July 24, 2012

Qaluinalillah

Hari ini dah masuk 3 hari umah Islam berpuasa. Aku mendengar dua perkhabaran yang tidak begitu baik.
Pertama tentang sahabatku yang diminta memberi surat meletak jawatan dengan pegawai atasan memberi alasan keadaan syarikat yang tidak begitu memberangsangkan. Mujur dia membantah dan meminta supaya syarikat yang memberhentikannya agar dia mendapat pampasan yang sewajarnya. Terasa macam ada hanky panky pulak mengapa dia seorang sahaja yg disuruh berhenti kerana alasan itu. Benyak2lah bersabar, adalah hikmahnya di sebalik setiap musibah yang berlaku itu.

Berita kedua lebih menyedihkanku, iaitu tentang kembalinya ke Rahmatullah sahabat baikku di zaman kanak2ku dulu, Allahyarhamah Asmah hj Hussein. Dia sahabat sekampung yang rapat masa kami kecil2 dulu. Dulu kami geng bertiga:  aku, cheru dan asmah. sekarang Asmah telah tiada.  Kami berdua yang tinggal pasti akan menyusul juga nanti. Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.

Semasa aku balik ke kampong 2 minggu sudah, mak ada memberitahu tentang Arwah dimasukkan ke hospital kerana komplikasi buah pinggang. Masa tu rumah mak buat kenduri, biasanya kalau Arwah sihat sudah pasti dia akan menghadirkan diri dan dapatlah kami bertukar2 cerita masing2. Aku memang ada bercadang hendak pergi melawat dia di hospital pada hari Ahad sebelum pulang ke KL.. tapi entah macamana jadi tak ingat tentang rancangan itu… menyesal sungguh rasanya. Tapi sesalan itu dah tak berguna.  
Arwah Asmah ni lebih kurang baya2 aku jer, dia dalam 2 tahun lebih tua dari ku, dan menjelang dewasa dia menjadi seorang yang sangat suka berniaga. Dia sentiasa sibuk menguruskan perniagaan, anak2 dan rumahtangganya. Tetapi sentiasa ceria. Kasihan kini anak2nya menjadi yatim semasa mereka masih memerlukan seorang ibu untuk menguruskan makan pakai dan persekolahan mereka. Syawal ini nanti tiadalah nanti arwah datang beraya ke rumah bersama anak2nya.. sedih pula mengenangkan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.  
Al-Fatihah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ.
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــ.


July 11, 2012

Baiknya Hati...


Pagi ini macam orang sume baik2 jer! dari car park ke office aku perlu melintasi 3 jalanraya sehala untuk sampai ke pejabat. Satu jalan besar 4 lorong dan dua lagi 2 lorong sahaja. Seperti biasa aku menunggu di tiang traffic light pertama sebelum diberi isyarat hijau melintas jalan. Kereta adalah beberapa buah, jarang2 tetapi laju2 semuanya maklumlah pagi2 jalan clear, sedap la memecut di tengah2 kota ini (sebab adalah hampir mustahil untuk melakukannya pada waktu puncak). Lampu hijau kemudian mula berkelip2 memberitahu pemandu kenderaan bahawa ia akan bertukar ke warna kuning dalam beberapa saat lagi, so maksudnya (pada aku lah) cepat2 sket kalau masih nak jalan. Tapi ketika inilah sebuah MPV ni dah berhenti di hadapan line belang! Belum kuning lagi tu! Baguslah pemandu yg sangat berhemah ini! Tapi aku tetap menunggu sehingga lampu menjadi hijau baru aku melintas. takutlah jugak kalau tiba2 ada kereta lain yang menderu laju di sebelah lorong MPV tu sebab dia telah berhenti sebelum lampu merah! Ada 4 lane tu! Uiii takutt! Aku angkat topi kat driver MPV tu! Susah nak cari pemandu Malaysia yang perihatin kepada pelintas jalan.

Dan aku perlu melintas satu jalan lagi di bawah jejantas sky walk utuk ke pejabat. Di situ cuma ada garisan kuning tanpa traffic light. Sedang aku berdiri menunggu peluang, ada sebuah kereta yg mendatang ini terus berhenti dan memberi isyarat untuk ku melintas. Selalunya pemandu2 ni akan berlumba2 dengan pejalan kaki supaya memberi laluan kepada mereka mendahului. Aku terasa macam berada kat US la pulak di mana kebanyakan pemandu2nya sangat bersopan dan amat berhemah kepada pejalan2 kaki. Tak perlu kita macam main galah panjang masa nak melintas jalan.

I will pass the kindness around masa balik nanti, for the benefit to others pulak! Kita boleh melakukan kebaikan sebenarnya sekiranya kita mendidik diri kita dengan nilai2 kesabaran. Bukan mudah terutama dengan perangai orang2 kita. Tapi marilah kita cuba.

July 9, 2012

Janji Yang Tidak diTepati

Membuat janji kemudian lupa. Memanglah menyakitkan hati. Kemudian membuat pula cerita2 lain untuk menutupi kesilapan sendiri. Paling2 tidak akhirnya memberi alasan dirinya hanya “manusia biasa…”. Ramai orang yang mempunyai tabiat sebegini dan patutkah setiap kali perkara ini dibiarkan berlalu begitu sahaja?  Memang lupalah kalau janji tu dibuat bukan dengan seikhlas hati, cuba kalau janji dengan awek, sebulan ke hadapan pun dah memorized dlm kepala. Sungguhlah melayu mudah lupa. Apabila mereka merasakan sudah mendapat cahaya kesenangan, lupa segala kesakitan dilalui masa lampau. Dunia ini ibarat roda. Jika hari ini kita menyakiti, esok lusa kesakitan itu akan bertukar arah jua.

Ada pula seorang manusia yang dalam berada di dalam keraguan, walaupun sudah terang tetap lagi mahu bersuluh. Kelihatan macam berfalsafah, tetapi kebenaran akan mengatasi segalanya. Tidak pasrah tapi berserah kepada yang Hak.

Berbalik kepada kisah jumpa bendang padi dah kuning, encik sahabat ini telah kembali datang berjumpaku Jumaat lepas dan menyatakan bahawa segalanya kini telah selesai dengan izin Allah. Bersyukur sangat dia. Alhamdulillah. Menurutnya dia merasakan Tuhan telah memberi amaran dan peringatan kepadanya di atas ke alpaan yg pernah dilakukannya dahulu. Kejadian yang berlaku amat pantas dengan plot yang begitu teratur dan dia seperti seorang pelakon di dalam kisah pendek kemuncak gentingnya  hidup ketika itu. Aku mendengar sahaja apabila dia tanpa malu bercerita akan keadaan dirinya yang terumbang ambing dan tenatnya keadaan rumahtangganya ketika ujian melanda. Memang menjadi pengajaran kepadaku dan timbul rasa insaf bilamana dalam sesuatu keadaan Allah yg maha penyayang tidak sekali2 menghancurkan masa depan seseorang hamba yg ingin diberi petunjuk. Cukup memberi dugaan dengan caraNya.

Subhanallah, Maha Suci Allah hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah diri.

July 4, 2012

Jumpa bendang padi dah kuning!

Sebenarnya aku berada di tengah2 cerita orang, terlibat secara tak langsung sebab aku procurement. Dan kes ini pun tidak mendatangkan apa2 kepadaku melainkan pening kepala saja. Tapi aku suka nak tulis cerita ini sebab kisah ini diperibahasakan dengan kiasan yang menarik! Jumpa bendang padi dah kuning!

Aku tak tau apa yg sebenar2nya telah berlaku. Pada suatu hari seorang vendor telah datang ke pejabat dan ingin berjumpa aku untuk memperkenalkan “orang kanannya”; katanya dia amat sibuk sekarang dan perlu ada seseorang yang membantu dalam menjalankan bisnesnya. Menurutnya selepas ini nanti dia meminta aku berurusan dengan “orang kanannya” itu.  Aku tiada masalah apa2 pun.

Sehari kemudian aku mendengar cerita bahawa sebenarnya “orang kanan” ini telah mengambil alih syarikat dari tuan punya secara bermuslihat. Dan si “orang kanan” ini sedang mula menuai hasil dari kerja2 yang dilakukan oleh tuan punya asal syarikat ini. Maknanya, dia mengutip bayaran di atas kerja2 yang telah dilakukan oleh tuan punya asal secara sepenuhnya tanpa bersusah payah! Hmmmm… senangnya hati. Kata seorang pengurus kanan di plant KLIA, si orang kanan ni “jumpa bendang, padi dah kuning!” peribahasa tulah yg aku suka! Hahaha!!

Sekarang ni, dengar cerita bekas tuan punya tu sedang berusaha hendak mendapatkan semula syarikatnya itu. Aku pelik macamana kejadian ini boleh berlaku. Seorang tuan punya syarikat yang bersungguh2 mencari projek untuk syarikatnya dan apabila sudah mula bernafas lega, tiba2 bila ada masalah dalaman telah melepaskan syarikat kepada orang lain. Kemudian baru tersedar bahawa syarikatnya itu sebenarnya boleh menjana pendapatan yang boleh menyelesaikan masalahnya! Tak taulah apa kesudahan cerita ni nanti….