April 28, 2011

bye-bye, hi! hi!

syukur Alhamdulillah malam tadi aku telah mengambil kereta ku yg ke 4...WVF lela2 : sedih jugaklah meninggalkan lela kat PJ tu... ucapan terimakasihku atas sumbanganmu ketika berada bersama keluarga kami lebih kurang empat tahun tu.

semasa aku di US satu ketika dulu (urusan kerja), aku ada menaiki kereta toyota dgn mat salleh customer service manager ni. Dia bawak kete manual (mereka panggil "stick") yg katanya ditempah khas kerana kete tu actually semuanya versi automatik. and he got to wait beberapa bulan for the car company to produce the car per his requirement, of course he got to pay some price for that! the car is his present for himself on his 40th bday! (at that time ; but he doesn't look 40 at all!). mamat ni bawak kete boleh tahan Schumacher jugaklah. at one time bila dia manage to undertake one car at quite a speed, he pat the dashboard and said "good boy greenhorse!"
aku tanya kat dia, "greenhorse?"
dan dia jawab, "Yaa, that's his name!" kete dia warna hijau muda.
then dia cakap lagi kat aku "you should give your car a name you know, you have one back home?"
"yes, i got one red car, i suppose i could give her a name!"
"yaa, you can name it "red apple!"

so pulang dari san diego, aku terus memberi nama "woody" to my car : 1st WDY woody, 2nd WLH teja, 3rd WQG lela. aku juga mula merasakan setiap kenderaanku (from my own hard earned income) adalah sebahagian dari keluarga dan ialah juga yg bersamaku setiap kali membawaku keluar mencari rezeki saban hari. semangat kami sentiasa ada bersama. setiap kereta dan nama mereka ada ceritanya tersendiri....
welcome home lela2!

April 26, 2011

Corporate Lesson

i like this :

A little bird was flying south for the winter.
It was so cold, the bird froze and fell to the ground in a large field. While he lying there, a cow came by and dropped some dung on it. As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, it began to realise how warm it was. So he lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy.
A passing cat heard the bird singing and came to investigate. Following the sound, the cat discovered  the bird under the file of cow dung and dug him out and ate him!

The moral of the story :
- not everyone who drop shit on you is your enemy
- not everyone who gets you out of shit is your friend
- when you are in deep shit, keep your mouth shut





April 21, 2011

hilang di angin lalu

pagi tadi aku ada meeting dan urusan kerja di KLIA, so aku tak lah gerak kuar sesudah subuh macam hari2 biasa. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam suku cam tu. jauh tapi tak jem. kalau ke opis aku dekat je, tapi kalau silap masa keluar boleh mengambil masa lebih sejam nak sampai!

meeting pagi lewat sejam sebab taukeh2 besar aka owner lewat sampai coz mereka tersangkut urusan lain di PJ. sabarjerla... kreng jugaklah wakil contractor tu dok kejang dlm bilik meeting. aku lak dok dlm bilik operation manager sambil cite2 hal2 plant sambil minum kopi dan makan tempeyek. tak patut betul kan. heaaaaa!

yang paling aku tak suka tapi terpaksa buat ialah mengambil MOM. kadang2 boleh elak, tapi hari ni tuan haji sudah suruh aku amek minit. angguk aje lah. sebenarnya aku lebih suka mendengar dan participate masa meeting, akan lebih concentrate berbanding bila kena mendengar dan menulis pada masa yg sama.  untuk mengambil kerja mudah aku tape jer pakai BB aku tanpa pengetahuan diaorg. aku take notelah sikit2 jer ! ingat esok bolehlah aku dok siapkan MOM tu tanpa masalah. TAPI ada masalah besar, apa yg aku tape tu tadi aku lupe save!

MasyaAllahh......abih tu?  bakal jadi lintang pukanglah minit aku nanti ni...

April 20, 2011

sejarah tercipta

aku tersedar sewaktu hujan tiba2 turun dengan lebatnya sekitar pukul 5 pagi. sejuknya sampai ke tulang. malam tadinya aku ngan hubby ke petaling jaya selepas maghrib dan kami pulang ke rumah dalam pukul 1130 malam. sampai umah aku terus mandi manda dan selepas solat isyak tergolek kat depan tengok cite exorcist kat tv. dalam hati berkira2 jugak kalau aku tido lewat ni susah lah nak bangkit pagi esoknya.

memang pun aku terlewat bangun. lebih2 pulak hujan lebat dan aku mesti keluar rumah sebelum 630 pagi untuk mengelak dari melekat di atas jem jalan di cheras. cepat2 aku gosok gigi, wuduk dan solat. aku tak mandi. hahah! tak kisahlah, aku bukan ada aktiviti apa pun mlm tu, lepas mandi dah tergolek tido..so kira dah mandi in advance la tu! sungguh hari ni dalam sejarah! tak pernah kubuat sepanjang hayatku,pergi keje tak mandi. ini kali pertama! hihihi!

April 18, 2011

hari minggu yg seronok!

Hujung minggu baru2 ni tak ada apa nak buat. (sebenarnya, ada banyak kerja2 rumah yg belum dibuat tapi alasan nak menjengkit kan..) boleh pulak wat plan nak g jalan2 ngan hubby test drive kete! hahah!! memula kami g ke honda show room pasal nak tengok sangat insight hybrid yg glamour tu. masa sampai lak tu ujan, tapi the sight of insight membuatkan kami sangat teruja. pulak tu mamat salesman tu ok jer, tak kerek lah kan melayan kami berjalan2 di dalam hujan menaiki insight yg cun dan comel tu. sungguhlah menarik dan lancar pemanduannya. sangat ekonomikal kalau kita sanggup bersabar dan tahan haba sket... hehe! kalu nak tau lebih lanjut kena test sendiri!

tapi ada masalah sikit tentang delivery kata mat Anthony, salesman yg melayan kami tu. delivery tak pasti bila, sebab Jepun masih belum pulih dari bencana alam yg dialami baru2 ini. "so, kalau u minat u boleh booking sekarang dan Q, mayb dalam 3,4,5,6, bulan ada stok sampai! untuk booking cuma RM1,000 saja!" Si Tony ni siap calculate kan the monthly installment kalau kami betul2 nak beli kete tu. kos tu macam boleh layan lagi lah. part yg paling membuatkan kami terkejut badak ialah part rega bateri hybrid tu! kete ni ada 2 bateri, satu bateri biasa, satu bateri hybrid.  After 5 or 6 years, kena ganti bateri hybrid yg terletak kat dalam but kete tu, harga bateri tu sahaja around RM6k! hehehe!!!

The next model yg menjadi mangsa kami ialah Inspira! makk aiii!! cantik lah kete ni... bawak kete ni macam bawak kete F1 layaknya, gear kat tangan tu! klik! klik! sungguhlah amat  mengujakan! dalamnya luas dan kemas. sangat mantop gitu! 2 round kami lanyak, aku satu round, hubby satu round! hehe!!! gilak ah!

Dan yang paling tak sanggup, kami pergi jugak menjenguk Pirius yg amat canggih tu..... kalau aku tak payah duduk dalam rumah, aku suka kalau dapat duduk dalam kete ni jer. sebab dah ada experience pasal bateri hybrid ni, aku pun tanya kat mamat salesman ni (yg rupanya berjiran taman ngan aku) tentang berapa pulak harga bateri hybrid ni. katanya dalam 8 ribu, US Dollar! hah?!!  aduyaiiii!! heheh!! tapi... katanya so far belum pernah kena tukar lagi since the 1st production in year 1992, kat jepunlah katanya. iyelah...

gembira pulak rasanya spend weeke end kali ni, do something different! hahah!!

April 15, 2011

kenangan mengusik jiwa

Demam F1 kat Sepang dah kebah. Kuat betul semangat diaorg tu berjam2 boleh memandu berpusing2 kat trek yg sama tu. Aku ni bukanlah peminat F1, Cuma amek tau sikit2 jer. Tapi terfikir jugak bagaimana lah agaknya perasaannya kalaulah aku berpeluang memandu di litar. Alahai… kalau dapat buat tiga empat lap pun dah cukup seronok gila kut! Tapi paling tak sanggup kubayangkan dalam angananku bila memikirkan wajah2 yang terkejut dan mulut2 yang berkata2 bila melihat aku kuar dari kereta tu nanti : “Eh! Mak sape yg sesat kat race track nie!!? “ hehehe!! bikin malu itu.

Tapi sungguh memang ada satu perkara yang masih membuatkan jantungku berdebar2 setiap kali aku mengingatkannya. aku akan terasa excited sangat bila memikirkan kenangan kali pertama (dan terakhir) aku memandu go-cart di track di Sunway xtreme park 7 or 8 tahun yg lepas! Memang teramat mengujakan. Kali pertama memandu dan berjaya pula menjadi juara! Mula2 start aku rasa kekok sangat dan tak boleh kawal kete ngan baik, tapi lepas dapat feel dan boleh adjust cara memandu, pehhhhh!!! Syokkkk!! Berdesup kete katun tu! Satu lap in advance tu aku tinggalkan kawan2 lain masa bendera petak2 hitam putih dikibarkan depan muka aku!!

“hoiiiii! Zas! bawak kete macam pelesit!” masa tu aku take it as compliment dan tak rasa takut sebab bersukan, kan. However as time passed by me in real life sekarang aku banyak dah insaf dah.

April 13, 2011

i m gay i m ko?

satu ketika dulu sekitar tahun 2009 terbentang di dada2 akhbar tentang cerita berkenaan seorang lelaki lembut warga Malaysia, Melayu, Islam, berkahwin dengan warga British. pada waktu itu, kelihatan di akhbar itu mamat ni dengan control ayunya tersenyum memakai gaun pengantin di hari perkahwinannya ngan mat saleh tersebut.

nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara , kerana kasih hamba turutkan

hari ini terbaca lagi kisah pasangan ini di akhbar the Star mengatakan pasangan ini telah berpisah dan dalam proses "perceraian". mamat ini mengatakan "suaminya" tidak melayannya dengan wajar dan tidak menghiraukannya.

manusia ni sama sahaja. lelaki kawen ngan pompuan ke, apatah lagi lelaki kawen ngan lelaki, sume mesti ada masalah. ada ketika bahagia ada ketika merana. lelaki kawen ngan pompuan adalah fitrah dan amalan manusia sihat akal fikirannya. tapi bila lelaki kawen ngan lelaki ni memang nampak sangat lantang menentang hukum Allah, so bila korang ada problem nak mengadu kat sape? keluaga telah kau buang, tuhan telah kau singkirkan dari hati, kaum kerabat juga menjauhkan diri. sanggup ker biarkan diri hanyut tak menentu?

semoga mamat ni akan tersedar dari dunia khayalannya dan kembali ke alam nyata serta redha menerima kenyataan dan hakikat kejadian dirinya yg sebenar.

April 12, 2011

makan mahal

Apa agaknya anggaran anda apabila membawa 50 orang teman (ala-ala face book gathering la katakan!) pergi makan ikan patin beserta ualam-ulaman di Temerloh. Paling2 tinggi anggaran pun adalah dalam RM100 seorang kot?!! Dah kira mahal laa tu makan ala2 selera kampong jer.

dalam paper ari ni ada cite pasal mamat ni yg amat2 terkejut berok mak yeh bila bil makanan sampai, ofkoz la dia dan rakan2 makan ikan patin dan ulam-ulaman yaa : jumlahnya ialah RM 13,000! Mak aiii! Cukup kos tu klu nak wat jamuan kenduri kawen buget ekonomi 1,000 jemputan!

wa rasa lepas ni mamat ni fobia dah nak makan ikan! hehehe!!

April 4, 2011

balik kampong

since the ongoing of the dapo upgrade ari tu, dah lama gak lah tak balik jenguk mak. ialah rasa tak selamat nak tinggal umah yg tak siap. so now dah settle, ujung minggu lepas kami pun balik sekuarga, 1st batch balik jumaat malam, second batch :anakku & anakkudin sampai sabtu malam! mak happylah kami sume balik menjenguk2 dia.

panasnya cuaca di kampung. nak kuar jalan2 pulak masih memikirkan pasal anakku2 yang masih belum  pulih dari cederanya, kesian nak ajak and kesian pulak nak tinggal...so kami sume duduk2 kat umah jer lah. bersibuk2 je ngan anak2 CT yg sama2 lepak kat umah mak. si wawa dah makin nakal skng ni, pandai posing bukan main! bila kami datang dia pun dok menyelit tak hiraukan mak bapak dia lagi! heheh!!
pokok durian mak pulak sedang berbunga lebat dan kami berharap agar kali ni lekatlah kat pokok dan tak bertaburan gugur ke bumi. sejarahnya, pokok2 durian mak memang berbunga lebat, tapi yg lekat menjadi buah tak seberapa! tapi kalau memang menjadi memang puaslah kami makan nanti.

April 1, 2011

jatoh moto lagi

anakku2 jatoh moto lagi. entah kali ke berapa dah lost count dah.

aku dah siap2 nak masuk tido dan teringat nak call anakku2 kenapa tak pulang lagi sedang jam sudah melepasi pukul 12 tengah malam. sedang membelek2 handphoneku, handphone hubby lak yg berbunyi. melihat kepada nama pemanggil, dia terus bertanya aku, ada miss call dari adek ke? aku menidakkan. aku dengar dia bersoal jawab serba sedikit dan lepas tu  memberitahuku anakku2 accident dan he makes the call from inside an ambulance. dia dalam perjalanan ke HUKM dengan kawannya yg sama2 jatuh tu. adohhhh!! ya Allah! risaunya aku, sakitnya hatiku, menyirapnya darahku. geram sungguh rasanya.

aku dan hubby terus bergegas ke HUKM. dalam hati memang sungguh bimbang kalau2 dia mengalami kecederaan teruk, begitu juga rasa bimbangkan teman sejatuhnya itu. mengapalah budak sorang ni tak serik2 jatoh moto dan luka terseret sana sini. kali ni sampai naik ambulan pulak. hati mak mana yg tidak gundah gulana?

sampai2 kat HUKM kami ke wad kecemasan dan terus mencari2 kelibatnya. tiada. nampak pulak sekumpulan kawan2nya yg kemudiannya memberitahu kami yg anakku2 masih di dalam menerima rawatan membersih luka2 di wad kecemasan tu. tak lama kemudian baru nampak anakku2 terhenjut2 berjalan kaki ayam ke arah kami dengan tangan berikat dengan kain andoh / shoulder sling. kesian dan geram bercampur baur. mujur dia masih boleh berjalan lagi. nasib lah hubby ada selipar spare di dalam keretanya, kalau tak berkaki ayamlah lah anakku2 sampai siap sume urusan kat sepital tu.

doktor kata tulang dibawah bahunya ( clavicle, or collarbone) patah, tapi tak perlu operate kerana ia akan pulih sendiri tapi memakan masa. A broken clavicle, or collarbone, is a painful experience, but the recovery is fairly straightforward if you have a simple fracture. A simple fracture is a single break. The clavicle is most often broken during falls when you use your hands to catch yourself or when you sustain a hard blow to the outside of your shoulder that compresses the collarbone. As advised by doc, kena sentiasa pakai shoulder sling untuk mengurangkan pergerakan tangan. doktor bagi mc 19 hari, dan kena datang semula lepas tu untuk rawatan susulan.

selesai semua urusan di hospital dalam pukul 3.00 pagi dan kami sampai ke rumah dekat 3.30 pagi.ngantok betul. nasiblah kawannya pun tidak mengalami kecederaan teruk. aku harap ada kesedaran di hati anakku2 setelah kejadian kali ini.