March 30, 2011

Hujan Pagi

Aku tersedar awal dinihari tadi dan terdengar bunyi desiran hujan di luar. aku tengok jam, kol 4.30 pagi. Alamak, hujan ni kalau membawa ke subuh sure jalan sesak nie. aku bertekad dlm hati nak kuar awal suku jam supaya tak tersangkut dalam jem kete. then aku pass out semula hingga the 1st alarm berbunyi pukul 5.30... tu belum utk bangun lagi, itu hanyalah amaran aje!
beeepppp!beeeepppp!beeeppppp!! kau ada 15 minit lagi nak tido.
aku tarik selimut nak sambong tido sket lagi. hujan ni memang syok kalau tak yah bangkit pagi.

5.45 : beeepppp! beeeeppppp!beeeeppppp!! kau ada 15 minit lagi kalau masih nak tido.
aku pasang telinga dan cuba dengar kalau ada bunyi ujan lagi...  ehhh? dah senyap ni, ujan dah reda! sambunglah sket lagi tido!

6.00 : beeepppp! beeeeppppp!beeeeppppp!! kau bangun sekarang! sekarang jugak!!
aku pun bangkit bersamaan laungan azan subuh. aku menjengah ke luar tingkap, rupanya masih ujan lagi! kalut aku masuk bilik air.

6.25 : aku kuar umah dan mulakan pemanduan dengan berdoa semoga Tuhan selamatkan aku, anak2ku dan suamiku dalam perjalanan kami mencari rezki dan ilmu.

Syukur Alhamdulillah walaupun aku dapat kuar awal sikit jer dari biasa, jalanraya masih belum sesak seperti yg aku jangkakan. hujan sepanjang perjalanan dari rumah hingga ke pejabat. sampai kat parking aku tersedar yg aku terlupa bawak balik payung dari opis. Aiseh! dah ada dua kaki payung tinggal kat opis, selalu jer lupa nak bawak balik. nasib baik dalam kete ada payung lagi. so hari ni aku ada tiga kaki payung dlm opis aku. have to make sure kena bawak balik sekaki petang nanti, kalau tak sekiranya hujan lagi esok harus aku kena tunggu dlm kete sampai ujan teduh.

No comments: