July 30, 2010

*Kenduri Rumah Mak

esok 31 July mak buat kenduri di kampung. Mak biasanya akan buat kenduri arwah sebelum menyambut bulan Ramadhan. Aku sekeluarga akan balik kampung malam ni. Semalam petang balik dari pejabat aku dah terus ke workshop dan tukar 2 tayar belakang kereta. Bulan lepas aku dah tukar tayar depan. Rasa best sikit nak travel sebab sekarang keempat2 tayar dah baru, kecuali tayar spare. dan hmmmm....road tax masih belum kutampal dicermin kereta.

Dah order kuih dari Linda lama dulu utk bawak balik ke rumah mak, dia kata InsyaAllah sebelum maghrib boleh siap kukus! harap2 highway pun tak jem dan perjalanan akan lancar.

petang tadi aku ke pejabat owner di plant KLCC to discuss about work, dan to collect some P&C documents. Masa nak balik, ujan renyai2. mamat yg meeting ngan aku ni tolong aku carry kotak document ke kereta. Kete tak leh bukak pulak, sensor tak hidup! cuba2 tak jadi! adoiii..!! member tu suggest aku g tukar bateri kat Wisma Sentral depan office dia. nasib baik menjadi lepas tukar bateri! bayangkan kalau aku dalam perjalanan ke kampung dan berhenti di mana2 R&R memalam nanti, and bila nak balik tak leh buka pintu kete! ishhhk! ishhhkk! ishkkkkk!!
nasib baik betul, syukur kepada Allah!

July 29, 2010

*RX Lite

Dalam sibuk2 bekerja, sempat juga aku curi-curi masa dengan produk RX Lite ni. Seronok jugak buat part time business RX Lite ni! Disamping menjadi mengguna aku turut menjadi pengedar terutama kepada kawan2 dan jiran setaman! rasanya memang koko asli yang enak, dan mudah pula dibancuh! sedap...!! sebagai kaum hawa, biasalah pasti akan mencuba apa jua produk terbaru terutamanya berkenaan pelangsingan. tapi ada juga kaum adam yang membeli produk ini dariku. dan bila finally berjaya, tentu akan menjadi word of mouth! tapi tentulah kena cuba dulu, kalau tak cuba tak tahu!


thanx kak ezza!

*Cuci the Musical 2

i got two tickets to watch the Cuci the Musical 2 at Panggung Sari, Istana Negara! the ticket is complimentary from my CEO, so kena pergilah kan. Hehe... pada mula2nya sebelum keluar dari rumah around 745 malam semalam, aku dan hubby was thinking that maybe we will stay around for a while and then cabutlah halfway. sebabnya : kami memang tak minat cite2 musical ni, cakap2, nyanyi; cakap2, nyanyi; cakap2, nyanyi lagi....!

But, it was real fun, that we sticked to our seat throughout the show from 8.30 pm till 12.00 midnight. Tak terasa masa yang berlalu. Suka sangat tengok gabungan Afdlin, Awie, Nabil & Hans! memang mereka sangat hebat bersama. Kami ketawakan lawak mereka dan menangis atas kesedihan mereka! sungguh tak sangka aku boleh menangis tengok teater! Memang berkesan cerita mereka dan ada pengajaran tentang keakraban ikatan kekeluargaan.

Memanglah kisahnya tak lari seperti apa yang kita lihat dalam filem Cuci dulu, tapi apabila diangkat ke pentas, kelucuannya menjadi2 , dan lebih seronok apabila dapat melihat pelakon2 yang sungguhlah "real" berdiri di depan kita! Afdlin, Awie, Nabil & Hans memang giler!
Nabil so cute!

July 24, 2010

*Durian Kampong, Durian KL

Jumaat, selepas solat kami ber4 bertolak menaiki kereta ke Tronoh. Perjalanan amat membosankan. Perasaanku amatlah terseksa dan sungguh "hadooooo". Berbanyak2 sabar ajelah. Hampir 4 jam kemudian baru kami sampai ke destinasi. Tersemat di dalam hatiku, ini adalah car pool trip yang tak akan kuulangi lagi, ever.

Kedatangan ku ke Plant di Tronoh adalah atas menghormati undangan tuan plant dan juga to support the organization's activities. Selama ini telah banyak kegiatan2 syarikat yg tidak kusertai, jadi di kesempatan ini diharap aku dilihat sebagai salah seorang staff yang mengambil berat dan tidak akan dilabel sebagai "anti-sosial". Hmmmmmmhhh!

Makanan yg dihidangkan adalah selera kampung siap dengan ulam2an yang segar dan berkhasiat. Best sangat! Ditambah pula dengan buah2an kampung, manggis, langsat dan durian. Ada durian kampung dan ada durian "king" yang diimport dari KL.

Musang King telah didatangkan khas dari KL untuk dikongsi bersama2 dengan warga kerja di Tronoh. Pada mulanya expectation ku adalah amat tinggi bila dikatakan Musang King ini teramatlah lazat tiada tandingan! Sejujurnya, setelah mencuba, pada pandanganku durian kampong dari Perak yang kumakan adalah lebih lemak dan lazat berbanding dengan Musang King. Tak taulah apa istimewanya durian musang tu.. ianya sama rasa seperti durian tembaga, nama durian tersebut kalau di kampungku.Mungkin bagi orang2 bandar, lain pula pandangan mereka.

Satu perkara yang memang sungguh istimewa adalah kerana harganya : 20 biji musang king harga yang dibayar ialah RM2,000. tak kaya tokeh cina yg menjual dutian tu? orang2 kaya di bandar pasti lah akan mengaitkankan harga dengan rasa.

Kami bertolak pulang ke KL pada pukul 10 mlm dan aku sampai di rumah pada pukul 115 pagi, terus mandi, solat dan tidur. Sendi2 badanku terasa sakit2 dan amat tidak selesa hingga menganggu tidurku.

July 22, 2010

*keputusannya...?

semalam aku di plant KLCC sepanjang hari. meeting. semasa break lepas lunch lepak2 kejap ngan miss sal sambil tengok2 katalog avon, sudah lah terjebak pulak aku membuat pesanan membeli beberapa barangan dalaman...perempuan. hehe!

berbalik kepada kerja, aku rasa kena extendlah nampaknya tarikh tutup tender kali ni sebab semua contractor merayu lanjutan. Paling2 pun extension sehingga hari Isnin depan. Dalam pada itu, hatiku kini berbelah bahagi pula sama ada hendak hadir atau tidak ke majlis yang diadakan di UTP Jumaat nanti (esok). Mulanya aku telah mengatakan tidak dapat hadir kerana "will be on standby to accept tender submission", tapi oleh sebab dah tukar tarikhnya, macam kena pegi la pulak...

esok aku buat keputusan

July 16, 2010

*tuntutan kerja

lama tak update blog... kesuntukan masa mengejar dead line menyiapkan dokumen Tender. Banyak masaku minggu ni di habiskan di Plant KLIA. Perjalanan tidak sesak, tetapi jauh... dan banyak pula penggunaan minyak kereta, dan tol. terasa letihnya memandu pada jarak yang jauh begitu.

Kak Ezza RX Lite memberitahuku bahawa dia telah melekatkan namaku sebagai ejen di BTHO, dan semalam aku telah berjaya mendapat seorang pelanggan pertama yang membeli RX Lite, package percubaan dariku. Baik juga jika aku boleh menjadi agen yang lebih aktif lagi!

July 7, 2010

*Sahabat Lama

Baru2 ni aku post gambar2 lama sewktu zaman persekolahan di Face Book. Tertanya2 di mana teman2 ini berada sekarang. Sungguh terharu apabila gambar2 antik tersebut membawa kepada beberapa pertemuan semula dengan sahabat2 lama. meriah rasanya apabila ramai yg berkomunikasi bertanya khabar berita dan memberitahu perkembangan beberapa sahabat2 lama. Berita yang paling menyedihkan ialah tentang 2 sahabat yang dikhabarkan telah pun meninggal dunia, Che Chu dan Norita.

Harapanku selepas ini kami akan dapat membuat pertemuan semula dengan kawan-kawan sekolah tu. Mesti banyak cerita yang boleh kami kongsi nanti!