May 31, 2012

Perkahwinan

Cuti sekolah kembali lagi, dan selalunya ianya akan berhubung kait dengan majlis perkahwinan kerana musim cutilah ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Kemuncak sesebuah kehidupan adalah apabila pasangan mendirikan rumahtangga. Selepas itu bermulalah sebuah penghidupan di alam baru. Permulaan alam perkahwinan memanglah yang terindah. Semua orang mendambakan kehidupan yang kekal aman bahagia sepanjang hayat. 

Dalam dunia perkahwinan apa2 yang bakal berlaku di tahun2 mendatang adalah di luar kawalan kita. Lautan amat luas dan dalam, dan amat sukar diduga. Dugaan dan cabaran datang silih berganti. Hanya perasaan kasih dan sayang yang sejati boleh mengatasi segala halangan dan rintangan. Kasih dan sayang adalah perisai utama dalam kehidupan sesebuah ikatan keluarga. Kerana manusia tidak akan menyakiti orang2 yg dikasihinya dan bersyukurlah kepada mereka yang dapat nikmat kekal berkasih sayang sehingga ke akhir hayat.  

Namun ada perasaan kasih dan sayang yang terlupus dan pudar seiring masa. Perhatian kepada pasangan mula beralih kepada perkara2 lain. Tumpuan mula lebih kepada diri sendiri. Pertemuan dengan wajah2 baru dalam kerjaya mula membuka ruang di minda untuk mencari pasangan baru yang sealiran. Lama kelamaan rumah mula menjadi sebagai tempat persinggahan sementara.  pengorbanan susah senang masa lalu telah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Yang di hadapan mata adalah mencari2 peluang penghidupan baru yang diharapkan bakal membawa kejayaan dan kebahagian hakiki. Begitulah putaran kehidupan.

Untuk diriku aku berdoa semoga Allah menemukanku dengan kasih sayang sejati.


No comments: