May 24, 2016

Selamat Tinggal Lela, May 2016





Alhamdulillah, hari ini selesai urusanku menyerahkan hak milik inspiraku kepada pemiliknya yang baru. Sebulan yang lalu aku hampir putus asa dan ingin menyerahkan urusan kepada yang pakar – used car dealer. Namun Allah memberi ruang yang lebih baik buatku apabila mempermudahkan segala urusan yang pada mulanya kelihatan begitu sukar.

Anak muda yang berminat membeli inspira ku telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari beberapa buah bank tempatan namun usahanya tidak menemui jalan mudah. Dia tidak berputus asa hingga akhirnya dia berpatah balik kepada syarikat tempatnya bekerja yang akhirnya menyelesaikan kebuntuan untuk mendapatkan full loan untuk memilliki kereta idamannya. Mujurlah kesabaran kami berhasil dan membawa kepada win win situation. Dia mendapat pembiayaan 100% dan aku mendapat harga yang baik dari apa yang ditawarkan oleh used car dealer!  Semua proses kami lakukan sendiri tanpa menggunakan agen dan ianya tidaklah sesukar yang dijangkakan.

Bank Islam rupanya mempunyai kemudahan yang tidak diketahui ramai. Ia boleh membantu orang perseorangan yang ingin menjual kereta kepada pembeli yang berminat, tanpa perlu melalui car dealer! Pemilik kenderaan (aku) perlu menulis kepada pihak Bank Islam tentang hasrat menjual keretaku kepada bakal pembeli dengan harga yg dipersetujui. Pihak BI akan berurusan dengan bakal pembeli untuk mendapat dokumen2 yang perlu untuk memastikan kelayakan untuk meminjam.

Setelah urusan bank dengan bakal pembeli selesai, penjual dipanggil untuk menandatangani dokumen bank dan kemudian diarahkan untuk membawa kenderaan ke Puspakom membuat pemeriksaan untuk mendapat borang B5 & B7 (Laporan Pemeriksaan Sewa Beli). Urusan di Puspakom hanya perlu bayaran dalam RM100 sahaja, dan urusan itu memakan masa lebih kurang sejam.  Setelah bank mendapat B5 & B7 Puspakom, mereka terus membuat full settlement kepada bank RHB utk baki pinjaman kereta Inspira ku.  Surat perlepasan dikeluarkan oleh RHB, kira2 tiga hari setelah pembayaran penuh penuh dibuat, BI secara on line kemudiannya mengisi borang mengambil alih pemilikan kereta dari RHB dan memerlukan aku dan pembeli kereta membuat pindah hak milik kereta di JPJ pula. Urusan di tingkat 2 JPJ juga amat mudah; hanya perlu mengisi borang dan ditandatangani kedua pemilik asal dan pemilik baru. Geran kemudian ditukar nama kepada bank yang menuntut (BI). Urusan selesai. Pemilik baru kereta perlu menyerahkan geran ke BI dan aku kini menunggu bayaran untuk baki jualan inspira ku 

Selamat tinggal LelaRentaka ku… kereta yang paling ku sayang dan terhebat diantara kereta2 yang pernah ku miliki. 

Aku melepaskannya kerana sudah sampai masa untuk move on dan aku upgrade dengan membeli kereta transmisi auto 2.0 yang pertama untukku. Kereta ke 5 milikku ini mungkin pembelian yang terakhir kali kerana apabila aku bersara nanti, tidak mungkin akan bertukar kereta lagi. Semoga baik2 bersamaku RadenGaloh

May 3, 2016

cuti hujung minggu di muar beramai2


cuti hujung minggu dan tambahan cuti di hari pekerja. balik kampung dan tido dua malam di rumah mak. macam2 keletah dan kerenah anak2 saudara yg menghiburkan! cikebal pun balik, elin pun balik. seronok! tapi cuaca di muar sangat panas dan kering! berpeluh!