February 10, 2010

*sambungan - klinik rumahku?

sepagian kami berada di pusat rawatan KPJ Kajang, hubby kena jalani few test. turun naik turun naik lah kami ikut lokasi yg diarahkan. Lepas siap buat apa yg dimahukan doc, kami pun pergi semula ke tingkat 1 untuk berjumpanya semula untuk rawatan selanjutnya. Perut masa tu punyalah lapar... ialah, kol 730 pagi dah kuar terpa klinik and then straight ke KPJ Kajang. Bagusnya bila perut kosong, doc senang terus boleh buat scanning & scoping on the very same day, kalau tak mungkin kena buat appointment for the next day.

Dalam kol 1215 pm, hubby pun disorong masuk ke bilik yg bertanda "operation theatre". Ishh... tak best tol. sampai dlm bilik tu ada this one nurse (import from India! ni sebab hubby yg tanya samada dia Malaysian Indian or Indian citizen) siap sedia menunggu dan membuat persiapan sementara menunggu doc sampai. Aku tanya dia berapa lama procedure scoping nie dan dia memberitahu jika semua ok, 10 minit je siap. So aku kata ok lah... Sebelum keluar nurse yg menolak katil hubby dari wad ke bilik operation tu menunjukkan satu gelung tiub kat hubby dan berkata "inilah tiub utk buat scoping nanti..." ya Allah... seramnya aku bila fikirkan benda tu nak di masukkan ke dalam perut melalui mulut... Hubby kata "kecik jer..." Kecik dia kata!!
nak sedapkan hati dia la tu. Nurse kata hubby akan diberi ubat bius tahan sakit tapi akan sedar disepanjang procedure tu nanti. Doc sampai kol 1230, so aku estimate before 1pm we will be out of here. Aku dok pegang je kaki hubby, kesian lak kat dia.

Doc inject GA kat belakang tangan hubby dan pas tu ada nurse yg masukkan satu corong ke dalam mulutnya. seriau aku tengok. aku tak pasti masa tu hubby sedar atau tak, tapi aku kesian sangat bila tengok tube tu ditolak masuk ke dalam mulutnya dan doc kata kat dia "swallow! swallow!!" ya Allah siksanya...! dalam sanggup tak sanggup, terpaksa aku melihat keseluruhan proses tu. tanganku tak lepas2 dari memegang kakinya kerana bahagian tu sahaja yg boleh kesentuh yg tidak menganggu tugas2 doc & 2 misi dlm bilik tu. Aku rasa misi yg sorang lagi tu Malaysian Indian.

Doc ni pulak masa mengodek2 tu sibuk betol lak bercerita dengan misi2 tu pasal kegiatan dia ujung minggu tu, siap sembang sambil tengok muka minah2 ni lagi. pegi lunch kat umah one datok lah. wat birthday party anak dialah. pasal belon lah, pasal sweet lah. Cite pasal jiran dia sorang je Malay, others are all Chinese! aku tengok hubby cam terkial2 dengan tube yg dicucuk-cucuk ke dalam perutnya. Ya Allah.....aku rasa nak jeritkan aje kat doc tu suroh dia concentrate dan buat keja cepat2 and pull that tube out from my husband's stomach. tersiksa betul aku tengok. lepas tu kalau ko nak duduk citer kisah nenek moyang lantak korang lah! Woiiiii!!!!! sakit betul hati aku!

Finally kol 1pm baru dia tarik kuar tube tu ( aku tolong tarik cepat2 - dlm anganku ) dan hubby terbatok2 dan banyak lendir kuar dari mulutnya. aku mampu tengok jer. lepas sume tiga eko org tu kuar dari bilik, aku tepuk2 muka hubby, tanya dia " B,ok tak ?" dia buka mata blurr jer, "dah sudah ker?" pas tu dia kejam mata semula.

Bila katil hubby ditolak masuk semula ke dalam wad, aku gerak2 badan dia lagi. "dah sampai wad ker?"... aku rasa hubby memang tak sedar langsung di sepanjang procedure scoping tadi. nasib baiklah dia knock off betul tadi!.

No comments: