February 4, 2010

*Langkah Pertama

Perniagaan Ice-blended kami telah selamat dilancarkan selepas solat Jumaat 29hb Januari 2010. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Anakku2 telah pun meletakkan jawatan sebagai pekerja KFC dan kini menjawat jawatan baru sebagai peniaga kecil, dan kami sebagai mangernyer! hehe!! Kami menjalankan perniagaan franchise dengan VZam Ice Coffee : semuanya peralatan dan bahan2 serta juice membuat ice-blended dibekalkan oleh VZam. Alhamdulillah, pelanggan2 kecil terutamanya mula mengelilingi kios abang ice-blended yg cute tu. Syukur... semoga ini menjadi tapak permulaan kami di dalam dunia perniagaan. Kiosk dibuka seawal pukul 2 petang sehingga pukul 11.30 malam. Sekarang anakku2 telah menjadi pakar pembuat ice-blended!

Next step, kami ada satu lagi projek baru, juga franchise, untuk memulakan perniagaan makanan kesihatan @ jamu2 yang menjadi impianku... heaaaa!!
Semoga Allah mmudahkan jalan dan usaha kami. Aminnn.

No comments: