January 28, 2012

Lama tak Update!

Ini adalah entry pertamaku di tahun 2012! Tak ada alasan sebenarnya, Cuma tidak menulis. Nasib baik aku masih ingat password! hehe!
Cepat benar masa berlalu, sekarang sudah menghampiri bulan ke dua di tahun baru. Macam2 perkara sebenarnya telah berlaku sepanjang bulan pertama ni, tapi itulah… tak ada semangat nak menulis.  Antara kejadian ialah kebakaran di plant. itu tak bestlah kan. tapi yang paling best bila aku menghadiri kuliah pendek ustaz hanafi malik di PJ2! Seronok mendengar celoteh dan nasihatnya. Banyak yang boleh digunapakai sebagai panduan hidup.

Bulan Januari ni pun ramai yang menanti2 cuti panjang sempena tahun baru cina, dan sekolah kerajaan (kecuali sekolah agama) pun cuti seminggu.Aku tidak membuat apa2 rancangan semasa cuti TBC kerana pastinya keadaan akan sesak di sini sana. Jadi kami hanya duduk rumah layan TV, pergi menonton dan membuat lawatan ke pasaraya, dan zoo! Hmmm. 

Berjalan2 di Zoo Negara amat meletihkan kakiku yang tak berapa kuat ni. Nak naik tren tak larat nak beratur menunggu giliran. Memang semasa aku dan hubby pergi hari tu, crowd sangat ramai. Tak sangka pulak ramai yang membuat kunjungan ke sana! Entahlah, aku rasa kesian pulak melihat haiwan2 yang diletakkan di sana tu… macam tak gembira jer. Iyelah kan… mana ada umat yang gembira jika hidupnya terkurung dalam kawasan yang terhad dan menjadi tontonan pula. Bertahun2 dia melihat penjuru yang sama dan membuat kegiatan yang sama. Nak kata apa eh? dah takdir hidup mereka yg cam tu....

Sepanjang cuti TBC & sekolah tutup ni, anak sedaraku Syafiq ada kat umah, melekat kat depan computer jer kejenya. Esok dah nak balik sebab lusa dah sekolah semula.

No comments: