktu itu, tetapi di tepi cermin van tu ada terpampang nombor handphone dalam ukuran yg besar. Hubby kata, ohh..semalaman malam tadi dia kerja tu, hari ni lepak kat umah jer.

aku kata agaknya kalau kita terkunci dari luar rumah dan lupa bawak kunci, bolehlah call apek tu soh datang anytime to help us out. Cemana lak dia boleh pasti itu betul rumah kita or not?

Kot-kot one time dalam kol 4 pagi ada org call taukeh kunci soh datang kat umah sebab si mamat ni kata dia baru balik dari clubbing dan terhilang kunci dan tak boleh masuk rumah. “eh.. lu datang diam2 tau, jangan buat bising, nanti bapak wa sedar, mati wa kena pukul sebab balik rumah subuh2 ini macam” tokeh kunci kata, “oklah! oklah…!” dan terus buat kerja dia sambil mamat ni tolong suluh pintu umah ngan torchlight . Siap kerja, amek upah midnight double charge dan pelan-pelan beredar dari situ. kesian gak kalau kot2 betol bapak dia tersedar nanti, serious mamat ni kena belasah ngan bapak dia.

Esok pagi Tokeh kunci dengar berita ada sebuah rumah tidak jauh dari kejiranannya dipecah masuk pencuri dan penghuni tidak sedar tentang kecurian itu sehinggalah apabila mereka bangun pagi hendak pergi bekerja dan mendapati rumah bersepah dan barang2 berharga telah lesap. Mereka berasa pelik kerana tiada pula tanda2 pintu atau tingkap rumah mereka diumpil dari luar. polis menjangka kejadian ini didalangi orang yang pakar membuka kunci!

Terlopong apek tu kerana dia pasti, dialah yang menolong seorang pencuri memecah masuk rumah tersebut! Hmm...best gak wat cite nie!! Hehhh!

April 12, 2010

*Pameran Keranda


Adikku Cikebal dan kuarga datang makan malam di rumah kami hujung minggu sudah. Anak2 lelakinya nak tinggal dan bermalam di rumah kami. Jadi ada 4 orang budak lelaki yg hampir sebaya including our sons membuat rumah menjadi riuh dan happening sepanjang malam tu.

Hari minggu esoknya tu, kami membuat rancangan hendak pergi melawat muzium yg sedang mengadakan pameran keranda.Cuaca panas terik semasa kami pergi ke muzium, dan memang bestlah berada kat dalam muzium yg sejuk dan nyaman tu. Tiket masuk adalah RM 2.00 seorang. Ramailah jugak orang yang beratur nak tengok keranda2 dalam muzium tu… termasuklah kamik! Hehe!!

macam2 jenis keranda dan cara pengkebumian ada ditunjukkan. Ada yang dikebumi di bawah timbunan batu-batan & simen-simen, ada ditimbun sekali pinggan mangkuk kat atas kubur, and yang dilekatkan di dinding2 gunung, and ada juga mayat dikebumi di dalam sarang di atas pokok! Pendek kata macam2 caralah acara pengkebumian yag dapat dilihat di pameran tu. And finally there it was, the RM2mil golden casket. kalau umah rega 2 juta memanglah superb, mesti macam2 ada…. Tapi keranda 2juta… ukurannya same jer macam keranda2 lain, Cuma ianya adalah diperbuat dari emas sepenuhnya! Pastinya lepas keranda itu diisi tuannya nanti, keluarga harus mengaji seorang jaga dengan senapang patah seperti pak Guard yg menjaga bank untuk menghalang rompakan dari berlaku. Ishhhh!! Kalau dah kaya, mati pun kena pasang bodyguard.

Selesai urusan kami di muzium sekitar pukul 5ptg, kami menghala pula ke Bangsar Utama mencari makanan. Lama tak makan Nan & Tandori kat opis lama aku tu… 6 orang makan dan minum kat kedai mamak tu reganya RM64.00 ; mahallah tu…! Apa2pun tak kisahlah asal sume orang happy & kenyang! Selesai makan, cuaca mula mendung dan kami berlari ke kereta ketika hujan lebat mula turun! Malam tu selepas maghrib, kami beramai2 menaiki kereta hala ke kota damansara kerana budak2 tu perlu kami pulangkan kepada tuannya semula…

April 10, 2010

*Anjing K9

Malam tadi, aku tertengok rancangan Galeri Nasional at TV1. Tertengok kerana browsing channel sebab tak tau apa yg menarik kat TV masa tu. Antara intipati yg dipaparkan dalam Galeri Nasional tu adalah mengenai pasukan anjing2 polis Unit K9. Anjing2 polis ini dilatih untuk membantu mencegah jenayah, antaranya adalah mengesan senjata api dan dadah. Semasa dipaparkan sesi latihan, anjing2 yg berjaya dalam tugasannya mengesan bungkusan berisi dadah, akan diberi upah dalam bentuk makanan.
Aku kata “Wah seronoknya dia! Dapat kesan jer dapat upah makan!!”
Hubby menyampuk dari dalam bilik “ u tau tak apa dia bagi anjing tu makan?”
“what?” aku tanya.
“dadah!” said hubby, keluar dari bilik. Ketawa besar lah aku!
“that’s what my friend told me laa” he said with a straight face.
Iyelah tu…..??! heaaaa! aku kata kalaulah anjing2 tu diberi makan dadah, tentu anjing2 tu akan jadi lalok macam mat2 gian yg biasa kita tengok tu. And bayangkan bila anjing2 tu gian tak dapat bekalan dadah, mau “dikokangnya” polis penjaganya tu! Ishhhh!!! Menakutkann! Kesannya tentu lebih kurang macam mat2 gian yang mengganas hingga ke sanggup mencederakan orang lain bila tahap giannya tidak dapat dikekang. Aku kata kat hubby, karutlah kawan2 u tu. Habis tu, agak2nya anjing2 pengesan senjata api tu diupah makan apa lah pulak ek? Takkan makan peluru kot!! Heheh!!! And anjing yg mengesan VCD haram tu maybe dapat upah tengok VCD kalau berjaya mengesan produk tiruan tu!! Hahahahahah!!

April 9, 2010

*Sakit-sakit

Semalam waktu di pejabat aku rasa sakit dan pening kepala secara tiba2, dadaku berdebar2 dan berdegup kencang. Aku tertanya2 kenapa lak aku jadi cam ni. Then teringat aku baru lepas makan ubat high blood yg diberi doc 2 hari lepas. Semasa aku pergi berjumpa doc Selasa lepas, the reading was 175/95. the doc made me eat the medicine infront of her after i decline for injection. Masa tu kepala aku memang rasa spt diketuk2 dengan tukul dan lepas makan ubat tu aku memang rasa degupan jantungku menjadi lebih cepat dari biasa, tapi waktu tu aku tak kisah sangat sebab boleh terus pulang ke rumah dan tidur.

tapi semalam tu, aku betul2 takut kalau2 tekanan darahku naik lebih tinggi lagi dan paling aku takut kalau aku tiba2 rebah plk kat opis! so aku call hubby and told him that i need to go to the doc due to my condition. Hubby said he'll fetch me from office and later we went straight to the family clinic. According to doc it's the medicine that does not suit me and she gave me another type of medicine and requested me to come again tomorrow and day after for the next reading & monitoring.

Lepas settle di klinik, me n hubby pegi tapau nasi to have lunch at home. hubby pun terus kansel nak g opis and stay home with me. tengah makan lunch, tiba2 anakku lak sampai umah! rupa2nya dia pun tak sihat, demam masa di office, so doc bagi dia MC.

after lunch i immediately took my new medicine, then aku pun baring dan terlelap. memang bagus betul lepas makan terus tertido, tapi ubat tu kuat sungguh! tapi tak lama kemudian sayup2 aku dengar namaku dipanggil. terpisat2 aku bangun dan cari hubby..rupa2nya dia pulak sakit perut dlm bilik air... siap muntah lagi..! habis kuar apa yg dimakan lunch tadi. Ishhhh!! apa hal lah sume orang sakit ari nie...??

April 6, 2010

*Budak Kolej

Aku cuti semalam, Isnin. Daftar masuk anakku2 ke kolej Segi di Seri Kembangan. Kalau highway tak sesak, dalam 20 minit dah boleh sampai…. Tapi kalau jem lamalah nak menyampai ke sana tu…! Anakku2 minat hendak mengambil Diploma Pengurusan Hotel, ok..aku no hal, layan ajalah. Peluang di bidang “cuti2 malaysia” pun semakin berkembang sekarang nie.. yang aku mahu lihat nanti ialah dia berjaya mendapat segulung kertas yang akan menjadi lesen perjalanan kehidupannya kelak. Aku tak kan ada selama-lamanya untuk membantu mereka dalam kehidupan ini. Syukur Alhamdulillah, dua abangnya telah selamat menamatkan pengajian mereka dan telah pun bekerjaya di dalam bidang masing2.
Walaupun berdekatan dengan rumah, Anakku2 masih berminat hendak duduk di hostel yg disediakan pihak kolej. Aku cuma harap dia akan lebih kerap tidur di rumah daripada di hostel tu. Hatiku lebih senang bila semua anak2 berada di depan mata. Aku akan dan sedang menghargai masa-masa kini sebelum ia kelak menjadi masa lalu.

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.