January 30, 2012

Sky Walk Way Bridge dah siap!

Pagi ini aku keluar rumah 620 pagi, awal sket sebab aku nak ke KLCC tower nak pegi bank amek duet nak buat bayar hutang piutang. Sampai kat parking around 7am. Gelap lagi. Oppss! Aku teringat kena pasang cermin sisi panjang yg hubby belikan petang semalam. Previous nyer cermin yg wa cilok dari kete hubby dah patah and jatuh. Dekat sebulan lah asyik hint2 kat dia bagitau cermin panjang Lela dah rosak. Semalam masa jejalan kat JJ dia belikanlah. Dah lah earlier cilok dari kete dia, bila rosak demand soh dia ganti pulak! Hahaha!!! Seronok! Siap. Now dah boleh kerling area keliling belakang dgn lebih menyeluruh semasa memandu nanti.

Aku keluar terus ke KLCC tower and do all the transaction ; amek duet from PB and masukkan ke MB. Laluan bawah yg baru dari Convention Centre ke tower dah siap. Best la sket jalan, tak lagi lalu celah2 kete kat car park tu. Masa pulang aku decided nak guna jejantas atas yang menghubungkan Convention Centre ke Impiana hotel tu. Wah.. ada banyak pokok2 bunga yg diletakkan di laluan tu. Aku rasa ini tentu ada kena mengena dengan hari wilayah persekutuan yang akan jatuh pada 1hb Februari ni nanti. Cantiklah, ada bunga2 warna kuning, purple, putih di sepanjang jalan. Ceria lah rasanya. Nak snap gambar malu pulak sebab ada orang2 lain yg kat sekitar.  

Tiba2 aku perasaan laluan baru telah siap dan boleh digunakan! Aku dah boleh terus jalan dan turun betul2 depan opis! Ini sudah bagus! Lepas ni kalau nak ke KLCC atau ke Pavilion dah boleh guna jejantas laluan baru ni dan tak kisah ler hujan ke panas ker, no hal lah! Puak2 yg tak ada keje tu tak payahlah cari pasal regarding whatever the cost is to get the sky walkway bridge done, warga kota ni suka sangat dengan kemudahan yg disediakan oleh gomen tu. Bahagia rasanya!

No comments: