March 29, 2010

*tuition...oh! tuition...

during the week end me n hubby balik kg umah mak, berdua2an je. kami gerak kuar dlm kol 630 ptg Jumaat. Aku sampai umah, solat, isi baju dlm beg dan jalan. hi way jem menghala ke seremban, hairan gak, tertanya2 kenapa lak tetiba ramai org nak balik selatan ni. Laa... rupa2nya ada kemalangan di laluan menghala ke KL... dan jem kerana orang2 Mesia yg bzbody ni slow down nak tengok2 kejadian. Menyakitkan hati betul. Hubby diam je bila aku membebel sebab dia boleh lah kukatakan sekapal ngan puak2 tu. Nak wat cemana....
masa sibuk sembang2 sepanjang perjalanan tu entah cemana terlepas perhentian jejantas air keroh, sedangkan indicator minyak dah berkelip2... Adooo!! suspen tu. The only pam minyak yg ada kalau kami teruskan perjalanan melalui tangkak adalah di Sungai Mati, 45 minit perjalanan pada kelajuan 110...jauh tu, takut tak sempat sampai! So kami wat keputusan ikut susur keluar ke jasin. Laluan tu memang tak banyak kenderaan dan seram lah sket..lalu kat ladang kelapa sawit, maghrib lak tu. dalam hati aku berkata2la jugak, buatnya kete ni tiba2 terhenti kat tengah2 ladang tu, and hubby hanya leh tumpang mat motor utk g beli minyak.. takkan aku kena tunggu sorang2 dalam kete? heeiiii seram memikirkan! Syukur Alhamdulillah kami sempat sampai ke stesen Esso somewhere not so far lepas kami keluar dari hutan kelapa sawit tu.
Sampai destinasi kami dalam pukul 8.00 mlm, terus pegi mencari anak saudaraku si Nana bulat dan bawak dia balik umah mak. seronok kalau ada anak2 saudara yg buat bising2 umah mak nanti. Lepas makan di tepian Tanjung, kami pun balik umah mak. si Nana komplen "boringlah mak ngah, asyik kena pegi tusyen jer... penatlah kita..." Hmmmm aku dengar pun kesian, tapi nak wat cemana, bukan anak aku! mak dia paksa, dia ikutkan jer lah... Tuitionnya Sabtu, Ahad dan Rabu. Memang kesian, kanak2 9 tahun.. dah hilang masa luang mereka.. terpaksa bekejar2 ke sekolah, membuat kerja dan kegiatan sekolah, di tambah lagi pulak kerja2 yg diberi oleh guru tution tu....
Pastinya Sabtu malam tu adikku mengingatkan supaya aku menghantar Nana pergi tuition jam 8 malam. Aku mengiyakan ajer... kalau aku kata tak payah, nanti2 len kali susah plk dia nak lepas nana ikut aku bila2 aku pulang ke kampung!!!Tapi sebenarnya : memang malam tu aku tak hantar nana pegi tuition! hahah!!!
aku kata kat adik aku, tayar kete pancit elok2 kami kuar nak ke hantar nana ke kelas tuition! padahal kete tu pancit pagi Sabtu masa kami semua ngan mak nak ke pasar. Aku cuma ubah masa kejadian.. ditambah pula aku MMSkan gambar sekali untuk menyokong kejadian tu! real!! selamat nana!! hmmm... makngah dulu pun tak sibuk2 tuition, Alhamdulillah..elok jer keje ada jawatan ha....

No comments: