December 3, 2009

*Hujan Pagi Khamis

6.40 pagi: alarm dah berbunyi.Hujan. Lebat lak tu.Ishhkkkk, bestnya kalo tak yah g keje ari ni. Lepas subuh aku ke dapur dan dengan bangganya mengoreng nasi untuk sarapan. Siap semua aku pun bersiap2 untuk ke office. Aku kuar umah pukul 6.50, sempat lagi dengar takzirah pagi Ustaz Wan Sohor bani Leman di radio.
Kereta bersesak2 sebaik saja memasuki highway sungai besi. rupa2nya SMART tunnel tutup disebabkan hujan yang berterusan sepanjang malam tadi. Patutlah sesak pon! Kesesakan semakin teruk apabila nak menghala ke jalan tun razak. Hampir sejam memandu kereta aku sampai di persimpangan Stonor dan terus membelok...alamak!! melaut air si depanku! sebuah BMW tersangkut dalam lautan air tu. sampai tengelam separuh tinggi kete BMW tu! Isshh! dalam gak banjir nie. aku kata kat lela soh pusing ikut depan, takkan saja nak cari pasal kut! hehe!!
Syukur jalan depan Kompleks Esso clear dan aku sampai office dengan selamat walaupun mengambil masa selama sejam suku. Hujan masih belum reda.

No comments: