Syukur
Alhamdulillah, kita telah pun memasuki ke tahun baru hijrah 1437. Allah masih
memberi peluang kepada kita menjalani hidup seperti biasa di atas mukabumi ini.
Bersyukurlah. Walau tidak semua yang kita rancangkan berjaya terlaksana, namun
kita masih berpeluang untuk terus berusaha pada usia kita yang masih
dilanjutkan ini.
Terkadang kita
berasa kecewa kerana doa dan usaha yang kita lakukan untuk mencapai impian kita
masih belum diperkenankan Allah. Adakala terbit perasaan prasangka bahawa Allah
tidak pedulikan doa2 kita setelah sekian lama dan saban hari kita pohon kepadaNya.
Sedarkah kita sebenarnya kita hanya fokus kepada apa yang kita tidak dapat,
sedang kita tidak melihat kepada apa yang telah dikurniakan kepada kita. Rezeki
yang tidak pernah putus dan masih boleh berkongsi, kediaman yang melindungi
kita dari terik mentari dan dinginnya malam, dan keluarga yang selamat bersama
kita.
Bila terbit keluhan
dari hati mengapa Tuhan tidak memperkenan doa kita sedang kita disuruh berdoa
setiap hari, cuba kita renungkan tentang saudara2 islam kita nun di bumi arab yang
bergolak di sana. Saban hari hidup dalam resah dan ketakutan bila2 masa mereka
akan kehilangan kediaman dan orang2 yang disayangi. Mereka diganggu musuh2 yang
hobinya menyiksa masyarakat islam tidak kira usia dan jantina. Betapa pula
mereka yang teraniaya dan betapa kuatnya doa2 mereka saban waktu meminta
pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Bahkan kita juga memanjatkan doa
yang serupa untuk mereka.
Kita masih aman dan
sejahtera di sini sedang sebahagian saudara kita kehidupan mereka masih kucar
kacir di sana. Bersyukurlah kita diberi rezeki kedamaian untuk hidup dan
beribadah di bumi malaysia ini. Apa yang kita dapat adalah semaksimum harapan
dan doa dari mereka2 yang menderita di sana. Cuba bayangkan kita di tempat
mereka, apa doa kita?