Alhamdulillah,
hari ini selesai urusanku menyerahkan hak milik inspiraku kepada pemiliknya
yang baru. Sebulan yang lalu aku hampir putus asa dan ingin menyerahkan urusan
kepada yang pakar – used car dealer. Namun Allah memberi ruang yang lebih baik
buatku apabila mempermudahkan segala urusan yang pada mulanya kelihatan begitu
sukar.
Anak
muda yang berminat membeli inspira ku telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman
dari beberapa buah bank tempatan namun usahanya tidak menemui jalan mudah. Dia tidak
berputus asa hingga akhirnya dia berpatah balik kepada syarikat tempatnya
bekerja yang akhirnya menyelesaikan kebuntuan untuk mendapatkan full loan untuk
memilliki kereta idamannya. Mujurlah kesabaran kami berhasil dan membawa kepada
win win situation. Dia mendapat pembiayaan 100% dan aku mendapat harga yang baik
dari apa yang ditawarkan oleh used car dealer!
Semua proses kami lakukan sendiri tanpa menggunakan agen dan ianya
tidaklah sesukar yang dijangkakan.
Bank
Islam rupanya mempunyai kemudahan yang tidak diketahui ramai. Ia boleh membantu orang perseorangan yang ingin menjual kereta kepada pembeli yang berminat, tanpa
perlu melalui car dealer! Pemilik kenderaan (aku) perlu menulis kepada pihak Bank
Islam tentang hasrat menjual keretaku kepada bakal pembeli dengan harga yg
dipersetujui. Pihak BI akan berurusan dengan bakal pembeli untuk mendapat
dokumen2 yang perlu untuk memastikan kelayakan untuk meminjam.
Setelah
urusan bank dengan bakal pembeli selesai, penjual dipanggil untuk
menandatangani dokumen bank dan kemudian diarahkan untuk membawa kenderaan ke
Puspakom membuat pemeriksaan untuk mendapat borang B5 & B7 (Laporan
Pemeriksaan Sewa Beli). Urusan di Puspakom hanya perlu bayaran dalam RM100
sahaja, dan urusan itu memakan masa lebih kurang sejam. Setelah bank mendapat B5 & B7 Puspakom,
mereka terus membuat full settlement kepada bank RHB utk baki pinjaman kereta
Inspira ku. Surat perlepasan dikeluarkan
oleh RHB, kira2 tiga hari setelah pembayaran penuh penuh dibuat, BI secara on
line kemudiannya mengisi borang mengambil alih pemilikan kereta dari RHB dan
memerlukan aku dan pembeli kereta membuat pindah hak milik kereta di JPJ pula.
Urusan di tingkat 2 JPJ juga amat mudah; hanya perlu mengisi borang dan
ditandatangani kedua pemilik asal dan pemilik baru. Geran kemudian ditukar nama
kepada bank yang menuntut (BI). Urusan selesai. Pemilik baru kereta perlu
menyerahkan geran ke BI dan aku kini menunggu bayaran untuk baki jualan inspira
ku
Selamat
tinggal LelaRentaka ku… kereta yang paling ku sayang dan terhebat diantara
kereta2 yang pernah ku miliki.
Aku melepaskannya kerana sudah sampai masa untuk
move on dan aku upgrade dengan membeli kereta transmisi auto 2.0 yang pertama
untukku. Kereta ke 5 milikku ini mungkin
pembelian yang terakhir kali kerana apabila aku bersara nanti, tidak mungkin akan
bertukar kereta lagi. Semoga baik2 bersamaku RadenGaloh
No comments:
Post a Comment