Petang semalam balik dari office lepak2 kat sofa sambil klik remote astro, tersangkut plk kat satu episod tv "kerjakan dia" di AstroRia. Hos tv Dahlia (yg wat adv trivago tu) bersama seorang lgi teman hos Alif. Mereka berdua mengikut nelayan yg bernama Abg Bakar dan seorang rakannya turun menangkap ikan di laut. Lokasi di Kesang Laut, Johor.
2 hos tv tersebut berada lebih kurang 5 jam atas bot bersama2 dua orang nelayan dlm usaha menangkap ikan. Hasil tangkapan hari tu taklah begitu memberangsangkan. Ikan2 yg ditarik naik dari jaring nelayan adalah dlm 15 ekor; beberapa ekor ikan parang, ikan mayong, ikan selar dan ikan bawal ( & seekor kuda laut😁 )
Balik ke darat mereka ke Pasar Nelayan Ledang utk menjual ikan2 tersebut. Peniaga di pasar menimbang sebelum membeli ikan2 tersebut dgn harga RM84.20! 😭😭. Sedihnya!
Dahlia terkejut dan kata "sikit gila!". Turun ke laut pagi2 dan berpanas2 bekerja hingga tengahari... dan itulah gaji abg bakar hari tu 😢😢.
Bayangkan pendapatan nelayan sebanyak tu utk setengah hari bekerja, dan hasil kena berbagi dua pula. Bila sampai kat kita harga ikan melambung2 tingginya..... nak nanges plk rasanya. 😓😓
August 4, 2017
July 18, 2017
Misteri Tak Terungkai - part 2
Aku sedang lena tidur apabila tiba2 tersedar oleh jeritan2 yang kuat dan
menakutkan. Aku nampak kedua2 anakku#2 & anakku#3 menyerbu masuk ke bilikku
dan bergelut! Sangkaanku ketika itu mereka sedang bergaduh tentang sesuatu sewaktu
aku tidur! Aku kelam kabut bingkas bangun dan terus menjerit2 kepada mereka. Sewaktu
itu aku berada ditengah2 antara mereka. Yang aku ingat apa yang aku jeritkan
adalah “Kenapa ni? Kenapa ni?” berulang2 kali dengan kuat untuk mengatasi
jeritan anak2ku antara satu sama lain. Anakku#2 memelukku dan tangannya berada
di leher anakku#3 yg sedang cuba melawan! Terus2an mereka menjerit2 tanpa aku
fahami. Aku ingat aku memegang tangan anakku#2 yang mencekak leher anakku#3! Keras dan
tak berganjak tangannya! Lalu aku beralih ke hujung jari2nya utk melepas
cengkaman dari leher adiknya, ketika itu mujur jari2nya rupanya tidak mencekik
(seperti yg aku takutkan!) dia hanya meletakkan tangannya disitu. Aku sudah
memikirkan untuk mengigit tangannya sekiranya dia tidak melepaskan leher
adiknya itu. Selepas aku berjaya menarik tangan anakku#2 jauh dari leher
anakku#3 baru mereka semua terdiam dan seolah2 bingung dengan apa yang terjadi.
Kami segera keluar dari bilik ke ruang tamu dengan masing2 mengigil ketakutan! Rupanya
mereka tak sedar apa yang mereka lakukan ketika itu! Serta merta kami merasa takut yang
amat sangat.
Setelah beberapa ketika aku bertanya kepada mereka apa yang sebenarnya
terjadi? Anakku#2 berkata dia bermimpi tentang suatu gangguan dan kemudian dia
ingat dia bangkit dari katil dan menjerit AllahhuAkbar dan terus menepuk almari
di biliknya dengan kuat. Selepas itu dia rasa dia harus pergi ke bilikku untuk
melindungiku dari sesuatu! Dia meluru ke bilikku dan menurutnya melihat aku
sedang duduk dan bukan tidur, dan terus memelukku untuk melindungiku (tapi tak
tahu dari apa). Aku tak ingat semua itu, samada benarkah atau itu dari
pandangan matanya sahaja. Menurutnya ketika dia keluar utk ke bilikku, anakku#3
yg sedang lena di sofa di depan TV, seperti ada tarikan magnet darinya tiba2 bingkas
bangun dan mengikutnya masuk ke bilikku dan menyerangnya di muka. Ketika itulah
mereka bergaduh dan aku baru tersedar (sedangkan menurut anakku#2 aku memang
dah bangun masa dia masuk bilikku ). Menurut anakku#3 pula apa yang dia lakukan
adalah tindakannya tanpa disedari kerana dia seolah2 sedang bermimpikan tentang
semua kejadian itu!
Apa yang berada dalam fikiran kami ketika suasana kelam kabut di bilikku :
Pada fikiranku : anak2 sedang bergaduh kerana sesuatu perkara ketika aku
tidur.
Pada fikiran anakku#2 : dia sedang cuba melindungiku dari sesuatu
Pada fikiran anakku#3 : menyangka abangnya sedang menyerang aku
Ya Allah, mujurlah tidak ada kejadian buruk yang berlaku kepada kami. Aku tak
boleh bayangkan sekiranya anakku#2 betul2 mencekik anakku#3 dan kemudian dia
pula boleh membuat perkara yang sama kepada aku; tenaga aku sangat lemah untuk
dibandingkan dengan tenaga orang muda yang seolah sedang kerasukan!
Jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi dan hujan sedang turun dengan
lebatnya. Baru kusedari anakku#1 belum sampai ke rumah lagi. Aku menelefonnya
dan menyuruhnya pulang segera kerana kami sedang ketakutan dan perlu meminjam
semangatnya. Dia rupanya tersangkut dalam hujan lebat dan sebab masih belum
gerak dari kedai tempat minumnya tadi. Tapi selepas aku menelefonnya dia
berkata akan meredah hujan dan segera balik. Anakku#1 telah menelefon jiran
kami untuk dia datang dan melihat2 keadaan kami sementara dia dalam perjalanan
pulang ke rumah. Jiran kami pun
menelefon kami utk kami membuka pintu untuknya, dan dia berkata memang ada
terdengar suara orang menjerit2 dengan kuat dan kemudian dia mendengar bunyi
azan. (anakku#2 azan selepas kejadian tadi). Dia melihat2 keluar rumah tapi
tidak dapat mengesan apa2 sehinggalah mendapat panggilan telefon dari anakku#1
baru dia tahu dari mana datangnya jeritan yg di dengarnya tadi. Terimakasih en
jiran, kesemua kami merasa lega seketika dengan kehadirannya.
Anakku#1 sampai ke rumah tidak lama kemudian dalam keadaan lencun basah
kuyup akibat meredah hujan. Kami semua bercerita2 tentang kejadian dan cuba
tidur kerana kesemua keletihan dan keliru. Lebih kurang pukul lima pagi baru kami
dapat lena sebentar sebelum aku tersedar dari alarm utk subuh pukul 6 pagi.
Pagi itu kami semua merasa bisa2 badan dan tidak begitu sihat. baru kusedar kakiku sakit dan lebam kesan cengkaman yg kuat ; anakku#2 terdapat calar dan sedikit luka di muka dan di tepi telinga , anakku#3 ada kesan cakaran memanjang di bahunya. Keinginan kami
untuk ke Kuantan telah berkurang tetapi sememangnya kami semua tidak mahu duduk
di rumah pada waktu itu dan mahu keluar ke mana2. Akhirnya kesemua kami
bergerak ke Kuantan pada pukul 830 pagi dengan menaiki kereta.
July 17, 2017
Misteri Tak Terungkai
Assalamualaikom,
Sudah
terlalu lama tidak menulis. Ada sesuatu yang ingin aku catatkan hari ini. Satu
kejadian yang berlaku kepada keluargaku; aku dan anak2ku.
Jumaat 14hb July berlalu seperti biasa. Biasalah ada juga kejadian2 di office yang menganggu fikiran tetapi seolahnya tiada apa yang dapat dilakukan. Siang itu aku menerima message dari Solehin anakku#1. Dia bertanyakan jika aku ingin pergi
ke Kuantan melawat anak Din, anakku#2 = anak saudaranya @ cucuku pada hari Sabtu. (Isteri anakku#2 bersalin anak sulung seminggu sebelum raya; bayinya tidak cukup bulan ketika dilahirkan). Aku
segera bersetuju. Anakku#1 berkata petang nanti selepas kerja dia akan
datang akan bermalam di rumah btho, dan selepas Subuh Sabtu kami boleh
memulakan perjalanan ke Kuantan.
Dalam
fikiranku ketika itu membayangkan hanya aku dan anakku#1 yang akan berdua ke
Kuantan. Anakku#2 biasanya akan terus pulang ke kampung isterinya sehabis kerja
pada petang Jumaat. Anakku#3 Ariff tidak mahu mengikut kami kerana letih disebabkan
kerjanya pada Jumaat itu bermula pukul 3 pagi dan dia menjangka akan terlalu
letih untuk berjalan jauh. Sebenarnya aku merancang untuk ke Kuantan selepas Syawal kerana aku tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sebabkan jalan akan sesak di bulan perayaan. Tapi bila anakku#1 menawarkan diri untuk membawaku pergi aku menerima dengan senang hati.
Petang pun tiba dan hati pun seolah berasa girang kerana
hendak pergi melawat menantu dan cucu di Kuantan pada keesokkan hari.
Aku sampai di rumah seperti biasa dan selepas
solat asar, bermalas2 depan tv sementara menunggu waktu maghrib. Bila aku
dengar bunyi motor memasuki porch aku menyangka anakku#1 telah sampai. Tetapi yang
pulang adalah anakku#2. Aku pelik dan bertanya mengapa dia pulang sebab dia
memberitahuku awal pgi tadi dia akan terus ke Kuantan sehabis waktu kerja; dia
memberitahuku dia membawa laptop pulang dan harus menyimpan dulu di rumah. Dia
berkata akan bergerak keluar awal sekitar pukul 4 pagi sabtu. Aku mengiakan
sahaja tapi mencadangkan dia boleh saja pergi ke kuantan dengan kami (aku &
anakku#1), tetapi dia berkata dia tidak mahu pulang ke KL nantinya dengan
menaiki bas. (Kerana kami akan pulang hari yg sama sedangkan dia akan bermalam di sana).
Malam itu. Aku menunggu2 anakku#1 yang masih tidak
sempai sehingga jam 9 malam. bila aku message melalui telefon dia hanya berkata
dia baru hendak pulang ke rumah dan akan datang ke rumah btho nanti. Ok. Anakku#3 juga masih belum pulang, tetapi dia
telah memberitahuku dia pulang lewat nanti kerana hendak beraya dengan
teman2nya. Hanya aku dan anakku#2 di rumah waktu itu. Tidak lama kemudian
anakku#2 merungut berkenaan laptopnya yang bermasalah sedang dia membuat
kerjanya. Katanya dia perlu baiki laptop berkenaan kerana ada kerja yang perlu
disiapkan sebelum pagi Isnin nanti. Dan sewaktu makan dia juga memberitahu
tentang letihnya dia yang terpaksa berulang ke kuantan saban minggu melihat
isteri dan anaknya. Hujung minggunya adalah perjalanan KL-Kuantan-KL. Dan kami
berbincang2 tentang perlunya isterinya mendapatkan kerja di KL supaya mereka
dapat tinggal bersama.Aku menyuruhnya tidur awal sekiranya dia betul2 hendak bertolak pukul 4 pagi esok menaiki motor.
Anakku#1 menelefon sekitar pukul 11.30 dan mengatakan
dia sedang lepak dengan geng bikers di Ampangan dan akan lewat sampai,
memesan supaya aku tidak menunggunya kerana dia ada membawa kunci rumah. Aku
pun masuk tidur dan tersedar lebih kurang pukul 1+. Aku keluar bilik dan melihat anakku#3 sedang
menonton TV sambil berbaring di sofa. Apabila melihat anakku#1 tiada aku
bertanya anakku#3 “di mana abang?”. Dia kata tak ada. Aku segara tahu yang
anakku#1 belum sampai lagi. Waktu itu kedengan hujan di luar rumah. Aku menyuruh
anakku#3 agar membuka mangga gate depan supaya bila anakku#1 sampai nanti dia tak
akan berlama2 dalam hujan untuk membuka gate yang berkunci. Anakku#3 segera
melakukan apa yg kusuruh dan aku kembali tidur di bilik.
-to be continued -
Subscribe to:
Posts (Atom)