Assalamualaikom,
Sudah
terlalu lama tidak menulis. Ada sesuatu yang ingin aku catatkan hari ini. Satu
kejadian yang berlaku kepada keluargaku; aku dan anak2ku.
Jumaat 14hb July berlalu seperti biasa. Biasalah ada juga kejadian2 di office yang menganggu fikiran tetapi seolahnya tiada apa yang dapat dilakukan. Siang itu aku menerima message dari Solehin anakku#1. Dia bertanyakan jika aku ingin pergi
ke Kuantan melawat anak Din, anakku#2 = anak saudaranya @ cucuku pada hari Sabtu. (Isteri anakku#2 bersalin anak sulung seminggu sebelum raya; bayinya tidak cukup bulan ketika dilahirkan). Aku
segera bersetuju. Anakku#1 berkata petang nanti selepas kerja dia akan
datang akan bermalam di rumah btho, dan selepas Subuh Sabtu kami boleh
memulakan perjalanan ke Kuantan.
Dalam
fikiranku ketika itu membayangkan hanya aku dan anakku#1 yang akan berdua ke
Kuantan. Anakku#2 biasanya akan terus pulang ke kampung isterinya sehabis kerja
pada petang Jumaat. Anakku#3 Ariff tidak mahu mengikut kami kerana letih disebabkan
kerjanya pada Jumaat itu bermula pukul 3 pagi dan dia menjangka akan terlalu
letih untuk berjalan jauh. Sebenarnya aku merancang untuk ke Kuantan selepas Syawal kerana aku tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sebabkan jalan akan sesak di bulan perayaan. Tapi bila anakku#1 menawarkan diri untuk membawaku pergi aku menerima dengan senang hati.
Petang pun tiba dan hati pun seolah berasa girang kerana
hendak pergi melawat menantu dan cucu di Kuantan pada keesokkan hari.
Aku sampai di rumah seperti biasa dan selepas
solat asar, bermalas2 depan tv sementara menunggu waktu maghrib. Bila aku
dengar bunyi motor memasuki porch aku menyangka anakku#1 telah sampai. Tetapi yang
pulang adalah anakku#2. Aku pelik dan bertanya mengapa dia pulang sebab dia
memberitahuku awal pgi tadi dia akan terus ke Kuantan sehabis waktu kerja; dia
memberitahuku dia membawa laptop pulang dan harus menyimpan dulu di rumah. Dia
berkata akan bergerak keluar awal sekitar pukul 4 pagi sabtu. Aku mengiakan
sahaja tapi mencadangkan dia boleh saja pergi ke kuantan dengan kami (aku &
anakku#1), tetapi dia berkata dia tidak mahu pulang ke KL nantinya dengan
menaiki bas. (Kerana kami akan pulang hari yg sama sedangkan dia akan bermalam di sana).
Malam itu. Aku menunggu2 anakku#1 yang masih tidak
sempai sehingga jam 9 malam. bila aku message melalui telefon dia hanya berkata
dia baru hendak pulang ke rumah dan akan datang ke rumah btho nanti. Ok. Anakku#3 juga masih belum pulang, tetapi dia
telah memberitahuku dia pulang lewat nanti kerana hendak beraya dengan
teman2nya. Hanya aku dan anakku#2 di rumah waktu itu. Tidak lama kemudian
anakku#2 merungut berkenaan laptopnya yang bermasalah sedang dia membuat
kerjanya. Katanya dia perlu baiki laptop berkenaan kerana ada kerja yang perlu
disiapkan sebelum pagi Isnin nanti. Dan sewaktu makan dia juga memberitahu
tentang letihnya dia yang terpaksa berulang ke kuantan saban minggu melihat
isteri dan anaknya. Hujung minggunya adalah perjalanan KL-Kuantan-KL. Dan kami
berbincang2 tentang perlunya isterinya mendapatkan kerja di KL supaya mereka
dapat tinggal bersama.Aku menyuruhnya tidur awal sekiranya dia betul2 hendak bertolak pukul 4 pagi esok menaiki motor.
Anakku#1 menelefon sekitar pukul 11.30 dan mengatakan
dia sedang lepak dengan geng bikers di Ampangan dan akan lewat sampai,
memesan supaya aku tidak menunggunya kerana dia ada membawa kunci rumah. Aku
pun masuk tidur dan tersedar lebih kurang pukul 1+. Aku keluar bilik dan melihat anakku#3 sedang
menonton TV sambil berbaring di sofa. Apabila melihat anakku#1 tiada aku
bertanya anakku#3 “di mana abang?”. Dia kata tak ada. Aku segara tahu yang
anakku#1 belum sampai lagi. Waktu itu kedengan hujan di luar rumah. Aku menyuruh
anakku#3 agar membuka mangga gate depan supaya bila anakku#1 sampai nanti dia tak
akan berlama2 dalam hujan untuk membuka gate yang berkunci. Anakku#3 segera
melakukan apa yg kusuruh dan aku kembali tidur di bilik.
-to be continued -
No comments:
Post a Comment