July 18, 2017

Misteri Tak Terungkai - part 2

Aku sedang lena tidur apabila tiba2 tersedar oleh jeritan2 yang kuat dan menakutkan. Aku nampak kedua2 anakku#2 & anakku#3 menyerbu masuk ke bilikku dan bergelut! Sangkaanku ketika itu mereka sedang bergaduh tentang sesuatu sewaktu aku tidur! Aku kelam kabut bingkas bangun dan terus menjerit2 kepada mereka. Sewaktu itu aku berada ditengah2 antara mereka. Yang aku ingat apa yang aku jeritkan adalah “Kenapa ni? Kenapa ni?” berulang2 kali dengan kuat untuk mengatasi jeritan anak2ku antara satu sama lain. Anakku#2 memelukku dan tangannya berada di leher anakku#3 yg sedang cuba melawan! Terus2an mereka menjerit2 tanpa aku fahami. Aku ingat aku memegang tangan anakku#2 yang mencekak leher anakku#3! Keras dan tak berganjak tangannya! Lalu aku beralih ke hujung jari2nya utk melepas cengkaman dari leher adiknya, ketika itu mujur jari2nya rupanya tidak mencekik (seperti yg aku takutkan!) dia hanya meletakkan tangannya disitu. Aku sudah memikirkan untuk mengigit tangannya sekiranya dia tidak melepaskan leher adiknya itu. Selepas aku berjaya menarik tangan anakku#2 jauh dari leher anakku#3 baru mereka semua terdiam dan seolah2 bingung dengan apa yang terjadi. Kami segera keluar dari bilik ke ruang tamu dengan masing2 mengigil ketakutan! Rupanya mereka tak sedar apa yang mereka lakukan ketika itu! Serta merta kami merasa takut yang amat sangat. 

Setelah beberapa ketika aku bertanya kepada mereka apa yang sebenarnya terjadi? Anakku#2 berkata dia bermimpi tentang suatu gangguan dan kemudian dia ingat dia bangkit dari katil dan menjerit AllahhuAkbar dan terus menepuk almari di biliknya dengan kuat. Selepas itu dia rasa dia harus pergi ke bilikku untuk melindungiku dari sesuatu! Dia meluru ke bilikku dan menurutnya melihat aku sedang duduk dan bukan tidur, dan terus memelukku untuk melindungiku (tapi tak tahu dari apa). Aku tak ingat semua itu, samada benarkah atau itu dari pandangan matanya sahaja. Menurutnya ketika dia keluar utk ke bilikku, anakku#3 yg sedang lena di sofa di depan TV, seperti ada tarikan magnet darinya tiba2 bingkas bangun dan mengikutnya masuk ke bilikku dan menyerangnya di muka. Ketika itulah mereka bergaduh dan aku baru tersedar (sedangkan menurut anakku#2 aku memang dah bangun masa dia masuk bilikku ). Menurut anakku#3 pula apa yang dia lakukan adalah tindakannya tanpa disedari kerana dia seolah2 sedang bermimpikan tentang semua kejadian itu!

Apa yang berada dalam fikiran kami ketika suasana kelam kabut di bilikku :
Pada fikiranku : anak2 sedang bergaduh kerana sesuatu perkara ketika aku tidur.
Pada fikiran anakku#2 : dia sedang cuba melindungiku dari sesuatu
Pada fikiran anakku#3 : menyangka abangnya sedang menyerang aku

Ya Allah, mujurlah tidak ada kejadian buruk yang berlaku kepada kami. Aku tak boleh bayangkan sekiranya anakku#2 betul2 mencekik anakku#3 dan kemudian dia pula boleh membuat perkara yang sama kepada aku; tenaga aku sangat lemah untuk dibandingkan dengan tenaga orang muda yang seolah sedang kerasukan!

Jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi dan hujan sedang turun dengan lebatnya. Baru kusedari anakku#1 belum sampai ke rumah lagi. Aku menelefonnya dan menyuruhnya pulang segera kerana kami sedang ketakutan dan perlu meminjam semangatnya. Dia rupanya tersangkut dalam hujan lebat dan sebab masih belum gerak dari kedai tempat minumnya tadi. Tapi selepas aku menelefonnya dia berkata akan meredah hujan dan segera balik. Anakku#1 telah menelefon jiran kami untuk dia datang dan melihat2 keadaan kami sementara dia dalam perjalanan pulang ke  rumah. Jiran kami pun menelefon kami utk kami membuka pintu untuknya, dan dia berkata memang ada terdengar suara orang menjerit2 dengan kuat dan kemudian dia mendengar bunyi azan. (anakku#2 azan selepas kejadian tadi). Dia melihat2 keluar rumah tapi tidak dapat mengesan apa2 sehinggalah mendapat panggilan telefon dari anakku#1 baru dia tahu dari mana datangnya jeritan yg di dengarnya tadi. Terimakasih en jiran, kesemua kami merasa lega seketika dengan kehadirannya.

Anakku#1 sampai ke rumah tidak lama kemudian dalam keadaan lencun basah kuyup akibat meredah hujan. Kami semua bercerita2 tentang kejadian dan cuba tidur kerana kesemua keletihan dan keliru. Lebih kurang pukul lima pagi baru kami dapat lena sebentar sebelum aku tersedar dari alarm utk subuh pukul 6 pagi.

Pagi itu kami semua merasa bisa2 badan dan tidak begitu sihat. baru kusedar kakiku sakit dan lebam kesan cengkaman yg kuat ; anakku#2 terdapat calar dan sedikit luka di muka dan di tepi telinga , anakku#3 ada kesan cakaran memanjang di bahunya. Keinginan kami untuk ke Kuantan telah berkurang tetapi sememangnya kami semua tidak mahu duduk di rumah pada waktu itu dan mahu keluar ke mana2.  Akhirnya kesemua kami bergerak ke Kuantan pada pukul 830 pagi dengan menaiki kereta. 

No comments: